Saturday 9 March 2019

TANGGUNGJAWAB SUAMI

Abang Ada Tak Duit Seringgit? Sayang Nak Bersihkan Rezeki Abang, Nak Selamatkan Abang Dari Murka Allah’


734 Views

Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajahnya yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak-gerinya dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.
“Abang, ada tak duit seringgit (RM1)?” soalnya.
“Ada. Nak buat apa sayang?” aku lihatnya makin kelu, tampak berkaca di ruangan kelopak matanya, tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.
“Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ini. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan hal diri sendiri.
“Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang,” ujarnya perlahan.
“Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang,”
Allah, sesungguhnya aku terkedu. Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa atau memang keadaan kita yang mendesak. Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha untuk tidak menyakiti hatinya.
Maafkan saya di atas perkongsian ini. Nampak ringkas, hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja, itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.
Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain, walaupun hanya seringgit.
Baca Juga : Rezeki Suami Tiba-Tiba Mengalir Deras, Wahai Isteri, Inilah 10 Perkara Yang Membuatkan Rezeki Suamimu Bertambah.
Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah. Selain menyempurnakan agama dan memburu keredaan serta pahala Allah SWT, perkahwinan juga merupakan antara pembuka jalan untuk meraih rezeki. Bukan sahaja rezeki diperoleh melalui kerja keras suami dalam mencari nafkah, perilaku seorang isteri juga terkesan agar rezeki terus mengejar suamimu selain mengalir dengan lebih mudah.
Bagi membolehkan rezeki suami dan rumah tangga anda berdua terus mengalir, pastikan isteri lakukan 10 perkara ini.
1. Bertawakal kepada Allah
Jika seseorang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan rezekinya. Walaupun isteri tidak bekerja namun jika dia sentiasa bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupkan rezekinya daripada sumber yang lain. Boleh jadi Allah mengurniakan rezeki yang banyak melalui suaminya lalu rezeki suami itu diberikan kepada isteri sebagai nafkah yang secukup buatnya.
“Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3)
2. Mempunyai agama yang baik
Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu akan bahagia.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Walau bagaimanapun, aspek ketinggian agama merupakan unsur terpenting dalam menjadikan sesebuah rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekali gus menjadi sumber rezeki berharga buat suami.
3. Sentiasa taat kepada suami
Seorang isteri wajib mentaati suaminya selagi perintah suaminya tidak bertentangan dengan agama Islam. Ketaatan seorang isteri terhadap suami akan membuatkan suami lebih tenang sekali gus memberi semangat dalam melancarkan pekerjaan suami mencari nafkah halal untuk isteri dan keluarga.
“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
4. Melayani suami dengan baik
Menjadi kewajipan isteri menjalankan tugas dengan melayani dan mempersiapkan keperluan suami sebaik-baiknya. Ini termasuklah menjaga perasaan suami agar suami tidak terluka dengan sikap isteri. Wanita yang memiliki ciri ini tentu sahaja disayangi suami, malah mampu menjadi peneman terbaik untuk mewujudkan rumah tangga yang sakinah. Ciri positif ini akan menarik sumber yang banyak kepada suami dan rumah tangga.
5. Berhias hanya untuk suami
Wanita yang solehah akan berhias dan menampakkan perhiasannya hanya untuk suami tercinta.
“Sesungguhnya dunia itu ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
6. Sentiasa meminta reda suami ke atasnya
Berusahalah untuk menjaga sikap dan perilaku anda agar tidak melukakan hati serta perasaan suami. Isteri seperti ini merupakan isteri yang dipermudahkan rezekinya melalui tangan suami kerana amalan dan kesetiaannya terhadap suami.
7. Sering mendoakan suami
Sentiasalah mendoakan suami agar diberi limpahan rezeki yang baik dan halal. Pastinya doa yang baik itu akan dimakbulkan Allah.
Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan.” (QS. Ghafir: 60)
8. Suka bersedekah
Apabila seorang isteri banyak bersedekah, ini bermakna isteri telah melipatgandakan rezeki suami. Dan jika nafkah isteri yang diberikan suami itu digunakan untuk bersedekah, kebaikan itu akan dibalas dengan kelancaran pekerjaan suami yang membawa kepada rezeki yang melimpah ruah.
“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 261)
9. Jalin silaturahim yang baik
Seorang isteri yang menyatukan hubungan silaturahim yang baik dengan kedua orang tua, mertua, keluarga dan saudara mara, pada hakikatnya sedang membantu suaminya melancarkan rezeki. Ini kerana keutamaan silaturahim ialah dilapangkan rezeki dan dipanjangkan usia.
“Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturahim.” (Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
10. Sentiasa bersyukur
Sentiasalah bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kerana ia mampu mengundang nikmat tambahan untuk suami termasuklah sumber rezeki.
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)

KAYA, BERIMAN, PEMURAH....

“Walaupun sangat kaya, pak cik ni malu nak bergambar dan tunjuk kemewahan” – Wanita ini kongsi rahsia diamalkan lelaki tersebut




TERKESAN….Walaupun sangat kaya dan berharta.. pakcik ni malu nak bergambar apatah lagi menunjukkan kemewahannya.. sedangkan kita? Kalau boleh semua yang ada nak tunjuk
LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB…
Tulisan Dato Roslan Abd Hamid
Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..
Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..
Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln…
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..
Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10…
Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..
2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..
3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..
4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
“Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..
5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..
6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..
7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln…
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..
8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..
10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2…

Rezeki, Allah yang pegang. Minta dengan Dia dulu..

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup.
Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat. Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki.
Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan?
Bagaimana respons kita terhadapnya?
Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah.
Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin.
Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?

Jangan mengharapkan balasan

Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal.
Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” — Al-Bakarah: 274

Memberikan sesuatu yang berguna

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang?
Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok.
Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan.
Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira.
Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki Dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa.
Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT.
Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia.
Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim.Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain.
Semoga kita semua memperolehi manfaat dari nasihat ini.
Credit : Hamba Allah via FB Azamiah Mohamad
Sila share jika bermanfaat

#SyukurSelalu

Moh kita amalkan....semoga bermanfaat!

Doktor Fauziah Ad-Dabbus,seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya  itu  telah mengubah jalan hidup ramai orang. Alhamdulillah.
Isi tulisannya sebagai berikut :

*"Aku bersumpah demi Allah, wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabari-Nya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya, dan aku bersumpah demi Allah, agar Engkau tidak menghijab/menghalangi redha-Nya kepada anak-anakmu.*

*Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepada-Nya bahawa engkau redha atas mereka masing-masing."*

*Begini doanya:

*(Ya Allah aku bersaksi kepada-Mu bahawa aku redha kepada anak-anakku...(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)... dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Ya Allah keredhaan-Mu kepada mereka demi redhaku kpd mereka.*

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat Insya-Allah.

Khas untuk ibu ibu: Jgn pernah LETIH untuk berdoa.

Perkara Kecil Tetapi Manfaatnya Besar...


Kelebihan Meletakkan Garam Di Setiap Sudut Rumah Yang Ramai Tak Tahu




Letakkan Garam di Setiap Sudut Rumah. Selepas 24 Jam Anda Pasti Terkejut Dengan Perubahan Luar Biasa
Setiap orang dikatakan memiliki energi. Yang mana energi tersebut terbagi menjadi dua jenis, yaitu energi positif dan energi negatif. Nah, untuk energi negatif ini merupakan kekuatan tak terlihat yang bisa membuat hidup manusia jadi lebih sulit. Biasanya akan mempengaruhi suasana hati maupun perilaku.
Sementara energi posfitif adalah kebalikannya. Banyak yang mendambakan memiliki energi positif untuk meningkatkan hidup lebih berarti. Meskipun pada kenyataannya, energi negatif akan selalu ada di tubuh manusia. Yang membezakan adalah besar dan kecilnya.
Kadang kala seseorang mengalami gelombang emosi negatif atau pikiran yang tiba-tiba di mana tubuh, pikiran, dan jiwanya bereaksi terhadap hal-hal yang buruk. Biasanya, adanya energi negatif berujung pada depresi. Meskipun tidak menutup kemungkinan memiliki efek lain yang tak kalah merugikan.
Selain itu rumah kita merupakan tempat suci yang perlu diisi dengan energi positif. Namun, energi negatif merupakan masalah besar bagi kebanyakan rumah di dunia, dan ini tidak mudah untuk dihilangkan.
Juga dikatakan Energi negatif dapat memberi kesan buruk bagi kehidupan di rumah Anda. Energi negatif dapat menimbulkan suasana tidak nyaman di dalam rumah Anda, memicu pertengkaran, bahkan dapat menimbulkan ketidakharmonisan di dalam rumah tangga Anda.
Walau bagaimanapun jangan khuatir, untungnya kami memiliki trik yang menarik yang akan membantu menghilangkan energi negatif dari rumah Anda selamanya. Berikut trik yang dapat Anda terapkan.
Oleh itu bahan-bahan yang perlu Anda siapkan untuk trik ini antara lain, garam, gelas kaca, cuka dan air. Yang harus Anda lakukan adalah, masukkan garam, air, dan cuka ke dalam gelas, kemudian letakkan di depan ruangan yang sering Anda gunakan untuk menghabiskan waktu, lalu biarkan selama 24 jam.
Kemudian periksa tingkat garam di keesokan harinya, jika isi gelas naik ke atas, ulangi prosedur ini sampai garam berhenti naik. Ingat, bersihkan gelas terlebih dahulu sebelum menggunakannya lagi, atau gunakan gelas baru untuk hari-hari berikutnya.
Terdapat lagi yang perlu anda perhatikan adalah, letakkan gelas di sudut ruangan, sehingga dapat menyerap energi negatif secara efektif.
Malahan satu mangkuk kecil garam laut dipercayai dapat menyedut tenaga negatif yang tidak diperlukan oleh badan. Semakin anda meletakkan garam laut di setiap sudut rumah, semakin besar vorteks tenaga positif di sekitar kediaman anda.
Terdapat cara mudah ialah dengan hanya taburkan garam laut di atas permaidani, selepas kira-kira sejam, membersihkannya dengan pembersih vakum atau pembersih vakum. Sebagai alternatif, anda boleh meletakkan semangkuk garam laut di sudut bilik, biarkan selama beberapa jam, kemudian angkat.
Kristal garam dipercayai merupakan keupayaan semula jadi yang luar biasa untuk menyerap tenaga negatif di dalam rumah.
Jika semangkuk kecil garam laut diletakkan di bawah katil untuk satu hari, dikatakan, boleh menghilangkan kemalasan. Dalam erti kata lain, lebih banyak garam laut diletakkan di setiap sudut rumah, lebih besar adalah vorteks positif tenaga yang berkisar di sekitar rumah dan semakin anda mengelakkan kemalasan.

SEMOGA POPO DIBERI HIDAYAH OLEH ALLAH SWT

Terbaik, Nenek Berbangsa Cina Ini Menjaga Cucunya Yg Beragama Islam, Apa Yang Dilakukannya Membuatkan Netiizen Kagum.

Respek, Nenek Cina Ini Menjaga Cucunya Yg Beragama Islam, Apa Yang Dilakukannya Membuatkan Netizen Kagum. Seorang nenek berbangsa Cina peranakan, Tan Guan Neo, 71, yang menjaga Fahira Nabilah Isham, 20, sejak dari tahun lalu tekad mendidik cucunya itu tanpa mengabaikan pendidikan Islam yang sempurna, lapor Sinar Online.
Menurut Guan Neo yang lebih mesra dipanggil Popo, doa menjaga cucunya itu selepas ibu(anak sulung Popo) dan bapa Fahira tidak sihat semasa umurnya baru 4 bulan. “Nabi Muhammad siapa yang jaga? Bapa saudara dia bukan Islam, jadi apa salahnya saya jaga darah daging sendiri,” kata.
Beliau mendidik cucunya sebagi seorang Islam kerana menghormati agama yang dianuti cucu dan tiga anaknya yang lain sehingga beliau sanggup membasuh rumahnya di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka di sini, dengan air tanah.
Berpegang kepada sirah nabi itu, Popo dengan seluruh kudrat yang ada menjaga Fahira seperti anaknya sendiri tanpa mengabaikan pendidikan agama Islam cucunya.
“Disebabkan ibu dan bapa Fahira tidak sihat, saya ambil dan jaga Fahira masa dia umur empat bulan sementara dua lagi adik lelaki Fahira sekarang berumur 11 dan 18 tahun dijaga oleh besan saya di Jasin.

Masa nak jaga Fahira, saya tanya anak sulung (Faridah Nurul Ain, 51) apa yang perlu saya buat kalau mahu jaga orang Islam dan Ain pun beritahu apa yang boleh dan tak boleh termasuklah basuh rumah dengan air tanah.
“Ada juga pinggan mangkuk dan cawan yang dibuang dan sejak itu juga saya dan suami sudah tak bela anjing,” katanya yang kehilangan suami dua tahun lalu akibat denggi berdarah dipetik laporan Sinar Online.
Menurut Popo, dia telah mengajar cucunya itu berpuasa sejak berumur 5 tahun lagi walaupun berlainan agama kerana tidak mahu Fahira bukan sekadar mengenali Islam, tetapi mahu cucu kesayangannya itu mempraktikkan ajaran Islam sekali gus menjadi penganut agama Islam yang baik.
“Saya sendiri hantar dia sekolah agama, hantar dia mengaji walaupun hujan dan saya pukul dia kalau tak solat masa kecik-kecik dulu sebab saya mahu dia kenal agamanya dan hidup dengan beragama.
“Saya mahu dia berjaya, ada pendidikan dan saya bersyukur Fahira sudah khatam tiga kali, boleh sembahyang dan baca Quran selain sekarang ini belajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.
“Saya selalu doa, kalau sudah sampai masa saya pergi, biarlah ketika itu Fahira sudah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik untuk dia bergantung hidup kerana bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya pula sakit,” katanya.
Popo memberitahum selain itu Fahira yang menghidap penyakit mental, dua daripada lima anak perempuannya telah memeluk Islam di mana anak sulungnya, Faridah Nurul Ain telah menerima hidayah ketika sekolah menengah.
“Dulu saya dan suami kerja di Tebong sementara Ain belajar di Sekolah Tengku Besar Tampin. Ada satu hari dia balik rumah pakai tudung. Masa tu saya dan suami marah-marah juga dan risau kalau dia mahu kahwin.
“Tapi Ain terangkan dia tukar agama kerana agama bukan kerana kahwin dan sejak itu saya dan suami terima walaupun jiran-jiran mengata dan mencemuh saya sekeluarga.
“Selepas bertukar agama, Ain juga tinggal dengan ibu angkatnya di Kuala Pilah dan berkahwin dengan lelaki Melayu lima tahun kemudian,” katanya yang mempunyai 15 cucu termasuk 11 beragama Islam.
Bagi Popo, walaupun tiga anaknya memeluk Islam, dia tetap menjaga cucunya sebaik mungkin dan tidak menghalangnya untuk mengamalkan ajaran Buddha. “Setiap agama suruh manusia jadi baik, jadi saya harap amalan baik saya kalau tak dibalas di dunia, dapat balasan di akhirat,” katanya lagi. Sumber: sinar online

Sunday 3 March 2019

MOHON DIJAUHI

Sihir Pemisah Suami Isteri Jadi Benci Dikunci Nafsu Hampir Bercerai (Perubatan Islam)

Sihir pemisah (sihir tafriq) atau dipanggil sihir pelalau penghalang jodoh adalah satu jenis sihir yang dibuat untuk memisahkan hubungan pasangan kekasih, suami isteri atau pun ahli keluarga sehingga wujudnya kebencian serta permusuhan dan berlakunya perbalahan atau pergaduhan di antara mereka. Bagi suami dan isteri pula, penceraian selalunya terjadi jika terkena sihir ini yang biasanya dihantar oleh seseorang yang bertujuan dan berniat jahat.
Amalan ilmu hitam dan juga sihir pemisah suami isteri ini adalah satu perbuatan yang dilakukan untuk merosakkan hubungan orang dan dengan cara ini penghantar sihir telah memuja dan mendekatkan dirinya serta meminta tolong daripada jin, iblis dan syaitan dengan menggunakan jampi serapah, tangkal atau mentera bagi mendatangkan kesan yang buruk kepada orang yang ingin disihirnya.
Kisah Pasangan Terkena Sihir Pemisah
Seorang ustaz dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin telah berkongsi bagaimana pesakitnya seorang perempuan yang datang bersama suaminya untuk membuang sihir yang dialaminya iaitu sihir pemisah yang dikatakan hampir merosakkan rumah tangga mereka. Si isteri begitu membenci suami sehingga langsung tidak dapat bersama walaupun tinggal sebumbung.
Cara rawatan sihir pemisah pembenci jarah jauh
Benda atau tangkal yang dipercayai digunakan untuk membuat sihir pemisah hubungan pasangan suami isteri.
Pada minggu ini ramai yang datang kerana terkena sihir pemisah. Yang menyedihkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin sejak 4 tahun langsung tidak dapat bersama. Apabila mereka ingin bersama tiba-tiba si suami tiada nafsu dan ianya berlarutan sehingga 4 tahun lamanya. Sebelum ini mereka sangkakan hanya penyakit biasa serta pergi mengurut dan dapatkan rawatan hospital, namun tiada sebarang perubahan.
Suami kerap kali menjadi seperti tiada nafsu apabila hendak bersama dan isteri pula menjadi cepat marah walaupun hanya perkara kecil berlakunya pergaduhan dan suamilah menjadi tempat isteri melepaskan kemarahan. walau bagaimanapun, apabila mereka berjauhan, isteri sangat-sangat merindui suaminya.
Baca : Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau.
Ketika pasangan ini datang ke pusat perubatan rawatan Islam untuk mendapatkan rawatan, mengubati serta berikhtiar untuk membuang sihir. Si isteri secara tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas ustaz membuat bacaan Ruqyah terhadapnya sebagai cara merawat serta menyembuhkan sihir ini dan ustaz tersebut turut berkomunikasi dengan ‘benda’ yang telah merasuk ke dalam badan wanita itu tadi.
Saya : Kenapa kamu ganggu dia?
Pesakit : Dia milik aku! Aku tak akan buat dia bahagia sampai bila-bila! Aku akan buat suami dia benci dengan dia. Aku buat suami dia menjadi tiada nafsu dengan dia. Kerana aku sayangkan dia. Aku tak dapat dia, suami dia pun tak akan dapat dia sampai bila-bila.
Saya : Lepaskan dia bagi mereka bahagia, benda yang dah lepas biarkan dah lepas. Dia bukan milik kamu. Dia dah bersuami.
Pesakit : Aku tak akan lepaskan dia selagi dia (tunjuk ke arah suaminya) tak lepaskan dia. Jika dia ceraikan dia (isteri) baru aku akan lepaskan dia, kau faham atau tidak, lepaskan dia? (Sambil merenung tajam ke arah suaminya).
Aku tak akan bagi mereka bahagia dan mereka tak akan dapat zuriat sampai bila-bila haha. Aku kunci nafsu suami dia, aku buat isteri dia ini jadi benci dengan suaminya. Aku nak mereka bercerai. Bila mereka bercerai baru la aku rasa puas.
Tanpa berkata panjang saya teruskan rawatan membuang sihir ini, syukur Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dapat keluarkan jin yang menumpang di badan wanita tersebut. Apabila si isteri sedar terus mereka berpelukan kesedihan. Suami isteri ini berpelukan sambil menitiskan air mata. Mereka tidak menyangka mereka terkena sihir pemisah pembenci ini akibat perbuatan sihir yang ditujukan kepada mereka suami isteri.
Tak putus-putus dari mulut si isteri memohon maaf pada suami kerana apabila beliau marah, ianya seolah-olah tidak dapat kawal perasaan. Bila marah seperti ada bisikan yang menyuruh minta cerai dari suaminya. Kadang-kadang suami tidak ada buat salah apa pun, perasaan nak marah dan jadi benci pada suami tanpa sebab.
sihir pemisah
Biasanya bomoh ilmu hitam dicari oleh mereka yang berniat jahat untuk merosakkan hubungan orang yang dikenalinya.
Hanya orang yang pernah alami sahaja yang tahu bila terkena sihir pemisah ini. Sihir pemisah juga boleh terjadi jika kita ada gangguan saka keturunan, sebabnya saka kebiasaannya akan amat menyayangi cucunya. Insha Allah nanti saya akan bercerita pula tentang saka.
Cerita di atas adalah kisah benar yang berlaku kepada pesakit saya. Tapi tak semua yang percaya. Hanya yang pernah mengalami dan mempunyai pengalaman sahaja yang tahu dan rasa penderitaannya. Jika lambat diubati atau tiada penawar untuk batalkan sihir pelalau ini ia boleh mengakibatkan perbalahan, penceraian, perpisahan, rumah tangga retak dan sebagainya.
Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah. Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, sila lihat ciri-ciri atau tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.
Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah
Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
Kerap kembung perut, sendawa angin
Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
Kitaran haid tak normal
Lambat mendapat zuriat
Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
Ketika marah kerap meminta cerai
Tidak suka tidur bersama
Nafsu tiada terhadap suami atai isteri
Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
Suka bersendiri di dalam bilik
Tidak suka tempat-tempat yang bising
Sukar atau susah tidur pada waktu malam
Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi
Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
Kerap mimpi pasangan kita curang
Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
Kerap bermimpi tempat kotor busuk
Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain
Di atas adalah serba sedikit bagi orang yang terkena sihir pemisah. Sekiranya anda mempunyai banyak tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam berhampiran dengan anda untuk menghilangkan sihir ini, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.
Berikutnya kami kongsikan ayat pembatal sihir atau bacaan doa untuk mengelakkan sihir seperti terkena sihir santau, gangguan jin dan saka yang boleh dijadikan sebagai penawar terbaik untuk mengatasi sihir daripada Penawar Sihir As-Syifa dan disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus.

SEKADAR RENUNGAN

*RINTIHAN SEORANG IMAM*

*Jemaahku...*
Kerana sekeping roti canai sedap di mana sekali pun... sanggup kau mencari,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana kenduri kendara jauh dimana sekali pun... bersungguh kau hadiri,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana bolasepak yang kau minati... Stadium Bukit Jalil sanggup kau jejaki,
Tetapi rumah Allah di tempatmu sehari sekali pun mungkin tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana ingin melihat keindahan alam semulajadi... bukit dan gunung habis kau terokai,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana minat sungguh hobi memancing... segenap lautan dan sungai sanggup kau redahi,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana pasar malam dan pasar tani nampak sungguh meriah sekali... siang dan malam terus kau lewati,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Kerana Gegar Vaganza dan Mentor dah bermula.. terpacak kau di depan TV,
Tetapi rumah Allah di tempatmu mungkin sehari sekali pun tiada jua kau kunjungi,

*Jemaahku...*
Tak salah apa yang kau lakukan semua ini,
Cuma ingatlah di hadapan kita ada sesuatu yang sedang menanti,

*Jemaahku...*
Sesungguhnya ketahuilah... umur ini hanya menunggu *mati*,
Inginku bertanya... Ke mana jenazah kau dan aku... akan dibawa nanti?

*Jemaahku...*
Seluruh pelusuk dunia telah pun kau terokai,
Bila tiba saat matinya jasad ini nanti... di masjid atau surau jugalah  kau dan aku akan dibawa untuk solat dan dimandi,

*Jemaahku...*
Sebelum kau dan aku terus menerus lupakan diri,
Biar kita  saling ingat mengingat dan saling nasihat menasihati...
Kerana sesungguhnya kita perlu saling sayang menyayangi... sebagai saudara seagama....
Mudah-mudahan bersama-sama kita menuju ke Syurga Illahi.

In shaa Allah.....
Sekadar perkongsian sahaja
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...