Monday 27 April 2020

Hikmah disebalik Covid-19

*Renungan*🍃

Selepas covid19 yg menjadi satu bentuk pelajaran dan peringatan,  akan ada proses penyucian bumi berlaku.

Asbab covid19,  kita diajar kebersihan, tolong menolong,  berbelas kasihan,  tidak pentingkan diri,  bersedekah, bersatu mematuhi arahan pemerintah,  memandang tinggi petugas kesihatan dan frontliner,  mengetahui bagaimana tabligh membentuk peribadi seseorang dan cara sekolah tahfiz mendidik  pelajarnya berdepan ujian Allah. Mengetahui  perangai si kaya,  orang politik,  orang bergelar,  orang sederhana dan miskin dalam menghadapi ujian secara serentak. Memantau kehadiran PATI dan orang luar termasuk yang menyeludup masuk . Rasa sayangkan negara.  Melihat dan belajar bagaimana usaha dakwah yang membawa tasauf dan bukannya hukum semata-mata dapat menyatukan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama. Dan banyak lagi yang boleh dilihat dan direnungkan.

Allah memberi peringatan demi peringatanNya mengikut Aturan dan Takdir-Nya. Sudah semestinya manusia terutamanya umat Islam berhenti mengimpikan kehidupan dahulu yang penuh kelalaian, pentingkan diri,  berlandaskan kepentingan peribadi dan kesenangan dunia semata mata. Sekiranya ini tidak juga dapat mengubah keperibadian diri kearah kebaikan, maka tunggulah pengajaran Allah pula datang.

Setelah penuh bumi ini dengan kuman,  penyakit dan kekotoran,  maka akan tiba masanya bumi ini perlu dibersihkan dari semua kekotoran tersebut. Sekarang juga kita mula melihat taburan hujan yang kerap dan tinggi diseluruh Malaysia. Ianya seperti satu petanda untuk Allah mengarahkan alam membersihkan tanah ini dari semua kekotoran,  kemungkaran,  kejahatan dan kezaliman.  Ianya akan berlaku tanpa mengira siapa pun.  Baik yang beriman atau tidak,  yang khianat atau tidak,  yang tidak beramanah atau tidak,  yang maksiat atau tidak,  semuanya akan diuji dan dibalas perbuatan masing-masing mengikut apa yang Allah kehendaki.

Sudah semestinya Allah akan mematikan setiap punca kerosakan,  kemungkaran, kejahatan dan kezaliman yang berasal dari manusia2 yang bertuhankan duniawi. Baik rakyat atau pemimpin politik, masyarakat atau agama, semuanya akan diberikan "last warning" oleh Allah.

Semoga dapat kita sama2 berubah kearah kebaikan sebelum dimatikan kerana proses penyucian bumi  sedang bermula dari setiap keburukan yang ada , untuk ditempatkan hanya oleh mereka-mereka yang dipilih Allah sebagai Pentadbir Kerajaan-Nya.

Allahumma Solliala Sayidina Muhammad Waala Alihi Muhammad

*5 POINT MEMAKNAI AMALAN ISTIGHFAR*

*5 POINT MEMAKNAI AMALAN ISTIGHFAR*

Jom kita lihat beberapa ayat Al-Quran dan Hadis tentang istighfar (memohon keampunan Allah). Semoga amalan ini kita lakukan dengan penghayatan dan hadir hati agar ianya lebih berkesan dan memberi makna.

*(1) Orang yang beristighfar, dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.*

Firman Allah SWT :
(فَقُلۡتُ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارࣰا ۝ یُرۡسِلِ ٱلسَّمَاۤءَ عَلَیۡكُم مِّدۡرَارࣰا ۝  وَیُمۡدِدۡكُم بِأَمۡوَ ٰ⁠لࣲ وَبَنِینَ وَیَجۡعَل لَّكُمۡ جَنَّـٰتࣲ وَیَجۡعَل لَّكُمۡ أَنۡهَـٰرࣰا)
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai.
[Surah Nuh 10 - 12]

*(2) Orang yang beristighfar diberi kekuatan oleh Allah SWT.*

Firman Allah SWT :
(وَیَـٰقَوۡمِ ٱسۡتَغۡفِرُوا۟ رَبَّكُمۡ ثُمَّ تُوبُوۤا۟ إِلَیۡهِ یُرۡسِلِ ٱلسَّمَاۤءَ عَلَیۡكُم مِّدۡرَارࣰا وَیَزِدۡكُمۡ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمۡ وَلَا تَتَوَلَّوۡا۟ مُجۡرِمِینَ)
"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa" [Surah Hud : 52]

*(3) Allah SWT Maha Pengampun walau sebanyak mana dosamu selama engkau terus berdoa dan berharap*

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً [رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]
Dari Anas bin Mâlik Radhiyallahu anhu , beliau berkata : Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman, ‘Wahai, anak Adam! Sungguh selama engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni semua dosa yang ada pada engkau, dan Aku tidak peduli. Wahai, anak Adam! Seandainya dosa-dosamu sampai setinggi awan di langit, kemudian engkau memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku ampuni. Wahai, anak Adam! Seandainya engkau menemui-Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi, kemudian menemui-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan Aku sedikit pun, tentulah Aku akan memberikan pengampunan sepenuh bumi itu juga’.” [Riwayat Turmuzi dan dia berkata: hadisnya hasan sahih]

*(4) Nabi SAW beristighfar dan bertaubat lebih 70 kali hingga 100 kali sehari.*

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat Al-Bukhari]

اَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم جَمَعَ النَّاسَ فَقَالَ : يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إِلَى اللَّهِ فَإِنِّي أَتُوبُ إِلَى اللَّهِ فِي اليَوْمِ اِلَيْهِ مِئَةَ مَرَّة
“Sesungguhnya Nabi Saw. mengumpulkan manusia dan beliau berseru,’Wahai manusia, taubatlah kalian kepada Allah. Sesungguhnya saya bertaubat kepada Allah dalam sehari sebanyak 100 kali.” [Riwayat Muslim]

*(5) Antara waktu yang baik untuk beristighfar ialah penghujung malam(waktu sahur).*

Firman Allah SWT :
 (وَبِٱلۡأَسۡحَارِ هُمۡ یَسۡتَغۡفِرُونَ)
"Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun" [Surah Az-Zariyat : 18]

_*Muhammad Hazmi Dibok*_
Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pahang
27/4/2020

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.
Sumber walluhuallam.

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

Assaℓam’mualaikum Warahmatuℓℓahi Wabarakatuh.

*Kepada sesiapa yg menerima viral ini bacalah .. kalau tak baca rugi sgt2*

Utk Shbt2... Jiran2... adik beradik... dan anak2 yg dikasehi....

PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA

*Bacalah pesanan in dengan mata dan hati*

*Jahat atau baik kita..*
*solat jangan ditinggalkan.*
*Solat bukan sebab kita baik.*
*Solat sebab perintah Allah.*
*Solat kita adalah lambang kehidupan kita...*

*Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...*

*NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.*
*Jika tidak, sudah pasti gunung yg hendak ditukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...*

*Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....*

*Kalau dah mati...*
*Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..*
*Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...*
*Sedekah masa hidup itu bonus...*
*Ilmu yg di kongsi itu bonus...*

*Sehebat mana pun kita...kita tetap akan mati....*
*Sehina mana pun kita...kita tetap akan mati...*
*Takut mcm mana pun dengan mati...tetap akan mati...*
*Berani mcm mana pun ...tetap akan mati*
*Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap akan mati...*
*Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....*
*Mati itu pasti...*
*Sakaratul maut itu pasti...*
*Alam barzakh itu pasti...*
*Ingat mati ...*
*Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....*
*Kita tak bawa segunung harta setelah mati.*
*Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....*

*Teruslah melangkah,*
   *selama engkau*
*di jalan yang baikk*

*Meski terkadang kebaikan*
   *tidak sentiasa dihargai*

*Jangan menjelaskan tentang*
  *dirimu kepada siapa pun*
*kerna yang menyukaimu tidak*
  *perlu tahu tentang semua*
*kebaikan yang kamu lakukan*

*Dan yang membencimu tidak*
  *percaya tentang kebaikan*
     *yang masih ada pada dirimu*

*Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk*
  *tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri*

*Hari ini dan semalam*
    *adalah hari yang berbeza*

*Pintu taubat sentiasa terbuka*
   *untuk hamba-hambaNya*

*KITA BUKAN SIAPA-SIAPA*
  *UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA*

*PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR  "SAMA..."*

*SAAT USIA 50- an.... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA..". (tak peduli seberapa cantiknya kamu,  di usia itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu...*

*SAAT USIA 60-an...  "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi boss atau bawahan..)*

*SAAT USIA 70- an... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA..".(Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sulit untuk bergerak.. sekarang kamu cuma perlu ruang kecil untuk di-diami..  ).*

*SAAT USIA 80- an...(itupun kalau masih hidup)*
*(PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA.."*  *saat itu duitmu tak lagi boleh membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 kerana tubuhmu tak lagi boleh dimasuki banyak makanan, lidahmu sudah tak punya rasa,*
*dan kamu tak berdaya lagi ke-tempat di mana kamu boleh menghabiskan duitmu).*

*SAAT USIA 90- an... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan )*

*SAAT AJALMU TIBA.... "KAYA DAN MISKIN,  SAMA SAJA".  Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh persoalan hidup masing2.*

*Oleh kerana itu,  semasa hidup, _jangan terlalu tinggi hati_ atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA..   _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, kerana PADA AKHIRNYA  kamu tak memiliki APA2...*

" ...kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah..
Yang akan di bawa Di Akhir Cerita... "

Sharing is jariah #jompahala

Drp.. saudara seislam 👉🏻👉🏻 Achmad Bekam Syah

Renungan Hati

Lama saya mendengar luahan  seorang hamba Allah SWT yang  yang memerlukan keyakinan dalam dirinya..

Nasihat saya..

Maafkan manusia yang Merampas kebahagiaan nya.

Lepaskan dengan rela hati bahawa kita masih ada kebahagiaan bersama Allah SWT..

Saya faham bukan mudah, bila jiwa dan badan tidak sekata. Kita semua manusia biasa yang sama darah berwarna merah..

Mulakan dengan Luahan pada diri kita sendiri, selami perasaan kita bahawa kita berharga dan yakin  kita masih mampu memilih kebahagian diri kita sendiri, kenapa perlu kita memilih kesedihan sedang kita boleh untuk tidak memilih kekecewaan.

Kita diberi akal dan fikiran, setiap yang berlaku adalah kehendak kita, Allah SWT sentiasa izinkan apa sahaja dalam fikiran kita, jangan sesekali menganggap atau mengfitnah Allah SWT.

Untuk tenangkan fikiran kita bukan dengan mengfitnah atau menolak kesilapan pada orang lain. Setiap yang berlaku adalah untuk diri kita belajar mengenal diri kita.

Mungkin selama ini kita terlampau menumpu pada orang lain hinggalah kita lupa untuk menjaga diri kita sendiri.

Sekarang adalah masa dan peluang kita untuk sedar bahawa setiap keputusan kita adalah pilihan kita. Bila kebahagiaan kita dirampas kita kena ingat, bahawa sentiasa ada insan lain yang lebih layak untuk diri kita.

Belajarlah tenangkan fikiran tenangkan hati, rihatkan jasad kita dan hargai setiap yang datang dalam diri kita. Bersyukur pada Allah SWT dan berterima kasih sentiasa.

Jika kita rasa kita susah, kita kecewa, kita sunyi, ingatlah di luar sana ada lagi manusia lebih teruk dari kita. Kerana masih tidak temui dalam diri mereka.

Janganlah hilang keyakinan pada NYA, Redha lah segala yang datang.

Percayalah kebahagiaan anda akan tiba. Ribut akan berhenti, malam akan bertukar siang. Setiap perkara sentiasa ada penghujungnya. Hidup didunia ini hanya sekali, hargai diri, sayangi diri dan penuhkan cinta dalam jiwa sendiri.

Biarlah cinta itu datang sendiri, biarlah kasih itu menanti, sampai waktunya kita akan miliki segala yang dikehendaki, jangan lupa minta maaf pada diri setiap hari..

Harus Percaya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ

Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina olih Trump untuk menyekat pelarian Mexico drp membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg  meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Spanyol mengelami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian2 Spanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid2 dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara2 yg pernah mengharamkan laungan azan kini  sibuk membuka semula masjid2 dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan yg merawati pesakit2 menemui ajal sedangkan pesakit2 mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula2 drp sumber2 asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar2 dan jernal2 utama  dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith2 Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika  menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, wp alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa akan mempercayai yg ayat2 suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni2nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk  setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sbg agama pengganas.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara  kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dlm ketakutan seperti tikus2 dlm gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa2 diatas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان
{Then which of the Blessings of your Lord will you deny}

MAKSUD KES SPORADIC

Apakah Maksud Kes Sporadic?

Petang ini, Ketua Pengarah Kesihatan, menjelaskan bahawa terdapat 69 Kes Sporadic di negara ini.

Kes Sporadic merupakan kes seseorang itu tidak mempunyai sejarah perjalanan dan tidak ada berhubung dengan kontak rapat COVID-19, tetapi dia telah disahkan positive COVID-19.

Bagaimanakah dia boleh dijangkiti?

Jangan ambil mudah penyakit ini walaupun kita tidak keluar dari rumah. Virus ini amat berbahaya. Ibu-ibu harus pastikan kebersihan menjadi amalan semua ahli keluarga. Jangan selalu berkumpul dengan jiran atau ahli keluarga dalam kelompok yang ramai. Yang balik dari pasar mesti basuh tangan, dan mandi sebelum berdekatan dengan ahli keluarga. Elakkan risiko kebarangkalian kita dan ahli keluarga kita dijangkiti. Jika ada rasa sayang yang mendalam kepada ahli keluarga, semua ahli harus prihatin dengan virus Convid-19.

Banyak kemungkinan untuk kita dijangkiti secara tidak disedari. Contohnya: Kita berada di pasar raya atau market basah, orang yang pembawa virus bersin atau batuk, virus itu pun boleh kena kepada kita walaupun kita pakai penutup muka tetapi datang di rumah kita tak bersihkan diri. Terus memasak dan buat kerja itu ini atau lepak menonton TV. Harus diingat, kita tidak akan terus sakit tetapi kesannya hanya diketahui setelah 14 hari, kita pun tak ingat tempat yang kita kunjungi.

Jagalah diri, hargailah nyawa.
Duduk di rumah memang selamat tetapi kalau kita asyik keluar ke sana ke sini, kita mungkin tidak selamat. Oleh itu, kurangkan pergerakan. Ingat, jika seorang kena, mungkin semua ahli keluarga kita akan kena juga. Kalau tak nak, sila jaga diri betul-betul semasa tempoh PKP ini.

Minum air panas
Mandi air panas (jika ada)
Mandi 3 kali sehari
(setiap kali selepas keluar rumah)
Minum air putih 1.5 liter sehari
Basuh tangan dengan kerap dan betul.

Monday 13 April 2020

KEMELUT CIKGU DI MUSIM PKP COVID-19 PART 2

Nak share tulisan cikgu khairulkamilin ni.. Mantap.

Bacaan 10 minit.

Dalam isu membekalkan kerja rumah ketika musim PKP ini, saya kira perlu sangat berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung.

Sekarang ini bukan masanya untuk mewujudkan perbalahan terbuka sesama kita.

Tidak enak apabila sebahagian ibu bapa menghentam guru anak mereka secara terbuka dengan bahasa yang tidak lunak dibaca.

Dan tak enak juga apabila sebahagian guru membalas dengan mengatakan ibu bapa malas dan sebagainya.

Perlu ada 'mutual understanding' atau persefahaman bersama antara ibu bapa dan guru dalam hal ini.

Kita boleh lihat ada sekolah gurunya kata,
"ibu bapa sporting sangat".

Dan ada sekolah pula gurunya kata,
"ibu bapa mengeluh dan bising".

Sporting itu diukur dari segi kesediaan ibu bapa bekerjasama dengan sekolah. Kena lihat juga latar semua mereka yang bekerjasama itu bagaimana.

Guru-guru yang sama ini jika ke sekolah yang satu lagi, pasti mengalami nasib yang berbeza iaitu berhadapan dengan ibu bapa yang mengeluh, kerana latar mereka tak sama.

Pihak atasan.

Dalam urusan ini pertama sekali, JPN dan PPD perlu memberikan autonomi penuh kepada pentadbir sekolah untuk menilai dan memperhalusi keperluan murid di sekolah masing-masing dalam mematuhi arahan surat siaran KPM.

Adalah tidak relevan sekiranya sekolah dibebankan dengan satu standard pencapaian yang mesti dicapai diperingkat negeri dan daerah.

Ini kerana dalam satu negeri dan daerah sendiri pun latar belakang sosial penduduk dan murid setiap lokaliti itu adalah sangat berbeza.

Murid di PPR Cheras dan murid di Mont Kiara, latarnya berbeza walaupun sama-sama berada di Kuala Lumpur.

Murid di pekan Tapah dengan murid di Trolak Timur latarnya berbeza walaupun berada dalam daerah yang sama.

Kita tidak menyentuh tentang soal capaian internet semata-mata. Kita bercakap soal keseluruhan faktor lokaliti tersebut.

Bagaimana keadaan penempatan mereka, rumah mereka, ruang belajar ketika semua ahli keluarga kena PKP, peranti elektronik yang ada di rumah, latar pendidikan dan pekerjaan ibu bapa, taraf sosioekonomi. Semua.

Sebab itu saya sebutkan, sekolah mesti diberi autonomi penuh untuk menentukan. Mereka lebih arif tentang latar belakang keluarga murid-murid mereka. Mereka tidak perlu diikat dengan graf-graf kpi yang perlu dicapai.

Memanglah katanya tidak wajib, tetapi kerap pula ditekankan dan disebut-sebut sekiranya sekolah itu tidak berjaya capai sasaran. Siapa yang tidak rasa rimas apabila seolah-olah diaggap tidak berusaha?

Kadang-kadang naik hairan juga. PKP ini cuma 14+14 hari sahaja setakat ini. Masih secara relatif rendah berbanding hari persekolahan. Tetapi harapan pengisiannya bagi sesetengah orang seolah mahu cover subjek keseluruhan.

Sungguh kita memang sudah ketinggalan. Tetapi kerajaan masih boleh pertimbangkan keputusan penangguhan peperiksaan ataupun pemendekan cuti hujung tahun.

Tak ada siapa pun yang mahukan covid-19 ini berlarutan. Jadi janganlah jadikan ia beban baru kepada semua pihak kerana terpaksa duduk rumah dan tidak bekerja ini pun sudah cukup beban.

Guru.

Perlu ada kebijaksanaan dari segi pentadbiran untuk menyelaraskan agihan kerja kepada murid-murid.

Sebelum bagi kerja, guru kelas perlu survey dahulu berapa bilangan murid di setiap kelas yang ada kemudahan. Tanya dalam group. Mohon maklumbalas. Fahami juga latar belakang ibu bapa mereka.

Sekali lagi ditekankan, ini bukan soal capaian internet semata-mata tetapi analisis keseluruhan tahap kesediaan keluarga murid.

Ya, kita betul-betul berharap kepada pertolongan keluarga murid sekarang. Mereka yang menjadi nadi kelangsungan pembelajaran anak-anak.

Maksimum DUA subjek sehari untuk latihan adalah munasabah. Jangan sekali-sekali diberikan kerja mengikut jadual seperti di sekolah. Ini yang ditegur oleh Pengarah JPN Melaka.

Asasnya mudah. Sedangkan ketika murid itu mendapat bimbingan professional dari guru-guru bertauliah di kelas yang formal di sekolah pun murid itu boleh keciciran,

inikan pula mengharapkan ibu bapa murid menjadi 'pengganti' kepada bimbingan professional itu secara bersendiri untuk semua subjek dan dalam situasi berada di rumah pula.

Ia adalah mustahil atau sekurang-sekurangnya 'bapak' sukar untuk direalisasikan. Bonus jika ibu bapa mempunyai latar pendidikan yang baik. Tetapi bagi yang 'kurang'?

Itu pun kalau anak seorang. Jika 5 orang anak dengan bebanan 3 subjek berbeza setiap seorang?

Dan perlu juga diingat, tak semua keluarga ibu bapa mereka bercuti. Ada yang masih meneruskan kerja sebagai frontliners atau runners atau bidang-bidang kritikal. Ada murid di kampung bersama atuk opah.

Jadi dalam segala gelut yang ada ini, kita ambil positif kritikan ibu bapa kerana kritikan itu lahir kerana beban yang sememangnya ada.

Di sini peranan pentadbir sekolah selaku kepala sekolah yang berfungsi sepenuhnya. Jangan lepaskan beban dengan tekan anak buah atau ibu bapa, tetapi berdepanlah dengan pihak-pihak yang bertanya.

Jika perlu menjawab, bersedialah menjawab dan mempertahankan. Tak mudah, sangat sukar, tapi itulah pengorbanan besar sebagai ketua. Tuan Puan perlu jaga anak buah, bukan jaga bos.

Ibu bapa.

Tolong, tolong, tolong fahami bahawa guru adalah insan yang paling risau apabila murid tidak boleh hadir ke sekolah.

Sedangkan hari persekolahan biasa pun guru cukup tekankan soal kehadiran, inikan pula apabila murid terhalang dari ke sekolah.

Cakap-cakap seperti guru makan gaji buta, duduk diam tak buat apa, seronok berehat apa semua tu eloklah simpan dalam kepala lutut dulu. Mungkin yang berkata seperti ini otaknya ada di situ.

Kalau baca dari atas tadi boleh difahami betapa tekanan kerja yang perlu dilunaskan oleh guru ketika ini.

Tak cukup dengan itu, apabila sekolah buka nanti, siapa yang akan cover balik ulangkaji semua silibus yang tertinggal kalau bukan guru? Kerja berganda tetapi gaji sama. Kelas tambahan percuma, siang malam berusaha.

Jadi sekiranya ada guru yang tak buat apa-apa sekarang pun, anggaplah mereka ambil gaji advance untuk kerja yang pasti menggunung selepas ini.

Kerja-kerja yang guru bekalkan, semuanya bukan paksaan. Tolonglah maklumkan, PM, whatsapp guru sekiranya ada kekangan. Cikgu-cikgu pasti faham. Pasti--faham.

Jangan jari itu boleh laju saja menulis di facebook tapi untuk berterus terang secara harmoni kepada guru pun tak mampu.

Tak pastilah siapa yang baca sampai ke baris ini. Rasanya 10% pun tak sampai 😅. Kalau berjaya baca sampai sini, cuba reply "ok cikgu ensem" haha 🤣🤣. Gurau pun salah 🙄

Apa pun, semoga semua permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni dan doakan Covid-19 ini berlalu segera.

Doa banyak-banyak.

Cikgu,
#khairulkamilin

KEMELUT CIKGU DI MUSIM PKP COVID-19

Dah agak dah.

Aku dah agak sangat-sangat dah apabila cadangan agar penutupan sekolah diteruskan itu keluar dari mulut seorang guru, pasti akan ada yang sinis.

"..eleh, nak sambung cuti lah tu..".

Kepada mat eleh, aku nak jawab kat muka kau dengan sekali hembus je.

Kepala hotak kau lah!

Kau baca betul-betul ni.

Ni aku secara peribadi, tak kait cikgu lain.
Aku tak ada masalah langsung jika guru disuruh pergi ke sekolah sekarang.

Tak ada masalah langsung!

If you insist, i am more than willing to go to school either by tomorrow or tonight!

Kalau aku dah sampai cakap jawa ni maksudnya memang marah sangatlah ni.

Apa yang aku maksudkan apabila sebut sekolah perlu terus ditutup itu lebih menjurus kepada keperluan mendesak untuk kita menjaga kebajikan murid.

Anak murid. Anak kita. Anak kau. Anak kecil. Anak remaja. Generasi masa depan kita!
Aku tak cakap tentang aku.

Biasa sangat muncul orang-orang seperti kau yang suka buat bising dan kepoh perihal kerja orang.

Entah tahi apa lah yang kau peram dalam hati tu sampai busuk sangat jadinya percakapan dan tulisan yang keluar.

Ada jerebu, sekolah tutup, kau tak puas hati. Dengan insang kami datang sekolah walaupun tak ada murid.

Ada bah, ada banjir, merata-rata sekolah terdekat kami 'merempat', kami pergi, demi menjalankan tugas hakiki.

Kami buat. Dah memang kerja kami.

Tapi sekarang ni kenapa kau susah nak faham? Kita sekarang berada pada tahap terakhir sebelum darurat. Syukur sangat belum darurat.

Kau tahu apa maksud darurat? Kalau babi lalu depan rumah kau pun kau boleh makan kalau kau terputus bekalan makanan, faham?

Tapi aku tak suggest kau makan, sebab belum makan pun perangai dah serupa makhluk tu. Eloklah mati dari terus jadi virus di muka bumi.

Cukup tak faham aku.

Waktu ini bukan cikgu sahaja cuti. Sebetulnya bukan cuti pun, tapi tak boleh keluar. Dah tak boleh keluar, nak kerja kat sekolah guane?

Tak kerja di sekolah, bukan bermakna tak kerja dari rumah.

Bukan cikgu je. Semua pekerja dalam pelbagai bidang dalam Malaysia. Terganggu. Tersekat.

Kenapa kau nampak, target dan anti sangat dengan kami sahaja?

Sebab kami ramai? Sebab cikgu sebelah rumah kau rembat rambutan kau tak cakap?

Jika benar-benar sehingga ke tahap nak bagi 'rasa berbaloi' dan puaskan hati orang yang tiada sifat ihsan dan manusiawi macam kau, ya, boleh saja aku redah ke sekolah biar apa pun risikonya. Anak-anak tetap di rumah.

Tapi tolong pastikan, by all mean, anak kau dah terpacak depan laptop jam 7.30 pagi sampai jam 1.00. Jangan kemana-mana. Rehat macam biasa setengah jam sahaja.

Kena lebih disiplin berbanding sekarang.

Jangan cakap pasal masalah internet.
Jangan cakap pasal tak ada peranti.
Tolong wujudkan printer.
Kalau tak ada, order di shopee.
Pastikan semua kerja yang dibekalkan siap.

Kehadiran sesi pembelajaran adalah wajib. Berkali-kali tak hadir boleh dibuang sekolah.

Deal?

Kita dah pun dihidangkan pilihan untuk bekerja dengan lebih fleksibel disebalik kesusahan dan kerisauan yang melanda semua orang sekarang.

Tapi seakan ada manusia yang tak faham dan masih mahu buat cara lurus dan sukar. Memilih untuk menyukarkan keadaan yang sudah sedia sukar.

Maaf baris ini memang agak skeptikal. Tapi aku nak letak juga sebagai penutup.

Kau yang beriya-iya sangat nak sekolah dibuka dan cikgu pergi bekerja ini sebenarnya dah tak tahan nak mengadap anak kau siang malam, kan?

Mengaku je. Tak apa.
Kau tak cakap pun orang tahu.

Hmm.

ps:
Maaf untuk sahabat yang tak terlibat dan tak berkait tapi terpaksa baca tulisan tak enak ni.

Copy paste
#khairulkamilin

Thursday 2 April 2020

Buat Kita Semua

☪🕌🤝❤💚🌸🌻Assallamualaikum wbk.

Sahabatku semua...

Jutaan KEMAAFAN kalau terlanjur kata dan pandangan kita berbeza.
Pada pengajian hamba yang tidak berilmu,
COVID -19 atau Corona Virus adalah perkhabaran Allah terhadap hamba2 Nya... lihatlah:

Seluruh Jerusalem sunyi.
Tembok Ratapan dipagari.
Kaabah ditutup.
Solat Jumaat diri di rumah.
Umrah dibatalkan.
Solat Tarawih Ramadan mungkin juga bakal sepi.
Bahkan seluruh pelusuk dunia sepi.

Corona datang seolah-olah membawa pesan Allah bahawa ritual Agama itu sebenarnya rapuh!
Bahawa "hura-hura" atas nama Tuhan itu semua.
Bahkan simbol dan upacara ritual itu hanya menjadi topeng dan komoditi dagangan sahaja.

Ketika Corona datang,
Engkau dipaksa mencari Tuhan.
Bukan di Kaabah.
Bukan di masjid.
Bukan di mimbar khutbah.
Bukan di majlis taklim.
Bukan dalam kuliah Dhuha
Bukan dalam solat Jumaat.

Melainkan,
pada kesendirianmu.
Pada mulutmu yang terkunci.
Pada hakikat yang senyap.
Pada keheningan yang bermakna.

Lalu kamu diarahkan kuarantin (pengasingan diri) jauh daripada semua
untuk apa? Tidak lain adalah untuk mengenali diri kamu dan mencari pencipta yang Maha Esa.
Nabi Musa mengasingkan diri di Bukit Tursina dan Nabi Muhamad mengasingkan diri di Gua Hira'. Orang orang Sufi bersuluk dan berkhalwat.

""AWALUDDIN MA'RIFAHTULLAH""
Awal-awal Agama adalah untuk mengenal Allah.

Corona mengajarimu,
Tuhan itu bukan pada keramaian.
Tuhan itu bukan (melulu) pada ritual.
Tuhan itu ada pada jalan keputus-asaanmu dengan dunia yang berpenyakit.

Covid 19 memurnikan agama.
Bahawa tak ada yang tertinggal...
Kecuali Tuhan itu sendiri!
Tidak ada lagi sorak sorai memperdagangkan nama Tuhan.

Datangi, temui dan kenali DIA di dalam relung jiwa dan hati nuranimu sendiri.
Temukan Dia di saat yang teduh di mana engkau hanya sendiri bersama-Nya.

Sesungguhnya Kerajaan Tuhan ada dalam dirimu.
Qalbun Mukmin Baitullah.
Hati orang yang beriman adalah Istana Tuhan.

Biarlah hanya Tuhan yang ada.
Biarlah hanya nuranimu yang bicara.
Biarlah kita semua disedarkan oleh Tuhan melalui kejadian ini.
Semoga kita mampu belajar dan mengambil hikmah
daripada kejadian ini❗

Untuk sahabat.
Jutaan KEMAAFAN❗

Wasalam.
Insan yang hina
(Pejuang Subuh).

ZAMAN KE 4....sahihkah?

TELAH SAH KITA SEKARANG BERADA DI ZAMAN KE 4 SEPERTI YG DI NYATAKAN OLEH RASUL SAW:

Tidak terasa kita hidup dipenghujung Zaman.
Rasul SAW Berkata :
“ZAMAN ITU DI BAGI KEPADA 5”

1. Zaman Nubuwwah_
(zaman kenabian diawali dr zaman Nabi Adam AS sampai Baginda Nabi Muhammad SAW)

2. Zaman Khilafah 1_
(dipimpin sahabat -sahabat Nabi Abu Bakar Umar, Utsman dan Ali ra).

3. Zaman Al-mulk kerajaan_ (berakhir runtuhnya Dinasti Utsmani diturki kalau diindonesia Majapahit, Sriwijaya, Galu dsbnya).

4. Zaman Jababiro_
(Zaman kebebasan maksiat dimana-mana dan inilah zaman kita hidup sekarang).
Fitnah2 bertebaran untuk melemahkan kaum Muslimin (era fitnah terbesar akan terjadi saat Dajjal muncul), Org2 yg tdk layak/zalim menjadi penguasa (pemimpin), jumlah ummat Islam ramai tpi bagaikan buih diatas laut (sedikit yg berjihad untuk membela Islam)...
_Zaman ini sdh terjadi dan sdg kita jalani...Astaghfirullah....

5. Zaman Khilafah 2_
(Zaman yg mana suasana seperi pada zaman Rosululloh SAW, nanti umat Islam akan dipimpin *_Imam Mahdi hanya berlangsung lebih kurang 9 tahun._*

_Pada zaman ini pula Dajjal muncul, Nabi Isa AS jg muncul ditugaskan untuk membunuh Dajjal dan meng-Islamkan orang2 Kafir/Nashoro)._

➡️ Para Ulama hadits memperhalusi ttg usia umur ummat Islam :

_1. Ibnu Hajar Asqalani_
seorang ulama pakar hadits, kitab beliau yg populer dimsia adalah Fathul Barri, Beliau berkata umur umat Islam sampai 1476 H.

_2. Imam As-syuyuthi_
Beliau mengatakan umur umat Islam sampai 1477 H

_3. Ibnu Hajar Hambali_
kata Beliau umur umat Islam lebih dari 1400 H namun tdk sampai 1500 H

Allahu Akbar sekarang umur umat Islam sudah sampai pada 1440 H.

_Hari kiamat tdk ada yg tau termasuk Rosululloh SAW namun mengenai umur umat Islam, Rasulullah sdh memberi tahu.. tdk sampai 1500 H._

Kelak diakhir zaman Alloh SWT akan wafatkan serentak umat islam dimuka bumi dan yg tinggal hanyalah orang kafir yg akan menyaksikan hancurnya bumi gunung laut langit dan seluruh alam (baca Al-Qoriah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah).

Diantara tanda kiamat kata Rasulullah SAW
-akan muncul Dukhan (kabut hitam) yg menyelimuti bumi selama 40 hari 40 malam, lalu sahabat bertanya Ya Rasulullah kapan itu terjadi???
Kata Baginda Nabi SAW itu terjadi apabila yg
- pertama KALAU PENYANYI WANITA BERMUNCULAN DIMANA-MANA
- Yg kedua kata Rasulullah SAW, kalau alat musik dicintai oleh umatku dan minuman keras dimana-mana....

_Saudaraku,tanda2 diatas sudah muncul semua sekarang...

_Sementara masih ada waktu, mari segera baiki diri, perbaiki  ibadah dan perbanyak amal solih untuk bekal di akherat nanti....
Wallahu'alam....

Sudah Siapkah??

Note:
Kajian ilmiah seluruh Pakar Iptek di timur dan barat sdh 100% membenarkan Peringatan Rasulullah 14 abad yg lalu...! Dan  janji Allah pasti benar n tepat...!
BADAN Meteorologi dan Geofisika menyatakan bahwa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia.

Dijangka kemarau panjang tersebut akan bermula tahun 2019 hingga 2022.Air dunia waktu ini hanya berbaki 3% saja.

Lalu apa artinya informasi ini bagi kita?
Artinya adalah _keluarnya Dajjal telah sangat dekat._
_Dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah-tengah kita, tanpa kita sadari._

Ini berarti apa yang disabdakan Rasulullah telah terbukti.
Dalam hadits tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal di tandai dengan keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang tiga pertanda tersebut, sudah nyata terjadi.

Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi.

Diikuti dengan semakin kurangnya mata air Zughar. Dan yang paling menepati adalah surutnya air di tasik Tiberias di Israel sudah sangat meruncing, sehingga  Israel sibuk mencari sumber air lain.

Salah satunya perencanaan adalah penyulingan air laut. Dalam hadits lain dikatakan bahwa Dajjal akan keluar dari sarangnya dgn tanda, setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama  3 tahun. Dan sebagaimana disebutkan di atas, bahwa Badan Meteorologi dan Geofisika telah memperkirakan kekeringan panjang akan dimulai tahun 2019 hingga 2022.
Marilah kita berbuat baik semaksima mungkin, dan ajaklah setiap  muslim dimanapun, untuk semakin bersungguh-sungguh memperbanyak amal akhirat.
ALLAHU AKBAR... !!!

➡️_Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai beribu2 kali tapi baca ini hanya perlu 5 menit_

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuz dan Makjuz

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang se-benar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar redho Ku maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu: Artinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat.

➡️ Kerugian meninggalkn sholat :

Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Ashar: Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)

➡️ Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Sholat, bebaskan sempitan itu dengan SHOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah *"LAILAHAILALLAH"*

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan seharI-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
Sudahlaaaaaah tak usah disebarkan, tak penting, buang waktu saja, tak mungkin akan dibaca
Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya, Semoga menjadi amal.
Aamiin🕌❤🕌☝

Sobat sekarang anda memiliki dua pilihan ,
1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini
2. Membagikan pengetahuan ini ke 2 grup dan kesemua teman facebookmu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu. Aamiin..

Semoga yg berkomentar Aamiin dijauhkan dari segala penyakit, diberi sehat wal'afiat, rezekinya melimpah ruah, dan keluarganya bahagia Dan bisa masuk Surga melalui pintu mana saja. Aamiin ya Rabbal'alamiin..

Semoga bermanfa'at. 🙏

SEMOGA JADI AMALAN KITA BERSAMA

1) Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45am kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.

2) Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat menantu Nabi saw sebagai zikir istiqamah penguat semangat.

3) Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah2 Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.

4) Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu2 mustajabnya doa.

5) Pelajari serta hayati setiap bait2 bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah2 kita berbisik2 mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah2an dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.

6) Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat2nya.

7) Jangan ditinggalkan solat2 sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.

8 ) Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti2 masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah2 Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.

9) Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat2 Allah.

10) Amalkan sentiasa bawa ke mana2 kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang2 yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat2 Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang2 yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan2 mereka yg istiqamah bersugi. Riwayat Aisyah.. Bahawa aku tidak bisa mengira berapa kalikah dlm sehari Rasulullah saw bersugi. Dikatakan juga perkara terakhir yg Rasulullah saw lakukan sebelum ajalnya sampai adalah baginda saw sempat bersugi. Saya pernah terbaca dlm artikel tulisan ulama tersohor bahawa nyawa orang yg sentiasa bersugi mudah keluar ketika di datangi sakaratulmaut.

12) Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah2 taubat @ kalimah2 tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.

13) Lazimi berpagi2 dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon2 perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

KESIMPULAN : Berusahalah menyantuni akan setiap perkara2 sunnah serta perkara2 ma'ruf setiap masa kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah 👇

"Wahai jiwa2 yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dlm keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dlm kalangan orang2 yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".

👆 Ini adalah ayat sakaratul maut.. Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita.. nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...