Monday, 27 April 2020

Hikmah disebalik Covid-19

*Renungan*๐Ÿƒ

Selepas covid19 yg menjadi satu bentuk pelajaran dan peringatan,  akan ada proses penyucian bumi berlaku.

Asbab covid19,  kita diajar kebersihan, tolong menolong,  berbelas kasihan,  tidak pentingkan diri,  bersedekah, bersatu mematuhi arahan pemerintah,  memandang tinggi petugas kesihatan dan frontliner,  mengetahui bagaimana tabligh membentuk peribadi seseorang dan cara sekolah tahfiz mendidik  pelajarnya berdepan ujian Allah. Mengetahui  perangai si kaya,  orang politik,  orang bergelar,  orang sederhana dan miskin dalam menghadapi ujian secara serentak. Memantau kehadiran PATI dan orang luar termasuk yang menyeludup masuk . Rasa sayangkan negara.  Melihat dan belajar bagaimana usaha dakwah yang membawa tasauf dan bukannya hukum semata-mata dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Dan banyak lagi yang boleh dilihat dan direnungkan.

Allah memberi peringatan demi peringatanNya mengikut Aturan dan Takdir-Nya. Sudah semestinya manusia terutamanya umat Islam berhenti mengimpikan kehidupan dahulu yang penuh kelalaian, pentingkan diri,  berlandaskan kepentingan peribadi dan kesenangan dunia semata mata. Sekiranya ini tidak juga dapat mengubah keperibadian diri kearah kebaikan, maka tunggulah pengajaran Allah pula datang.

Setelah penuh bumi ini dengan kuman,  penyakit dan kekotoran,  maka akan tiba masanya bumi ini perlu dibersihkan dari semua kekotoran tersebut. Sekarang juga kita mula melihat taburan hujan yang kerap dan tinggi diseluruh Malaysia. Ianya seperti satu petanda untuk Allah mengarahkan alam membersihkan tanah ini dari semua kekotoran,  kemungkaran,  kejahatan dan kezaliman.  Ianya akan berlaku tanpa mengira siapa pun.  Baik yang beriman atau tidak,  yang khianat atau tidak,  yang tidak beramanah atau tidak,  yang maksiat atau tidak,  semuanya akan diuji dan dibalas perbuatan masing-masing mengikut apa yang Allah kehendaki.

Sudah semestinya Allah akan mematikan setiap punca kerosakan,  kemungkaran, kejahatan dan kezaliman yang berasal dari manusia2 yang bertuhankan duniawi. Baik rakyat atau pemimpin politik, masyarakat atau agama, semuanya akan diberikan "last warning" oleh Allah.

Semoga dapat kita sama2 berubah kearah kebaikan sebelum dimatikan kerana proses penyucian bumi  sedang bermula dari setiap keburukan yang ada , untuk ditempatkan hanya oleh mereka-mereka yang dipilih Allah sebagai Pentadbir Kerajaan-Nya.

Allahumma Solliala Sayidina Muhammad Waala Alihi Muhammad

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...