Thursday 29 September 2022

HARGAI TIKA MASIH ADA❤️

*TERSENTUH HATI DENGAN KATA2 INI*

😪 *Ketika ada kesempatan, pergilah bersama adik beradik dan anak2 buah. Berkumpul, bukan sekadar makan, minum dan bersembang, tetapi ingat, waktu hidup kita semakin singkat. Maka dari itu, bangunkanlah Persaudaraan*

😪 *Mungkin lain waktu kita Tidak akan bertemu lagi.**

😪 *Mungkin lain waktu kita sudah semakin Susah untuk berjalan.**

😪 *Menghabiskan sebahagian waktu dengan adik beradik akan membuat Hidup lebih Sihat secara Mental dan Fizikal.*

😪 *Umur itu seperti air batu, Dipakai atau tidak akan tetap mencair dan berakhir.*

😪 *Begitu juga dengan umur kita. Digunakan atau Tidak Digunakan, umur kita akan tetap berkurang, dan Akhirnya kembali ke hadrat ILAHI.*

😪 *Tersenyumlah dan berfikir positif. Air yang Mengalir tidak dapat berbalik arah. Kita tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi.*Air dicincang takkan putus*

😪 *Kita akan menjadi tua, sakit, dan meninggal. Jalani hidup ini dgn ceria, sabar dan santai.*

😪 *Jangan suka mahu menang sendiri, sementara adik beradik lain selalu salah.*

😪 *Terimalah persaudaraan. Jangan suka mengeluh atau membenci.*

😪 *Hidup ini terlalu singkat untuk selalu benar sendiri (Pentingkan diri sendiri)*

😪 *Jangan buang adik beradik saudara sedaging, cuma kerana tak sepakat.*

😪 *Satu keburukan adik beradik/keluarga, bukan bererti hilang sembilan kebaikannya.*

😪 *Perbanyakkanlah waktu untuk berkumpul dengan adik beradik kita.*

😪 *Siapa tahu mereka nanti akan menjadi penolong kita di akhirat kelak. Buanglah jauh jauh sifat ego dan iri hati*

😪 *Terimalah kekurangan dan kelebihan dariadik beradik.*

😪 *Bertemanlah dengan apa adanya, bukan kerana ada apanya.*

😪 *Nikmati semua masa, senda dan tawa.Hargai semua perbezaan.Percayakan kemampuan adik beradik kita.*

😪 *Jaga perasaannya, tutupi aibnya. Bantu ketika dia jatuh, Sediakan bahu ketika dia menangis.*

😪 *Tepuk tangan dan gembira ketika dia sukses. Sebut namanya dalam doa kita.*

😪 *Bertemanlah dengan hati yang baik dan tulus. Ketika hatimu baik dan tulus, percayalah, Tuhan juga akan selalu bersama mu. Teruskan bersilaturahim dengan adik beradik sampai Tuhan kata waktunya pulang.*

Doa Untuk Adik Beradik Kita





Aamiin...🤲

Friday 23 September 2022

Dahsyatnya Surah Al-Mulk

 Dahsyatnya Surah Al-Mulk

Nak tahu dahsyat ke tak dahsyat surah ni, selepas semua orang pakat balik belaka, selepas kita dikuburkan, anak-anak, isteri atau suami, mak atau ayah, kawan-kawan tempat kerja kita, jiran-jiran kita, tok imam semua beredar. 

Maka tinggal kita seorang diri dalam tanah. Nak harapkan siapa lagi pada waktu tu ? 

Tapi tidak bagi orang yang setiap malam sebelum tidur dia baca surah al-Mulk ni.

Al-Mulk itu Dia datang menjelmakan diri sebagai “Peguambela" yang paling fasih dan handal, hingga kita berjaya terlepas dari siksa kubur.

Walaupun kita bukan ustaz atau ustazah, bukan tok guru, bukan orang alim, malah masa hidup di dunia dulu pun orang bukannya pandang kita sangat, kerja pun biasa-biasa saja, kadang tak mampu nak bangun solat malam macam orang lain.

Tapi dia, sebelum tidur setiap malam dia “berkawan" dengan al-Mulk, dia tak tinggal. Al-Mulk jadi kasih dan cinta pada dia. Al-Mulk ni tak peduli.

Umpama al-Mulk ni nak bagi tahu pada dia “Masa kamu hidup dulu, kamu susah payah baca aku dan ingat pada aku, sekarang tiba masa aku akan membalas jasa kamu".

Lekas ambil peluang dan kesempatan sementara Allah belum cabut nyawa ini, untuk kita membaca surah al-Mulk setiap malam.

Mudah-mudahan al-Mulk kenal dan sanggup membela kita nanti .Insya Allah 

Kerana hidup kita pun tak lama, dan masing-masing tahu belaka dimana destinasi akhir lepas nyawa diambil.

Bersedia sebelum menyesal. Nabi nak sangat ummat dia baca surah ini setiap malam.

Semuga bermanfaat...

Monday 19 September 2022

INSAFLAH SEDARE….

 NOMBOR GILIRAN KITA AKAN TIBA.....

Sorang-sorang pergi. Kita ni tuan-tuan ibarat tengah beratur dalam satu barisan. Panjang. Dalam barisan ni semua orang beratur. Datuk Siti ada, Jamal Abdillah ada, Ustaz Ebit Lew ada, Tun Mahathir ada, Dato Seri Najib Razak ada. Tuan Guru Haji Hadi ada. Lim Guan Eng ada. Datuk Seri Anwar Ibrahim pun ada. Semua tengah beratur tunggu giliran. Nombor giliran je tak tau berapa.

Kalau ikut pada nombor giliran semalam, Arwah Abam Bocey punya nombor hari ni. Datanglah Malaikat Maut jemput Abam bocey. Demam dua hari, tau-tau giliran Abam Bocey hari ni. Giliran kita semua tak tau bila. Malam ni ke, esok ke, minggu depan ke.

Masih beratur panjang. Tak tau siapa duduk depan kita, siapa duduk belakang kita. Rahsia Allah SWT. Kita tengok Tun Mahathir umur dah 95tahun. Kita ingat Tun Mahathir punya nombor giliran depan kita, rupanya sahabat kita punya nombor giliran dulu. Rebah direntap nyawanya oleh Malaikat maut. Kita ingat sahabat kita sorang ni yang sakit teruk kena Kanser tahap 4 dah sampai nombor giliran, rupanya kawan kita yang sihat-sihat belaka punya giliran dulu. Terlentang. Tiada lagi denyutan nadi.

Rahsia. Penuh rahsia.

Takkan ada satu pun yang boleh halang daripada tercabutnya nyawa dari badan. Apatah lagi cuba ubah nombor giliran kita sepanjang beratur di barisan ini.

Bayangkan nombor giliran ni kita yang ke 10,000,000. Setiap hari 150,200 nombor yang akan di panggil. Kita tengok kawan kita nombor dia 419,700. Fuhh. Berpeluh dahi. Tengok ibu kita punya nombor giliran 780,900. Meleleh air mata je hari-hari. Tak pergi kerja lah jawabnya. Hari-hari peluk ibu, minta ampun dengan ibu. Bengkak-bengkak mata menangis.

Ingat kau akan jumpa manusia yang sombong, yang berkira, yang bangga menghina dan gangster bagai? Takda. Semuanya pemurah, semuanya dermawan. Pemimpin akan jadi pemimpin yang sangat baik dan adil. Semua orang tolak nak jadi pemimpin waktu tu, sibuk nak beramal. Yang daif, yang fakir, payah nak jumpa masa tu. Ada saja rezeki sampai. Politik pula takkan sehiruk pikuk hari ini. Golongan pentaksub tak akan seover hari ini yang rela menegak benang yang basah. Kerana pendusta, pengkhianat, pembunuh, penyamun akan takut untuk hidup terus leka berselimuti segala kekotoran tu. Semuanya berubah bila mana Allah SWT bukakan hijab untuk kita dapat tengok nombor giliran kita.

Anak takkan ada masa nak derhaka pada ibu ayah. Ayah dan ibu tak akan leka ghairah mencari rezeki dan biarkan anak-anak sendirian. Cikgu-cikgu akan pastikan anak-anak murid terima ilmu yang bermanfaat. Ibu ayah akan ambik berat hal anak-anak yang sibuk dengan seksualiti di Tik Tok. Berubah. Percayalah. Semuanya berubah. Bangsa sombong akan jadi bangsa ambil tahu.

Gaduh pasal tanah pusaka? Takda maknanya. Yang hak, semua dibahagi sama rata.

Tak dengar dah agamawan sembang jalan diorang paling benar berbanding orang lain. Semua cari kebaikan takda masa nak bergaduh nak perasan paling benar.

Semoga semua keluarga, sahabat handai yang telah pergi, diberikan kedudukan yang baik di sisi-Nya. Giliran kita akan tiba jua. Entah kita pegang nombor berapa.

Otak kita ni dah di set tuan-tuan. Mati bagi kita selalu bila dah tua sangat, eksiden, kena kanser. Tu je lah dalam kepala otak kita. Kita rasa kalau kita jaga kesihatan betul-betul, jauh dah sikit kita daripada mati. Kalau kita bawa kereta betul-betul, terhindar kita dari mati eksiden. 

Tuan-tuan, sihat macam mana pun. Elok macam mana pun kita bawa kereta. Nombor giliran kita dah tertulis siap. Sungguh, dah tertulis. Tau-tau esok badan kaku, terbaring. Nombor giliran dah lagi berapa minit nak tiba. Tunggu nyawa di rentap oleh Si Bengis, Malaikat Maut. Huru hara anak beranak, keluarga dan sahabat handai dapat tau. Semuanya menangis, terkejut. Tak sangka.

Bayangkan masa nyawa dah dicabut tu, kita nampak jasad kita terbaring kaku. Semua orang menangis sebelah jasad kita. Isteri, anak-anak, adik beradik. Semalam kita baru je berzina dengan tah betina mabuk mana, semalam kita baru je rembat duit orang, semalam baru kita hina orang yang minta sedekah, semalam baru je kita permainkan Ayat Al-Quran untuk tutup keaiban kita. Semalam baru kita nafikan duit nafkah anak-anak, Semalam baru je kita balik daripada Umrah tapi anak bini terabai hak dinafikan.

Boleh gila, tuan-tuan. Boleh gila.

C&P

Friday 9 September 2022

SOLAT

 JUM'AT MUBAROK . 

MELELEH AIR MATAKU MEMBACA INI

SESUNGGUHNYA KAMI SANGAT LEMAH

SURAT CINTA DARI ALLAH TENTANG SHOLAT

*SHOLAT*

... Apabila engkau anggap sholat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.

... Anggaplah sholat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.

... Anggaplah sholat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.

... Anggaplah sholat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.

..Anggaplah sholat itu sebagai mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.

... *Bayangkan ketika "Azan* berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.

*... Bayangkan ketika kau "Takbir,"* Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.

*... Bayangkanlah ketika "Rukuk,"* Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.

*... Bayangkan ketika "Sujud,"* Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.

*... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud,"* Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.

*... Bayangkan ketika kau memberi "Salam,"* Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.

Masya Allah ... sungguh nikmat sholat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.

Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...

#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terlena dgn urusan dunia yg senantiasa menghambat kita...🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏🙏

Aamiin.... 🤲

Semoga bermanfa'at.Aamiin yarobbal alamin.

Wass Andriyanti. Asgani.








DEMI WAKTU

 JUM'AT MUBAROK

Demi Waktu

Demi waktu, Sesungguhnya manusia itu sungguh dalam kerugian kecuali orang yg beriman dan beramal saleh dan saling mengingatkan dalam kebenaran dan saling mengingatkan dalam kesabaran.

Allah bersumpah dg waktu yg merupakan ciptaan Allah. Alam ini terdiri dari unsur waktu, ruang, energi dan materi yang takterpisahkan satu sama lainnya.

Waktu adalah modal utama keberadaan makhluk. Tanpa waktu, tidak ada ciptaan. Kesadaran akan waktu dan relatifitasnya adalah ciri khas manusia dan jin. Hanya manusia dan jin yang akan dituntut berkenaan dg penggunaan waktu mereka.

Waktu di dunia ini sangat singkat jika dibanding akhirat yg lebih kekal. Oleh karena itu, waktu di dunia ini sangat berharga. Satu hari di akhirat sama dengan 50000 tahun kehidupan di dunia fana ini. Artinya satu menit akhirat setara dengan 34,72 tahun (50000:24jam:60menit) waktu dunia. Artinya setiap detik keberadaan kita di dunia ini akan berefek Luar biasa di akhirat kelak.

Setiap detik waktu kita di dunia, di akhirat kelak akan berwujud kotak yg isinya sesuai dg amal yg kita lakukan. Sebagian besar manusia dalam keadaan merugi karena melewatkan waktunya dalam dosa dan kelalaian. Kecuali mereka yg beriman yaitu mereka yg senantiasa dlm keadaan sadar diri yaitu dalam kondisi dzikir kepada Allah dan melakukan amal shaleh, amal yg membawa maslahat, manfaat, kebaikan, kedamaian kepada seluruh ciptaan Tuhan. Orang beriman berpaling dari perbuatan sia-sia (laghw).

Orang beriman dituntut untuk tidak hanya shaleh secara pribadi tapi juga secara sosial dengan aktif mengingatkan sesama untuk mencari dan mengamalkan al Haq, Kebenaran. Kecintaan kpd Kebenaran adalah ciri utama mukmin. Seseorang tidak dianggap beriman sebelum dia mencintai buat saudaranya apa yg dicintai untuk dirinya. Oleh karena saling mengingatkan dalam Kebenaran adalah ciri yang melekat pada seorang mukmin.

Ada pun kesabaran, dalam suatu hadist Rasululullah SAW menyebutkan bahwa kedudukan sabar terhadap iman bagaikan kedudukan kepala atas tubuh. Sehingga mustahil seseorang sempurna imannya jika dia tidak memiliki kesabaran. Kesabaran itu bertingkat-tingkat. Sabar itu berbanding langsung dgn Kesadaran manusia. Semakin tinggi keimanan seseorang maka semakin tinggi pula level kesabarannya. Sabar adalah kemampuan mengendalikan diri sedemikian rupa sehingga setiap tindakan betul-betul sesuai dgn tuntunan ilahi. Tidak beriman seseorang sebelum ridha dan marahnya sesuai dengan kehendak Allah. Sabar adalah kemampuan bertindak berdasarkan nilai, bukan reaktif mengikuti irama sekelilingnya. Saling mengingatkan dalam kebenaran dan kesabaran adalah ciri utama masyarakat yg beriman.

Copas dr

Uztd :Agus Abubakar Arsal

Lestari Yuseno Abubakar





❤️Sedikit info Manfaat Besar❤️

 *Sahabat Warga Pesara Kerajaan*

Mari kita sama-sama fahami pencen yg kita terima.

1.0 Soalan. Adakah duit *pencen* ini duit dari kutipan *hasil cukai*

Jawapan. *Tidak.*

Pencen adalah *duit tabungan* kita dari gaji semasa kita berkhidmat.

2.0 Sebanyak *17.5%* dari gaji kita dicarumkan ke dalam *Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).*

 mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. *Perkiraan melalui kaedah akturial* dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau *pencen terbitan* jika pesara meninggal dunia. 

3.0 *KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara.* Ia adalah entiti yg diperbadankan.

4.0 Mengapa orang *mempertikaikan* kita yg bersara ini seolah2 makan gaji buta. 


*Pesara tidak dibayar gaji* tetapi pesara ini mendapat *imbuhan bulan* melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan.

*Harap penerangan ini dapat kita tangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.*

*KAD PESARA DAN KOD-KOD BERKAITAN*

*TAHUKAH ANDA?*

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

*PERTAMA*

AP : Pesara Awam 

        Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan 

       Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak 

       Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan

       Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan 

      Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan 

       Tentera

AT: Pesara Angkatan 

      Tentera 

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam 

        Kesihatan Pihak 

        Berkuasa Tempatan

*KEDUA*

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara 

       Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam 

       Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam 

       Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam 

       Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Badan 

       Berkanun

BZ: Pasangan Pesara 

       Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara 

      Angkatan Tentera 

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara 

        Kesihatan PBT 

*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

*** hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)

*** bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan 

———————————

*KELAYAKAN WAD*

(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

*JUSA ke atas:*            

Kelas 1A (bilik Seorang)

*Gred 45-54:*

Kelas 1A (bilik seorang)

*Gred 31-44:*                            

Kelas 1B (Bilik Berdua)

*Gred 21-30:*

Kelas 1C (Bilik Bertiga)

*Gred 1-20:*

Kelas 2 (bilik berempat)

————————————

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?

- pesara

- pasangan 

- anak-anak bawah umur 18 

   tahun, jika sambung 

   belajar di IPT, sehingga 

   21 tahun

- ibu bapa (untuk 

   perubatan dan dialisis 

    sahaja)

————————————

Siapa yang akan membiayai perubatan pesara? 

Pesara Awam Persekutuan:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:

JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:

PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT 

————————————

Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda? 

Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my

Sekian dimaklumkan.

Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berkaitan boleh?

Terima kasih

Bahagian Pasca Perkhidmatan 

JPA

Sumber: *WA Berjuang & Meniaga Group Prihatin*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...