Monday 1 August 2022

Buat Yang Gemar Membaca

#BagiYangGemarMembaca :

■ Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orang tua tersebut.

● Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

○ Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

■ Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan utk berjumpa dgn pemuda tersebut. 

● Wali: Assalaamualaikum org muda, saya ada beberapa soalan utk org muda.

○ Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

● Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

○ Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku. 

● Wali: Aku terlihat ayahmu dlm mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan utk ayah kau wahai anak muda? 

○ Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkannya kpd ayahku. 

● Wali : Kenapa ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput di situ? 

Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yg didoakan oleh org ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas utknya. 

#Pesanan : Perbanyakkan berdoa utk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita utk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kpd org tuanya, akan terus sampai kpd ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yg mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Berikut...

juga pesanan untuk diri saya  sendiri dan  Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:

**********

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:

*********

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:

*********

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:

***********

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:

*********

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:

**********

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:

*********

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

#Noted : Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼

- KETUA BIDADARI -

 KETUA BIDADARI

Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya… tapi sebelum itu.

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung? Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?

Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.

Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai*ketua bidadari*. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi *`uruban atraaba*, yang apabila diterjemahkan bermaksud:

"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah *`uruban* juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Tentang pengertian kalimah *atraaba* pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..*for guys only*.

* * *

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah,

"Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih."

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.

"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi *shopping* ke?" 

"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua *file/software* yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita. 

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?" 

..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi. "Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan *real-life catalogue* ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?

..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. 

* * *

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan

tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego

dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

KESIMPULANNYA:

beramal solehla kita di dunia ni nescaya ganjaran Allah kepada kita tu adalah sehingga tak tercapai akal kita selama hidup di dunia ini...

C & P

*TAHNIAH ANDA SAMPAI SINI.

WASIAT BUAT GURU

 TIGA BELAS WASIAT untuk para guru.

WASIAT PERTAMA, janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah beserta taqwa dan takut kepada Allah swt lebih baik untukmu.

WASIAT KEDUA, terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah malaikat atau syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

WASIAT KETIGA, tunjukkanlah pengharga anmu terhadap PELAJAR dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka.

WASIAT KEEMPAT, ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu, melonjakkan dan menyalakan cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu PENCIPTA orang besar.

WASIAT KELIMA, baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah.

WASIAT KEENAM, setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

WASIAT KETUJUH, setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab kelak.

WASIAT KELAPAN, berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.Yaa Allah..!, tambahkan dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah.

WASIAT KESEMBLAN, dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

WASIAT KESEPULUH, ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula.Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu.

WASIAT KESEBELAS, ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerjabuatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti.

WASIAT KEDUA BELAS, pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadi amalan untuk dapatkan kebaikan yang banyak.

WASIAT KETIGA BELAS, sesungguhnya Allah perentah kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya.

Mulianya mertabat seorang guru,Dipandang hebat oleh muridnya. Katanya diikut, perangainya ditiru,Jasanya dikenang syurga balasannya...Berbahagialah mendidik. "

Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

 Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*

Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. 

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Mint pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalm-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri". 

*KEBERKATAN YANG DICARI*

*6 cara utk mendapat pahala setelah mati:*

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala. 

2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala. 

3. Turut serta dlm pembinaan masjid. 

4. Meletak watercooler di tempat awam. 

5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya. 

6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

*Ramadhan Al-Mubarak*

KETOKOHAN MAT KILAU - PAHLAWAN MELAYU

 Al-Fatihah Untuk Pahlawan Allahyarham Mat Kilau.

Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat. 

Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya. 

Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya". 

"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)" 

"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."

"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"

"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."

Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya. 

"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."

"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."

"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."

"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."

Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh. 

Sempena Hari Kemerdekaan yang bakal menjelang malam ini , Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau. 

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu. 

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”

"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Mat Kilau.

Sumber :- Tengku Daeng Mawelle

.

Semoga Bermanfaat

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

***********************

Dropship produk #BMF

TELEGRAM 

Channel - https://t.me/ejendropshipprodukbmf

Iklan Usahawan Muslim - https://t.me/Usahawan_Muslims

📍 Shopee :- https://shp.ee/gchffbt

📍 Lazada :- https://s.lazada.com.my/s.3Dfgb

TELEGRAM 

Channel - https://t.me/ejendropshipprodukbmf

Iklan Usahawan Muslim - https://t.me/Usahawan_Muslims

📍 Shopee :- https://shp.ee/gchffbt

📍 Lazada :- https://s.lazada.com.my/s.3Dfgb

Muhasabah diri dan ibadah kita..

 RUPANYA SUDAH 15 TAHUN IBADAHNYA TAK SAH…

Baru-baru ini saya ada terima soalan dalam inbox berkaitan mandi wajib. Ada yang bertanya bagaimana jika ada anggota yang tidak terkena air seperti celah pelipat, sebahagian rambut, kulit kepala, dll.

Kemudian seorang wanita ceritakan bahawa ahli keluarga beliau ada yang tidak mandi wajib dengan betul dan sempurna. Rupanya dah 15 tahun begitu, Allahu Akbar.

Sebenarnya ramai yang masih tak sedar atau buat-buat tak perasan tentang perkara ini. Belum lagi kita bincang tentang anak remaja yang sudah baligh tapi tak diajar tentang cara mandi wajib yang betul. 

Sungguh, kesannya bukan kecil. Ibadah yang dilakukan akan menjadi tidak sah kerana diri dalam keadaan hadas besar.

Dalam persoalan ini, saya kongsikan dahulu maksud hadas dan pembahagiannya supaya ia lebih mudah difahami.

Hadas: Keadaan seseorang yang tidak bersih atau suci yang menyebabkan terhalang daripada melakukan ibadah tertentu. 

Hadas terbahagi kepada 2 iaitu hadas kecil dan hadas besar.

🔸 Hadas kecil: Keadaan seseorang yang tidak suci sehingga menghalanginya daripada melakukan ibadah tertentu melainkan dengan mengambil wudhu atau bertayammum (jika tiada air).

Sebab-sebab berlakunya hadas kecil adalah: 

1. Keluar sesuatu daripada qubul atau dubur.

2. Menyentuh kemaluan dengan tapak tangan yang tidak berlapik.

3. Hilang kewarasan akal akibat daripada mabuk, gila, pitam atau tidur kecuali jika seseorang itu tidur dalam keadaan tetap punggung pada tempat tidurnya. 

4. Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 

🔸 Hadas besar: Keadaan seseorang yang tidak suci yang mewajibkannya untuk mandi hadas (mandi wajib) atau tayammum (jika tiada air) bagi melakukan ibadah tertentu.

Sebab-sebab berlakunya hadas besar adalah: 

1. Junub.

Janabah bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan. Oleh itu, orang yang berjunub ialah tidak suci disebabkan keluar mani atau persetubuhan.

a) Keluar air mani (lelaki atau perempuan).

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda:

الْمَاءُ مِن الْمَاءِ

Maksudnya: “Air itu kerana air (wajibnya mandi kerana keluarnya air mani).”

(HR Muslim, hadis sahih)

b) Bersetubuh.

Rasulullah SAW bersabda:

إذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الْأَرْبَعِ وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِل

Maksudnya: “Bila seorang lelaki duduk di antara empat potongan tubuh wanita (dua tangan dan dua kaki) dan tempat khitan bertemu (lelaki dan wanita) maka sungguh wajib mandi meskipun dia tidak mengeluarkan mani.”

(HR Muslim, hadis sahih)

c) Mimpi (Ihtilam)

Seorang lelaki mahupun perempuan mengalami mimpi basah atau keluar air mani. 

Terdapat 3 ciri bila seseorang itu bermimpi: 

1. Keluarnya air disertai rasa nikmat dan syahwat 

2. Keluar kerana tadaffuq (aroma seperti adunan roti saat masih basah) 

3. Putih telur bila sudah kering 

2. Terhenti darah haid.

Firman Allah SWT:

وَيَسْأَلُونَك عَنْ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Haid itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah (bergaul) mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu,”

(Surah al-Baqarah 2: 222)

3. Terhenti darah nifas.

4. Melahirkan anak.

5. Meninggal dunia kecuali mati syahid.

🔸 RUKUN MANDI WAJIB

Di dalam kitab Safinatun Najah karya Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami menyebutkan, ada 2 perkara yang menjadi RUKUN mandi wajib iaitu:

1. Niat.

2. Meratakan air ke seluruh tubuh badan. 

Dalam kitab tersebut beliau menuliskan:

فُرُوضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَتَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالْمَاءِ

Maksudnya: “Fardhu atau rukun mandi ada dua, iaitu niat dan meratakan air ke seluruh tubuh badan.”

🔸 CARA MANDI WAJIB

Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi dalam kitabnya Kasyifatus Saja menerangkan tatacara melaksanakan kedua rukun tersebut.

1. Niat mandi wajib berlaku sewaktu siraman air yang pertama jatuh ke anggota badan.

Niat Mandi Wajib

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ مِنَ اْلِجنَابَةِ فَرْضًا لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya: "Aku niat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari janabah, fardhu kerana Allah Ta'ala."

2. Meratakan air ke seluruh anggota badan seperti celah-celah jari tangan, kaki, pangkal rambut (yang terikat hendaklah diuraikan), janggut, cuping telinga, lubang hidung, pusat dan lubang dubur. 

Sekiranya terdapat sedikit bahagian tubuh yang belum terkena air maka mandi yang dilakukan itu dianggap TIDAK SAH dan orang tersebut sebenarnya masih dalam keadaan berhadas.

🔸 ADAB MANDI WAJIB

Imam Ghazali menjelaskan dalam kitab Bidayatul Hidayah secara terperinci mengenai adab mandi wajib, antaranya:

1. Sewaktu masuk ke bilik mandi ambil air terlebih dahulu, basuh kedua tangan sebanyak 3 kali.

2. Bersihkan segala kotoran atau najis yang masih melekat di badan.

3. Berwudhuk.

4. Ratakan air di kepala sebanyak tiga kali disertai dengan niat.

5. Ratakan air ke  bahagian badan sebelah kanan 3 kali, kemudian bahagian badan sebelah kiri 3 kali. 

6. Gosokkan bahagian depan dan belakang badan 3 kali.

7. Selakan jari di celah rambut dan janggut (sekiranya ada). Pastikan air mengalir ke setiap lipatan kulit dan pangkal rambut.

Dalam bab bersuci, mungkin masih ramai yang ambil mudah, namun jika tidak difahami dengan baik bimbang akan menjejaskan ibadah kita untuk tempoh jangka masa yang panjang, kerana bersuci ini selalu diguna pakai oleh kita setiap hari.

Semoga panduan ini membantu dalam persoalan tatacara mandi wajib supaya ibadah yang dilakukan sah dan diterima Allah SWT. 😊

Rujukan: 

1. Kitab Safinah Najah, karangan Syeikh Salim bin Sumair Al-Hadhrami.

2. Kitab Kasyifatus Saja, karangan Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani Al-Jawi.

3. Kitab Fiqhul Manhaji, karangan Dr Mustafa Al-Khin & Dr Mustafa Al-Bugha 'Ali Asy-Syarbaji

Wallahua'lam.

Asma' binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

 kering 

BUKU PANDUAN BOLA JARING%20

BUKU PANDUAN BOLA JARING%20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...