Nak share tulisan cikgu khairulkamilin ni.. Mantap.
Bacaan 10 minit.
Dalam isu membekalkan kerja rumah ketika musim PKP ini, saya kira perlu sangat berhati-hati ibarat menarik rambut dalam tepung.
Sekarang ini bukan masanya untuk mewujudkan perbalahan terbuka sesama kita.
Tidak enak apabila sebahagian ibu bapa menghentam guru anak mereka secara terbuka dengan bahasa yang tidak lunak dibaca.
Dan tak enak juga apabila sebahagian guru membalas dengan mengatakan ibu bapa malas dan sebagainya.
Perlu ada 'mutual understanding' atau persefahaman bersama antara ibu bapa dan guru dalam hal ini.
Kita boleh lihat ada sekolah gurunya kata,
"ibu bapa sporting sangat".
Dan ada sekolah pula gurunya kata,
"ibu bapa mengeluh dan bising".
Sporting itu diukur dari segi kesediaan ibu bapa bekerjasama dengan sekolah. Kena lihat juga latar semua mereka yang bekerjasama itu bagaimana.
Guru-guru yang sama ini jika ke sekolah yang satu lagi, pasti mengalami nasib yang berbeza iaitu berhadapan dengan ibu bapa yang mengeluh, kerana latar mereka tak sama.
Pihak atasan.
Dalam urusan ini pertama sekali, JPN dan PPD perlu memberikan autonomi penuh kepada pentadbir sekolah untuk menilai dan memperhalusi keperluan murid di sekolah masing-masing dalam mematuhi arahan surat siaran KPM.
Adalah tidak relevan sekiranya sekolah dibebankan dengan satu standard pencapaian yang mesti dicapai diperingkat negeri dan daerah.
Ini kerana dalam satu negeri dan daerah sendiri pun latar belakang sosial penduduk dan murid setiap lokaliti itu adalah sangat berbeza.
Murid di PPR Cheras dan murid di Mont Kiara, latarnya berbeza walaupun sama-sama berada di Kuala Lumpur.
Murid di pekan Tapah dengan murid di Trolak Timur latarnya berbeza walaupun berada dalam daerah yang sama.
Kita tidak menyentuh tentang soal capaian internet semata-mata. Kita bercakap soal keseluruhan faktor lokaliti tersebut.
Bagaimana keadaan penempatan mereka, rumah mereka, ruang belajar ketika semua ahli keluarga kena PKP, peranti elektronik yang ada di rumah, latar pendidikan dan pekerjaan ibu bapa, taraf sosioekonomi. Semua.
Sebab itu saya sebutkan, sekolah mesti diberi autonomi penuh untuk menentukan. Mereka lebih arif tentang latar belakang keluarga murid-murid mereka. Mereka tidak perlu diikat dengan graf-graf kpi yang perlu dicapai.
Memanglah katanya tidak wajib, tetapi kerap pula ditekankan dan disebut-sebut sekiranya sekolah itu tidak berjaya capai sasaran. Siapa yang tidak rasa rimas apabila seolah-olah diaggap tidak berusaha?
Kadang-kadang naik hairan juga. PKP ini cuma 14+14 hari sahaja setakat ini. Masih secara relatif rendah berbanding hari persekolahan. Tetapi harapan pengisiannya bagi sesetengah orang seolah mahu cover subjek keseluruhan.
Sungguh kita memang sudah ketinggalan. Tetapi kerajaan masih boleh pertimbangkan keputusan penangguhan peperiksaan ataupun pemendekan cuti hujung tahun.
Tak ada siapa pun yang mahukan covid-19 ini berlarutan. Jadi janganlah jadikan ia beban baru kepada semua pihak kerana terpaksa duduk rumah dan tidak bekerja ini pun sudah cukup beban.
Guru.
Perlu ada kebijaksanaan dari segi pentadbiran untuk menyelaraskan agihan kerja kepada murid-murid.
Sebelum bagi kerja, guru kelas perlu survey dahulu berapa bilangan murid di setiap kelas yang ada kemudahan. Tanya dalam group. Mohon maklumbalas. Fahami juga latar belakang ibu bapa mereka.
Sekali lagi ditekankan, ini bukan soal capaian internet semata-mata tetapi analisis keseluruhan tahap kesediaan keluarga murid.
Ya, kita betul-betul berharap kepada pertolongan keluarga murid sekarang. Mereka yang menjadi nadi kelangsungan pembelajaran anak-anak.
Maksimum DUA subjek sehari untuk latihan adalah munasabah. Jangan sekali-sekali diberikan kerja mengikut jadual seperti di sekolah. Ini yang ditegur oleh Pengarah JPN Melaka.
Asasnya mudah. Sedangkan ketika murid itu mendapat bimbingan professional dari guru-guru bertauliah di kelas yang formal di sekolah pun murid itu boleh keciciran,
inikan pula mengharapkan ibu bapa murid menjadi 'pengganti' kepada bimbingan professional itu secara bersendiri untuk semua subjek dan dalam situasi berada di rumah pula.
Ia adalah mustahil atau sekurang-sekurangnya 'bapak' sukar untuk direalisasikan. Bonus jika ibu bapa mempunyai latar pendidikan yang baik. Tetapi bagi yang 'kurang'?
Itu pun kalau anak seorang. Jika 5 orang anak dengan bebanan 3 subjek berbeza setiap seorang?
Dan perlu juga diingat, tak semua keluarga ibu bapa mereka bercuti. Ada yang masih meneruskan kerja sebagai frontliners atau runners atau bidang-bidang kritikal. Ada murid di kampung bersama atuk opah.
Jadi dalam segala gelut yang ada ini, kita ambil positif kritikan ibu bapa kerana kritikan itu lahir kerana beban yang sememangnya ada.
Di sini peranan pentadbir sekolah selaku kepala sekolah yang berfungsi sepenuhnya. Jangan lepaskan beban dengan tekan anak buah atau ibu bapa, tetapi berdepanlah dengan pihak-pihak yang bertanya.
Jika perlu menjawab, bersedialah menjawab dan mempertahankan. Tak mudah, sangat sukar, tapi itulah pengorbanan besar sebagai ketua. Tuan Puan perlu jaga anak buah, bukan jaga bos.
Ibu bapa.
Tolong, tolong, tolong fahami bahawa guru adalah insan yang paling risau apabila murid tidak boleh hadir ke sekolah.
Sedangkan hari persekolahan biasa pun guru cukup tekankan soal kehadiran, inikan pula apabila murid terhalang dari ke sekolah.
Cakap-cakap seperti guru makan gaji buta, duduk diam tak buat apa, seronok berehat apa semua tu eloklah simpan dalam kepala lutut dulu. Mungkin yang berkata seperti ini otaknya ada di situ.
Kalau baca dari atas tadi boleh difahami betapa tekanan kerja yang perlu dilunaskan oleh guru ketika ini.
Tak cukup dengan itu, apabila sekolah buka nanti, siapa yang akan cover balik ulangkaji semua silibus yang tertinggal kalau bukan guru? Kerja berganda tetapi gaji sama. Kelas tambahan percuma, siang malam berusaha.
Jadi sekiranya ada guru yang tak buat apa-apa sekarang pun, anggaplah mereka ambil gaji advance untuk kerja yang pasti menggunung selepas ini.
Kerja-kerja yang guru bekalkan, semuanya bukan paksaan. Tolonglah maklumkan, PM, whatsapp guru sekiranya ada kekangan. Cikgu-cikgu pasti faham. Pasti--faham.
Jangan jari itu boleh laju saja menulis di facebook tapi untuk berterus terang secara harmoni kepada guru pun tak mampu.
Tak pastilah siapa yang baca sampai ke baris ini. Rasanya 10% pun tak sampai 😅. Kalau berjaya baca sampai sini, cuba reply "ok cikgu ensem" haha 🤣🤣. Gurau pun salah 🙄
Apa pun, semoga semua permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik dan harmoni dan doakan Covid-19 ini berlalu segera.
Doa banyak-banyak.
Cikgu,
#khairulkamilin

No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....