Monday, 27 April 2020

Renungan Hati

Lama saya mendengar luahan  seorang hamba Allah SWT yang  yang memerlukan keyakinan dalam dirinya..

Nasihat saya..

Maafkan manusia yang Merampas kebahagiaan nya.

Lepaskan dengan rela hati bahawa kita masih ada kebahagiaan bersama Allah SWT..

Saya faham bukan mudah, bila jiwa dan badan tidak sekata. Kita semua manusia biasa yang sama darah berwarna merah..

Mulakan dengan Luahan pada diri kita sendiri, selami perasaan kita bahawa kita berharga dan yakin  kita masih mampu memilih kebahagian diri kita sendiri, kenapa perlu kita memilih kesedihan sedang kita boleh untuk tidak memilih kekecewaan.

Kita diberi akal dan fikiran, setiap yang berlaku adalah kehendak kita, Allah SWT sentiasa izinkan apa sahaja dalam fikiran kita, jangan sesekali menganggap atau mengfitnah Allah SWT.

Untuk tenangkan fikiran kita bukan dengan mengfitnah atau menolak kesilapan pada orang lain. Setiap yang berlaku adalah untuk diri kita belajar mengenal diri kita.

Mungkin selama ini kita terlampau menumpu pada orang lain hinggalah kita lupa untuk menjaga diri kita sendiri.

Sekarang adalah masa dan peluang kita untuk sedar bahawa setiap keputusan kita adalah pilihan kita. Bila kebahagiaan kita dirampas kita kena ingat, bahawa sentiasa ada insan lain yang lebih layak untuk diri kita.

Belajarlah tenangkan fikiran tenangkan hati, rihatkan jasad kita dan hargai setiap yang datang dalam diri kita. Bersyukur pada Allah SWT dan berterima kasih sentiasa.

Jika kita rasa kita susah, kita kecewa, kita sunyi, ingatlah di luar sana ada lagi manusia lebih teruk dari kita. Kerana masih tidak temui dalam diri mereka.

Janganlah hilang keyakinan pada NYA, Redha lah segala yang datang.

Percayalah kebahagiaan anda akan tiba. Ribut akan berhenti, malam akan bertukar siang. Setiap perkara sentiasa ada penghujungnya. Hidup didunia ini hanya sekali, hargai diri, sayangi diri dan penuhkan cinta dalam jiwa sendiri.

Biarlah cinta itu datang sendiri, biarlah kasih itu menanti, sampai waktunya kita akan miliki segala yang dikehendaki, jangan lupa minta maaf pada diri setiap hari..

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...