Monday 23 March 2020

Salam Usrak Mikraj 27 Rejab

*Salam Malam Israk Mikraj 27 Rejab*

*🌸Puasa Rejab🌸*
*(22 Mac 2020/ 27 Rejab 1441H)*

*Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj..*

*Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”*

*#PrayForHope*
*#kelebihan3bulanmulia*
*#Rejabsyaabaramadhan*
*#Allahuakhbar*


Ramai terleka dengan cerita COVID-19. Rata² dalam FB, WhatsApp dll media sosial serta media elektronik tak banyak nak mengingatkan kita tentang malam ini.

Ya malam ini, *lepas Maghrib* ialah malam *Israk Mikraj*. Peristiwa Israk dan Mikraj nabi besar kita Muhammad ï·º terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12.

Kisah luar biasa "dalam satu malam" ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad ï·º yang tak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad ï·º sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad ï·º.

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ

Assalamualaikum wrm.wbr.
Salam Israk Mikraj 1441H.
Sila.duduk Di Rumah. Perangi Wabak Covid - 19.

Malam ini malam 27 Rejab, Jom berrdoalah kita sebanyaknya... malam ini.. 🤗🤗🤗

ESOK (AHAD), hari Israk dan Mikraj. Jom esok kita puasa sunat dan bersedekah  =)

Puasa pada 27 bulan Rejab sama seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Dan Ini, Amalan Malam Rejab - Malam ini. Sama2 kita buat =)

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Malam 27 Rejab
Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Banyak lagi ganjaran dan fadilat yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

1.Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2.Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.

3.Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.

4.Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.

5.Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى telah menunjukkan bukti² kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda ï·º.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

سُبْØ­َانَ الَّØ°ِÙŠ Ø£َسْرَÙ‰ٰ بِعَبْدِÙ‡ِ Ù„َÙŠْÙ„ًا Ù…ِّÙ†َ الْÙ…َسْجِدِ الْØ­َرَامِ Ø¥ِÙ„َÙ‰ الْÙ…َسْجِدِ الْØ£َÙ‚ْصَÙ‰ الَّØ°ِÙŠ بَارَÙƒْÙ†َا Ø­َÙˆْÙ„َÙ‡ُ Ù„ِÙ†ُرِÙŠَÙ‡ُ Ù…ِÙ†ْ آيَاتِÙ†َاۚ Ø¥ِÙ†َّÙ‡ُ Ù‡ُÙˆَ السَّÙ…ِيعُ الْبَصِيرُ ﴿Ù¡
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

Sumber : Syafiqqolbu &


 

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...