Friday, 9 September 2022

❤️Sedikit info Manfaat Besar❤️

 *Sahabat Warga Pesara Kerajaan*

Mari kita sama-sama fahami pencen yg kita terima.

1.0 Soalan. Adakah duit *pencen* ini duit dari kutipan *hasil cukai*

Jawapan. *Tidak.*

Pencen adalah *duit tabungan* kita dari gaji semasa kita berkhidmat.

2.0 Sebanyak *17.5%* dari gaji kita dicarumkan ke dalam *Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).*

 mentadbirkan wang ini dan diberi pada warga pesara menurut perkiraan tertentu. *Perkiraan melalui kaedah akturial* dapat menampung saraan warga pesara sepanjang hayatnya. Atau *pencen terbitan* jika pesara meninggal dunia. 

3.0 *KWAP tidak menerima wang dari setiap belanjawan tahunan negara.* Ia adalah entiti yg diperbadankan.

4.0 Mengapa orang *mempertikaikan* kita yg bersara ini seolah2 makan gaji buta. 


*Pesara tidak dibayar gaji* tetapi pesara ini mendapat *imbuhan bulan* melalui simpanan yg telah dicarumkan ke KWAP semasa hayat perkhidmatan.

*Harap penerangan ini dapat kita tangkis pandangan negatif terhadap warga pesara.*

*KAD PESARA DAN KOD-KOD BERKAITAN*

*TAHUKAH ANDA?*

Berikut merupakan maksud kod-kod bagi jenis perkhidmatan seperti yang tertera di Kad Pesara Kerajaan Malaysia

*PERTAMA*

AP : Pesara Awam 

        Persekutuan

AN: Pesara Awam Negeri

AB: Pesara Awam Badan 

       Berkanun

AK: Pesara Awam Pihak 

       Berkuasa Tempatan

AX: Pesara Awam Kesihatan

       Persekutuan

AY: Pesara Awam Kesihatan 

      Badan Berkanun

AZ: Pesara Kesihatan 

       Tentera

AT: Pesara Angkatan 

      Tentera 

AS: Pesara Polis

AW: Pesara Awam 

        Kesihatan Pihak 

        Berkuasa Tempatan

*KEDUA*

Balu/Duda (Penerima Pencen Terbitan - setelah kematian pesara)

BP : Pasangan Pesara 

       Awam Persekutuan

BN: Pasangan Pesara Awam 

       Negeri

BB: Pasangan Pesara Awam 

       Badan Berkanun

BK: Pasangan Pesara Awam 

       Kuasa Tempatan

BX: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Persekutuan

BY: Pasangan Pesara Awam 

       Kesihatan Badan 

       Berkanun

BZ: Pasangan Pesara 

       Kesihatan Tentera

BT: Pasangan Pesara 

      Angkatan Tentera 

BS: Pasangan Pesara Polis

BW: Pasangan Pesara 

        Kesihatan PBT 

*** kad atas kiri atas ialah contoh kad penerima pencen terbitan akibat kematian anggota awam / pesara

*** nama isteri yang telah meninggal dunia akan dikeluarkan daripada Kad Pesara seperti Kad atas kanan (pesara masih hidup)

*** hanya nama pasangan yang dikahwini semasa masih dalam perkhidmatan sahaja yang akan tertera di atas Kad Pesara (pesara dan pasangan masih hidup)

*** bagi pasangan yang dikahwini selepas bersara, surat jaminan akan dikeluarkan untuk membolehkan pasangan tersebut menggunakan kemudahan perubatan 

———————————

*KELAYAKAN WAD*

(Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010)

*JUSA ke atas:*            

Kelas 1A (bilik Seorang)

*Gred 45-54:*

Kelas 1A (bilik seorang)

*Gred 31-44:*                            

Kelas 1B (Bilik Berdua)

*Gred 21-30:*

Kelas 1C (Bilik Bertiga)

*Gred 1-20:*

Kelas 2 (bilik berempat)

————————————

Siapa yang layak menikmati kemudahan perubatan ini?

- pesara

- pasangan 

- anak-anak bawah umur 18 

   tahun, jika sambung 

   belajar di IPT, sehingga 

   21 tahun

- ibu bapa (untuk 

   perubatan dan dialisis 

    sahaja)

————————————

Siapa yang akan membiayai perubatan pesara? 

Pesara Awam Persekutuan:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KWAP & JPA

Pesara/Veteran ATM Berpencen:

JABATAN HAL EHWAL VETERAN (JHEV)

Pesara Awam Negeri:

PEJABAT KEWANGAN NEGERI, PEJABAT SUK NEGERI MASING-MASING

Pesara Awam Badan Berkanun:

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI BADAN BERKANUN TERSEBUT

Pesara Awam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

BAHAGIAN KEWANGAN/SUMBER MANUSIA DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN TERSEBUT 

————————————

Bagaimana kalau ada kesilapan di Kad Pesara anda? 

Sekiranya terdapat kesilapan nama, nombor kad pengenalan, kod pesara dan kelayakan wad di Kad Pesara anda, sila maklumkan kepada pihak kami di talian 03-88878777 atau emailkan nama dan nombor mykad anda ke mypesara@kwap.gov.my

Sekian dimaklumkan.

Tolong SHARE dan TAG kawan-kawan anda yang berkaitan boleh?

Terima kasih

Bahagian Pasca Perkhidmatan 

JPA

Sumber: *WA Berjuang & Meniaga Group Prihatin*

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...