Tuesday 24 March 2020

Sebuah Perkongsian utk direnungi...

Betul juga apa yg doktor ni kata ...
cuba baca
👇🏼👇🏼👇🏼

Posting dpd Seorang Doktor (Dr)
👇👇

BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗
(Diharap sudilah membaca sampai habis)

Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan.

Di musim perintah berkurung ini, sy melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini.

Beringatlah tuan2..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan.

Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown.

Vaksin Covid akan dijangka setahun lagi akan dpt di cipta dan berfungsi sepenuhnya.

Kematian diseluruh dunia semakin meningkat.Jumlah pesakit baru meningkat setiap hari!

Sektor Ekonomi sedang terjejas teruk skrg ini tidak kira apa sektor.Jadi jika perkara ini berpanjangan selama setahun atau 2 tahun dan anda kehilangan pekerjaan, apakah anda mempunyai cukup simpanan untuk survive?

Sy 100% yakin kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji penuh kepada penjawat awam.Malah sy tidak terkejut jika berlaku pengurangan penjawat awam.kerajaan juga sy yakin tidak mampu memberi bantuan sara hidup kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan terpaksa pentingkan ekonomi negara kita.

Negara kita ini bukanlah negara yg kaya yang mana pendapatan per kapita tahunannya adalah tinggi seperti USA mahupun Singapura.Memang tidak mampu untuk memberi bantuan sara hidup selama setahun kepada semua rakyat.

Jadi nasihat sy bijaklah mengurus kewangan anda.Sy pun dari bulan October tahun lepas sudah mula menyimpan melebihi 50% pendapatan sy dan kurangkan membeli dan berbelanja.

Saya sangat berhati2 berbelanja dan sentiasa mencatit segala perbelanjaan.Tidak membeli barang yang bukan keperluan.

Sejak balik Malaysia, baru 2 kali sy membeli di Shoppe dan jarang sekali makan di luar walaupun teringin nak makan macam2
(al-maklumlah sudah bertahun2 tidak pulang ke Malaysia).Makan KFC baru sekali,McD belum dan lain2 fast food belum makan lg.

Bukan saya kedekut cuma makan hanya bertujuan untuk hilangkan lapar.Dah kenyang tgk KFC ke,McD ke, dah tak teringin dah.Itulah lumrah kita sbg manusia...

Jujur sy katakan saya mengubah 100% gaya hidup sy didalam berbelanja tidak sama seperti sebelum2 ini.

Sy yang berkerjaya ni pun tidak yakin akan selamat dari hilang pekerjaan.Bagaimana pula dengan yang berkerja seorang(isteri tidak berkerja) dan berniaga sendiri??

Saya tidak kisah memandu kereta myvi lama, sy tidak kisah tahun ini tiada baju melayu untuk beraya,sy tidak kisah jika tidak memberi duit raya tahun ini,sy tidak kisah tak tukar langsir,rumah perabut buruk..sy tidak kisah langsung apa orang nak kata asalkan sy ada simpanan utk digunakan ketika kegawatan ekonomi nanti.

Dikala ramai orang bersiap sedia menghadapi gelombang wabak penyakit tetapi ramai orang lupa untuk bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kegawatan ekonomi.

Rata2 pakar ekonomi dan negara2 besar dunia sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kegawatan ekonomi dunia yang dijangka paling buruk didalam sejarah dunia(tak percaya boleh Google)

Jadi apa kata di musim perintah berkurung ini, panggillah semua ahli keluarga anda duduk berbincang langkah2 yang akan diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan keluarga anda.Anda kena lakukan perancangan dan WAJIB ada perancangan kewangan.

Biasakan anak2 anda makan nasi dengan kicap shj,biasakan anak2 anda pakai pakaian lama,biasakan anak2 anda berjimat cermat..

Bersederhana sahaja mulai sekarang.

Sediakan payung sebelum hujan.Dah hujan baru nak cari payung, baju pun dah basah, badan pun dah basah.Dah banyak keje pulak nak kena jemur baju, lps tu demam,batuk, selsema.Dah susah...kan bagus siap payung awal2 kalau tahu akan hujan.

Begitulah perumpamaannya..nampak simple tapi dalam maksudnya!!

Posting saya ini bukanlah bertujuan utk menakut2kan anda semua.Hanya sekadar peringatan bersama termasuk diri sy sendiri.

Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi hanya berkongsi pendapat shj.Kalau baik ikutlah..kalau tidak jadikanlah bacaan santai2.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA POSTING SAYA INI..Sekian...

Dr.Arman Shah...

MUNGKINKAH SEBUAH PERINGATAN DARI ALLAH

Bissmillahirohmanirohim... Assalamualaikum semua sahabat2 Fb ... sebenarnya berat utk saya coretkan di muka buku ni... tp rasa sebak saya belum lg hilang...jika terbaca post saya ni maafkan saya yee sahabat2 semua ... bukan niat nk sindir sesiapa ... jauh sekali nk sakitkan hati sesiapa pun sbb semua saudara seislam saya anggap saudara saya...saya ni pun manusia hina yg x pernah lari dr setiap saat dan minit buat silap dan dosa2 di catat oleh rakib dan atid ... kisah yg saya nk ceritakan ni ... jd kan sebagai pengajaran... ilmu dan juga muhasabah diri buat kita yg bergelar manusia yg lemah lg hina x punya apa2 ni...

Kawan2 ... hari Isnin lalu.. sebelum PM umumkan (stay at Home ) saya dan suami serta anak2 balik kg atas dasar ada urusan yg amat penting... kami bertolak dr Kuantan pukul 3ptg sepanjang perjalanan di haiway ok jee... berhenti di R@R x ada masalah... nk makan nk solat... nk beli apa2 pun ok .... dan nk bertegur sapa dgn kakak2 yg berniaga makanan pun ramah shj.... itulah senario di Malaysia ... rakyatnya semua peramah
dan murah dgn senyuman... sampai di kg .... pukul 10 mlm sbb kami memang jenis suka singgah kat mana2 kedai pun utk makan... berehat atau bersantai...sampai ke kg ... kami berpeluk cium antara saurada mara dan ibu bapa sbb lama x jumpa ... tu tanda utk lepaskan rindu utk keluarga.

Esok pg... (Selasa) kami di kejutkan dgn pengumuman dr PM yg kami terpaksa stay At home pd hari (Rabu)... semua jd panik dan takut...ramai aku tgk org berebut2 pg cari stock mcm esok nk kiamat gamak nye.....jd kami ambik peluang hari tu utk pg sattel kan semua kerja dan urusan2 utk pembelian sbb esok hari (Rabu) semua kedai akan di arah tutup semuanya kecuali yg berkaitan shj terlibat.

Hari tu kami ke bandar dan kami tgk masih meriah lg pembelian di pasar siti Khadijah dan di mana2 shj ... tu memang pemandangan biasa dan normal shj bg rakyat2 di Kelantan... meriah berjual beli tanpa ada rasa bimbang di hati ,termasuklah saya tentang virus yg sebenarnya bahaya sedang menanti....mcm makcik2 org kg ...nk sebut pun x berapa nk reti,apatah lg nk faham bahayanya penyakit ini...saya sattel kan kerja2 dan tiba waktu zohor kami singgah di sebuah masjid...meriah ... memang meriah masjid2 di Kelantan jika masuk waktu... waktu ni... kami masih boleh berjemaah... masih boleh bersalam2 dlm masjid lepas solat dan masih boleh lg berkumpul utk melakukan ibadah di rumah Allah ... tp nasib kami x tahu esok nya.... sbb esok adalah permulaan hidup yg perit ... sedih ... pilu dan betul2 menguji ...
Esoknya... (Rabu)bermulalah jarak di antara kami dgn sesiapa pun... bermulalah jarak kami dgn rumah Allah... waktu subuh.. aku bukak semua tingkap ...sbb nk rasa udara embun dan nyamnya suasana subuh di kg... berkumandanglah azan dr satu masjid ke satu masjid bersahut sahutan ... hening... damai... sayu.... sedih rasanya.......apabila bilal mengalunkan azan bukan “marilah menunaikan solat tp “bersolat lah di rumah”....... Allah shj yg tahu 😓😓bila mendayu2 azan itu di alunkan...di sini barulah aku tersedar ... Allah menegur kita semua supaya solat di rumah.... “solat shj di rumah.... x boleh pergi dah ke rumahNya utk solat ...x payah dtg ke rumahNya ....Allah dah x izin utk solat... “yaaaa Allah tegur 😓😓😓... solat di rumah shj... Allah😭😭😭air mata kuu bercucuran bila mengenangkan selama hayat aku ,ini lah dlm sejarah kita kawan2 ......kita di tegur oleh Allah supaya bersolat di rumah shj .... jg dtg ke masjid ( rumah Ku)...seolah2 Allah merajuk pada kita ... Allahuuuuu.... 😭😭😭😭😭di tegah olehnya utk berpusu2 bersolat di rumahnya selama ini... Ya Allah dosa apa yg telah kami lakukan hingga Engkau murka hingga hina sungguh terasa diri sebegini sekali... x di benarkan ke rumah mu beribadah dan hanya tok imam... tok bilal dan tok siak shj di pelawa oleh Mu utk menjejakkan kaki ke rumah Mu ya Allah ( yaaa betul Ya Allah 😭.... org yg paling setia setiap hari ... di rumah mu itu 😓😓hanya hamba mu yg bertiga itu shj... yg setiap hari x jemu2 memanggil semua hambamu utk bersujud pdMu... yg setia jd imam utk mengimamkan kami yg malas dan culas ini kerana mengejar duniawi utk ke rumah mu... yg setia membersihkan kotoran2 dan daki2 dosa kami ini tanpa jemu di rumah mu... yaaa 😭😭😭hanya hamba mu 3 org yg mulia itu shj terpilih utk kee rumah Mu dan di pelawa oleh Mu ya Allah 😭😭😭😭mereka mulia dan mereka x pernah jemu pergi setiap hari 5 waktu ziarah rumah mu... Sedangkan kami ni .... sehari belum tentu sekali nk singgah ke rumah mu .... YA ALLAH AMPUN NI KAMI YA ALLAH ...😢😓ketika inilah baru aku baru sedar diri ... tersungkur dan aku baru tahu erti ... ERTI ....nikmatnya bila boleh ke rumah Mu berjemaah dan HINANYA diri ini bila di larang oleh Mu utk berjemaah di rumah Mu 😭😭😭Allah ...

Allahu kami jahat ya Allah... kami yg menganiayai diri kami sendiri.... kami sombong dan riak Ya Allah ... maafkan kami Ya Allah dan aku salah Ya Allah,kerana aku x menjadi hambaMu yg memberi nasihat KPD sahabat2 ku semua yg lain utk berbuat kebaikan pada Mu ... aku hanya penting diri sendiri dan tamak diri seorg shj utk menjaga kesempurnaan amalan ku 😓.......sedangkan aku harus mengasihi para saudara2 ku terlebih dahulu dan ajak berbuat kebaikan barulah sempurna iman ku... Allah maafkan ku😭😭😭

Petang ... ku ke rumah saudara ku.... salam di sambut tp tangan x di hulur dan tangan ku x di sambut.... 😭😭kerana engkau ( COVIK 19) makhluk Allah yg hebat Allah ciptakan .....yg telah diutuskan oleh Tuan Mu ....yg Allah amanahkan utk menjalankan tugas mu mengikut arahan dr Tuan mu .....yang sangat2 begitu di gerun dan ditakutkan hingga sudah dingin silaturahim dan sudah tawar ikatan persaudaraan di antara kami ... sungguh hebat teguran Mu ini Ya Allah ... hingga tersungkur diri ku ini dlm teguran Mu pada ku... Allah... kami hina dan jahat... maafkan kami jika kami x patuh pada arahan mu.... tidakkah  Kau memuliakan hamba2 mu yg menjalinkan silaturahim hingga di murahkan rezeki2 kami dgn silaturahim ini... hingga di panjangkan umur kerana silaturahim ini.....😓😓tp kami ni sombong... silaturahim kami terjalin,hanya di hari raya shj... yg terkeluar dr mulut kami maaf pada hari yg mulia itu shj... tp Kau x ajar kami mcm tu.... Kau ajar kami,silaturahim tu x kira bila... di mana... dgn siapa dan utk apa perlu di jalinkan silaturahim itu... dan sekarang hanya di sebabkan tentera2 kecil mu itu Engkau hantar bebas di dunia kami... maka hilang sudah nikmat silaturahim itu buat kami yg hina ini😭😭😭maaf kami yg hina ini ya Allah ... maafkan kami😭😭

Tp yg paling aku terkesima adalah tiba waktu aku nk balik Kuantan ....waktu aku nk solat ... Ya Allah seperti pengemis yg menagih dr manusia utk lakukan solat ..... bila terjadi pd diri ku.... baru aku tahu... beginilah mungkin rasanya KPD saudara2 ku seIslam di Cina dulu yg di siksa ... merayu dan menagih hingga di siksa kerana mahu lakukan solat... tp x di benarkan ...hari ini aku rasa sendiri... betapa hinanya diri kami ini ya Allah x di alu alukan oleh mu utk bersolat ...walaupun di surau  kecil mu pun kami di tutup rapat pintu ... seperti org hilang arah ...... mencari2 kami di manakah station minyak yg bukak suraunya........semua tertutup..... lg lah hina rasa diri kami ini....langsung x di pandang oleh mu kami ini... apatah lg pintu gerbang masjid Mu yg megah itu di mangga  rapat x di benarkan buat kami.... Allah😭😭Allah ..... apakah kami telah di benci oleh Mu... adakah kami ini sudah Kau tidak sudi utk dengar luahan doa dalam solat Ku utk Mu...... adakah kami ini sudah tindak layak utk sujud pada mu...... ada jg aku tekak nk berhenti di tepi jalanan mu utk bersujud pada Mu.... tapi Ku takut di pandang riak kerana solat terbuka seperti menunjuk pada semua makhluk mu...😭😭😭😭nasib baik ada rumah saudara kami Cikgu Fauzan utk menumpang solat pada Mu ....terima kasih anak saudara kami... jasamu hanya Allah shj mampu membalasnya nanti 😭😭😭kerana masih sudi menerima dan mempelawa kami untuk bersujud pd Mu lg .

Ku terfikir..... ku merenung 😌😓

Dosa apakah yg kami telah lakukan hingga kota suci Mu kami x dpt jejak... hingga kaabah Mu kami x dpt tawaf hingga Muhantarkan makhluk2 Mu burung2 utk mengantikan kami ini tawaf di Kaabah Mu Ya Allah 😭😭😭...
Adakah kerana kami satu Malaysia ini tidak ambik peduli pada seorg hamba Mu yg berani bertawaf dlm pakaian perempuan.... yg berani sentuh kaabah Mu dr tangan kotor nya...sedangkan kami tahu dan kami pasti manusia itu adalah manusia yg berpura2 😭😭😭Allah maafkan kami yg membutakan mata kami yg celik ini dan memekak kan telinga kami yg dengar ini dan membisukan mulut kami yg boleh berckp ini😭😭Allah.... maafkan kami 😭😭

Dosa apakah yg kami telah lakukan hingga sepanjang hidup kami x pernah Engkau murka hingga tidak membenarkan para lelaki2 Islam,satu Malaysia utk berjemaah solat Jumaat pada hari penghulu segala hari di masjid2 mu 😭😭😭😭😭

Dosa apakah yang kami telah lakukan hingga di R@R pun telekung solat tiada termasuk sejadahnya sekali.

Dosa apakah yang kami lakukan hingga nak makan di R@R pun kami x di benarkan makan di bawah pokok hanya dlm kereta kami.

Dosa apakah yang kami lakukan hingga pintu rumah Mu pun tertutup rapat hingga kami ini rasa keji

Dosa apakah kami lakukan hingga kami takut utk alu alukan tetamu kami.

Dosa apakah yg kami lakukan hingga hari Jumaat penghulu hari jadi sepi di tutup rumah Mu buat bapa... suami... anak lelaki dan semua kaum lelaki di Malaysia ini😭😭

Dosa apakah yang kami telah lakukan ya Allah 😭😭
🤲🏻🤲🏻🤲🏻🤲🏻ampunilah dosa2 ku ini
Dan dosa seluruh saudara seislam ku di dunia ini Ya Alllah ....amen amen

Tunjukkan lah kami jln utk kami kembali kepada Mu ya Rahman Ya Rahim 😭😭😭

Wahai semua sahabat2.... Allah bg kita berehat di rumah bukan berehat... sebenarnya itulah DENDA.....denda Dr Nya utk kita supaya di rumah kita muhasabah diri ,menilai diri ,dosa2 apakah kita telah lakukan hingga Murkanya Allah pd kita sehebat mcm ni.

Bukan berehat sambil tgk TV ,ASTRO bg channel best2 pd kita sambil makan super ring.

Bukan santai sambil berpuluh2 menu kita buat utk isi perut kita dan famly yg x pernah kenyang dr makanan yg telah melemahkan tubuh badan kita utk bangun beribadat pada Nya nanti.

Bangkitlah kawan2 ... bangun lah bertahajjud dan bersolat taubat....

Lihatlah dgn mata hati wahai semua sahabat bukan dgn mata terang kita ini... teguran apakah ini dr Nyaaa.... murka apakah ini Dr nyaaa.... Allah takut Nya kami 😭😭😭😭

Jg tinggal solat  5 waktu dan solat2 sunat... solatlah pada awal waktu😓😓

Mengajikan selagi termampu kerana kita telah sampai ke penghujung akhir zaman kini 😭😭😭😭😭😭

Pesanan ini sebenarnya betul2 pesanan buat diri saya ... suami dan anak2 utk muhasah diri.... pada kawan2 yg baca dan share saya mohon pd Allah moga kita di anugerahkan taufik dan hidayah utk menuju ke perkampungan akhirat dlm husnol khotimah dan selamat dunia hingga akhirat 😢😢🤲🏻amen amen

Salam maghrib semua 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

*KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?*

*KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?*

Seorang ulama' besar di Tarim, *SYEIKH ABU BAKAR AL ADNI* antara ulama' tua di Yaman ketika ini. Beliau ada menulis sebuah buku tentang *peristiwa akhir zaman* yang ditulis lebih sepuluh tahun lepas. Dalam buku tersebut tertulis tentang peristiwa sebelum kedatangan al masih ad dajjal. Antaranya beliau menulis, sebelum datangnya dajjal akan ada satu wabak yang membunuh ramai manusia. Wabak ini akan bermula dari sebelah timur dan merebak ke barat dan tersebar rata keseluruhan bumi. Dengan jelas belum menulis, wabak ini disebabkan oleh *corona* dan dimulai dengan demam dan akhirnya dengan kematian.

*ADAKAH INI SATU KONSPIRASI?*
Kekuatan orang islam adalah melalui *jemaah dan doa*. *Masjid* adalah satu tempat yang dijamin Allah. Disinilah Allah menurunkan RahmatNya. Disini juga tempat mustajab doa. Dari sini datangnya zikir2, tasbih, tahmid dan segala pujian dari hamba kepada Penciptanya silih berganti tanpa henti dan dari sinilah mengalirnya barokah2 keseluruhan alam.
Dajjal tidak akan turun selagi masih banyak kebaikan di muka bumi ini. Dajjal turun adalah untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan. Maka sebab itu sebelum turunya dajjal, tentera2nya dajjal akan mempersiapkan segala keadaan adalah selari dengan kehendak tuannya, *Dajjal*. Manusia dalam kebingungan, antara iman dan nafsu. Antara iman dan perut. Mereka tidak boleh membezakan antara hak dan batil. Antara benar dan fitnah.

*KENAPA MASJID?*
Kerana dari sinilah datangnya kekuatan islam. Kekuatannya datang dari jamaahnya. Dari jamaah masjidlah datangnya kasih sayang sesama insan. Dari masjidlah hilangnya pangkat dan rupa.
Inilah sumber kekuatan.
Inilah yang perlu dimusnahkan dulu.
Umat islam mula kebingungan....begitu mudah mengambil tindakan yang memusahkan kekuatan bentengnya sendiri. *Tanpa disedari*. Mereka gagal membezakan  tipudaya dan muslihat musuh. Mereka lupa akan janji Allah. Mereka lupa janji Rasulullah.

*KENAPA JAMAAH TABLIGH?*
Sedar atau tidak,
Mahu ataupun tidak, kita mesti mengakui bahawa *yang menghidupkan masjid*, *dan yang mengimarahkan masjid 24jam tanpa henti seluruh muka bumi ini adalah JAMAAH TABLIGH*. Walaupun tanpa organisasi tapi perjalanan mereka tersusun serta terancang meliputi setiap zon seluruh dunia *tanpa gagal*. Silih berganti dari satu tempat ke satu tempat. *Tiada satu zon yang kosong di serata dunia tanpa kehadiran mereka*. Mereka lah yang menarik rahmat Allah. Mereka lah juga yang memanggil barokah. Dan kita yang mendapat tempiasnya.
*KINI*......mereka difitnah. Dirosakkan reputasinya. Dipersalahkan kehadiranya.
*AKIBATNYA*.....Keberadaannya ditakuti. TERSISIH dan akhirnya terpecah dan musnah.

*KENAPA CHINA?*
Kami pernah diberitahu oleh guru kami kira2 lima tahun lepas. Beliau mengatakan suatu masa nanti menjelang akhir zaman semua negara2 islam akan duduk berpayung dibawah negara china. Ini adalah kerana negara china kelihatan seolah2 membela mereka. Memberi apa yang mereka perlukan. Melindungi dari ancaman negara barat. Memberi peluang ekonomi. Ini menyebabkan negara china ni menjadi gagah dan berkuasa. Tapi akhirnya negara2 islam ini akan berperang dengan china. Sebabnya, ......guru kami tidak memberitahu. Hanya setakat itu je.


Dari peristiwa covid-19 ini kita boleh lihat dan menjangka bagaimana datangnya dajjal. Bagaimana dajjal mengatur tipudaya dan muslihat nya tanpa kita sedari hingga kita semua mengikutinya tanpa sebarang bantahan. Kita mengikut kerana arahan orang yang kita percayai dan kita tidak membantah kerana kita nampak seperti betul. *Mereka datang dengan janji neraka di tangan kanan dan janji syurga di tangan kiri.* Kita terkeliru untuk membuat pertimbangan.
Beruntunglah mereka yang pada waktu itu ada guru. Guru yang mursyid. Yang boleh dipaut pertolongannya. Guru inilah yang insya Allah boleh nampak antara hak dan batil dan betul dalam membuat pilihan dan tindakan.
*Terbukti ketika ini, walau dalam suasana darurat, terkurung dan terbatas, dengan bimbingan guru2 mursyid kami yang tak beberapa orang ni, kami masih boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa melanggari arahan pemerintah.*
Mereka (guru2) nampak dan tahu apa2 yang orang lain tidak nampak dan tidak tahu.
CARILAH GURU MURSYID (guru yang sebenar guru, yang memperkenalkan kita kepada Allah dan Rasul Nya serta ahli2Nya)  MULAI SAAT INI UNTUK KITA PEGANG DAN  PAUT.

*SEGALANYA BUKAN KEBETULAN. MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. HANYA ALLAH YANG SEBAIK2 PERANCANG*
Semuga Allah sentiasa membuka matahati kita untuk mengambil pengajaran dan peringatan atas segala yang terjadi. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA INI TIDAK SIA2. MAHA SUCI ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DARI API NERAKA.

Copy n paste

SUDAHKAN KITA BERSEDIA?

Assalamualaikum......Sahabat seimanku

Sebarkan lah. Dengan Niat kerana Allah...
Semoga ia menjadi pahala Sedekah...
Buat  kita...

🍃🌹
*BERSIAP-SEDIA UNTUK PERISTIWA YANG LEBIH BESAR. ADAKAH KITA SUDAH BERSEDIA?*

Sekarang ramai yang khuatir tentang situasi yang melanda. Tapi sebenarnya ia adalah satu peringatan untuk kita menghadapi hari yang lebih sukar.

Suatu hari nanti ketika makanan sudah semakin kurang maka yang perlu kita simpan adalah buah kurma. Ia adalah makanan yang tahan lama dan mempunyai zat yang tinggi untuk keperluan tubuh badan.

Dalam keadaan sekarang orang yang paling lega adalah orang yang paling tiada hutang atau yang paling kecil hutangnya. Tidak perlu fikir untuk bayar hutang, yang ada hanya hidup untuk survive.

Jika keadaan telah kembali pulih, jangan kita leka.. terus buat persiapan untuk menghadapi hari-hari yang lebih berat..

👉 Apa itu hari yang lebih berat?

Hari di mana kemunculan Imam Mahdi, setiap lelaki akil baligh di wajibkan berperang, kerana ketika itu akan berlakunya perang dunia yang sangat besar. Berdosa besarlah kepada mereka yang tidak Ikut berperang sedangkan mereka dalam keadaan yang mampu.

Dan ujian yang paling besar adalah ketika keluarnya Dajjal. Dajjal yang mengawal hujan dan makanan (Dengan izin Allah), sehingga orang-orang beriman bertahan tanpa makan. Bertahan hanya dengan zikrullah..

Apa yang dinyatakan dalam hadis tentang peristiwa akhir zaman telah banyak yang dizahirkan, termasuklah tentang penularan wabak dan kematian mengejut.

👉 Perasan tak?

Selama ini kita hanya lihat di TV tentang nasib malang yang menerima negara lain seperti peperangan, kehilangan sumber makanan dan kehilangan tempat tinggal..

Dan kini giliran negara kita pula diuji (Dengan penularan wabak yang tak pernah berlaku sebelum ini). Ia bermaksud, sebagaimana ujian yang menimpa negara lain, sebenarnya negara kita juga tak terkecuali.

Tak terbayang bagaimana jika Allah menguji kita seperti syria dan palestin. Tiada makanan, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, wang ringgit juga tak bernilai lagi.. yang kita inginkan hanya keselamatan.
.

👉 Suatu perkara yang tak pernah berlaku, biasanya kita rasa mustahil untuk berlaku, betul?

Suatu perkara yang kita rasa seolah-olah mustahil, kini telah berlaku ke dalam negara kita. Begitu juga, ada banyak lagi perkara yang kita rasa mustahil yang Allah akan datangkan satu per satu di hadapan mata kita.

Janganlah kita jadi orang yang tergamam, tetapi jadilah orang yang sentiasa bersedia.

Jangan kita terus leka dan terbuai. Jangan mengingati Allah hanya ketika waktu sukar, tetapi apa yang Allah kehendaki adalah kita sentiasa taat dan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
.

👉 Adakah keadaan akan pulih?

InsyaAllah keadaan akan pulih, percayalah. Namun bersiap sedialah untuk hari-hari mendatang yang akan jauh lebih sukar lagi.

Allah dahulukan dengan sedikit ujian agar kita sedar dan tidak leka. Manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat, bermuhasabah, perbaiki diri dan amalan.

Bersiap sedialah dari segi iman, amal, fizikal dan mental. Kurangkan hutang sebanyak mungkin agar kita lebih bersedia untuk menghadapi gelombang ujian yang seterusnya.

Semoga Allah sentiasa membantu kita menjadi hamba yang hampir kepadaNya.

👉 Adakah anda berjaya baca sehingga habis? Mohon sebarkan, kasihan saudara-saudara kita yang masih leka..

Semoga yg sebarkan mendapat  pahala Sedekah, keturunannya soleh dan soleh a, rezekinya melimpah, hidup dlm redha Allah dan akhir dgn Husnul khotimah..

Amin
🌸🍃🌸🍃

KRONOLOGI COVID-19 DI MALAYSIA

KRONOLOGI COVID-19 DI MALAYSIA

3 PELANCONG CHINA PEMBAWA VIRUS COVID19 PERTAMA KE MALAYSIA! SEBAHAGIAN KES DI MALAYSIA SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA PELANCONG CHINA YANG DIBENARKAN MELAWAT MALAYSIA!

Ketika kecoh isu virus covid19 atau sebelumnya dikenali sebagai koronavirus, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu mengambil sikap mudah dan tidak serius.

Malah suara dan pandangan rakyat agar kerajaan menyekat kedatangan pelancong China di Malaysia dipandang enteng oleh kerajaan. Malah kerajaan memarahi rakyat agar tidak mendiskriminasi pelancong China yang datang ke Malaysia. Semuanya dikatakan adalah faktor penyumbang ekonomi kepada Negara.

Hasilnya, ribuan pelancong dan rakyat China yang lari dari virus tersebut di Negara mereka sendiri, sebenarnya telah membawa malapetaka kepada seluruh dunia.

Malah sebahagian kes covid19 yang berlaku di Malaysia semuanya adalah berpunca dari pelancong China ke Malaysia. Mereka telah menyebarkan virus ini secara mendadak dan hasilnya ada rakyat Malaysia sendiri yang menjadi korban virus tersebut.

Berikut merupakan antara kronologi covid19 yang melibatkan pelancong China yang datang ke Malaysia;

25 Januari -Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

27 Januari- Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta. Tetapi warga Negara China dari daerah lain masih dibenarkan melancong ke Malaysia walaupun ketika itu kes di China telah meningkat mendadak.

29 Januari-Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China. Ini merupakan antara tindakan kurang bijak sebenarnya.

4 Februari- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari. Mereka ini menjalani ‘self-quarantine’ di rumah masing-masing. Dikatakan ada diantara mereka yang ingkar dengan keluar berjumpa saudara mara dan rakan-rakan serta bergerak aktif.

4 Februari- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

6 Februari- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

14 Februari- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

Dan akhirnya pada 16 Mac 2020 setelah menyedari wabak ini semakin menular dengan serius di seluruh pelusuk Negara dan boleh menjadikan Malaysia ‘Negara Zombie’ jika tidak dikawal, maka Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Ternyata kebodohan kerajaan PH selama ini yang kurang cekap dan bertindak tidak rasional telah mengakibatkan malapetaka kepada Negara. Dahulunya kemasukan pelancong China dikatakan demi merancakkan ekonomi Negara tapi tanpa sedar kini ekonomi negara lumpuh akibat penularan wabak ini.

Dan paling menyedihkan, akibat tindakan bodoh pimpinan kita, nyawa rakyat telah melayang. Adakah bernilai semua ini?

Dan menjadi tanda tanya, adakah semua bekas pimpinan PH yang pernah menerajui kerajaan sebelum ini kesal dan sedih dengan tindakan bodoh mereka selama ini yang telah mengakibatkan bencana ini menjadi semakin serius dan membimbangkan? Atau mereka langsung tidak berasa bersalah dan terus bermain politik?

Bersedialah....

Pernah x terdetik dlm hati kita..
Seolah2 covid19 adalah asbab Allah nk jemput mereka2 yg buat dakwah..
Mereka yg dikalangan dh berusia...
30an ke atas...

Akhir zaman...
Byk alim ulama...
Org yg berilmu Allah dah ambil..
Tidak risau kah kita 😢?
Sejauh mana ilmu akhirat di dada kita? 😔

Pd yg meninggal kerana covid19..
Nmpk seperti mati berseorangan..
Tidak dimandikan..
Tidak ada kucupan dr yg tersayang.
Tidak dpt dihantar oleh sanak saudara dr dekat
Cepat pengebumian ya..

Tp pernah kita kita terpikir..
Mungkin mereka lbh mulia dr kita..
Tidak dimandikan..
Itu tandanya tiada siapa dapat mlihat auratnya

Tidak dihantar oleh sanak saudara.
Itu tandanya tak perlu wanita bersesak kekubur
Malahan adakala wanita ke perkuburan aurat pun nampak... Allah 😔

Tidak perlu dilambatkan masuk ke perkuburan..
Kerana yg meninggal tidak perlu dengar sembang2 dr tetamu yg hadir melihat jenazah.
Malahan disegerakan ke perkuburan..
Itu petanda yg sgt baik buat simati..

Bila simati meninggal kerana covid19...
Bayangkan 1dunia tahu..
Malahan dapat doa dr seluruh dunia
Masing2 mendoakan untuk yg pergi...
Dalam kubur..
Hanya doalah yg diharapkan..

Jd buat sahabat2ku..
Usah pandang hina pd mereka yg buat dakwah
Usah memandang hina pd mereka yg pergi kerana covid19..
Kerana kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana...

Jagalah tutur kata...
Usah memaki sesuka hati..
Ckp lah yg Baik2..
Ajaklah dgn baik..
Nasihat dgn baik..
Moga dosa kita tidak bertambah2 .. 😔

(Perkongsian wassap status dari seorang nurse yang menjaga wad mangsa Covid19)

SOP: BELI BRG SEMASA PKP

*🌟S.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN (Musim Covid19)🌟*

*📌Sebelum Keluar*
- Lantik 1 orang wakil tetap sahaja
- Senaraikan barang² yang hendak dibeli
- Pakai mask
- Keluar sekitar jam 10pagi-3ptg (waktu matahari dah naik)
- Bawak 1 plastik untk isi duit baki (jangan letak duit baki dalam poket/beg duit)

*📌Semasa Di Luar*
- Keluar tidak lebih 40minit
- Jaga jarak dengan orang lain (1 meter)
- Bersuara pada benda yang perlu sahaja
- Lihat barang dengan betul, dan ambil (Elakkan ambil, letak semula)
- Hulur plastik untuk pekerja kedai masukkan duit baki

*📌Balik Ke Rumah*
- Jemur barang yang tidak boleh dibasuh
- Jemur kunci kenderaan (termasuk motor)
- Basuh tangan (dengan sabun)
- Basuh barang yang boleh dibasuh termasuk duit (dengan sabun) dan keringkan
- Kumpul plastik² dan buang
- Cabut mask dan gantung/buang

*📌Fasa Akhir*
- Basuh kaki sebelum masuk rumah (dengan sabun)
- Mandi dan bersihkan seluruh bandan (Dengan sabun dan shampoo)
- Keringkan badan
- Minum segelas air suam panas
----------------------------------------------
🔊🔊Tambahan: Pakai tisu atau sarung tangan ketika isi minyak
----------------------------------------------
Disediakan Oleh:
Rathkom lazirhahs Nawi

Monday 23 March 2020

NUKILAN COVID-19

*RENONGAN HARI INI* KHAS UNTUK SEMUA
---------------------------------------
👩🏻‍⚕️Nukilan COVID-19👩🏻‍⚕️

*Jika hari ini kita disaring dan esok didapati positif C-19,*

Maka percayalah...tanpa sedar hari ini merupakan *hari terakhir* kita bersama anak isteri dan hari terakhir bersama keluarga,

*Ketika dikuarantin diwad* tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat, 2 minggu kesunyian di hospital bertemankan nurse dan doktor, hari berganti berlalu, hanya mampu merasa makanan hospital, hanya mampu menatap wajah doktor, nurse dan makcik cleaner, tanpa jemu nurse membuat saringan kesihatan diri kita, tanpa boleh dilawati oleh ahli keluarga,

*Rindu pasti meruntun jiwa* terbayang wajah orang yang disayangi,

*Selepas itu kesihatan makin merosot*, kita dimasukkan ke ICU dengan bantuan pernafasan, maka percayalah, *tiada seorang pun ahli keluarga boleh melawat*

Hari berganti kesihatan terus merosot, hanya mampu terbayang wajah ibu ayah anak dan isteri, maka percayalah kini sudah 3 minggu kita tidak menatap wajah anak isteri ibu mahupun ayah,

*Nazak menjelma*, maka percayalah tiada seorang pun ahli keluarga boleh bersama kita, membisikkan syahadah dan zikrullah, hanya kelihatan doktor dan nurse sedaya upaya memberi bantuan terakhir,

*Ditakdirkan Allah lebih menyayangi dan kita pergi meninggalkan keluarga*, percayalah masih tiada seorang pun ahli keluarga boleh memandikan jenazah kita, hanya ditayammum oleh pihak hospital dan dibalut plastik tebal, dan ditanah perkuburan, percayalah masih lagi tiada seorang pun ahli keluarga boleh mengangkat jenazah dan mengebumikan kita,

*Semuanya diurus pihak hospital dengan prosedur ketat* perginya terlalu pantas dan tidak di sangka, ketika mana takdir telah menentukan, ahli keluarga hanya mampu berdoa dari jauh...dan pada ketika ini

*BERSAMALAH KELUARGA KETIKA INI, DUDUKLAH DI RUMAH... PLEASE STAY AT HOME...*

Salam Usrak Mikraj 27 Rejab

*Salam Malam Israk Mikraj 27 Rejab*

*🌸Puasa Rejab🌸*
*(22 Mac 2020/ 27 Rejab 1441H)*

*Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj..*

*Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”*

*#PrayForHope*
*#kelebihan3bulanmulia*
*#Rejabsyaabaramadhan*
*#Allahuakhbar*


Ramai terleka dengan cerita COVID-19. Rata² dalam FB, WhatsApp dll media sosial serta media elektronik tak banyak nak mengingatkan kita tentang malam ini.

Ya malam ini, *lepas Maghrib* ialah malam *Israk Mikraj*. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita Muhammad ﷺ terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.

Kisah luar biasa "dalam satu malam" ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad ﷺ yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad ﷺ sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad ﷺ.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Assalamualaikum wrm.wbr.
Salam Israk Mikraj 1441H.
Sila.duduk Di Rumah. Perangi Wabak Covid - 19.

Malam ini malam 27 Rejab, Jom berrdoalah kita sebanyaknya... malam ini.. 🤗🤗🤗

ESOK (AHAD), hari Israk dan Mikraj. Jom esok kita puasa sunat dan bersedekah  =)

Puasa pada 27 bulan Rejab sama seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat =)

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.

4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ﷺ.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sumber : Syafiqqolbu &


 

Saturday 21 March 2020

APAKAH HAKIKAT SEBENARNYA?

[18/03, 17:01] +60 13-653 1363: COVID-19: HAKIKAT SEBENAR IALAH JEMAAH TABLIGH SGT KOMITED NAK BUAT SARINGAN SEBAB IA ADALAH SIFAT KETAATAN & TUNTUTAN AGAMA. TAPI...

Kat TV, media, sosial media kecoh statemen: Tabligh dijejaki, tabligh dirayu buat saringan, jangan lari, dgn rendah diri dirayu buat saringan, jangan pentingkan diri bla-bla-bla.

Ada percanggahan antara arahan atasan KKM dgn pelaksanaan di bawah.

Sebenarnya jemaah paling komited nak buat saringan. Pagi2 lagi kami dah terpacak depan hospital kerajaan, waktu tu, hospital pun belom bersedia buka kaunter utk COVID-19. Hospital, doktor, belum bersedia tapi kami dah bersedia. Saya dtg hospital pagi2, kat klinik pesakit luar, staff hospital situ kata Encikkk sila pergi bhgn Kecemasan ye.... bila kami pergi tempat kecemasan, staff situ pula kata, sila daftar di depan dulu ye, bila pergi di depan kaunter, staff kaunter kata, sila pergi ke klinik pesakit luar. Kami kata: Maaflah...tadi kami dah pergi sana tapi diorang suruh pergi sini, sekarang suruh kami pergi sana balik ke?

Bila pergi semula ke kaunter klinik pesakit luar, staff kata sila pergi ke satu kaunter kat hujung. Macam bola ditolak ke sana sini. tapi kami tak komplen sebab komited nak tunai tanggungjawab dan tunjukkan akhlak baik. bahkan kita pujilah tugas doktor waktu buat pemeriksaan.

Ramai juga kawan2 yg pergi hospital lain juga nampak layanan tak komited. Tapi ahli jemaah tetap komited nak buat saringan!

Sedih pula bila ada agamawan kata jemaah guna alasan tak mahu check up seperti di bawah:

"Ada yang memberikan alasan penyakit dari ALLAH, kita perlu redha. Ada pula yang berkata 'masjid tempat baik, tiada jangkitan akan berlaku '. Ada pula berkata 'jangan takut virus tapi takut ALLAH'. Ada pula berkata 'kalau mati syahid' dan pelbagai lagi falsafah yang disalahgunakan." (Dr.Maza)

Ini adalah ulasan yg tak tepat, tak betul dlm konteks. Sebabnya alasan itu adalah alasan guna falsafah ilmu hakikat/makrifat tanpa ambil kira syariat. Sedangkan ahli jemaah memang faham benar bahawa hakikat/makrifat tu perlu seimbang dgn syariat. Ini sgt ditekankan dlm jemaah sejak zaman berzaman kerana manhaj dakwah tabligh adalah ahli sunnah wal jamaah di seluruh dunia.

Yang kedua, jemaah tabligh komited nak buat saringan sebab sikap ahli jemaah ialah sgt taat kpd ahli syura jemaah, taat kpd undang2 negara, amir (pemimpin2) negara.

Sejak day 01 lagi, syura sudah suruh taat kpd arahan KKM. Maka  memang sejak awal lagi ahli jemaah nak buat saringan. Setakat yg saya tahu takde jemaah yg tak mahu buat saringan disebabkan alasan yg Maza cakap tu. Walaupun ada yg alami pengalaman tak begitu efisyen oleh pihak lain, tetap mahu buat saringan.

Jadi jangan lah pandang serong dan negatif kpd jemaah, apatah lagi sebarkan benda tak tepat. Kita tak boleh salahkan KKM kerana perkara ini (COVID) sesuatu yg di luar kebiasaan. Tapi apa yg perlu ditekankan di sini ialah : Jemaah sentiasa TAAT dgn arahan KKM utk lakukan saringan. Dan jangan lah MENYALAHKAN jemaah.

Cuba baca di bawah:

Posting dari Mohd Fadzli Znz

Korg baca.......

KISAH PEMERIKSAAN #COVID19 YANG JEMAAH LALUI.
HARAP #KKM MB , Mufti & Menteri Agama , Netizen baca smpai habis...

Apabila mndapat berita pd petang 11 Mac 2020, seorg warga Brunei sangkut COVID-19 slepas pulang dari Masjid Sri Petaling (MSP)

Mlm tu jgk ramai brgegas ke Hospital Putrajaya & Hospital berhampiran.

Hospital Putrajaya arah ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya sb situ blh buat saringan. Di situ ay jumpa, ada yg dtg dari Seremban nak cek.

Sampai di klinik P9 Putrajaya. Ada sorg pegawai kesihatan kat luar klinik.

Kami x dibenarkan masuk dlm. Cuma buat saringan di luar. Wbgaimanapun dia bgtau di situ tiada alat utk cek.

Cuma buat saringan. Saringan ialah tanya "ada batuk, selsema atau sesak nafas x"? Klw x de x pe. Tu je.

Dia punya sombong perghhh, x blh ajak bincang.

Sedaya upaya kami nak tanya ttg perkara ni. X kan mcm tu je saringan?

X de ke blh cek suhu ke apa.

Tp setiap kali nak cakap, dia akan potong cakap dgn sombongnya.

Last² dia suruh ke masjid Sri Petaling esok pagi (12 Mac) krn di sana ada kelengkapan utk buat pmeriksaan Covid19.

Dia bgtau dari pukul 9 - 11 pg. Seawal pukul 8 kami dah ke sana.

Tunggu punya tunggu, dlm pukul 11, van² kesihatan mulai memasuki perkarangan madrasah belakang masjid Sri Petaling (MSP).

(Kami dah start beratur masa van masuk).

Lps mereka buat spring cleaning & salam Wuhan sesama mrk.  Lama jgk la tunggu dorg cuci, pakai baju bla³.

Setelah bbrapa lama beratur. Sorg pegawai kesihatan wanita bgtau, mrk hanya jlnkan pemeriksaan kpd pelajar madrasah shj.

Lain² blh balik. Jika ada simtom, sila ke klinik kesihatan berhampiran

Org dtg dari merata² tau, sb "5000 jemaah tabligh di jejaki" di suruh dtg ke MSP.

Tiba², tgh² berator, panas plk tu, soh balik mcm tu je. Tp bahasa dia baik. Cuma panas la jgk. Ttiba soh balik.

Klw bkn jemaah tabligh, mau kena maki pegawai tu

Kami bgtau, "klinik kesihatan berhampiran" yg suruh dtg sini.

Dia bgtau kit utk cek x cukup, klw kami tunggu pun tetap x blh cek, dia suruh balik self quarantine atau ke mana² klinik brhampiran.

Dia cuma suruh self quarantine. Itu je. X yah cek apa.

Tp sbhg x puas hati pegi jgk cari klinik yg sudi cek.

Alhamdulillah sy dpt buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Dengkil.

Ada yg bgtau kwn² mrk, " kita x yah cek, doktor soh self quarantine je".

Jd ramailah X jd pi cek.

Menteri Agama dgn MB Kelantan soh cek, klw doktor soh balik mcmana?

Yg ada simtom shj, spt batuk brpanjangan, selsema, sesak nafas je diminta ke PKD

Skrg Menteri agama bgtau jemaah bg kerjasama. Nak kerjasama mcmana tu?

 #KKM kena bgtau. Kerjasama mcmana nak

Pastu org kata, tak nak serah diri. Nak serah kat mana?

Skrg ni, #KKM kena :-

1. Ckp betul², semua ke atau yg ada simtom sj kena cek.

2. Klw kena cek, kat mana nak cek? Bila? Pukul brp

3. Kena bgtau doktor di situ arahan cek. Bg dia peralatan. Jd dia x pening bila org dtg nak cek. Ini soh cek, doktor kata x payah cek klw x de simtom. Klw ada, dia plk x de alat nak cek.

Maklumat kena jelas tepat dan padat. Kita pun nak cek. Cuma bgla maklumat jelas. Naya org mai jauh² ke MSP, ttiba soh balik mcm tu ja.
[18/03, 17:36] +60 12-314 3827: COVID-19 DAN TABLIGH : MENJAWAB BEBERAPA PERSOALAN

Tanpa diduga, nama Masjid Sri Petaling dan Ijtima Tabligh menjadi terkenal di seluruh Malaysia. Ada segelintir yang menyalahkan pihak Sri Petaling (SP) dan Jemaah Tabligh apabila muncul 40 kes Covid-19, didapati dari mereka yang mempunyai sejarah menghadiri Ijtima tersebut.

DAH TAHU ADA WABAK, KENAPA ADAKAN HIMPUNAN MELEBIHI 10k ORANG

Sebelum ini, memang setiap tahun di Malaysia jemaah tabligh memang ada membuat himpunan yang melibatkan kehadiran beribu malah berpuluh ribu orang. Tidak ada isu pun sebelum ini. Malah setiap kali Ijtima', pihak penganjur  akan mendapat kerjasama yang baik dari penduduk tempatan, polis, bomba dan sebagainya. Malah ramai pemimpin negara termasuk sultan sendiri pernah menghadiri Ijtima Jemaah Tabligh. Pernah dahulu di Masjid Daerah Sri Iskandar, Perak, diadakan Ijtima tabligh dan dihadiri sendiri oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, Menteri Besar Perak masa itu Dato Zamry dan Mufti Perak Dato Harusani. Jelasnya, Ijtima Tabligh dengan kehadiran berpuluh ribu dan jemaah tabligh ini perkara yang biasa.

Kenapa tak dibatalkan dah tahu ada isu Covid-9?
Ijtima diadakan pada 28/2 hingga 2/3 2020. Masa itu, isu Convid-19 belum masuk ke gelombang kedua. Keadaan masih terkawal. WHO juga belum istiharkan pandemik. Kerana itu, dalam masa yang sama di Johor ada perlawanan Bolasepak Piala Sumbangsih Johor vs Kedah, difahamkan kehadiran lebih 20k penonton. Kenapa perlawanan ini tidak dibatalkan? Kerana kes covid-19 masih berlum merebak sepenuhnya.
Dalam tarikh yang sama juga, di Sheraton Hotel ada pemimpin² negara sedang berkumpul dinamakan 'Langkah Sherathon'. Walau kehadiran tidak mencecah ribuan, tetapi difahamkan hingga ratusan dan melibatkan pemimpin² negara. Mengapa mereka berani berkumpul? Kejadian ini berlaku semuanya sama dengan tarikh berlangsungnya Ijtima. Kenapa mereka berani berkumpul, kerana kes covid-19 belum betul² meletup tanpa kawalan.

Semasa Ijtima ini juga, bilik perubatan dan para doktor disediakan dan ditempatkan di bilik khas, sekiranya ada yang sakit boleh mendapat rawatan. Sememamgnya langkah keselamatan dan kesihatan diambil berat dalam mana² Ijtima' tabligh.

Bila dah ada kes, apa tindakan SP dan Jemaah Tabligh?
Kes mula meletup pada petang rabu 11/03/2020 apabila satu kes +ve Covid-19 dapat dikesan di Brunei. Ini merupakan kes pertama di Brunei. Apabila dilihat sejarah perjalanan, pesakit pernah menghadiri Ijtima' di Sri Petaling. Malam itu juga, telah mula meletup dalam semua group² Whatsapp dan masuk berita. Keesokan harinya, tersebar beberapa kes di Sabah dan Pahang pula. Mereka juga didapati hadir Ijtima Sri Petaling. Singapura pula buat pengumuman, beberapa kes di Singapura melibatkan kehadiran di SP.

Adakah pihak SP dan Syura Jemaah Tabligh berdiam diri dan hanya berserah pada qada' dan qadar sahaja?
Ada yang mengatakan jemaah tabligh tak bertindak pantas. Anda pasti?
Untuk menjawab persoalan ini, tuan-tuan kena tahu bagaimana sistem informasi dan arahan yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh ini.

Di Malaysia, Masjid Sri Petaling merupakan markas utama. Di sini, ada beberapa orang Syura Malaysia yang akan membuat keputusan. Bawah markas utama SP ini, ada markas² negeri. Ada 24 markas negeri semunya (beberapa negeri yg besar mempunyai 2 atau 3 markas). Markas² negeri ini dipanggil tempat Sabguzari, juga mempunyai Orang Tanggungjawab atau Syura Negeri. Contoh seperti di Perak, markas Ipoh untuk kawasan Perak Selatan dan markas Taiping untuk kawasan Perak Utara.
Di bawah markas negeri (tempat sabguzari) pula, ada beberapa halqah (kampung, taman dan sebagainya). Contoh bagi markas Ipoh ada 44 buah halqah. Di dalam halqah itu pula ada antara 15-25 buah masjid. Dan semua 'orang tabligh' usaha hidupkan amal masjid² tersebut untuk dibangunkan menjadi seperti Masjid Nabawi di zaman nabi.

Baik, kita sambung isu Covid-19 tadi. Apabila Masjid Sri Petaling dan Ijtima tersebut dikatakan sebagai kluster penyebaran Covid-19, pihak Syura Malaysia di Sri Petaling telah mengarahkan semua markas² negeri (24 markas ini) untuk dapatkan maklumat kehadiran ke Ijtima dan berapa orang yang telah membuat Ujian Saringan Convid-19. Arahan ini, turun ke markas, dari markas turun ke halqah, dari halqah turun ke masjid-masjid. Memang pantas. Dalam masa beberapa jam sahaja, maklumat tersebar.
 Kerana itu, pada Khamis dan Jumaat (12 dan 13 mac) kita lihat diseluruh Malaysia gang² berjanggut ini hadir untuk disaring. Saya sendiri pada pagi Khamis (12/3/2020) hadir utk disaring. Kebanyakan mereka telah diberi cuti dan kuarantin sendiri hingga 14 hari dari hari balik Ijtima tersebut.  Hingga hari ini, usaha masih berterusan untuk menjejaki saki baki yang belum membuat saringan.

Ada isu orang tabligh lari semasa saringan dibuat hingga terpaksa lapor polis?
Tuan² perlu faham, jemaah ini terlalu ramai, dengan latar belakang dan pendidikan yang berbeza. Ada golongan professional, ada ulama, ada kakitangan awam, ada peniaga, ada petani, pekebun, peladang, penganggur.  Malah ada bekas gangster, bekas maknyah, artis dan sebagainya. Jadi dalam kelompok yang pelbagai itu, jika ada satu atau dua kes yang lari dari saringan, sedang beribu yang lain elok serah diri untuk disaring. Kenapa kerana seorang dua, hendak disalahkan satu jemaah.

Betul ke semua dah pergi buat saringan? Kenapa Dr Zulkifli, menteri agama terpaksa merayu, pihak KKM dan berbagai pihak juga membuat rayuan seolah orang tabligh ni engkar dan degil. Tidak mendengar kata dan ikut kepala sendiri?
Tuan² kena faham, masjid Sri Petaling adalah masjid awam. Sesiapa sahaja boleh datang, masuk untuk solat dan duduk dalam setiap program yang diadakan. Ijtima juga dibuat di dewan solat yang terbuka. Kita tidak buat program 'for members only'. Jemaah Tabligh tidak pernah membuat program secara tertutup dan tidak pernah melarang orang awam untuk hadir.
Semasa Ijtima' tersebut, mereka yang hadir melalui halqah dan markas negeri akan lapor diri pada pihak istiqbal. Nama, dari markas mana dan halqah mana akan dicatat. Ini yang hadir ikut saluran betul dan terdaftar. Mereka ini senang untuk dijejaki.
Tetapi kerana masjid awam, semua boleh hadir, beribu² yang hadir tu sebenarnya tanpa kita ketahui dari mana datangnya. Bukan semua yang hadir itu pernah ikut keluar dakwah walau 3 hari pun. Ada yang datang hanya untuk lihat suasana kerana mereka memang suka dengan suasana agama dan percakapan iman dan amal. Bukannya pernah ikut keluar pun.

Kenapa tak halang? Hanya yang betul² daftar sahaja boleh masuk?
Sekali lagi diberitahu, ini masjid awam. Orang datang untuk solat dan duduk mendengar perkara baik, takkan kita nak halang. Andai buat begitu, timbul isu baru pula, orang tabligh buat program secara tertutup, untuk ahli mereka sahaja. Halang orang awam untuk mendengar. Ini boleh mendatangkan syak.

Kerana itu, apabila pihak KKM memaklumkan kehadiran 5k, kemudian 10k dan terkini dikatakan kehadiran Ijtima 16k, memang sesuatu yang agak sukar untuk SP menjejakinya 100%. Hanya yang betul² berdaftar dengan istiqbal sahaja dapat dikesan.

Berapa ramai sebenar ahli tabligh di seluruh Malaysia?
Jemaah tabligh ni bukannya satu pertubuhan, persatuan atau NGO. Jemaah tabligh adalah satu gerakan untuk menghidupkan dakwah cara nabi ke seluruh alam. Mengembalikan umat ini kepada kehidupan sunnah dan sirah.

Tidak ada nama pun jemaah ini. Orang sahaja yang memanggil 'jemaah tabligh'. Tidak ada borang keahlian dan tidak ada yuran tahunan. Seperti jemaah masjid yang bersolat zohor, kita tak ada pun borang dan nama ini jemaah solat zohor. Sesiapa sahaja mempunya kalimah syahadah layak untuk ikut keluar 3 hari.
Markas SP, markas negeri, halqah, syura dan sebagainya itu hanya untuk menyusun kerja supaya semua jemaah yang keluar mengikut tertib yang betul.

Akhir kata, bukan masa untuk kita menyalahkan sesiapa. Orang Brunei kes pertama dikesan tu pun tak nak perkara ini berlaku. Pihak SP dan Syura pun tidak mahu ini berlaku. Semua kita tidak inginkan perkara ini berlaku.

Namun, perkara telah pun berlaku, inilah masanya semua kita bermunajat pada Allah swt agar wabak ini dapat dibasmi dengan segera.

Hairere Shuaib
14/03/2020

*DIBALIK KETIDAKTAHUAN*

*DIBALIK KETIDAKTAHUAN*

⛵*Nabi NUH* belum tahu Banjir akan datang ketika ia membuat Kapal dan ditertawai Kaumnya.

🐏 *Nabi IBRAHIM* belum tahu akan tersedia Domba ketika Pisau nyaris memenggal Buah hatinya.

🎋*Nabi MUSA* belum tahu Laut terbelah saat dia diperintah memukulkan tongkatnya.

💝Yg Mereka Tahu adalah bahwa Mereka harus Patuh dan Taat kepada Perintah ALLAH dan tanpa berhenti berharap yg terbaik.

💝Ternyata dibalik KETIDAKTAHUAN kita, ALLAH telah menyiapkan Kejutan !

💝SERINGKALI Allah berkehendak di-detik2 terakhir dalam pengharapan dan ketaatan hamba2NYA.

💝Jangan kita berkecil hati saat spertinya belum ada jawaban atas doa2 kita. Karena kadang kala, Allah mencintai kita dgn cara2 yg kita tidak duga dan kita tidak suka.

💝Allah memberi kpd kita apa yg kita butuhkan, bukan kpd apa yg kita inginkan !!

💝Lakukan bagianmu saja, dan biarkan Allah mengerjakan bagianNYA.

💭*_LANGKAH MENUJU SYURGA_*💭

🌼 Ada 5 perkara, kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya, yaitu:

1. wajah yg menarik
2. duit yg banyak
3. sehat dan kuat
4. anak-anak yg patuh dan sukses
5. Tidur nyenyak tanpa Obat penenang

🌾 Hal itu Mudah kita peroleh, hanya butuh waktu 15 menit saja

Bagaimana caranya...

Nabi bersabda :
1. Siapa yg tinggalkan *shalat Subuh* maka wajahnya tak akan ada cahaya

2. Siapa yg tinggalkan *shalat Dzuhur* niscaya tak ada keberkahan dalam rezekinya

3. Siapa yg tinggalkan *shalat Ashar* niscaya tak ada kekuatan dalam jasadnya

4. Siapa yg tinggalkan *shalat Magrib* niscaya tak ada buah hasil yg boleh di petik dari anak-anaknya

5. Siapa yg tinggalkan *shalat Isya'* tak ada kenyamanan dalam tidurnya.

*Sekali lagi jangan pernah meninggalkan SHOLAT, Kapan pun, Dimana pun dan Dlm Keadaan Apa pun.*

🌿 Tahu kenapa kalimat *Laa ilaaha Illallaah* tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan ?

🍃 Sebab ini adalah Rahmat dari Allah kpd kita supaya ketika maut menghampiri, lizan dengan mudah ia menyebutkan kalimat itu. Aamiin.

🌴 Mudah-mudahan tangan yg mengirim dan menyebarkan ini kelak ketika akan wafat tidak  sulit untuk melafadzkan kalimat *Laa ilaaha Illallaah*

Aamiin YRA

Jika sdh dibaca silahkan dibagikan lg ilmunya, agar kita mendapat pahala dari ilmu yg kita sebarkan.

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

🌿🌸 Amalan Harian Yang Perlu Di-jaga Secara Istiqamah:

1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh - Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali ALLAH yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam Hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin - Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah - Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk - Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada Hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama Hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh - Allah janji ‘cahaya’ di Hari Qiamat dan diampunkannya di antara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah Hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘La ilaha illallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan Hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi Hati.

22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan Hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dpt amal dan sampaikan. Aamiin

DOA UNTUK SEMUA

*⭕DOA UTK SEMUA⭕*

*Bismillahirrahmaanirrahiiiiim ...*

Ya Allah aku memohon dengan keagungan Asma Mu. Muliakanlah semua yang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sihatkan tubuh badannya, sembuhkan segala penyakit yang dihadapinya. Bahagiakan keluarganya, jadikan anak-anaknya soleh dan solehah serta kurniakan beliau sekeluarga kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Luaskan rezeki halalnya seluas alam semesta yang Engkau ciptakan ini. Lepaskan dia dari segala bebanan hutang piutang. Permudahkanlah segala urusannya. Kabulkanlah hajat serta cita-cita dan harapannya sekeluarga. Jauhkan dia dari segala penyakit hati, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah dan bala bencana, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2 & kesalahannya yang kecil mahupun yang besar.

*Jadikanlah dia  penghuni Syurga Mu*

           ‎      *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*    

*Saudara ku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan Allah SWT*...🤲🏼🤲🏼🤲🏼
Dri Ab Halim & Family..


Doa Hari Ini..21/3/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

Doa pagi Sabtu
21 Mac 2020
26 Rejab 1441 H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Arhamar Raahimin 3x

Ya Allah Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami memohon kpdMu keimanan yg sempurna, keyakinan yg sebenar
(bahawa tiada sesuatu yg akan menjadi milik kami melainkan apa yg telah Engkau tetapkan).        

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kpd kami ilmu yg berguna agar dpt kami membaiki diri serta memberi manfaat kpd keluarga n masyarakat setempat.

*Ya Allah Ya Tuhan kami,*
*lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kpdMu, dgn lidah yg tak kering selalu* *menyebut namaMu.* *Kurniakanlah kpd kami rezeki yg halal serta sifat pemurah agar kami terdorong utk berbakti kpd siapa yg* *memerlukannya*
*Lindungilah kami drpd segala* *bencana, mala petaka, fitnah,* *khianat serta inaya drpa sumber yg nyata atau tersembunyi.*

Ya Allah Ya Ghaffar,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabat baginda

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

Saturday 14 March 2020

TANDA KIAMAT: WABAK PANDEMIK

TANDA KIAMAT: WABAK PANDEMIK.

Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.

⚫ Ingatan Nabi.

Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ

"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari.

Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.

Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.

⚫ Taun: Pandemik.

Terdapat beberapa riwayat hadith Nabi yang mengingatkan penularan wabak taun sebagai sebahagian dari tanda hampirnya kiamat. Antaranya:

لم تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا

"Tidak zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun & kebuluran. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari mereka" - hr Ibnu Majah.

Dalam hadith ini Nabi memberi ancaman ke atas masyarakat yang bangga melakukan dosa secara terang-terangan. Mereka akan ditimpa bala berupa wabak penyakit & kesusahan hidup.

Perkataan 'taun' di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak dengan pantas. Ia mengancam semua orang. Pantasnya ia merebak, hingga manusia tidak sempat berubat melainkan hanya mampu mengambil langkah kuarantin sebagai kaedah pencegahan.

Nabi turut mengingatkan bahawa wabak yang ditimpakan itu datang dengan versi-versi penyakit yang baharu. Ia belum pernah melanda generasi terdahulu.

⚫ Bertaubat Di Waktu Cemas.

Sememangnya Allah datangkan ujian yang dahsyat agar manusia merasa cemas lalu insaf kembali kepada Allah. Bala merupakan desakan dari Allah untuk manusia segera bertaubat. Allah berfirman:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, maka dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Allah menghilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali (lalai) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami" - Yunus 12.

⚫ Inisiatif.

Menyedari penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib. Apa yang kita harapkan, kerajaan peka di tahap tertinggi dengan perkembangan ini.

Nabi telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit . Baginda bersabda:

إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

"Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim.

Wabak berjangkit mudah merebak di tempat-tempat berkumpulnya manusia, termasuklah masjid. Perbanyakkanlah doa agar Allah merahmati kita & segera mengangkat bala ini.


Abdul Mu'izz Muhammad
12 Mac 2020.

Related to COVID-19


KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19

Assalamualaikum semua...

Hari ini kita kongsikan sedikit tanda2 awal jangkitan COVID-19.

*KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI*

*HARI 1-3*
1. Gejalanya hampir sama dengan masuk angin.
2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit.
3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal.

*HARI KE-4*
1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk.
2. Mulai suara serak.
3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C.
4. Mulai gangguan pada selera pemakanan.
5. Sakit kepala ringan.
6. Diarrea atau gangguan percernaan ringan.

*HARI KE-5*
1. Sakit kerongkong, suara serak.
2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C
3. Badan lemah, terasa sakit sendi.

*HARI KE-6*
1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C.
2. Batuk dengan lendir atau batuk kering.
3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan.
4. Kelelahan, mual.
5. Sesekali sukar bernafas.
6. Jari sakit.
7. Diarrea dan boleh muntah.

*HARI KE-7*
1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C
2. Batuk lebih banyak dan berkahak.
3. Bisa badan dan sakit kepala.
4. Diarrea yang lebih teruk.
5. Muntah.

*HARI KE-8*
1. Demam di level 38⁰C atau di atas 38⁰C.
2. Sukar bernafas, setiap kali bernafas dada terasa berat.
3. Batuk yang berterusan.
4. Sakit kepala, sakit sendi dan sakit punggung.

*HARI KE-9*
1. Gejala tidak berubah tetapi bertambah teruk.
2. Demam semakin teruk.
3. Batuk tidak reda tapi lebih buruk dari sebelumnya.
4. Sukar untuk bernafas dan kena berusaha kuat untuk bernafas.

Pada saat ini, ujian darah dan x-ray paru-paru perlu dilakukan...

Semoga kita bersama pasangan anak² & keluarga sentiasa berada dlm Rahmat pelindung pemeliharaan pertolongan belas ikhsan kasih sayang & redha ALLAH & dihindari dari wabak COVID-19 ini.

Aamiin Ya ALLAH
Aamiin Ya Rahman
Aamiin Ya Rahim

SEJARAH KOMUNIS DI TANAH MELAYU

Copypaste

SEHARI SEBELUM KOMUNIS BERHIMPUN DI KOLEJ ITU....

SEHARI SEBELUM KOMUNIS BERHIMPUN DI NEW ERA COLLEGE, MEREKA DAH BERHIMPUN DULU DI BANTING!!!

Sebenarnya sehari sebelum re-union bekas komunis di New Era College milik Dong Zhong di Kajang, perhimpunan yang sama telah pun diadakan di Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuala Langit, Banting. Lebih tepat lagi pada 30 November dari jam 10:00 pagi sehingga 10:15 malam. Penganjur perhimpunan yang berselindung di sebalik nama Konvensyen Kebangsaan Persahabatan Berpanjangan Kali Ke-12 itu adalah Persatuan Persahabatan Lao You Banting Selangor.

Antara jam 2:00 petang sehingga 4:05 petang, lebih kurang 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Persahabatan Berpanjangan seluruh negara telah hadir untuk mengisi program Seminar Forum Pendidikan Hal Ehwal Semasa dan Terkini yang berlangsung waktu itu. Majoriti hadirin adalah dari kalangan veteran pengganas komunis yang berselindung di sebalik pelbagai nama persatuan persahabatan di seluruh negara.

Antara yang dikenali yang turut hadir adalah:

(a) Soon Her Sen yang merupakan Ahli Persatuan dan AJK penganjuran.
(b) Yaakob Ibrahim a.k.a Bulat yang merupakan bekas anggota Rejimen Ke-10 PKM
(c) Indra Djaja a.k.a Anas yang merupakan Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand dan juga merupakan menantu kepada pemimpin komunis Melayu, Abdullah CD.

Soon Her Sen dalam ucapannya menyentuh tentang perkembangan ekonomi negara yang tidak stabil setelah kejatuhan ekonomi negara pada tahun 1997-98, sekaligus menurutnya memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat masakini. Menurutnya lagi, pertumbuhan ekonomi negara hanyalah sekitar 5% sahaja.

Soon Her Sen turut mengulangi kenyataan Tony Pua sebelum ini yang mengatakan, kakitangan awam adalah bebanan kepada kewangan negara. Menurutnya pertambahan jumlah kakitangan awam adalah tidak sihat kepada pertumbuhan ekonomi terutama sekali melibatkan pembiayaan pencen yang tinggi.

Dia turut mendakwa, pembayar cukai di kalangan orang Melayu Semenanjung dan Bumiputera Sabah SArawak adalah terlalu rendah bagi menampung pertumbuhan ekonomi negara. Menurutnya lagi, orang Islam dikenakan zakat namun zakat hanya untuk membantu orang Islam yang miskin sahaja. Sedangkan zakat itu pula tidak dikenakan cukai.

Lee Kee Bak a.k.a Fangsan yang merupakan wakil persatuan pula menceritakan tentang Perjanjian Damai Hatyai antara PKM dengan PDRM dan Kerajaan Thailand telah diadakan pada 2 sehingga 4 Februari 1989 di Thavorn Palm Beach Hotel. Sebelum itu katanya, PKM dan PDRM telah mengadakan perbincangan tidak formal sebanyak 3 kali di Pulau Pinang pada 5 Oktober 1988 atas anjuran Kerajaan Thailand.

Bagaimanapun, dia berasa bangga kerana dua buah stesen radio propaganda Parti Komunis Malaya (PKM) berjaya menyiarkan siaran radio propaganda komunis selama hampir 20 tahun. Kedua-dua stesen radio propaganda PKM itu adalah SUARA REVOLUSI MALAYA dan SUARA DEMOKRASI MALAYA.

Dalam majlis makan yang diadakan, seramai lebih kurang 1300 orang yang terdiri dari kalangan pemimpin politik, tetamu kehormat, jawatankuasa bertindak program penganjuran, wakil-wakil persatuan serta ahli-ahli Persatuan Persahabatan berpanjangan dari seluruh Malaysia dan Thailand telah hadir.

Antara yang hadir termasuklah ADUN Banting Lau Weng San, wakil Kolej Universiti New Era Kajang Yap Sin Tian, Ahli Majlis Zon 19 Daerah Kuala Langat Thomas Lim Tou Yik dan Ahli Majlis Zon 15 Daerah Kuala Langat Ang Lee Yong.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh Yeoh Chin Lai yang merupakan Pengerusi AJK Kerja dan juga Presiden Persatuan Persahabatan Berpanjangan Kuala Lumpur dan Selangor, secara jelas dia berang kerana Chin Peng masih lagi dikatakan sebagai pengganas sedangkan menurut Yeoh Chin Lain, Chin Peng adalah seorang pejuang keamanan negara. Malahan menurutnya, PKM bukanlah pengganas seperti yang digembar-gemburkan.

Tham Yee Kee yang merupakan Pengerusi Persatuan Persahabatan Berpanjangan Malaysia pula berkata dalam ucapannya, Malaysia Baharu telah bermula sebaik-baik sahaja Pakatan Harapan memenangi PRU-14. Justeru menurutnya, Kerajaan perlu berlaku lebih adik kepada semua kaum dan tidak lagi melaksanakan politik perkauman.

Namun yang lebih menarik ialah desakannya kepada Dr. Mahathir agar segera melepaskan jawatan Perdana Menteri yang sedang disandangnya kepada Anwar Ibrahim yang sebelum ini disokong kuat oleh DAP. Katanya, Mahathir perlu akur dengan patuh dengan perjanjian serah jawatan kepada Anwar Ibrahim.

Ucapan yang paling menarik perhatian sudah tentulah daripada Wong Pak Sang yang merupakan wakil Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia. Dalam ucapannya, dia menyeru agar pimpinan persatuan persahabatan akan bekerja lebih keras dan lebih memperhebatkan kempen terutama dalam isu pendidikan Cina demi masa hadapan masyarakat Cina di Malaysia. Dia turut menyatakan sokongan dan ikrar taat setia kepada Kerajaan Pakatan selain berharap Mahathir segera meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar Ibrahim. Malahan, dia turut menyatakan harapannya agar Kerajaan Pakatan tidak menjadi Kerajaan Sepenggal ekoran kelemahan Mahathir.

Beberapa orang wakil persatuan lain turut berucap seperti Sia Ting Hool yang merupakan wakil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 yang menyatakan persatuannya ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pengajur kerana berjaya menganjurkan majlis tersebut. 9 Mei 2019, sejarah telah dilakar kerana menurutnya, rakyat telah menolak kerajaan yang diwarisi dari penjajah British. Dia juga berharap, mereka dapat meraikan ulangtahun yang lebih besar pada masa akan datang.

Wong Yee Luan yang merupakan Pengerusi Persatuan Persahabatan Lao You Banting pula menyatakan, persatuannya menyokong kuat New Era College University. Sokongan tersebut disimbolkan menerusi pemberian sumbangan bernilai RM40,000 kepada kolej tersebut yang kemudiannya disampaikan bersama-sama gabungan persatuan persahabatan kepada wakil Kolej Universiti New Era Kajang Yap Sin Tian yang juga merupakan Presiden Dong Zhong.

Difahamkan juga, terdapat wartawan dari Nanyang Siang Pao dan Sin Chew Daily dalam majlis tersebut. Pun begitu, perhimpunan anjuran persatuan anggota-anggota komunis tersebut, tidak begitu diperkatakan berbanding perhimpunan re-union di Kolej Universiti New Era Kajang keesokan harinya setelah perhimpunan tersebut dan gambar-gambarnya dimuatnaik oleh ADUN Sungai Pelik dari DAP, Ronnie Liu.

Ini lah agenda DAP. Menghidupkan kembali era komunis dan.menidak kan tugasan tentera dan polis. Ini lah harga yang dibayar oleh rakyat apabila jatuh nyer UMNO.

Ronnie Liu kemudiannya memadamkan posting dan gambar-gambar perhimpunan re-union yang dimuatnaik itu setelah ucapannya dalam himpunan tersebut yang membangga-banggakan ahli keluarganya yang menjadi komunis, disebarkan oleh media dan netizen.
at December 02, 2019

RAMAI YG MENUNGGU SIGNAL DARI ATAS &
JANGAN KATA BANTING TIADA PEJUANG :-

JEFRY BIN JAMAL
AJK CAW. TMN KEMUNING,
UMNO BHGN. KUALA LANGAT, SELANGOR.

Doa Taubat Kepada ALLAH ( Bahasa Melayu )

Ayat Kursi seratus kali, pelancar rejeki,kesehatan, pengusir setan

SIAPA KITA DI MATA ALLAH?






Jadi 



Tahun 2020 tidak sampai dua bulan pun namun Allah telah tunjukan dua perkara yang berbeza kepada umat muslim dinegara kita ini untuk difikirkan,

"Pertama kisah seorang pondan yang terkenal dengan kekayaan nya yang berjuta juta isu jantina nya dan gosip2 panas dirinya yang bernama Mohammad Sajjad yang melakukan ibadat umrah ketanah suci dengan berpakaian wanita baru2 ini,

"Kedua kisah kematian mengejut arwah Abam atau syed Umar Mokhtar bukan jutawan bukan Menteri atau kerabat diraja bukan cerdik pandai bukan ulamah bukan juga artis terkenal namun cuma seorang pelawak yang gemok serta tiada rupa sahaja tetapi jenazah nya disolatkan oleh ribuan umat muslim,

Apa yang Pakcik ingin sampaikan disini ialah apabila Allah mahu menunjukan dua perkara yang berbeza untuk di fikir serta di insafi oleh umatnya

: Yang pertama apabila Allah menbuka aib seeorang itu maka terbongkarlah kemukaran yang paling hina pada diri seorang pondan biarpun dia berkata pergi ketanah suci Mekkah mahu mengabdi diri kepada Allah tapi bila pulang dari sana cuma kemarahan dan kebencian dari umat muslim yang dia dapat"

: Yang kedua kematian seorang pelawak biarpun arwah Abam memang tidak sehebat Sajad tapi oleh kerana Arwah menpunyai hati yang suci lagi ikhlas Allah telah angkatkan maruah dirinya dimata umat muslim dinegara kita ini setinggi tingginya dan dari seorang insan pelawak sahaja Allah telah menbongkar segala kebaikan dalam kehidupannya"
Begitulah cara Allah mahu tunjukan kepada kita bahawa duit harta kekayaan tidak dapat menbeli maruah diri dan keikhlasan amalan sedekah atau ibada juga cuma Allah saja yang menentukannya

I

AKU TERIMA NIKAHNYA

AKU TERIMA NIKAHNYA

Di Klinik Psikiatri. Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, dia memang sedap mata memandang. Kali ini, dia hadir dengan suaminya. Kurus tinggi, berkulit sawo matang, rambut ikal dan bergigi depan berlubang. Beza itu bagai langit dan bumi tetapi cinta itu sifatnya menyatukan, hingga lautan api juga terasa nyaman diredahi.

Cerita dia bukan luar biasa. Tapi cerita biasa yang begitu menyesakkan jiwa.

Ini cerita Dhia dan Ali. (Sudah pasti Dhia dam Ali bukan nama sebenar).

Mereka sudah berkahwin kurang lebih 6 tahun. Dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel dan aktif. Hidup mereka bahagia dengan cara mereka. Tetapi, setahun ini, Dhia mulai murung, selalu bersedih, sukar tidur, rasa lesu dan letih. Dhia tidak lagi berminat untuk bercakap, lebih kepada suka menyendiri dan melayan perasaan. Ironinya, Dhia juga mudah menjadi marah, dan sering anak-anak kecilnya menjadi mangsa. Dhia rasakan hidup tidak bermakna, apatah lagi mempunyai guna. Dhia rasa Dhia bersendiri hadapi semua ini. Dan baru baru ini, Dhia mula mendengar suara suara yang banyak  di telinga "kau memang tak guna" "kau patut mati" "kau memang menyusahkan orang". Adakalanya Dhia nampak kelibat yang menakutkan.

"En. Ali, dulu masa kenal Dhia, dia macammana orangnya?"
"Dhia ceria doktor, selalu tersenyum. Mulutnya becok"
"Tapi, sekarang?"
"Dhia bukan Dhia yang dulu"
"Apa jadi?"
"Entah, saya tak tahu, mana ada masalah"

Ketika itu, sang anak merengek..."Ibu, nak kencing!" Dhia membawa anaknya ke tandas. Dan serentak, raungan si kecil berumur setahun lebih yg ikut bersama, anak bongsu mereka, "nak ibu, nak ibu!"... Dhia kelam kabut, sang ayah.... Lihat... Tanpa seribu bicara... Dan teruskan duduk.

"Betul tak ada masalah?"
"mana ada apa doktor"
"biar saya beritahu, boleh"
"boleh"
"Anak awak yang menangis tu masalah pertama"
Ali terdiam.

"Ini masalah Dhia"

1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja, tapi Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.
2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Paling teruk, ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.
3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.
4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.
5. DI rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, "ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat"
6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "nak mengelat la tu"
7. Adik ipar balik beli kfc, tapi beli hanya untuk anak sendiri, bila anak anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.
8. Bila Dhia penat, uruskan anak anak.... Yang semakin aktif dan nakal dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.
9. Mak mertua sering merendah- rendahkan Dhia pada adik- beradik lain.
10. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
11. Bila Dhia memasak, dengan anak- anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sbb tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "kacau tidur aku," kata adik ipar.
12. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sbb siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.
Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.
13. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adir ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.
14. Bantulah isteri anda menjaga anak... Bermain dengan mereka... Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome  Adiputra

"Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?"
"Tak pernah"
"Pernah tanya dia penat ke tak?" "Tak pernah"
"Bila stress apa awak buat?"Pergi memancing"
"Dhia?" "Dia kena jaga mak"
"Itu mak awak atau mak Dhia?" Ali tunduk.

"Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar" "Kena cepat- cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau meraung depan pintu"
"En Ali?" "setengah jam ke sejam"
"Awak buat apa? Main dan update fb kan?"
"Ya doktor"

"Dulu masa awak ambil Dhia pada ibu bapa dia, comel lote kan.. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macamni?" "dulu dia lawa sbb mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia? "

"saya"

"En. Ali rasa Dhia penat tak?"
"penat sangat doktor"

"Semalam kan doktor, saya nak sgt makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mertua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia," kata Dhia.

Ali tunduk.
"Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik beradik lain kutuk dia awak backing dia?

" tak"

"Kalau awak di office, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?"
"marah"

"pernah awak puji Dhia?"
"tak pernah"
"saya memang teruk" Ali menitiskan air mata.

Wahai suami,

1. Isteri hanya mahu di puji. Mereka juga mahu dimanja.
2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.
3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.
4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.
5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mertua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati. Bincanglah dengan adik beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia. Dhia boleh jaga ibu, tapi gilir gilirla. Bawa berbincang.

"Bila awak paling bahagia Dhia?"
"masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pon di rumah saya"

6. Adik beradik lain yang tidak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tidak perlu menjadi puaka. Dan bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.

7. Hargai dan sayangi mereka.
8. Berilah dia "me time". Dia juga mahu makan, mandi dan berak dengan tenang.
9. Sekali sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pon dan kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload facebook "hari ini hari paling happy"

"Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome"
"perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pon dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci"

Biar cinta bertapak di janji, berpasak di hati,
Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di bodi.

Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.

"Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan."

#


Saturday 7 March 2020

TAZKIRAH SABTU

🌿 Tazkirah Sabtu 🌿

Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga.

SYURGA adalah kampung halaman yang kekal abadi. Beruntunglah siapa yang terpilih masuk syurga dan amat rugilah sesiapa yang dijauhkan atau dilarang daripada memasuki syurga.

Di dalam hadis riwayat Imam Ahmad terdapat 4 golongan manusia yang akan dijauhkan daripada syurga.

1. Seorang penipu,

2. Orang yang bakhil,

3. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan

4. Pemimpin yang berperangai buruk.

Hadis daripada Nabi SAW

عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ

Daripada Abu Bakar Ash Shiddiq r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda:

"Tidak akan masuk syurga seorang penipu, orang yang bakhil, orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya dan pemimpin yang berperangai buruk. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya)."

(HR Ahmad No: 32) Status: Isnad Maqbul

Huraiannya :

1. Orang yang menipu.

Firman Allah SWT

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨

"Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu"

(Surah al-Ghafir ayat 28).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku.

(Hadis Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)

2. Orang yang bakhil

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ

Daripada Asma' binti Abu Bakar r.a ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu.

(Hadis Riwayat Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih.)

3. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti (perasaan si penerima).”

(Surah Al-Baqarah ayat 264).

4. Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)

Jadilah kita pemimpin yang benar-benar mengutamakan rakyat di bawah. Janganlah kerana kepentingan kedudukan dan pangkat, kita sanggup menyusahkan rakyat.

Jika pemimpin ambil rasuah dan utamakan ahli keluarga dan kroni maka dia adalah pemimpin yang khianat kepada rakyat
Pemimpin yang khianat tidak akan cium bau syurga

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar radhiallahu anha :

Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda dengan maksudnya :

” Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga”.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba  yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).

Oleh itu marilah sama- sama kita jauhkan diri daripada empat ciri- ciri diatas iaitu golongan yang akan dilarang memasuki syurga Allah SWT seluas langit dan bumi. Beramallah dengan amal- amal soleh yang memudahkan untuk kita masuk syurga

🥦Wassalam 🥦

Makmum Sundari
7.3.2020

#MS#AB
#GolonganYangDijauhkanDariSyurga
#SuaraPrihatin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...