Wednesday 8 September 2021

TIPS TO ACHIEVE OUR GOALS💝

 TIPS oleh PRINCE AZAHAR


JANGAN biarkan ANDAIAN mendahului TINDAKAN!


RAMAI antara kita mula kalah pada ANDAIAN NEGATIF sebelum MEMULAKAN TINDAKAN dalam melakukan PROSPECTING😎


🤔”Kalau dia TAK BERMINAT camner ek..risau plak nak warm up!”


🤔”Dia mungkin NEGATIF kot dengan Biz camni..takut plak nak call..nanti laa!”


🤔”Dia rasanya tak suka kot Biz cari2 orang ni..nanti hilang kawan plak!”


🤔”Dia kutuk aku kot nanti kalau tau aku buat Biz camni..kecoh satu ofis nanti..hmm..nanti la dulu!”


INI MUNGKIN antara ANDAIAN kita yg SERING MEMBANTUTKAN KEBERANIAN kita utk memulakan proses WARM UP!


Apa salahnya kita CUBA?

Selagi kita tak CUBA mana kita tau ANDAIAN kita tu BETUL?


BAGAIMANA kalau sebaliknya?


BAGAIMANA bila tiba2 kita dapat tau dia JOIN orang lain dalam Biz yang SAMA?

PASTI kita rasa terkilan sbb kita langsung tak mencuba dan sekadar BUAT ANDAIAN NEGATIF jer sebelum MENCUBA?


BAGAIMANA pula kalau BETUL ANDAIAN saya tu PRINCE?😭😭😭


😎KENAPA PERLU SEDIH?

_*KITA dah KENALPASTI…dia PERLUKAN PELUANG KE-2..DIA memang jenis yg MINAT BERNIAGA…memang dia ada MODAL..kawan pun RAMAI…TAPI mungkin dia TAK MINAT BIZ sebegini!*_


IT’s OK…KITA BERKONGSI yang BAIK..BIZ yang BAIK..ada MENTOR yang HEBAT MEMBIMBING..ada TEAM yg POWER MEMBANTU..PRODUK yg sangat bagussss… CUMA 🅿️ yang TIDAK BERMINAT…maka dimana RUGINYA kita…kita masih ada segalanya dlm Biz ni CUMA 🅿️ jer yg mungkin TAKDER REZEKI nak jadi RAKAN NIAGA kita …TAK PERLU la kita bersedih k..RAMAI lagi diluar sana PERLUKAN ENJIN ke-2 ..kita KONGSI ngan mereka yg MAMPU kita BANTU pada yang PERLU!”😎


BIZ tetap jalan terussss…kita terus BELAJAR PERBAIKI KELEMAHAN KITA dan jadikan ia ILMU dan PENGALAMAN yang akan lebih MEMATANGKAN KITA dlm Biz yg hebat ini.


Kita TIDAK PERNAH GAGAL selagi kita masih MENCUBA tanpa putus asa.


REZEKI dari ALLAH yg Maha Kuasa BUKAN dari mereka yang hanya merupakan insan biasa..KITA terus berikan USAHA!



ikhlas dari

<Prince Azahar>

Wednesday 1 September 2021

Malaysia Merdeka

 *🇲🇾BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA*

Semangat Patriotik

Perkasa Jatidiri

446 Tahun Tanahair Dijajah

(Portugis, Belanda, British, Jepun)


*🇲🇾Empayar Kerajaan Melayu Islam Melaka*

https://youtu.be/fb0kRvMwlLs

https://youtu.be/vuqz1kiWsl0

https://youtu.be/towNoDUxpUs


*🇲🇾Leftenan Adnan*

https://youtu.be/E1f1xWAp7Ho


*🇲🇾Sarjan Hassan*

https://youtu.be/aUTjv8n2mF4


*🇲🇾Darah Satria*

https://youtu.be/J91mEm4VQF8


*🇲🇾Bukit Kepong*

https://youtu.be/5t_yil3kw5k


*🇲🇾Prebet Lapok*

https://youtu.be/8UdTe4JmrxI


*🇲🇾The Iban Warrior : Kanang Anak Langkau*

https://youtu.be/3cWVglI3Hw0


*🇲🇾Tanda Putera - Merdeka*

https://youtu.be/Rc_zL556sDs


*🇲🇾Komando - Bravo 5*

https://youtu.be/_YSmAEuLM_4


*🇲🇾PASKAL The Movie*

https://youtu.be/O3bOP8QCEXI


*🇲🇾Air Force The Movie*

https://youtu.be/L3Ysk4YTWkQ


*🇲🇾Syahadan - Silat Action Film*

https://youtu.be/sagaZ1DvaYk


---------------------------------------------------


*🇲🇾Lagu Patriotik*


*🇲🇾Perwira*

https://youtu.be/FPpcaf-xzE0


*🇲🇾Pahlawanku*

https://youtu.be/SQgD7geu23s


*🇲🇾Inilah Barisan Kita*

https://youtu.be/Cy2K5a1H7fY


*🇲🇾Tanggal 31 Ogos*

https://youtu.be/XqlTlmlVmVI


*🇲🇾Bahtera Merdeka*

https://youtu.be/oCd5t9k_ZYU


*🇲🇾Sejahtera Malaysia*

https://youtu.be/Plk-XVvlvRE


*🇲🇾Jalur Gemilang*

https://youtu.be/5Z2dmgxsOJY


*🇲🇾Malaysia Inovatif*

https://youtu.be/Ze7FPHvI2w0


*🇲🇾Keranamu Malaysia*

https://youtu.be/vybbvNHmPiI


*🇲🇾Negaraku*

https://youtu.be/gdjKa6nhQIE


*🇲🇾Malaysia*

https://youtu.be/oIDeGj83us8


*🇲🇾PAHLAWAN NEGARA*

Berkorban Demi Agama, Bangsa dan Tanahair


#MalaysiaTanahAirku

#MalaysiaPrihatin

#KeluargaMalaysia


CARA-CARA JON MASUK KE DALAM RUMAH

 *Cara2 Jin masuk ke dalam rumah kita*

1) kita yg bawa sendiri

2) kelakuan kita yg boleh menjemput mereka


1) kita bawa sendiri

- antaranya dengan membawa masuk barang2 dari bomoh seperti tangkal2, wafak, senjata lama, barang2 yg telah dipuja...

- belajar ilmu kebatinan

- tidak merawat sihir lebih Dari 40 Hari....

- tidak meruqyah diri apabila tahu susur galur keluarga moyang mereka Ada menggunakan khidmat jin.


2) perbuatan kita yg boleh menjemput mereka datang 

- sisa tulang pada dapur dan sinki tidak dibuang sebelum malam menjelma.... Automatik Jin kelas pertama iaitu Jin yg bersayap yang duduk di tempat tinggi yang selalu duduk pada bumbung rumah kita akan terhidu dan akan turun masuk kedalam rumah kita utk makan....apabila ia berlaku setiap hari ia akan mencari tempat terdekat di dalam rumah itu sebagai tempat tinggal contohnya seperti tinggal di fridge magnet di peti ais yg berbentuk makhluk hidup.... Lalu barang2 dapur yg tidak di tutup akan cepat membusuk....

- tidak menutup pintu tandas di dalam rumah selepas menggunakan nya....lalu mereka bebas bermain di dalam rumah  dan bersembunyi pada hiasan rumah yg kita sayang atau pada hiasan berbentuk makhluk hidup, atau pun perhiasan rumah yg pernah menjadikan kita syirik kepada ALLAH...

- bunyi-bunyian Dari alat muzik

- baju kotor yg digantung didalam rumah selepas keluar rumah tanpa terus membasuh nya.

- rumah yg kotor

- bilik tidur yg tidak pernah dialihkan perabotnya

- rumah yg tidak dibacakan al Quran

- rumah yg dijadikan sarang maksiat

- rumah yg Ada emas yg tidak digunakan.

- rumah yg ada benda2 dari hutan yg tidak digunakan seperti buluh

- rumah yg malaikat tidak masuk kerana ada pelihara anjing atau bunyi nyanyian yg terlalu lama

Jika Ada perkara2 seperti diatas, jangan ditanya mengapa bayi menangis berpanjangan, jangan ditanya mengapa ummu sibyan boleh masuk ke dlm rumah, dan jangan ditanya mengapa kita mencari pakar perubatan tradisional atau bomoh utk berubat.... Lalu masalah ini akan berterusan.....


Inilah liciknya permainan Jin, iblis dan syaitan...

#RUNGKAI bahayanya tipudaya iblis,Jin dan syaitan melalui perkara2 Kecil....

# setiap hari.. tauhid dan akidah diserang tanpa kita sedar..... Kesannya tempias pada akhlak kita...

#Walaupun Korang nak muntah membacanya, aku tetap akan teruskan merungkainya sebab nmpk lebih 80% org sekeliling kita Tanpa mereka sedar atau tidak telah terjebak dengan syirik setiap Hari termasuk dari kalangan yg bijak pandai.... Di sebabkan syirik itu Ramai yg sukar menghadapi kematian, mereka mati dalam keadaan yg sangat2 Terseksa....

#Manusia biasa tiada kelebihan... kelebihan hanya Ada pada para nabi2 sebagai kayu ukur... Lebih pada itu adalah menggunakan  khidmat Jin.

GOOD INFO AS A REMINDER TO US

Copy n paste

Bacalah dan ingat sampai bila-bila.

Pergerakan komunis merupakan satu masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia atau lebih dikenali  sebagai Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an lagi. Pada ketika itu, komunis telah bergerak dalam menyebarkan  kegiatan dan fahaman mereka kepada golongan belia, pekerja dan pelajar. 

Pergerakan komunis menjadi lebih giat dan  tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan  sebuah kerajaan komunis, iaitu Republik Rakyat Malaya. 

Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948  berikutan PKM memulakan kegiatan keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan  perjuangan mereka. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman  darurat di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan pada 16 Jun 1948. 

Bagaimanapun, dengan adanya pelbagai  usaha kerajaan dan kerjasama daripada orang ramai, gerakan komunis dapat dilemahkan sehingga akhirnya mereka  tidak mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. 

Berikutnya, zaman darurat di Tanah Melayu diisytiharkan berakhir oleh pihak kerajaan Perikatan pada  31 Julai 1960. Selaras itu juga berakhirlah. tahap pertama pergerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. 

Setelah itu, saki-baki anggota PKM mengundurkan diri ke Selatan Thailand buat sementara waktu. Disitulah  mereka menyusun dan mengukuhkan semula kekuatan pasukan tentera, memulihkan semangat juang anggota  serta membuat perancangan pergerakan dengan lebih teliti, sambil menunggu masa yang sesuai untuk kembali  semula ke Malaysia dengan perjuangan yang sama, iaitu menubuhkan sebuah negara komunis. 

Akhirnya, pada Jun  1968, PKM memulakan semula pergerakan bersenjatanya di Semenanjung Malaysia buat kali kedua. Peristiwa ini  dikenali oleh para sejarawan sebagai kebangkitan atau kemunculan semula PKM setelah mereka gagal dalam gerakan  bersenjata pertama (1948-1960). Pergerakan bersenjata PKM ini berakhir pada 2 Disember 1989 apabila komunis bersetuju  berdamai dengan pihak kerajaan. 

Sepanjang pergerakan PKM di Malaysia (1920-1989) ini, pelbagai strategi telah  dirancang dan dijalankan oleh mereka untuk mempengaruhi dan memenangi rakyat serta menumpaskan pentadbiran  British supaya tercapai matlamat perjuangan mereka.

Apakah Misi Perjuangan Komunis ini telah berakhir?

Mari kita lihat Bagaimana Komunis menghidupkan Ideologi mereka. 

Usaha komunis untuk menyebarkan ideologi mereka dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu telah bermula  pada awal tahun 1920-an. Pada ketika itu, pergerakan komunis dipengaruhi oleh komunis dari China dan Indonesia.  Strategi Barisan Bersatu sebagaimana yang digunakan oleh Parti Komunis China (PKC) dengan Kuomintang di  China telah digunakan oleh komunis dalam menyebarkan ideologi mereka kepada penduduk. 

Dalam hal ini,  komunis telah menggunakan cawangan-cawangan Kuomintang (KMT) di negeri-negeri Melayu yang beribu pejabat  di China. Menjelang tahun 1924, cawangan dan ranting KMT telah ditubuhkan di kebanyakan negeri-negeri Melayu  dan digunakan oleh komunis sebagai pelapis bagi menyebarkan pengaruh mereka. 

Antaranya, cawangan KMT telah  dibentuk di Seremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Klang, Sungai Petani, Singapura, Ipoh,  Menglembu, Lahat, Pusing, Tronoh, Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Sitiawan, Kampung Koh dan Pudu. 

Manakala ranting-ranting KMT pula terdapat di Rantau, Kuala Pilah, Asahan, Jasin, Bemban, Panchor, Serom, Kwan  Loan, Tangkak, Ulu Tiram, Selama, Kroh, Klian Intan, Tongkah, Pulau Langkawi, Ranting 1-5 di Kuala Lumpur,  Ranting 1-12 di Klang, Bedong, Baling, Sungai Lalang dan Ranting 1-5 di Singapura

Selain itu, komunis turut menggunakan kesatuan-kesatuan sekerja, akhbar dan sekolah-sekolah dalam  pergerakannya. Antara pertubuhan buruh berunsur komunis di Negeri Sembilan pada tahun 1926 termasuklah  Persatuan Pekerja Aik Min Port Dickson, Persatuan Pekerja Aik Khwan Kuala Pilah, Persatuan Pekerja Getah Negeri  Sembilan, Persatuan Pekerja Kedai Negeri Sembilan, Persatuan Pekerja Aik Chi Sepang, Persatuan Orang Gaji Negeri  Sembilan, Persatuan Pekerja Getah Tanah Merah, Persatuan Pekerja Getah Pengkalan Kempas, Persatuan Pekerja Yan  Khwan Seremban dan Persatuan Pekerja Aik Shin Rantau.

Persatuan-persatuan tersebut telah digabungkan  menjadi Persatuan Am Nanyang (Nanyang General Labour Association) atau juga dikenali sebagai Persatuan Perwakilan  yang merupakan cawangan kepada General Labour Association of China. Manakala, pada 30 Mei 1927, tiga orang  Cina telah ditahan di Melaka atas tuduhan mengendalikan pertubuhan yang diharamkan, iaitu The New Students’  Society.

Salah seorang daripadanya didapati berhubung rapat dengan pertubuhan buruh di Melaka, Muar dan Batu  Pahat.4 Selain itu, terbitan seperti akhbar juga digunakan sebagai media oleh komunis untuk menyebarkan ideologi,  propaganda dan kegiatan kepada orang awam. Antara contoh akhbar yang berunsur komunis termasuklah akhbar Red Star Weekly, Red Star Supplement, Charcoal, Struggle, Youths’ War Front Weekly, Red Flag dan The Economic Policy of  New China5 serta akhbar yang menjadi organ KMT, iaitu Yik Khwan Yat Po (Kuala Lumpur) dan Thin Sing Yat Po (Klang).

Manakala, terbitan berkala yang berunsurkan komunis seperti The Guide Weekly, Chinese Youth dan Chinese  Seamen’s Union yang kemudian telah dirampas oleh kerajaan pada Disember 1926.

Sementara itu, sekolah Cina juga menjadi pusat gerakan penting komunis dalam menyebarkan  pengaruhnya. Ini kerana kebanyakan guru sekolah dibawa dari China dan terpengaruh dengan perkembangan politik kiri di China.

Pihak Komunis mendapati bahawa pelajar dan guru sekolah Cina selalunya adalah simpatisan  komunis, maka mereka dapat dipengaruhi dengan ideologi dan perjuangan komunis dengan mudah. Dari sinilah pelajar-pelajar ditanam dengan semangat dan diberi gambaran perjuangan untuk membela nasib rakyat yang tertindas dan miskin. Sekolah malam yang dipengaruhi oleh unsur komunis telah wujud di Kuala Lumpur sejak  tahun 1920- an, dimana dilaporkan terdapat 16 sekolah yang menjadi markas ejen komunis.

Pada Oktober 1926,  pihak berkuasa telah menjumpai surat yang dialamatkan kepada seorang guru bangsa Cina Hailam yang meminta  pandangan dan simpati beliau terhadap komunis dan aktivitinya di Tanah Melayu. Bersama-sama surat itu turut  disertakan borang soal selidik bertajuk “Overseas Investigation Form” yang meminta maklumat tentang kawasan  tumpuan petempatan orang Cina, bilangan peniaga dan pekerja Cina, pandangan politik berkaitan komunis,  maklumat tentang akhbar Cina serta keadaan hidup orang Cina di seberang laut.

Manakala, pada tahun 1927, pihak  berkuasa telah berjaya merampas kertas, buku harian dan surat-surat daripada seorang guru di Sekolah Malam Phing  Man, Kuala Lumpur yang menunjukkan beliau mempunyai rancangan untuk mempengaruhi pelajarnya dengan  ideologi komunis.

Perkembangan komunis di Tanah Melayu amat dipengaruhi oleh perkembangan di China berbanding dengan  pengaruh dari Indonesia. Disebabkan itu, tidak dapat dinafikan dalam pergerakan komunis, lebih 80 peratus  daripada anggota, penyokong dan orang yang bersimpati dengan perjuangannya adalah orang Cina. 

Perkembangan di China turut mempengaruhi perkembangan komunis di Tanah Melayu. Apabila KMT mencapai  kerjasama dengan PKC di China pada tahun 1924 dan membentuk Barisan Bersatu KMT-PKC, komunis di Tanah  Melayu juga bekerjasama dengan KMT. 

Namun demikian, setelah Dr Sun Yat-Sen meninggal dunia pada Mac  1925, keretakan berlaku dalam Barisan Bersatu KMT-PKC sehingga pakatan itu berpecah pada tahun 1927.  Dengan itu, pihak komunis di Tanah Melayu tidak dapat lagi menggunakan cawangan-cawangan KMT dalam  penyebaran fahaman mereka.

Oleh yang demikian, Comintern telah mengatur langkah lain untuk pergerakan komunis  di negeri-negeri Melayu. Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN)  pada Januari 1928. 

Namun begitu, PKN tidak berjaya dalam menyusun dan melebarkan kegiatan komunis, maka  pihak Comintern akhirnya mengarahkan penubuhan sebuah pertubuhan komunis yang baru. 

Pada 30 April 1930, Parti  Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan dengan matlamat untuk mendirikan sebuah negara komunis (Republik  Komunis Malaya) selaras dengan objektif komunis sedunia.

Pada 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan Cina. Bukan saja dibunuh dengan kejam, anak-anak perempuan Sultan Diperkosa didepan Sultan dan ahli keluarga mereka sendiri.

Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Jika diceritakan siri kekejaman Komunis terhadap Orang Melayu memang terlalu banyak dan sangat memedihkan. Namun tidak kurang banyaknya juga Orang Cina yang menjadi mangsa kekejaman Komunis.

Pada 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan keluarganya sendiri.

Chin Kooi bersalah di mata komunis kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Ternyata Komunis Bukan sahaja Musuh Kaum Melayu, malah ia juga adalah Musuh bagi mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak Komunis.

Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Kita jangan terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka. Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum dinegara ini mencurigai antara satu sama lain.

PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita mereka.

Warisan Johor


*******************************************************************************************************

Bagaimana untuk anda menyokong Warisan Johor? 

Tak perlu bersengkang mata, 

Tak perlu berhabis duit, 

Tak perlu mengasingkan diri,

Tak perlu membanting tulang,


Terus Follow, 

Terus like, 

Terus komen, 

Terus share, 


mudahkan? 

Terima Kasih😍


Warisan Perlu Dikekalkan, Budaya Perlu Disuburkan

Johor Kaya Dengan Nilai Sejarah Bangsa Johor

#BangsaJohor #Johor #JDT #WarisanJohor


Rujukan

Prof Datuk Dr Ramlah Adam

Pakar sejarah

Malaysia Today

Nov 2019

Berita Harian 

Ogos 2019

Dr Ho Hui Ling

Pembanterasan Komunis  di Tanah Melayu.  Kuala Lumpur: 

Penerbit Universiti Malaya. hlm. 2-3

Monthly Review of Chinese Affairs, 

August 1934, CO 273/597/33046. 

The Malayan Bulletin of Political Intelligence, 

September 1926, CO 273/534/C.22086; 

The Malayan Bulletin of Political  Intelligence, December 1926,  CO 273/535/28030.

Ruth T. McVey, 1965. The Rise of Indonesian Communism. Ithaca: 

Cornell University Press. hlm. 129

Mahmud Embong, 1992.

Komunisme dan Orang Melayu, 1924-1949. Dalam: Kobkua Suwannathat-Pian, Rohany Nasir, Mohammad Agus  Yusoff (ed). Dua Dekad Penyelidikan: Sejarah-Bahasa dan Kebudayaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.  22; 

Ho Hui Ling, 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm.  4.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...