Tuesday, 24 March 2020

*KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?*

*KENAPA MASJID DAN TABLIGH MENJADI MANGSA?*

Seorang ulama' besar di Tarim, *SYEIKH ABU BAKAR AL ADNI* antara ulama' tua di Yaman ketika ini. Beliau ada menulis sebuah buku tentang *peristiwa akhir zaman* yang ditulis lebih sepuluh tahun lepas. Dalam buku tersebut tertulis tentang peristiwa sebelum kedatangan al masih ad dajjal. Antaranya beliau menulis, sebelum datangnya dajjal akan ada satu wabak yang membunuh ramai manusia. Wabak ini akan bermula dari sebelah timur dan merebak ke barat dan tersebar rata keseluruhan bumi. Dengan jelas belum menulis, wabak ini disebabkan oleh *corona* dan dimulai dengan demam dan akhirnya dengan kematian.

*ADAKAH INI SATU KONSPIRASI?*
Kekuatan orang islam adalah melalui *jemaah dan doa*. *Masjid* adalah satu tempat yang dijamin Allah. Disinilah Allah menurunkan RahmatNya. Disini juga tempat mustajab doa. Dari sini datangnya zikir2, tasbih, tahmid dan segala pujian dari hamba kepada Penciptanya silih berganti tanpa henti dan dari sinilah mengalirnya barokah2 keseluruhan alam.
Dajjal tidak akan turun selagi masih banyak kebaikan di muka bumi ini. Dajjal turun adalah untuk mengangkat dirinya sebagai tuhan. Maka sebab itu sebelum turunya dajjal, tentera2nya dajjal akan mempersiapkan segala keadaan adalah selari dengan kehendak tuannya, *Dajjal*. Manusia dalam kebingungan, antara iman dan nafsu. Antara iman dan perut. Mereka tidak boleh membezakan antara hak dan batil. Antara benar dan fitnah.

*KENAPA MASJID?*
Kerana dari sinilah datangnya kekuatan islam. Kekuatannya datang dari jamaahnya. Dari jamaah masjidlah datangnya kasih sayang sesama insan. Dari masjidlah hilangnya pangkat dan rupa.
Inilah sumber kekuatan.
Inilah yang perlu dimusnahkan dulu.
Umat islam mula kebingungan....begitu mudah mengambil tindakan yang memusahkan kekuatan bentengnya sendiri. *Tanpa disedari*. Mereka gagal membezakan  tipudaya dan muslihat musuh. Mereka lupa akan janji Allah. Mereka lupa janji Rasulullah.

*KENAPA JAMAAH TABLIGH?*
Sedar atau tidak,
Mahu ataupun tidak, kita mesti mengakui bahawa *yang menghidupkan masjid*, *dan yang mengimarahkan masjid 24jam tanpa henti seluruh muka bumi ini adalah JAMAAH TABLIGH*. Walaupun tanpa organisasi tapi perjalanan mereka tersusun serta terancang meliputi setiap zon seluruh dunia *tanpa gagal*. Silih berganti dari satu tempat ke satu tempat. *Tiada satu zon yang kosong di serata dunia tanpa kehadiran mereka*. Mereka lah yang menarik rahmat Allah. Mereka lah juga yang memanggil barokah. Dan kita yang mendapat tempiasnya.
*KINI*......mereka difitnah. Dirosakkan reputasinya. Dipersalahkan kehadiranya.
*AKIBATNYA*.....Keberadaannya ditakuti. TERSISIH dan akhirnya terpecah dan musnah.

*KENAPA CHINA?*
Kami pernah diberitahu oleh guru kami kira2 lima tahun lepas. Beliau mengatakan suatu masa nanti menjelang akhir zaman semua negara2 islam akan duduk berpayung dibawah negara china. Ini adalah kerana negara china kelihatan seolah2 membela mereka. Memberi apa yang mereka perlukan. Melindungi dari ancaman negara barat. Memberi peluang ekonomi. Ini menyebabkan negara china ni menjadi gagah dan berkuasa. Tapi akhirnya negara2 islam ini akan berperang dengan china. Sebabnya, ......guru kami tidak memberitahu. Hanya setakat itu je.


Dari peristiwa covid-19 ini kita boleh lihat dan menjangka bagaimana datangnya dajjal. Bagaimana dajjal mengatur tipudaya dan muslihat nya tanpa kita sedari hingga kita semua mengikutinya tanpa sebarang bantahan. Kita mengikut kerana arahan orang yang kita percayai dan kita tidak membantah kerana kita nampak seperti betul. *Mereka datang dengan janji neraka di tangan kanan dan janji syurga di tangan kiri.* Kita terkeliru untuk membuat pertimbangan.
Beruntunglah mereka yang pada waktu itu ada guru. Guru yang mursyid. Yang boleh dipaut pertolongannya. Guru inilah yang insya Allah boleh nampak antara hak dan batil dan betul dalam membuat pilihan dan tindakan.
*Terbukti ketika ini, walau dalam suasana darurat, terkurung dan terbatas, dengan bimbingan guru2 mursyid kami yang tak beberapa orang ni, kami masih boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa melanggari arahan pemerintah.*
Mereka (guru2) nampak dan tahu apa2 yang orang lain tidak nampak dan tidak tahu.
CARILAH GURU MURSYID (guru yang sebenar guru, yang memperkenalkan kita kepada Allah dan Rasul Nya serta ahli2Nya)  MULAI SAAT INI UNTUK KITA PEGANG DAN  PAUT.

*SEGALANYA BUKAN KEBETULAN. MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. HANYA ALLAH YANG SEBAIK2 PERANCANG*
Semuga Allah sentiasa membuka matahati kita untuk mengambil pengajaran dan peringatan atas segala yang terjadi. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA INI TIDAK SIA2. MAHA SUCI ALLAH, JAUHKAN LAH KAMI DARI API NERAKA.

Copy n paste

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...