Budak baca ayat al-Quran elak dirogol
Salam sahabat semua.Kali ini saya memuatkan satu artikel tentang khasiat Al-Quran sebagai senjata mempertahankan diri. InsyaAllah marilah kita yakin dan percaya atas segala mukjizatnya. Semoga dijauhi dari segala yang buruk dengan hafalan dan penghayatan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran...

JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.
Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.
“Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.
Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.
“Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.
Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.
Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.
“Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.
Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat. – Agensi
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....