Monday, 27 April 2020

Harus Percaya

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
الْسَّــــــــــلاَمُ عَلَيْكُمُ وَرَحْمَةُ

Tiada siapa akan mempercayai satu delegasi dari negara kaya, Italy yg kini berada di Somalia, yg mana permit tinggal mereka akan berakhir membuat keputusan tidak mahu pulang, sebaliknya memohon untuk terus tinggal dinegara miskin tersebut.

Tiada siapa akan mempercayai yg bekas Perdana Menteri Somalia yg lari ke Britain untuk menyelamat dirinya telah mati akibat jangkitan corona virus dinegara harapannya.

Tiada siapa akan mempercayai tembok yg dibina olih Trump untuk menyekat pelarian Mexico drp membanjiri negaranya kini telah menjadi tembok untuk menyekat pelarian Amerika yg  meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai, dua bulan lalu Spanyol mengelami krisis bilamana bot-bot membawa beribu-ribu pendatang haram dari Afrika melalui Morocco, sebaliknya kini bot-bot tersebut belayar balik membawa pelarian2 Spanyol meninggalkan negara mereka yg diserang wabak corona virus.

Tiada siapa akan mempercayai masjid2 dinegara-negara Islam akan ditutup sehingga rukun Haji tahunan ditangguhkan, sedangkan dinegara2 yg pernah mengharamkan laungan azan kini  sibuk membuka semula masjid2 dgn laungan azannya.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan yg merawati pesakit2 menemui ajal sedangkan pesakit2 mereka beransur pulih.

Tidak siapa akan mempercayai doktor2 perubatan kini sibuk mengkaji dan menyediakan formula2 drp sumber2 asli untuk meningkatkan sistem imuniti manusia.

Tiada siapa akan mempercayai akhbar2 dan jernal2 utama  dinegara Barat kini sibuk memetik dan mengupas Hadith2 Junjungan Besar Nabi SAW, sehingga Newsweek Amerika  menceritakan bagaimana Nabi SAW melaksanakan lockdown bilamana berlakunya wabak jangkitan penyakit, wp alat mikroskop belum diciptakan lagi 1,400 tahun yg lalu.

Tiada siapa akan mempercayai yg ayat2 suci Al Quran dibaca di White House dan penghuni2nya mendengar bacaannya dgn bagitu khusuk  setelah bertahun-tahun mereka mengutuk Islam sbg agama pengganas.

Tiada siapa yg akan mempercayai negara-negara  kuasa dunia yg mempunyai armada perang paling canggih kini berada dlm ketakutan seperti tikus2 dlm gereja.

Tiga bulan yg lalu tiada siapa yg akan mempercayai peristiwa2 diatas.

Subhana Allah, KAU lah yg Maha Besar Yang Mengetahui semuanya sedangkan kami hanya manusia kerdil ciptaan MU.

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَان
{Then which of the Blessings of your Lord will you deny}

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...