Saturday, 14 March 2020

AKU TERIMA NIKAHNYA

AKU TERIMA NIKAHNYA

Di Klinik Psikiatri. Wanita ini sudah beberapa kali saya jumpa. Masih muda. Bertudung bawal, berkulit putih, dia memang sedap mata memandang. Kali ini, dia hadir dengan suaminya. Kurus tinggi, berkulit sawo matang, rambut ikal dan bergigi depan berlubang. Beza itu bagai langit dan bumi tetapi cinta itu sifatnya menyatukan, hingga lautan api juga terasa nyaman diredahi.

Cerita dia bukan luar biasa. Tapi cerita biasa yang begitu menyesakkan jiwa.

Ini cerita Dhia dan Ali. (Sudah pasti Dhia dam Ali bukan nama sebenar).

Mereka sudah berkahwin kurang lebih 6 tahun. Dikurniakan dengan 3 orang anak yang comel dan aktif. Hidup mereka bahagia dengan cara mereka. Tetapi, setahun ini, Dhia mulai murung, selalu bersedih, sukar tidur, rasa lesu dan letih. Dhia tidak lagi berminat untuk bercakap, lebih kepada suka menyendiri dan melayan perasaan. Ironinya, Dhia juga mudah menjadi marah, dan sering anak-anak kecilnya menjadi mangsa. Dhia rasakan hidup tidak bermakna, apatah lagi mempunyai guna. Dhia rasa Dhia bersendiri hadapi semua ini. Dan baru baru ini, Dhia mula mendengar suara suara yang banyak  di telinga "kau memang tak guna" "kau patut mati" "kau memang menyusahkan orang". Adakalanya Dhia nampak kelibat yang menakutkan.

"En. Ali, dulu masa kenal Dhia, dia macammana orangnya?"
"Dhia ceria doktor, selalu tersenyum. Mulutnya becok"
"Tapi, sekarang?"
"Dhia bukan Dhia yang dulu"
"Apa jadi?"
"Entah, saya tak tahu, mana ada masalah"

Ketika itu, sang anak merengek..."Ibu, nak kencing!" Dhia membawa anaknya ke tandas. Dan serentak, raungan si kecil berumur setahun lebih yg ikut bersama, anak bongsu mereka, "nak ibu, nak ibu!"... Dhia kelam kabut, sang ayah.... Lihat... Tanpa seribu bicara... Dan teruskan duduk.

"Betul tak ada masalah?"
"mana ada apa doktor"
"biar saya beritahu, boleh"
"boleh"
"Anak awak yang menangis tu masalah pertama"
Ali terdiam.

"Ini masalah Dhia"

1. Semenjak kahwin, Dhia tidak dibenarkan kerja, tapi Dhia kena tinggal di rumah, menjaga ibu mertua.
2. Ibu mertua nyanyuk, jadi sering lupa. Paling teruk, ibu mertua sering mengapikan Dhia, pemalas, masak tak sedap, tak bagus sebab menantu lain kerja bagus-bagus tapi Dhia tak kerja, padahal Dhia yang basuh kencing berak mak mertua.
3. Adik beradik suami yang lain semua tak sanggup jaga mak "kami tak tahan dengan mak. Kau jagalah. Wife kami semua tak boleh dengan mak, jadi kami kena selamatkan wife kami" tanpa sedar Dhia makan hati.
4. Bila ahli keluarga balik rumah, adik beradik lain akan sambung kutukan pada Dhia, pemalas dan sebagainya. Husband, hanya mengiyakan tanpa pernah mempertahankan Dhia.
5. DI rumah mertua, ada adik lelaki. Budak universiti, cuti sebab accident tapi dah semakin baik. Makan pakai adik ipar juga Dhia kena uruskan. Baju berbakul bakul jika Dhia tak basuhkan. Tapi bila Dhia rungutkan, "ko buat apa kat rumah, takkan itu pon tak boleh buat"
6. Bila Dhia balik ke rumah ibunya, kata iparnya "nak mengelat la tu"
7. Adik ipar balik beli kfc, tapi beli hanya untuk anak sendiri, bila anak anak Dhia merengek, mereka kata beli sendiri. Dhia terpaksa minta mak sendiri belikan.
8. Bila Dhia penat, uruskan anak anak.... Yang semakin aktif dan nakal dan perlu rehat sebentar, Dhia juga yang pemalas.
9. Mak mertua sering merendah- rendahkan Dhia pada adik- beradik lain.
10. Suami, kerja dari pagi sampai malam. Balik kerja, tidur terbongkang sebab dia penat bekerja, katanya Dhia dah rehat sepanjang hari.
11. Bila Dhia memasak, dengan anak- anak yang merengek, ibu mertua dan adik ipar akan marahkan Dhia, tak pandai jaga anak sbb tu bising, tapi mereka tidak mahu tolong jaga, maka Dhia akan memasak sambil mengendong si kecik, dan letak di para sebelah kuali. Dhia di beri amaran, jaga anak jangan bagi bising "kacau tidur aku," kata adik ipar.
12. Dhia tak boleh balik rumah mak sendiri, sbb siapa nak jaga mak mertua, kata ipar yang lain.
Dan setiap hari Dhia yang kena menghadapi semua ini.
13. Perlu pakai tudung sepanjang hari kerana adir ipar lelaki. Rumah panas tanpa kipas dan air cond.
14. Bantulah isteri anda menjaga anak... Bermain dengan mereka... Tanggungjawab dikongsi bersama, anda akan menjadi sehandsome  Adiputra

"Awak pernah ucapkan terima kasih pada Dhia?"
"Tak pernah"
"Pernah tanya dia penat ke tak?" "Tak pernah"
"Bila stress apa awak buat?"Pergi memancing"
"Dhia?" "Dia kena jaga mak"
"Itu mak awak atau mak Dhia?" Ali tunduk.

"Dhia, berapa lama awak masuk tandas kalau mandi atau buang air besar" "Kena cepat- cepat doktor, anak ikut masuk bilik air atau meraung depan pintu"
"En Ali?" "setengah jam ke sejam"
"Awak buat apa? Main dan update fb kan?"
"Ya doktor"

"Dulu masa awak ambil Dhia pada ibu bapa dia, comel lote kan.. Tapi bila awak jaga kenapa jadi macamni?" "dulu dia lawa sbb mak bapak dia jaga, tapi dia tak comel selekeh sekarang ni, siapa yang jaga dia? "

"saya"

"En. Ali rasa Dhia penat tak?"
"penat sangat doktor"

"Semalam kan doktor, saya nak sgt makan ikan bakar, saya minta abang belikan, mak mertua saya kata kenapa saya menyusahkan anak dia," kata Dhia.

Ali tunduk.
"Pernah awak pertahankan isteri awak? Bila adik beradik lain kutuk dia awak backing dia?

" tak"

"Kalau awak di office, awak kerja keras, tapi orang puji orang lain, apa awak rasa?"
"marah"

"pernah awak puji Dhia?"
"tak pernah"
"saya memang teruk" Ali menitiskan air mata.

Wahai suami,

1. Isteri hanya mahu di puji. Mereka juga mahu dimanja.
2. Pujilah. Katakan mereka seindah bidadari syurga. Pujian anda akan membahagiakan mereka.
3. Sesekali bawalah mereka ke mana saja yang mereka suka.
4. Bincang dan tanya. Apa mereka mahu dan suka.
5. Sesudah berkahwin, bukan tugas dia menjaga mertua. Itu tugas anda sebagai anak. Bila dia menjaga, dialah bidadari sejati. Bincanglah dengan adik beradik lain. Mereka sayangkan isteri mereka jadi bawa mereka keluar rumah, tapi mereka semua hina Dhia. Dhia boleh jaga ibu, tapi gilir gilirla. Bawa berbincang.

"Bila awak paling bahagia Dhia?"
"masa suami sewa rumah lain kejap, saya rasa bebas nak pakai apa pon di rumah saya"

6. Adik beradik lain yang tidak mahu menjaga masih okay, tapi mulut tidak perlu menjadi puaka. Dan bila itu terjadi, pujuklah isteri anda.

7. Hargai dan sayangi mereka.
8. Berilah dia "me time". Dia juga mahu makan, mandi dan berak dengan tenang.
9. Sekali sekala belilah hadiah buat penghargaan, makan cendol semangkuk tulis buat isteri tersayang pon dan kembang setaman perasaan isteri. Siap dia upload facebook "hari ini hari paling happy"

"Abang, kita ni muka tak hensem tak apa abang, yang penting hati kene handsome"
"perempuan kalau dah sayang, bulan bintang pon dia sanggup tinggal bang, sehidup semati, tapi sekali kau buat dia benci bang, sampai mati pon dia akan benci"

Biar cinta bertapak di janji, berpasak di hati,
Bukan cinta bertapak di kaki, berpasak di bodi.

Kemurungan dan suara halus Dhia tu, itu bukan sihir, itu memang BUATAN ORANG. Buatan Ali pada cinta Dhia.

"Dan bila AKU TERIMA NIKAHNYA, janji itu bukan dengan dia atau mak ayah dia, janji itu pada Allah, pada Tuhanmu yang menciptakan."

#


No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...