Saturday, 21 March 2020

Doa Hari Ini..21/3/2020

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات

Doa pagi Sabtu
21 Mac 2020
26 Rejab 1441 H

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Arhamar Raahimin 3x

Ya Allah Ya Tuhan kami,
sesungguhnya kami memohon kpdMu keimanan yg sempurna, keyakinan yg sebenar
(bahawa tiada sesuatu yg akan menjadi milik kami melainkan apa yg telah Engkau tetapkan).        

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kurniakanlah kpd kami ilmu yg berguna agar dpt kami membaiki diri serta memberi manfaat kpd keluarga n masyarakat setempat.

*Ya Allah Ya Tuhan kami,*
*lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kpdMu, dgn lidah yg tak kering selalu* *menyebut namaMu.* *Kurniakanlah kpd kami rezeki yg halal serta sifat pemurah agar kami terdorong utk berbakti kpd siapa yg* *memerlukannya*
*Lindungilah kami drpd segala* *bencana, mala petaka, fitnah,* *khianat serta inaya drpa sumber yg nyata atau tersembunyi.*

Ya Allah Ya Ghaffar,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabat baginda

Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...