Monday 31 January 2022

KISAH DAN TAULADAN

 Cnp, 

Ikuti cebisan kisah seorang guru yang sangat tabah, tenang dan sabar menghadapi ujian anaknya yang sakit sejak selepas zaman prasekolah sehingga ke hujung nyawa. Mohon aminkan semoga beliau sekeluarga dihadiahkan dengan syurga tanpa hisab. Semoga doa tersebut kembali buat kita. 

Sabtu, 17 April 2021, 6 Ramadan 1432H, jam 8.49 malam. Segalanya terasa berhenti. Dengan penuh lembut roh Muhammad Adib , 16 tahun, anak sulong kami dipisahkan dari jasadnya dihadapan saya, isteri, empat orang adiknya, nenek, wan, maklong dan maksu nya.

Doktor pakar telah memaklumkan situasi dan kondisinya seawal Februari untuk saya bersedia dengan pelbagai kemungkinan.

Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar sampai bila-bila.

Kesihatannya semakin merosot selepas major operation Jangkitan di dalam perut yang membataskan pergerakan dirinya pada 20 September 2020 yang mengambil masa sehingga 10 jam di dewan bedah HTAA. Selepas pembedahan dia ditolak masuk ke PICU 6B HTAA dengan bantuan alat pernafasan. Ketika itu saya menemannya dari awal hingga selesai pembedahan. Doktor Prakash yang mengetuai pembedahan berjumpa dengan saya dua kali ketika pembedahan sedang berlaku. Saya menangis di atas kerusi di hadapan lif tingkat 3. Ya Allah Kau permudahkan urusan anakku Muhammad Adib. Alhamdulillah beliau survive ketika itu.

Selepas pembedahan tersebut, kesihatan beliau merundum. Tapi semangat beliau tinggi. Dalam keterbatasannya tetap mengukir senyuman. Doktor Nik dari HUSM Kubang Krian meminta untuk makan ubat selama 12 bulan. Kesan yang paling ketara ialah perutnya memulas dan tidak selesa.

Akhir November 2020, beliau menyatakan hasrat nak ke Cameron Highland untuk makan nasi lemak strawberry. Kami bertolak selepas beliau HD pada Sabtu 21 November 2020. Sepanjang jalan beliau banyak tertidur. Keletihan selepas daripada HD. Kami menginap di Brincang. Pada malam tu kami makan steamboat. Seawal pagi Ahad kami dah sampai di Abang Strawberry Taman Sedia. Dia order dan makan sepuasnya. Selepas itu kami ke The Sheep Sanctuary Kea Farm. Oleh kerana jalan nya menurun bukit saya mendukung nya ke bawah. Tangannya yang kecil memeluk leher saya. Saya termengah mengah. Dia berbisik ke telinga saya “ Ayah, terima kasih bawa dan dukung Along. Semoga Allah balas jasa ayah”.

Ketika berjumpa dengan Doktor Pakar pada Disember 2020, getaran pada fistulanya agak lemah. Ada benjolan pada tangannya. Doktor nasihat berjumpa dengan doktor pakar untuk buat Fistulogram pada awal Februari 2021. Saya memandangnya. Dia anggukkan kepala tanda persetujuan.

Suboh, 15 Januari 2021 selepas ke Masjid saya masuk ke bilik untuk membaca whastapp di telefon. Saya lihat dia sedang baca Al-Quran di ruang tamu hadapan. Tiba-tiba dia menjerit. Ayah! Ayah!. Sakit sangat ni ayah. Saya berlari ke hadapan. Lihat dia memegang tangannya yang disengat tebuan. Saya memangku kepalanya. Menyuruh Ma nya mengambil air. Saya membaca bismillah tujuh. Terus saya call Dr Nadiah. Kemudian bergegas ke HTAA untuk di pantau oleh Doktor. Semalaman di wad beliau dibenarkan balik keesokkannya. Abrar anak kedua yang menjaga abangnya di wad masa itu. 

Bermula awal Februari 2021 hingga 31 Mac 2021 kerap dia memasuki wad 6C dan PICU 6B HTAA. Fistulogram untuk membetulkan Fistulanya tidak berjaya. Buat PermCath di dada. Hanya bertahan 5 minggu sahaja. Kemudian fungsi jantungnya merosot. Tinggal 15% sahaja. Kemudian Doktor cuba pasang Femoral di Peha. Sempat bertahan 3 hari sahaja lagi kerana kaki jadi bengkak. Setelah tiada usaha yang boleh di buat lagi kami keluar dari PICU 6B pada 31 Mac 2021.

Kira-kira 40 hari sebelum kematiannya. Selepas maghrib saya naik ke wad PICU 6B. Dia cakap. “Ayah, mata Adib boleh nampak semua. Tiada tembok ni. Adib boleh nampak semua.” Saya terkejut. Sebab di PICU ianya ada bilik-bilik kecil. Saya test dia. Berapa orang Nurse yang ada di sana (Sebelah kanannya). Dia jawab dua orang. Kemudian saya tanya lagi di Kaunter ada berapa orang? Dia jawab tiga. Saya terus duduk dan tenung dia. Kemudia dia cakap masa ayah turun solat tadi. Adik Arasy (Arwah) ada datang melawat Adib. Dia tanya Abang Adib main game apa tu?

Seminggu sebelum kematiannya saya lihat dari sisi pipi dan hidung nya jatuh. Cuma dalam hati kecil saya kata, bukan ni….bukan.

Jumaat, 16 April 2021, selepas solat jumaat. Saya duduk di sebelah katilnya. “Ayah nak baca Yaasin ni dan Ar’rad ni. Along ikut ayah baca ya!” Dia angguk dan kata ya. Saya meneruskan bacaan sehingga selesai dan secara tiba-tiba air mata mengalir tanpa henti. Dia pegang tangan saya. “Ayah janganlah nangis….Along kuat lagi ni…Along taknak mati lagi….Along nak tengok Aysar besar dulu”.Katanya memujuk hati saya. Detik hati saya berlainan. Saya pesan padanya. Dalam hidup kita kena redho segala yang Allah swt telah tentukan.Kalau kita sabar Allah swt akan bagi ganjaran Syurga di akhirat nanti. Nanti Along tolong cari ayah dengan Ma dalam syurga ya. Sambil saya mengesat air mata dan memeluknya. Dia hanya cakap Along dah redho semuanya.

Malam tu Nenek menjaganya. Pukul 3.15 pagi Sabtu, saya menjaganya pula. Dia mengadu sakit. Sakit ayah. Saya tanya, boleh ayah bagi ubat tahan sakit? Dia anggukkan kepala. Saya bagi dos 2.5ml dan dia rasa lega dan tertidur sekejap. Sahur pagi sabtu tu saya hanya minum air masak dan sebiji tamar. Selepas solat suboh saya nyatakan, “Boleh ayah balik Paya Bungor kejap pagi ni? Ayah nak mesin rumput” Dia anggukkan kepalanya.

Balik dari Paya Bungor terus saya duduk di sebelahnya. Memegang tangannya kiri dan kanan. Kemudian membaca Al-Quran juz yang ke lima. Dalam 11:30 pagi Abrar (Adiknya) telefon. Minta bawakan baju melayu kurtanya. Saya janji akan hantar pada hari Ahad. Saya hulurkan HP kepadanya tetapi dia gelengkan kepala. Dia taknak bercakap. Biasanya dia akan tanya, Abrar makan apa lah kat asrama ni. Macam manalah Abrar duduk kat asrama. Boleh ke dia? Dia selalu risaukan adik dia pertama kali tinggal di asrama.

Selepas solat zohor hari Sabtu, 17 April 2021, saya bersiap untuk membeli Lauk di Kedai Haji Husin Gambang. Saya tanya dia nak makan apa? Dia jawab Adib tak selera hari ini ayah. Saya rasa macam tak sedap hati. Lantas saya whatsapp Imam Amin untuk dia ambil tugas Imam Tarawih malam tersebut. 

Sekembali daripada Gambang, saya masuk ke biliknya. Nenek dan Ma nya sedang urut belakang badan. Saya tanya “ Along nak perlukan mesin oksigen tak?” Dia jawab, boleh lah ayah…..Saya terus hubungi Farmasi Alpro Taman Tas…..Tiada stok…Stok hanya ada di Sungai Isap….Terus saya pecut ke sana. Sewa bulanan RM320 dan deposit RM800. Bayar terus balik. 

Sampai di Gambang, saya check SPO2 dan Pulse Ratenya menggunakan Oximeter. SPO2 nya 83. Selepas pasang mesin oksigen SPO2 jadi 97 dan pulse ratenya 101. Saya Whatsapp kepada Dr Nadiah memaklumkan kondisi terkini Adib. Dr Nadiah tanya “ Harini ayah ada kat rumah? Saya ingat nak  pergi malam ni boleh ke ayah?” Saya jawab ada dan terus send location serta alamat rumah.

Lebih kurang jam 6 petang Wan, Maklong dan Maksu dari Karak sampai. Rancangan asalnya nak berbuka di Gambang. Adib nak makan pudding roti yang di masak oleh Maksunya dan Murtabak. Apabila disuakan ke mulutnya dia cakap tak selera. Kejap lagi lah.

Semasa berbuka puasa, isteri saya menemannya di bilik. Saya berbuka dan Solat Maghrib. Terus ke biliknya bertukar shift. Apabila saya duduk di sebelahnya, dia minta saya check bacaan SPO2 nya. Saya ambil alat Oximeter di atas katil. Pasang pada ibu jari tangan kanannya. Tidak boleh di baca. Tukar ibu jari tangan kiri pun sama. Saya tukar ke ibu jari kakinya. Pun sama tak boleh baca. Saya check pada ibu jari tangan saya. Boleh baca….Kebetulan Ahnaf anak ketiga ada di dalam bilik, saya check pada ibu jari tangan Ahnaf pun boleh di baca. Dia pandang saya. Matanya tidak berkedip. Jantung saya berdegup kencang. Macam ada sesuatu. Saya cakap ke dia. Along ikut ayah mengucap. Dia sebut dengan jelas. Saya suruh dia bertenang dan minta izin dia nak ke tandas untuk bersihkan diri. 

Saya masuk semula ke biliknya lebih kurang jam 8.05 malam. Isteri saya di sebelah kanan saya di sebelah kiri. Kami talkinkannya. Nafas nya semakin perlahan. Dr Nadiah whatsapp jam 8:23 malam. Saya balas jam 8:38 malam yang mengatakan Adib dah nak pergi ni Doktor. Denyutan jantungnya semakin perlahan. Matanya kelihatan ke atas. Nafasnya semakin perlahan. Di bibirnya mengikut Kalimah Allah, Allah, Allah sehinggalah nyawanya habis di tarik Malaikat Izrail. Kami semua menangis. Sambil di bibir menyebut  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan Kembali”. Dr Nadiah sampai tepat jam 8:55 malam dan mengesahkan kematiannya.

Matanya ditutup. Tangannya memang sedia terQiam. Wajahnya senyum menawan. Seolah hilang kesakitan yang ditanggung selama ini. Ramai yang hadir pada malam tersebut dan pagi Ahad 18 April 2021. Membaca Yaasin dan Tahlil. Semua urusan dipermudahkan. Datang pertolongan tanpa di sangka-sangka. Dari awal hingga akhir. Air mata mengalir tanpa diundang. 

Jenazahnya di mandi dan dikafankan dengan lembut disaksikan semua adiknya. Saya mengimamkan Solat Jenazahnya. Penuh ruangan dalam Masjid Paya Bungor. Air mata mengalir dan dada sebak ketika membacakan doa. Terbayang wajahnya dari bayi hingga remaja. 

Muhammad Adib anak yang baik. Tidak pernah meninggi suara kepada Ma ayahnya. Hatinya terang. Hampir separuh dari usia kehidupannya diuji dengan kesakitan. Dia kuat. Tidak berputus asa untuk sembuh. Hampir setiap pagi dialah yang mengejut saya bangun pukul 5:00 pagi. Pernah saya terjaga pukul 3:00 pagi dan pergi ke biliknya. Lihat dia sedang berjaga. “Along buat apa ni? Tak tido lagi ker?” Dia jawab “ Along Solat Tahjud ayah.” Quran selalu dibacanya. Kegemarannya mengedit video. Dia belajar melalui youtube dan internet. Kebanyakan poster kuliah dan ceramah di Masjid Paya Bungor dialah yang membuatnya.

Sebelum dia meninggal sempat dia berpesan untuk Nurse dan doktor yang merawatnya. Hajatnya telah kami tunaikan. Termasuk sejumlah wang untuk derma berbuka puasa di Masjid.

Di sini perjalanan hidupmu terhenti. Berakhir sudah kesakitan duniawi. Tenanglah kau dalam jagaan Ilahi. Gerimis di hati. Hanya Tuhan yang lebih mengerti. Moga kita kan bertemu Kembali. Bersama nanti di negeri abadi.

Kami serahkan semula Muhammad Adib kepada Penciptanya, Allah Yang Esa. Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga kepulangannya diiringi bersama dengan sekalian malaikat. Tiba masanya, pimpinlah tangan Ma dan Ayah serta semua adikmu menuju ke syurga. Semoga di sana, kita bersama kecapi kebahagiaan untuk selamanya di dalam rahmat kasih-Nya. Semoga Muhammad Adib dikurniakan Syurga Tanpa di Hisab. Mohon doa semuanya. Amin Ya Robbalalamin.

Ayah yang sentiasa merinduimu.

- Mohd Fazlin Idris -

Kg.Paya Bungor

5 Mei 2021

Friday 28 January 2022

Saiz Alam Semesta

 Nak tahu besar mana Alam Semesta?

Mari kita buat bayangan dari hadis dialog di antara Nabi Muhammad ﷺ dan Malaikat Jibrail ketika perjalanan Mikraj menuju ke Sidratul Muntaha..

Sebelum itu kita kena fahami ini..

Kita manusia biasa mungkin tak akan tahu sampai kiamat betapa besar dan luasnya langit yang kita gelar Alam Semesta...

Kerana apa yang kita tahu di waktu ini hanya sedikit.. Percaya atau tidak bahawa alatan  kita yang tercanggih hanya mampu melihat setakat pada langit yang rendah..

Walaupun rendah dan tidak jauh, namun kita dapat melihat betapa indah dan cantiknya alam semesta... Cantiknya bintang-bintang yang pelbagai warna.

Sedangkan bintang-bintang yang berjaya diketahui oleh kita itu masih kecil, walaupun sudah tersangat besar berbanding bumi apatah manusia..

Maksudnya yang kita tahu dan jumpa itu memang sudah besar ( pada kita manusia ) tetapi ada lagi yang lebih besar.. Cuma kita belum jumpa je lagi..

InsyaAllah kalau diizinkan Allah.. Satu hari nanti boleh tahu..

Kerana hadis ini dahulu diriwayatkan pada 1400 tahun lebih yang lepas. Masa tu manusia biasa, tak dapat nak bayang dengan akal luasnya alam dan besarnya malaikat..

Jadi bila sampai di zaman yang serba canggih.. ada teleskop canggih dan sebagainya.. kita mampu dan boleh lihat sendiri langit dan bintang-bintang... Kita boleh lihat sendiri betapa tiada penghujungnya alam.. Betul?

Bermaksud luasnya alam ini tak boleh nak dibayangkan... Saintis sendiri pun tak jumpa penghujung alam.. Ya.. sebab apa yang mampu kita terokai setakat ini masih sedikit... Sangat Sedikit sebenarnya...

MasyaAllah..

Jadi bagaimana caranya untuk kita tahu keluasan sebenar alam semesta ?

Cara yang paling mudah, adalah dengan membayangkan atau membuat sedikit kira-kira berdasarkan saiz para malaikat seperti yang telah diceritakan di dalam sebuah hadis...

*Hadis ini tidak akan saya ceritakan secara terperinci bagi memendekkan penulisan ini. Ada orang tak suka baca panjang-panjang 😅 Saya hanya fokus pada saiz malaikat sahaja.. Jika anda ingin tahu keseluruhan hadis tersebut maka boleh rujuk pada pautan yang lain..

Mari mulakan..

Dialog diantara Nabi Muhammad dan Jibrail ketika saat Rasulullah ﷺ berangkat menuju ke Sidratul Muntaha pada peristiwa Mikraj..

Sidratul Muntaha adalah di mana tempatnya Arasy Allah yang Maha Besar.. Dan di bawahnya adalah 7 Petala Langit yang didiami oleh makhluk-makhluk Nya.. Termasuk la kita..

Nak faham luas alam mari kita bermula dengan saiz Malaikat yang cukup popular, Malaikat Pengutus Wahyu iaitu Jibrail, Jibril atau juga dikenali sebagai Gabriel.. 

Dalam dialog itu Jibrail telah memperlihatkan rupa sebenarnya.. Iaitu rupa Malaikat yang sebenar..  Kerana kebiasaannya Jibrail hanya menyerupai seperti manusia disebabkan saiznya yang terlampau besar..

*Ini adalah kali kedua Rasulullah ﷺ melihat rupa sebenar Jibrail.

Pada saat itu Rasulullah ﷺ tersangat kagum akan besarnya Jibrail yang mempunyai 300 sayap di kanan dan 300 sayap di kiri.. Berjumlah 600 sayap kesemuanya...

Bayangkan, SATU SAYAP JIBRAIL sahaja sudah boleh menutup keseluruhan ruang angkasa bumi..

Bayangkan betapa besarnya Jibrail jika dibuka kesemua sayapnya?

*Mari kita buat sedikit bayangan berpandu pada gambar bintang-bintang jauh yang diketahui oleh kita seperti di dalam gambar..

Jika satu sayap atau sepasang sayap sudah boleh menutup keseluruhan ruang angkasa bumi, maka mungkin kita boleh bayangkan satu sayap itu sebesar Matahari? Atau lebih besar lagi?

Katakanlah sebesar Matahari agar mudah kita membuat perbandingan...

Kalau 600 sayap dibuka kesemuanya?

Mungkinkah sebesar Pistol Star? Atau lebih besar seperti bintang KW Sagittarii? 

MasyaAllah besar kan? 

*Takpalah, katakan besar keseluruhan Jibrail ialah sebesar bintang yang bernama Pistol Star.. 

Kemudian..

Jibrail memberitahu ada lagi malaikat yang lebih besar dari dirinya..  Salah satunya ialah Israfil..

Tahu Malaikat Israfil? 

Yang meniup sangkakala itu.. Di mulutnya telah tersedia sangkakala dan hanya menunggu arahan untuk ditiup..

Kita teruskan..

Seperti yang diceritakan oleh Jibrail, malaikat Israfil yang meniup sangkakala adalah lebih besar dari dirinya.. 

Besar mana? Mari bayangkan lagi...

Jibrail berkata, Malaikat Israfil memiliki 600 sayap di kanan dan 600 sayap di kiri.. Berjumlah 1200 sayap semuanya..

Dan..

Jika Jibrail membuka kesemua 300 sayap kanan dan 300 sayap kirinya, itu hanya mampu berteduh di bawah SATU SAHAJA SAYAP ISRAFIL !

Boleh bayang tak?

Katakanlah jika besar keseluruhan Jibrail adalah sebesar bintang Pistol Star tadi.. Maka satu sayap Israfil sudah tentu lebih  besar dari Pistol Star kerana mampu memayungi keseluruhan tubuhnya Jibrail. Betul?

Jika diperhatikan pada gambar, ( boleh rujuk )katakan satu sayap Israfil sebesar bintang KW Sagittarii kerana ia lebih besar dari Pistol Star ( contoh sebagai gambaran. Mungkin lebih besar. Wallahualam )

MasyaAllah ... Itu baru satu sayap Israfil... Bagaimana jika dia membuka kesemua 1200 sayapnya? 

Anda bayangkan Bintang Sebesar KW Sagittarii itu berjumlah 1200... Begitulah boleh kita buat bayangan secara kasar akan besarnya Israfil..

Maka bintang yang paling besar seperti VV Chepei itu ( rujuk gambar ) hanya mungkin seakan seperti semut sahaja bagi Israfil..

Subhanallah..

Besar gila kan?

Munasabah Israfil itu sangat besar kerana dia peniup sangkakala.

Jika selama ini mungkin kita ingat hanya Bumi yang Kiamat.. Tidak! Allah sebut keseluruhan langit atau langit dunia atau yang kita panggil Alam Semesta..

Jika boleh kita bayangkan betapa besarnya Israfil maka mungkin kita boleh mengagak luas sebenar Alam Semesta ini... 

Kerana semuanya hancur dengan satu tiupan..

Betapa kuat dan gegak gempitanya bunyi yang terhasil dari tiupan itu..

Dan Israfil juga pastilah mempunya ruang untuk dirinya sendiri. Takkan Israfil berada di ruang langit yang sempit.. Bermaksud langit atau alam itu pasti lebih besar dari Israfil yang sememangnya dah besar tu.

Cuba bayang...

Rasa takjub? 

Belum lagi.. kerana ada lagi yang lebih besar dari Israfil ! Subhanallah..

Kerana ada lagi malaikat yang lebih besar dari Israfil, iaitu Malaikat-Malaikat yang menanggung Arasy..

Kata Jibrail, jika dia hanya mampu berteduh di bawah satu sahaja sayap Israfil maka jika Israfil pula yang membuka kesemua 1200 sayapnya....

Israfil yang meniup sangkakala itu hanya sebesar SATU SAYAP MALAIKAT PENANGGUNG ARASY sahaja..

Subhanallah....

Israfil tu pun dah besar tapi hanya sebesar tidak sampai satu sayap Malaikat Penanggung Arasy..

Boleh bayangkan?

Dan keseluruhan sayap malaikat penanggung Arasy adalah 1200 kanan dan 1200 kiri... Berjumlah 2400..

Cuba kita bayangkan...

Dah tak mampu nak bayang kan? Bintang VV Cephei yang besar tu pun dah jadi besar titik je bila dibandingkan dengan Malaikat Penanggung Arasy..

Bumi kita apatah lagi....Dah macam tak ada... Hebat tak hebat Allah punya kuasa.. Bumi kita kecil sangat dah, tapi semut yang lagi kecil itu pun Allah tahu mereka ( semut) buat apa.

Dan itu baru Malaikat yang tanggung Arasy.. Bagaimana dengan Arasy itu sendiri? Pasti lagi besar..

Jadi Arasy besar mana pula? Sedangkan yang menanggung Arasy adalah 8 malaikat..

Firman Allah di dalam AL Quran Surah Al Haaqqah..

Maksudnya: Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

(Al-Haaqqah 69:17) 

Ayat itu menerangkan... Setiap keliling Arasy mempunyai seramai-ramainya malaikat pengawal dan diatas mereka ada 8 malaikat yang sedang menanggung Arasy..

Jika kita fahami maka sudah tentu kita faham, yang Arasy itu sudah tentu lebih besar dari malaikat yang menanggungnya..

Dan Allah bersemayam di atas Arasy.. Tuhan kita Semua.. Tuhan yang Sebenar..

Bagaimana Allah bersemayam? 

Kita pun tidak tahu.. Tiada siapa yang tahu.. Kerana Allah tidak sama dengan makhluk.. Hanya disebut di dalam Quran Allah bersemayam di atas Arasy... Bagaimana kaedahnya itu, wallahualam..

Ya.. pasti rasa teringin nak berjumpa dengan Allah.. Teringin berjumpa dengan Tuhan yang tak tergambar sebenarnya nak digambarkan dengan akal makhluk seperti kita..

Semoga satu hari hari nanti kita memiliki peluang untuk bertemu dan melihat sendiri, Tuhan yang Mencipta Segalanya itu..

Kerana mungkin bagi sesetengah orang Syurga itu nikmat tertinggi.. Namun nikmat yang tertinggi itu sebenarnya adalah bertemu dan melihat sendiri siapa itu Allah.. 

Anda tak teruja untuk bertemu dan melihat sendiri siapa itu Allah?

Teruskan...

Maksudnya: Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

(Al-A'raaf 7:54) 

Kalau kita seorang yang mampu berfikir dengan waras dan memiliki keupayaan untuk mengira ( kiraan yang mudah ) maka kita boleh bayangkan sendiri...

Tersangatlah besar alam ini dan tersangat besarlah kekuasaan Allah itu sendiri.. Allahuakbar.

Jangan kan debu.. lebih kecil dari debu kita ni..

Patutkah kita sombong dengan Tuhan yang Berkuasa seperti itu? Hingga ada yang berani berkata Tuhan itu tidak wujud?

Untuk yang menyembah 'benda kecil' seperti pokok, batu atau matahari sebagai contoh.. Anda tak rasa sesuatu yang pelik menyembah benda kecil itu sebagai Tuhan?


Mudah-mudahan Allah pelihara diri kita dari tipuan syaitan yang merosakkan.. Aamiin 🤲🏻

Cukai Pendapatan (LHDN)

 Kepada adik-adik yang baru mula kerja ataupun yang dah naik gaji tahun 2021 ini, tahniah kami ucapkan. Jika gaji dalam setahun adalah RM34,001 ataupun agak-agak dalam RM2,833.33 sebulan (lepas tolak KWSP), kalian mesti isytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Jika nak mengurangkan cukai, benda yang perlu diberi perhatian adalah berkenaan pelepasan cukai. Lebih banyak pelepasan kita dapat, maka makin sedikit cukai yang kena dibayar. Silap haribulan tak perlu bayar langsung.

Jika kalian masih mencari maklumat berkenaan senarai pelepasan cukai pendapatan LHDN bagi e-Filing pada tahun 2022 nanti (tahun taksiran 2021), artikel ini pastinya akan membantu.

Kita dah nak sampai pun ke penghujung tahun. Dengan masa yang berbaki ini, jom kita tengok apa yang boleh dilakukan (belanja) untuk merebut insentif cukai.

Kalau nak tahu, ianya terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut:

Pelepasan Cukai

1. Ibu Bapa

    Peralatan Menyusu (RM1,000)

Ini untuk pembayar cukai wanita sahaja. Bagi mereka yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun, ianya boleh dituntut setiap 2 tahun sekali.

    SSPN (RM8,000)

Ini adalah jumlah simpanan bersih. (Tabungan bersih adalah jumlah simpanan dalam tahun 2021 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2021).

Bermaksud jika awal tahun kita pernah depositkan RM10,000 tetapi tiba-tiba kita ada keluarkan RM7,000, maka kita hanya layak untuk menuntut pelepasan sebanyak RM3,000.

Masih belum terlambat. Jika belum buka akaun SSPN untuk anak, bukalah sekarang secara dalam talian di sspni.sspn.my. Pendeposit perlu membuat deposit minima RM20 untuk pembukaan akaun baharu.

Pelepasan cukai dapat, duit simpanan untuk anak juga ada.

    Yuran Taman Asuhan / Tadika Berdaftar (RM3,000)

Bagi mereka yang mempunyai anak di bawah umur 6 tahun dan boleh dituntut oleh salah seorang ibu bapa.

2. Pendidikan (RM7,000)

Ianya merupakan yuran pendidikan untuk diri sendiri dan terbahagi kepada dua:

    Selain daripada Master dan PHD, kursus di dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, vokasional, perindustrian, saintifik atau teknologi

    Master dan PHD, semua bidang pengajian

Senarai institusi tempatan atau badan profesional di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau diluluskan oleh Menteri Kewangan boleh didapati di laman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di www2.mqa.gov.my

3. Perbelanjaan Perubatan

Diri sendiri, pasangan dan anak-anak (RM6,000) – bagi penyakit berbahaya, kos rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan.

Contoh:

Dalam tahun 2021, kos rawatan penyakit leukemia yang dihidapi oleh Jasmin berjumlah RM12,000. Daripada jumlah tersebut, Jasmin membayar RM8,000 dan suaminya, Hanapi membayar bakinya sebanyak RM4,000 dan resit berasingan telah dikeluarkan atas nama Jasmin dan Hanapi.

Jasmin dibenarkan potongan bagi perbelanjaan perubatan yang dibayar olehnya tetapi terhad kepada RM6,000 sementara Hanapi dibenarkan potongan sebanyak RM4,000 yang dibayar olehnya untuk rawatan penyakit serius isterinya.

Pemeriksaan kesihatan penuh (RM500)

Pemeriksaan perubatan penuh termasuk-

(a) pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan mata, telinga, hidung, kerongkong, leher, dada, jantung, payudara, abdomen, tangan, kaki, pemeriksaan berat badan, tekanan darah;

(b) pemeriksaan x-ray;

(c) ujian darah dan ujian urin; dan

(d) perbincangan dengan pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan berhubung dengan hasil pemeriksaan.

Kalau kita sekadar membuat pemeriksaan x-ray dan ujian darah (bukan full medical checkup), kita tidak layak untuk menuntut perbelanjaan tersebut.

Seeloknya setiap tahun kita perlu menjadikan pemeriksaan kesihatan penuh ini sebagai rutin, terutamanya yang sudah berumur 40 tahun ke atas.

Rawatan perubatan / penjagaan ibu bapa (RM8,000)

Ibu bapa merujuk kepada ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat jika individu itu adalah seorang anak angkat. Jika ada dalam keluarga adik beradik kita yang telah menuntut RM8,000 maka kita tak boleh nak tuntut.

Perbelanjaan rawatan perubatan ibu bapa yang layak untuk potongan termasuk-

(a) rawatan perubatan dan perkhidmatan penjagaan yang disediakan oleh rumah penjagaan; dan

(b) rawatan pergigian yang dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi dan membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik seperti menggantikan dan membaik pulih gigi yang melibatkan penyatuan, root canal dan gigi palsu.

4. Gaya Hidup

Pembelian bahan-bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar / tablet, peralatan sukan, langganan Internet, keahlian gimnasium (RM2,500).

Pembelian peralatan sukan untuk mana-mana aktiviti sukan seperti yang didefinisikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 termasuk pembelian basikal (tidak terpakai kepada jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk kegunaan dan manfaat diri sendiri, pasangan atau anak (tidak termasuk keahlian kelab yang menyediakan kemudahan gimnasium);

Suka kami ingatkan yang kasut sukan adalah kategori pakaian sukan, bukan peralatan sukan.

Jangan rasa kecewa sangat jika sudah terbeli kasut Nike, Adidas, Puma yang mahal-mahal tu tetapi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

TAMBAHAN gaya hidup (RM2,500) untuk pembelian komputer peribadi, telefon pintar dan tablet untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan

Contoh:

Pak Teh membeli laptop untuk kegunaan PdPR anaknya dengan harga RM4,000 pada 1/1/2021. Pak Teh boleh menuntut keseluruhan perbelanjaan itu dengan memasukkan RM2,500 di ruang pelepasan gaya hidup TAMBAHAN ini dan baki RM1,500 dimasukkan di ruang pelepasan gaya hidup.

Jika Pak Teh ada beli buku, bil internet, baki boleh tuntut tinggal RM1,000 kerana pelepasan gaya hidup ini juga terhad kepada RM2,500.

TAMBAHAN gaya hidup berkaitan aktiviti sukan (RM500)

Sewaan fasiliti sukan seperti court futsal, court badminton dan yuran penyertaan pertandingan.

. Perbelanjaan melancong dalam negara (RM1,000)

Pelepasan cukai untuk perbelanjaan perjalanan dalam negara. (Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021).

Bayaran masuk ke pusat tarikan pelancong seperti taman tema juga dibenarkan.

Jangan lupa pergi bercuti dan simpan bukti pembayaran berkaitan. Premis penginapan yang berdaftar boleh disemak dipautan : http://www.motac.gov.my/semakan/hotel-berdaftar

6. Insurans dan Pelaburan

Sudah mencarum takaful atau belum?

Takaful/Insurans hayat:

Pekerja sektor swasta (RM3,000)

Pekerja sektor awam (RM7,000)

Takaful/Insurans pendidikan dan perubatan (RM3,000)

Skim Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) – RM3,000

Jika buka akaun sebelum 31 Disember 2021 masih layak tuntut pelepasan ini tahun depan.

Baca juga 6 Mitos Yang Menyebabkan Ramai Orang Malas Nak Ambil Takaful dan Menyimpan Untuk Hari Persaraan Mengikut Prinsip Islam

7. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (RM250)

B. Pemotongan Cukai

8. Sumbangan

Rujuk :

PENCUKAIAN INDIVIDU BERMASTAUTIN

BAHAGIAN I – HADIAH ATAU SUMBANGAN DAN POTONGAN YANG DIBENARKAN

KETETAPAN UMUM NO. 8/2020

    Institusi /organisasi / dana yang diluluskan (Sehingga 10% daripada gaji)

    Contohnya jika kita menderma kepada Tabung COVID-19 di bawah Kementerian Kesihatan, Tabung Bantuan Bencana Negara di bawah NADMA dan institusi atau organisasi diiktiraf.

    Bagi yang menderma secara tunai, rekod yang perlu disimpan ialah resit rasmi kerajaan, slip pindahan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM), slip deposit cek, slip deposit melalui kaunter bank, slip pembayaran dalam talian atau slip pindahan melalui Interbank Giro (IBG Transfer).

    Boleh semak senarai NGO, badan kebajikan, institusi atau organisasi lain yang diluluskan di Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan Dibawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.

    Aktiviti sukan yang diluluskan (Sehingga 10% daripada gaji)

    Projek yang diluluskan berkenaan kepentingan negara (Sehingga 10% daripada gaji)

    Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada mana-mana pihak berkuasa agama yang sesuai yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau Universiti Awam yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama (Sehingga 10% daripada pendapatan aggregat)

9. Sumbangan Lain

    Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan (Nilai sumbangan)

    Artifak, manuskrip, lukisan (Nilai sumbangan)

    Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan. (Nilai sumbangan tetapi di bawah RM20,000)

    Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.

    Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.

    Lukisan kepada Galeri Seni Negara atau galeri seni negeri

C. Rebat Cukai

10. Zakat / Fitrah

Jangan lupa untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

Tidak banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Harus diingat, kadar zakat hanyalah dalam batas 2.5 peratus sahaja, maka seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, adakah sebenarnya pendapatan seseorang itu lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang cukai (B/BE).

Thursday 27 January 2022

Kereta Mayat

 Ulangkaji..

KIsah Dajjal Pertama muncul dan cara Sahabat menanganinya, maka bila muncul Dajjal Terakhir cara yang sama juga untuk atasinya.

Ada pendapat mengatakan, Sebelum Dajjal muncul akan muncul fitnah Dajjal disetiap zaman,yang mana fitnah Dajjal pertama muncul adalah selepas kewafatan Nabi.

Kisahnya begini…

Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, kita semua tahu waktu itu Kitab Al-quran takde, takde sahabatpun yang jual kitab Al quran, kitab kitab tasauf, kitab ehsan, kitab sifat 20, pun takde, kitab wahabipun takde, apatah lagi email, sms, whatsapp , blog, FB, lagu nasyid, dan media masa! Semua takde!

Namun hari hari ada orang masuk islam, berbondong bondong pulak tu.., diorang baca whatsapp ke dapat hidayat?, atau baca FB dapat hidayat? Ke mereka dengar nashid dan dapat hidayat? Kau rasa?

Pendek kata, walaupun zaman Nabi SAW tiada Universiti Islam, tiada Bank Islam, Zoo islam, parti islam, malahan Al quran yang di bukukan sekalipun tak ada, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA pakat pakat amal agama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’

Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul.., iaitu jumpa face to face, pujuk rayau manusia, tunjuk akhlak yang baik yang mana semua tu sama macam Nabi Nuh jumpa kaumnya, macam Nabi Luth jumpa kaumnya, macam Nabi Ibrahim jumpa Namrud, Macam Nabi Musa jumpa Firaun..

Jadi kesemua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah... dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam yang mana disudut mana mereka pergi, akan ada orang bukan Islam memeluk islam!

Kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar agama di rumah para sahabat Nabi SAW.. kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbondong bondong manusia masuk Agama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar.. siap turun surah kemenangan cerita maksud menang dalam Islam adalah bila manusia masuk agama islam berbondong bondong!

Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, maka seratus ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan mekah.., mereka telah terkorban dalam mengembangkan agama hingga kubur mereka ada di hujung hujung dunia.

Tapi saya dan korang hari ni dalam kita mengaku berdakwah di internet.., kesanya tak sama dengan zaman sahabat, waktu ini kita dengar cerita ada orang sedang murtad berbondong bonding, dan muncul ahli bidaah dolalah  merata riti dan orang kapir sikit pun tak takut pada orang islam bila terdengar cerita ummat islam di tindas di sana sini.

Jadi timbul soalan dalam diri saya, Betul ke saya sedang berdakwah, atau sedang shok sendiri?

Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka terdapat dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu darah dan air mata, tapi saya dan korang hari ni berdakwah melalui internet apa kejadahnya?, ada air mata mengalir? berpeluh pun kira ok kot isk isk isk..

Baca komik, blog, main wasap, update FB, dengar lagu, tengok tik tok Twitter, jadi Youtuber, semuanya NAFSU suka…, lalu korang selit Al quran dan hadith dan claim diri sebagai pendakwah agung serta rasa selesa dan gerenti masuk shurga? Wah wah wah, meriahnya hidup..

Ok, relaks, jangan marah, pendakwah semua tak mudah marah bukan?

Baiklah, korang tentu akan tanya saya mana dalil dan Nas bukan? Sempena hari saya rajin bukak kitab.., mari kita kembali kepada sejarah pada hari isnin, 1400 tahun yang lampau…

******

(imbas kembali)

Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..

Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..

Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., maka Jemmaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan.

Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..

Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat.

Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mencekak janggut saidina Umar RA..

“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mati? Hanya Allah yang tidak akan mati!”

Terus Umar R.A insaf dengar tazkirah Abu Bakar R.a!

Pada waktu itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..

Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..

Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…

Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!

Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, datanglah Abu Bakar dan saidina Umar meredakan suasana…

Namun bukan isu itu yang saya nak ceritakan, yang saya nak bagitahu adalah pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., orang islam sibuk berebut jawatan pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-

1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di Madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..

2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Dajjal pertama yang mengaku sebagai Nabi palsu..

3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..

Oh! 3 perkara ini berlaku sebelum jasad nabi di kebumikan lagi! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sekelip mata!

SEKELIP MATA DAA....!

Saya pendekkan cerita akan bagaimanakah akhirnya ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., (panjang pulak nak cerita bab ni nanti..)

Ok, sekarang, mari kita lihat bagaimanakah Saidina Abu Bakar RA mengatasi masalah ini..

Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-

JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..! MESTI!

Ini bermakna, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..

Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan sebahagian lagi menentang Dajjal pertama yang mengaku Nabi! 

Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?

“Adakah patut saya menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri? Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak saya membatal pemergian jemaah usamah RA..”

Tuan tuan yang saya muliakan, Abu bakar adalah orang yang paling faham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..

Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?

“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat tanpa tali, akan ku perang orang itu!

Nota: tali itu adalah tali yang mengikat binatang, jika di zaman Nabi mereka bayar zakat binatang bersama tali, maka andaikata mereka ingin bayar zakat binatang tanpa tali di zaman Abu bakar, pun abu bakar akan perangi mereka, atapah lagi jika tak bayar zakat terus!, Abu Bakar tidak mahu sedikitpun sunnah Nabi berkurang, dan tak mahu sebarang pembaharuan atau bidaah muncul! lagi lagi di zaman pemerintahannya, korang paham tak?

Baiklah, pendek cerita tentara Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..

Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..

Kemudian di jalanan tentera Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu memerangi dan memusnahkan mereka..

Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, Jemaah perang menentang Dajjal pertama juga telah disiapkan, pendek cerita ‘Dajjal’ pertama atau Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan, Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..!

*****

Wah bersemangat nampak dengar cerita duhai Pendakwah semua..?

Maka hari ni saya dan korang semua duhai para pendakwah sekalian, betul ke sedang berdakwah?

Saya kita semua sibuk jawatan pemimpin paling islamik sehingga dah masuk 2021 dan sibuk berdakwah dengan cara yang merepek dan bukan sunnah Nabi, sehingga bilangan orang murtad semakin bertambah, ahli bidaah semakin bertambah (termasuk korang), dan orang kapir sikit pun tak takut kat kita orang islam isk..isk.. 

Maka nasihat saya kepadadiri sendiri dan pendakwah sekalian, jika korang nak menulis mengenai agama, atau nak menyanyi lagu agama, forward rencana ugama, berlakon watak islamic dalam filem islam ke apa dan sebagainya.., teruskan selagi tak mendatangkan fitnah dan tak buat perkara haram, Cuma jauh di sudut hati masing masing, tolong jangan claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., buat kerana ummat kononnya, sedangkan perkara yang HAK telah di tinggalkan..

Sama juga bagi mereka yang ghairah belajar ugama, bukak kitab, belek kitab, bukak kelas, berdebat, berforum dan lain lain.., pun tak payah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., kerana perkara yang sebenar dan HAK telah di 'yatim'kan..oh!..

Nak buat camne? Dah kita taksub sangat dengan dajwah cara yang baru.., menulis di sosme dan update FB misalnya?, apa lagi nak di kata? tapi jangan saya dan korang lupa dengan SUNNAH Nabi SAW… tak salah kahwin dua tapi jangan abai bini pertama.. Tak salah bidaah hasanah tapi jangan lupa Sunnah yang asal, Dakwah cara Nabi!

Maka fahamlah kita, 

Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..

Pertama:

Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!

(dah berlaku kat Negara kita, isk..)

Kedua:

Akan muncul firnah Dajjal

(Oh, geng kospirasi sendiri menghebatkan dajjal dan membatah ulamak yang hak)

Ketiga:-

Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam

(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!)

Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, maka apa yang saya dan mereka telah buat wahai pendakwah semua?

Selesakah saya dan mereka berdakwah dengan email, tiktok, whatsapp. FB, lagu ,blog, komik, parti, teater, HD, telegram, insta, buku, majalah, akhbar dan sebagainya.. selesakah korang?

Selesakah saya dan mereka berdakwah tidak dengan CARA nabi SAW?

Kembalilah berdakwah cara Nabi, maka penyelesaian yang berlaku di zaman Abu Bakar, akan berulang, sebagaimana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa, pasti mereka juga akan berdakwah ikut cara Nabi dan Sahabat…

Akhir kata, suka saya memetik pesanan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua)

“Wahai Umar,

Apa yang saya perkatakan kepadamu dan amalkanlah.

Sesungguhnya saya berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)

Maka sekiranya saya mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan saya untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,

Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.

Laksanakanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.

Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah saya lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,

Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.

Dan demi Allah, sekiranya saya melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”

(End)

Ps: Saya banyak salah dan silap, maaf terkasar Bahasa, jika ada silap dalam penulisan, sila tegur, dan jika teringat nama saya dalam doamu, doakan yang baik baik, semoga kebaikkan dari penulisan ku ini, menutup aibku diakhirat.

Semoga Woha Sampai syurga!

Wednesday 19 January 2022

RAHSIA TUHAN

 Satu coretan saja..hidup ini sekejap saja...jangan macem.macem...

Rupanya kita dah tua. Yang dulu brother, hari ni dah jadi Otai. Dah jadi Legend. Kita yang dulu adik, hari ni dah jadi abang. Yang dulu Siti hari ni dah jadi Datin. Yang dulu bangang, hari ni dah bawa Honda. Yang dulu Kaya, hari ni terbaring koma. Yang dulu berkuasa, hari ni menjadi bahan ejekan. Yang dulu gila-gila, hari ni dah berhijrah ke agama. Yang dulu kaki pukul, hari ni nak pukul pun tak lagi berani.

Demikianlah putaran masa, tuan-tuan. Takda siapa boleh jangka pun apa akan jadi masa hadapan. Kita cuma boleh agak-agak je. Belum tentu betul pun.

Perasan tak?

Paling banyak kita nampak, yang dulu sakit menderita dijaga oleh orang, hari ni yang menderita tu dah sihat walafiat, yang jaga pula tiba-tiba meninggal dunia. Yang dulu perlekeh tentang rumahtangga orang lain konon itu tak betul ini tak betul, hari ni dia sendiri bercerai berai dek tahu suami dia ada affair dengan perempuan lain. Walhal dulu dialah yang paling hebat bab menegur isu rumahtangga, kongsi tips rumahtangga bahagia katanya. Ada yang dulu tamak harta pusaka, segalanya dia sapu fikir tembolok dia saja, hari ni hidup sebatang kara menagih simpati pada keluarga yang dulu dia berkeras merampas segala pusaka.

Jadinya, berpesan-pesan untuk diri sendiri. Hari ni nampak orang miskin dan kau kaya, jangan perlekeh tapi bantu apa terdaya. Jangan sibuk cerita kekayaan kau hari tu atas usaha keras kau semata. Esok tak tahu lagi apa cerita. Dulu Billionaire, hari ni duduk di rumah orang-orang tua pun ada ceritanya. Tanpa satu harta pun. Dulu menyombong dengan keluarga kerana kaya raya, hari ni terlantar sakit dan dijaga oleh keluarga pun ada. Dulu menghina kenalan-kenalan setia kerana tak seberjaya kita, hari ni hidup sebatang kara di bantu oleh kenalan setia pun ada.

Tak pernah terfikir pun semua ni boleh jadi.

Masa depan ni terlalu rahsia, tuan-tuan. Kadang kita nampak yang cantik bakal menjelma masa hadapan, tapi rahsia Tuhan siapa tahu? Boleh jadi tahun depan kita dah takda lagi. Boleh jadi tahun depan, keluarga kita dah takda lagi. Boleh jadi tahun depan, kawan-kawan baik kita, partner kita ni dah takda lagi.

Sebab tu apa yang kita ada hari ni. Kita nikmati betul-betul, kita hargai betul-betul. Yang suami, hargai isteri. Yang isteri hargai betul-betul suami tu. Masa ada depan mata, memang rasa nak melawan je, memang rasa semak je, memang rasa panas je, nampak yang baik, yang cantik, yang bagus semua orang lain je, biasalah. Benda depan mata kan. Esok dah takda, yang benci yang rimas, yang rasa nak melawan tu semua hilang jadi rindu yang menggunung. Kita akan faham apa itu rasa kehilangan. Jadi menyesal yang tak terpadam sebab terlupa untuk hargai sepanjang bersama.


Nak hilang semua ni kadang sekelip mata je. Tengok kisah-kisah satu keluarga yang naik satu kereta nak pergi bercuti, tiba-tiba kereta kena hentam dengan lori. Last sekali yang tinggal cuma si bapak je. Sekelip mata hilang keluarga besar dan kembali berseorangan. Siapa pernah sangka akan kehilangan semua tersayang sekelip mata macam tu? Ini semua rahsia besar yang kita selalu ambil sambil lewa.

Waimah kita kaya raya, waimah kita sihat walafiat, waimah kita berjaya macam mana sekalipun. Waimah rumahtangga kita sebahagia mana sekalipun.

Jangan leka. Jangan sombong.

Saddam Hussein dulu waktu berkuasa duduk di kerusi emas, penghujung hayatnya menyorok di lubang bawah tanah yang sempit dan akhirnya digantung mati dek pengkhianatan oleh bangsanya sendiri.

Ramai dulu yang megah bercerita kejayaan sana sini terlupa Tuhan yang mengizinkan rezeki,hari ni meratip nasib di tikar sejadah langsung tidak bertemankan lagi kekayaan. Miskin, dipulaukan, tiada lagi teman-teman bergelak tawa.

Dahsyatnya rahsia Tuhan. Tak terjangkau dek akal.



SUKSES DUNIA DAN AKHIRAT


MENGENAL DIRI SEBAGAI KUNCI SUKSES 

Sukses dunia dan akhirat 

Siapa diri kita? 

Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mengenal dirinya ia mengenal Tuhannya.” 

Diri adalah potensi agung yang dikaruniakan oleh Allah Yang Maha Agung kepada manusia makhluk yang paling mulia. Allah swt berfirman: “Kutiupkan ruh-Ku ke dalamnya (Al-Hijr/15: 29) 

Manusia memiliki tiga potensi: Potensi akal, potensi syahwat (daya tarik), dan potensi marah (daya tolak) 

Potensi akal =  bijaksana dan kearifan, kelicikan, kebodohan 

Potensi syahwat = kesucian, kerakusan, kestatisan 

Potensi marah = keberanian, gegabah, pengecut 

Arif + suci + berani = Adil, keadilan 

Licik + rakus + gegabah = Penindas 

Bodoh + statis + pengecut = Tertindas 

Manusia yang menggerakkan potensinya sesuai dengan yang diinginkan oleh Penciptanya, ia akan mendapatkan solusi dalam setiap problem, menggapai kesuksesan dan kebahagian bahkan rizki yang tak terduga. 

Allah swt berfirman: 

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَّهُ مخْرَجاً وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ  

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberi solusi dan mengkaruniakan rizki yang tak terduga.” (Ath-Thalaq/65: 2-3) 

Taqwa makan yang sebenarnya berasal dari kata wiqayah, artinya menjaga diri, mengaktifkan dan mengaktualkan potensi sesuai dengan yang diinginkan oleh Penciptanya. 



Bahkan lebih luas Allah swt berfirman: 

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى ءَامَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَاعَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَآءِ وَ اْلأَرْضِ 

“Sekiranya suatu bangsa beriman dan bertaqwa, niscaya Kami buka untuk mereka keberkahan-keberkahan dari langit dan bumi..” (Al-A’raf/7: 96) 

Dalam ayat ini Allah swt mengkaitkan iman dan taqwa. Dalam buku-buku motivasi, keimanan, kepercayaan dan keyakinan merupakan kunci utama kesuksesan manusia. 

Kesimpulan 

Orang yang tidak beriman dan tidak bertaqwa dalam pengertian yang sebenarnya ia pasti gagal dan rugi. 

Orang yang tidak beriman dan bertakwa, ia pasti tidak mengenal dirinya 

Orang yang tidak mengenal dirinya ia pasti tidak mampu mengaktual potensi dirinya 

Orang yang tidak mengaktualkan potensi dirinya ia pasti tidak mengenal Tuhannya. 

Orang yang tidak mengenal Tuhannya ia pasti banyak sekali akibat buruk dan negatif pada dirinya 

Kaidah Spritual 

Ittihadul âqil wal ma’qûl 

Akan terjadi transformasi antara pemikir dan yang dipikirkan 

Dalam buku motivasi disebutkan: 

Berpikir besar akan meraih sesuatu yang besar 

Berpikir kecil akan meraih sesuatu yang kecil 

C& 






Tuesday 18 January 2022

MUTIARA HIKMAH

 JUM'AT

 *_MUTIARA HIKMAH_* 🍃 

*1.*   _Sebagaimana Engkau Membersihkan Wajahmu Agar Indah Di Pandang Orang, Maka Bersihkan Pula Hatimu Agar Indah Di Pandang Allah._

*2.*   _Semua Persahabatan Yang Terbina Di Muka Bumi Ini Akan Menjadi Permusuhan Di Hari Akhirat Kecuali Persahabatan Yang Dibina Dengan Ketakwaan Dan Saling Mengingat Kan._

*3.*   _Syukuri Apa Yang Kau Miliki. Jangan Iri Dengan Apa Yang Orang Lain Miliki, Maka Allah SWT Akan Memberimu Apa Yang Belum Kau Miliki._

*4.*   _Ada Manusia Yang Amalnya Seperti Gunung Di Dunia Namun Di Akhirat Umpama Debu Yang Berterbangan._

*5.*   _Menjaga Perasaan Seorang Muslim Adalah Ibadah. Menyakiti Hati Seorang Muslim Dosanya Lebih Besar Dari Menghancurkan Ka'bah. Siapa Saja Yang Membuat Senang Hati Seorang Muslim, Maka Allah Akan Membuatnya Senang Kelak Di Hari Akhir._

*6.*   _Orang Yang Tinggi Akhlaknya, Walaupun Rendah Ilmunya, Maka Dia Lebih Mulia Dari Orang Yang Banyak Ilmunya Tapi Kurang Akhlaknya._

*7.*   _Bila Kamu Kecewa Pada Mereka Yang Banyak Menyakiti Mu, Maka Kamu Harus Teringat Pada Rasulullah Yang Senantiasa Memaafkan Semua Orang Yang Menyakiti Beliau. Shallallahu 'Alaihi Sa Sallam._

*8.*   _Suatu Saat Kau Akan Dapati Sesuatu Yang Kau Pinta Dari Allah Sejak Lama, Mungkin Sejak Masa Kecilmu Yang Bahkan Kau Sudah Lupakan Itu, Tapi Allah Tak Akan Melupakannya._

*9.*   _Jika Kau Lihat Seseorang Jauh Dari Tuhannya, Jangan Kau Ejek Dia. Allah Lebih Dekat Kepada pendosa Ketimbang Orang2 Yang Sombong._

*10.*   _Jika Kamu Ingin Untuk Berada Dekat Dengan Nabi Muhammad, Maka Kamu Perlu Untuk Bangun Malam Dan Melaksanakan Tahajjud._

*11.*   _Bila Kamu Merasa Harus Membalas Kejahatan Orang Terhadap Mu, Maka Kamu Harus Teringat Rasulullah Ketika Beliau Dilempari Batu, Dipukul, Dan Diusir Dari Thoif, Maka Beliau Hanya Berdoa Kebaikan Dan Hidayah Untuk Seluruh Kampung Tersebut, Shalallahu Alaihi Wa Sallam._

*12.*   _Ramai Wanita Yang Meniru Wanita2 Di Televisi, Sehingga Mereka Tidak Kenal Lagi Siapa Sayyidatina Fatimah Binti Rasulullah SAW._

*13.*   _Sungguh Celakalah Orang Orang Yang Tidak Melihat Wajahnya Nabi Muhammad Di Akhirat Kelak, Yaitu Orang2 Yang Mengagungkan Para Pemain Bola Dan Para Artis Lebih Dari Mengagungkan Rasulullah SAW Dan Para Sahabat RA._

*14.*   _Layanilah Orang Tuamu Seperti Raja, Maka Rezekimu Juga Akan Menjadi Seperti Raja._

*15.*   _Jika Jernih Keadaan Seorang Mukmin, Maka Dia Tak Akan Sabar Untuk Dzikir Kepada Allah._

*16.*   _Orang Yang Selalu Mempunyai Hubungan Dengan Allah, Maka Allah Akan Penuhi Hatinya Dengan Rahmat Dan Ketenangan Di Setiap Waktu._

*17.*   Didiklah Mata Hati Supaya Jangan Memandang Hina Pada Orang Lain Walaupun Dengan Ahli Maksiat.

*18.*   _Seandainya Allah Perlihatkan Pahala Kesabaran, Pasti Ramai Manusia Yang Berlomba-Lomba Mendekati Ujian._

*19.*   _Jangan Sibuk Dengan Hal Orang Lain. Jagalah Hati Kamu. Biarkan Hati Kamu Senantiasa Bersujud Kepada Allah._

*20.*   _Wahai Kamu Semua Yang Mengharapkan Pandangan Dari Pada Allah, Bersalawatlah Kepada Rasulullah SAW._



C&P

💐AL-Quran Penyelamat Diri🔥

 Share: Prof Dr Delfitri Munir

*MENGAPA SAAT BACA AL QUR'AN DISARANKAN UNTUK BERSUARA?*

Mau Sihat? 

Baca terus Al Quran, 

Sel Kanser pun Bunuh Diri

Pengaruh Tilawah terhadap kesihatan tubuh

Masya Allah,

Bukti-bukti ilmiah Al Qur'an sudah nampak di akhir zaman ini, kemukzijatan Al Qur'an sudah di ketahui dunia saat ini dan membuat mereka para saintific terpesona atas keilmiahan dan kemukjizatan Al Qur'an tersebut.

Prof. Dr. Suzane Moore PhD telah menulis dalam journalnya, ia berkata : ini sebuah kitab yg menakjubkan kerana terbukti kemukjizatannya, ia telah memperlihatkan bagaimana Al Qur'an merupakan sejenis ubat penyakit manusia.

Suara yang keluar dari tilawah seseorang akan melayang ke udara dan kemudian masuk melewati telinga dan seterusnya di serap oleh tubuh, kemudian ia masuk ke sel-sel yang ada dalam tubuh kita. 

Suara yg terdengar dgn irama dan frekuensi tertentu mengandungi informasi spesifik sehingga dapat memberi rangsangan kepada sel-sel dalam tubuh kita.

Al Qur'an yg tersusun secara sistematik dengan irama yang indah kerana bacaan yang tartil dan pengulangan kata-katanya sungguh menakjubkan kerana ia membuat sel-sel dalam tubuh kita bisa melawan penyakit-penyakit yg berbahaya dengan bahasa yang menyentuh, ternyata mengandungi informasi spesifik pada setiap ayat-ayatnya. 

Dengan informasi yang spesifik ini boleh membuat sel-sel yang sakit menjadi sembuh.

Hasil penelitian terkini seperti yang diungkapkan Prof. Dr. Abraham Nicole PhD, bahwa sel-sel darah merah yang telah dibacakan ayat-ayat Al Qur'an dengan bacaan tartil artinya bacaan yg indah dengan memakai kaedah Tahsin Tajwid, ia memperlihatkan respon tertentu. Sehingga sel-sel kanser pun bunuh diri. Bahkan virus auto imun pun lenyap. Terbukti dari hasil penelitian Prof. Dr. Victor Iron PhD USA.

Penelitian lainnya membuktikan bahwa sel-sel kanser ganas menjadi normal kembali dengan bacaan ayat-ayat Al Qur'an.

Di samping itu penelitian memperlihatkan bahwa medium yang paling baik untuk informasi Al Qur'an adalah Air putih, Madu, Minyak Zaitun, Air Zam-Zam dan makanan alami yang sangat banyak ragamnya di dunia ini, ia boleh menjadi medium informasi gelombang energi dari sebuah bacaan Al Qur'an.

*Inilah Manfaat Membaca Al-Qur'an bagi Kesihatan*

Menurut sebuah survey yang dilakukan oleh Dr. Al-Qodhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengarkan ayat suci Al-Qur'an, baik mereka yg mengerti bahasa Arab atau tidak, ternyata *memberikan perubahan fisiologis yang sangat besar.* 

Termasuk salah satunya dapat *menangkal berbagai macam jenis penyakit*.

Hal tsb dikuatkan lagi oleh Penemuan Muhammad Salim yang dipublikasikan Universitas Boston.

Mengapa di dalam Islam, ketika kita *mengaji disarankan untuk bersuara?*

Minimal untuk diri sendiri alias terdengar oleh telinga kita.

Berikut penjelasanya :

Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di berbagai bahagian tubuh...

Nah... 

Sel-sel yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbangannya.

*Hal tersebut ertinya harus dengan suara.* 

Maka munculah *TERAPI SUARA* yang ditemukan oleh *Dr. Alfred Tomatis, seorang doktor di Perancis*.

Sementara Dr. Al-Qodhi menemukan, bahwa

MEMBACA AL-QUR'AN DENGAN BERSUARA, 

*Memberikan pengaruh yang luar biasa terhadap sel-sel otak untuk mengembalikan keseimbangannya.*

Penelitian berikutnya membuktikan *Sel Kanser dapat hancur* dengan menggunakan *FREKUENSI SUARA* saja.

Dan kembali terbukti bahwa, Membaca Al-Qur'an sangat berkesan dalam proses penyembuhan penyakit sekali pun kanser.

Virus dan kuman berhenti bergetar saat dibacakan ayat suci Al-Qur'an, dan di saat yang sama , sel-sel sihat akan menjadi aktif.

Mengembalikan keseimbangan program yang terganggu tadi. 

Silakan dilihat QS. Al-Isro' ayat 82

Dan yang lebih menguatkan supaya diri ini semakin rajin dan giat membaca Al-Qur'an adalah kerana menurut survey :

SUARA YANG PALING MEMILIKI PENGARUH KUAT TERHADAP SEL-SEL TUBUH, ADALAH SUARA SI PEMILIK TUBUH ITU SENDIRI. 

Lihat QS. 7 ayat 55 (Surah Al-A'Raf) dan QS. 17 ayat 9 (Surah Al-Isra').

Mengapa Solat berjama'ah lebih di anjurkan?. 

*Kerana ada do'a yg dilantunkan dengan keras, sehingga terdengar oleh telinga dan ini boleh mengembalikan sistem yang seharian rosak.*

Mengapa dalam Islam mendengarkan lagu hingar bingar tidak dianjurkan?

*Kerana survey membuktikan, bahwa getaran suara hingar bingar MEMBUAT TUBUH TIDAK SEIMBANG.*

Maka kesimpulannya adalah :

*1. Bacalah Al-Qur'an di pagi hari dan malam hari sebelum tidur* untuk mengembalikan sistem tubuh kembali normal.

*2. Kurangi mendengarkan musik hingar bingar,* ganti saja dengan *murotal* yang jelas-jelas memberikan efek menyembuhkan.

Siapa tahu kita punya potensi terkena kanser, tapi kerana rajin mendengarkan murotal, penyakit tersebut bisa hancur sebelum terdeteksi.

*3. Perbaiki baca Al-Qur'an (baca dengan tartil, penuhi Hukum Tajwid),* kerana efek suara kita sendirilah yang paling dasyat dalam penyembuhan.


Dengan hanya tilawah yg baik dan Tartil Tajwid Tahsin maka kesihatan akan terjaga. 

In Syaa Allah.

Aamiin ya Rabbal 'Alamiin

Saturday 15 January 2022

HIDAYAH ITU MILIK ALLAH

 Sebak baca. 😢

“Dua puluh dua tahun lalu, dia ditinggalkan di tadika kerana ibunya terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.

Ketika itu, usia Rohana Abdullah baru sahaja dua bulan namun kerana kemurnian hati seorang wanita berbangsa Cina, dia dijaga seperti anak sendiri sehinggalah sekarang.

Wanita itu, Chee Hoi Lan, 83, adalah guru tadika di mana ibu Rohana bekerja sebagai pekerja pembersihan dan mengenangkan nasib bayi terbabit, dia mengambil keputusan menjaganya seperti anak sendiri.

Hoi Lan berkata, dia sedar isu perbezaan agama akan menjadi masalah dan kerana itu, dia berusaha menyediakan segala keperluan Rohana, 22, menggunakan wangnya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain (Kafa).

Selain itu, Rohana juga dipastikan belajar perkara asas mengenai Islam menerusi pengajian langsung di sekolah dan didikan daripada kenalannya.

"Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini.

"Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim, dia akan kekal begitu sampai bila-bila," katanya ketika membuat aduan mengenai Rohana yang tidak memiliki kewarganegaraan kepada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Batu, Gulam Muszaffar Ghulam Mustakim, kelmarin.

Hoi Lan yang tidak berkahwin berkata, selama ini Rohana tinggal bersamanya di sebuah kawasan perumahan di ibu negara dan sehingga hari ini, dia memastikan 'anaknya' itu meneruskan hidup sebagai seorang Muslim.”


P/S: Comments:-

1.Allahhurabbi...mengalir air mata membaca kisah kebaikan antie ni. Semoga Allah berikan hidayah kpd antie supaya dapat bersama2 di syurga bersama anakanda yg dicintainya, aamiin

2.Hidayah itu milik Allah..

3.Semoga Allah anugerahkan HIdayahNya kepada insan yg berhati mulia ini..Allah maha mengetahui atas segala aturanNya..

4. Semoga sebelum akhir hayatnya, auntie ini menerima Islam sebagai agamanya dan Allah ganjari segala kebaikannya, aamiin

Masyaallah..marilah kita berdoa insan mulia tu diberi hidayah mlafaz syahadah sebelum kmbali ke alam abadi....aamiin ya robbal alamin.

Wednesday 5 January 2022

KERAMATNYA DOA IBU! 🤲🏻🥺

 KERAMATNYA DOA IBU! 🤲🏻🥺

1. Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya..Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya.seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh.Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan..imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang...


 2. Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah..anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah..ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi..bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja...Doa ibu sangat penting.kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya..


3. Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu...Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya..Keberkatan hidup....keredhaan hidup anaknya..Kehilangan seluruh hidupnya...anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari.mulut ibunya..jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya ..


 4. Kasih sayang ibu adalah sejati terhadap anaknya. Denyutan  jantung anak terasa jantung dirinya...anak adalah pusaka bila ibu dan ayah dah mati...bila anak anak adam mati terputus segala amalan anak adam  kecuali tiga perkara dan antaranya doa anak yang soleh, bila ibu doakan perkara yang tak baik kepada anaknya akan merosak seluruh hidupnya...bila ibu doa keburukan walaupun dalam keadaan marah Allah akan dimakbulkan..Contohnya ketika marah kita doakan anak kita sakit  kita sendiri yang susah kerana bila anak kita sakit kita juga akan terpalit kalau anak kita sakit...Bila kita berdoa berdoalah yang baik baik...


5. Ibu insan yang paling hampir dalam hidup kita..kucuplah dahinya..peluklah ibu...saat ibu sakit kita lawatinya dan ikhtiar mengubatinya...Lihatlah jasa ibu saat anak sakit akan tak tidur malam menjaga anaknya berkongsi makanan dan ada kalanya tak makan kerana anak makan lebih...sungguh besar jasa ibu..

Tuesday 4 January 2022

A Humble Person

Suka saya dengar ucapan Prof Dr Muhaya dalam majlis resepsi Heliza Helmi semalam.

“Ija, remember this word, LOVE. Kalau nak bahagia rumah tangga, mesti LOVE;

L - Listen to your partner

O - Overlook the mistake

V - Voice out the appreciation 

E - Constant effort. 

Love is a verb, not a noun. So practice unconditional love.”

Ulang kali saya pause, rewind dan catit poin bermanfaat yang dikongsi. Ya! Saya juga perlukan tip ini!

“And to all the man out there, do you know what a lady needs? Remember this acronym, C-U-R.

A woman needs to feel she’s CARED for, she’s UNDERSTOOD and she’s RESPECTED. Ingat tu Mahadi anak bonda, eh.”

Satu dewan ketawa dengar lawak bonda yang bersahaja.

“And Ija, masa Ija text bonda beritahu rahsia nak kahwin tu, bonda cakap apa dengan Ija? Ija ingat tak?”

Hehe. Comel je bonda tanya lagak seorang ibu kepada anaknya sendiri.

“A man needs a TAA. T-A-A.”

Sekali lagi, poin penting untuk saya! 

T - Trust

A - Appreciate all the time

A - Accept them for what they are

“And ayat power to all the partners, siapa yang dah kahwin, baru kahwin cakap apa?”

“You are not perfect. But you are perfect for me.”

Ahaha! 

“Satu lagi Ija, sebelum tidur always minta maaf pada suami, terima kasih pada suami. Dan letak prioti kita always Allah, Rasul, suami.”

Subhanallah. Bestnya pergi majlis ada selawat, pengisian ilmu, dan nasyid macam ni.

Saya tak pergi. Tumpang dengar je dari tepi. 

Nur Hanisah

Cinderella terlepas majlis lagi.

P/s: Jemput ke channel telegram saya untuk selalu baca kisah inspirasi yang menjentik hati. Join sini 👉🏻 t.me/DrNurHanisah




NOT TOO LATE, AM I?

Hari ini adalah HARI terakhir dalam tahun 2021... Banyak kenangan yang Allah beri untuk kita.. Menangis, ketawa, suka duka .. semua bersatu dalam 1 ujian..

Maafkan saya kalau selama ini ada yang terguris hati dan sebagainya.. Salah dan khilaf yang tak dapat dipisahkan dengan manusia sama ada sengaja mau pun tidak. Semua nya tak ada niat.. Biasa lah.. Kekadang terlepas cakap tanpa sedar..

*HATI SEPERTI KACA*

   Jangan bagi retak...

*AKAL SEPERTI AIR*

   Jangan bagi kering...

*IMAN SEPERTI DEBU*

   Jangan bagi hilang..

*PERSAUDARAAN SEPERTI TALI*

   Jangan bagi putus...

JUTAAN terima kasih kpd Prince, KP2 dan semua adik beradik MIDEA yg byk membantu dan bersama2 BERKONGSI ilmu dan pengalaman Kepada kami GP2 baru dlm biz ini…

Semoga impian Kami semua tercapai .....jangan pernah mengalah...Kami Akan teruskan APA JUA RINTANGAN yg hadir....🔥🔥🔥🔥

Genggam BARA API 🔥biar sampai jd ARANG

Alang2 BERNIAGA biar sampai jadi JUTAWAN..

in shaa Allah 

“TAHUN BARU..semangat BARU  ..apa lagi ditunggu..

KEJAYAAN kita BURU bukan setakat ditunggu!”

*DIHARAP TAHUN 2022*

 *MENJADIKAN KAMI LEBIH  BERSEMANGAT DAN PADU SERTA LEBIH INDAH  UNTUK DAPAT MENGECAP NIKMAT DLM BIZ INI*

K


   Aamiin3x Ya Rabbal’Alamin





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...