Tuesday, 24 March 2020

Sebuah Perkongsian utk direnungi...

Betul juga apa yg doktor ni kata ...
cuba baca
πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ

Posting dpd Seorang Doktor (Dr)
πŸ‘‡πŸ‘‡

BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA.......❗❗
(Diharap sudilah membaca sampai habis)

Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan.

Di musim perintah berkurung ini, sy melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini.

Beringatlah tuan2..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA  semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan.

Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown.

Vaksin Covid akan dijangka setahun lagi akan dpt di cipta dan berfungsi sepenuhnya.

Kematian diseluruh dunia semakin meningkat.Jumlah pesakit baru meningkat setiap hari!

Sektor Ekonomi sedang terjejas teruk skrg ini tidak kira apa sektor.Jadi jika perkara ini berpanjangan selama setahun atau 2 tahun dan anda kehilangan pekerjaan, apakah anda mempunyai cukup simpanan untuk survive?

Sy 100% yakin kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji penuh kepada penjawat awam.Malah sy tidak terkejut jika berlaku pengurangan penjawat awam.kerajaan juga sy yakin tidak mampu memberi bantuan sara hidup kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan terpaksa pentingkan ekonomi negara kita.

Negara kita ini bukanlah negara yg kaya yang mana pendapatan per kapita tahunannya adalah tinggi seperti USA mahupun Singapura.Memang tidak mampu untuk memberi bantuan sara hidup selama setahun kepada semua rakyat.

Jadi nasihat sy bijaklah mengurus kewangan anda.Sy pun dari bulan October tahun lepas sudah mula menyimpan melebihi 50% pendapatan sy dan kurangkan membeli dan berbelanja.

Saya sangat berhati2 berbelanja dan sentiasa mencatit segala perbelanjaan.Tidak membeli barang yang bukan keperluan.

Sejak balik Malaysia, baru 2 kali sy membeli di Shoppe dan jarang sekali makan di luar walaupun teringin nak makan macam2
(al-maklumlah sudah bertahun2 tidak pulang ke Malaysia).Makan KFC baru sekali,McD belum dan lain2 fast food belum makan lg.

Bukan saya kedekut cuma makan hanya bertujuan untuk hilangkan lapar.Dah kenyang tgk KFC ke,McD ke, dah tak teringin dah.Itulah lumrah kita sbg manusia...

Jujur sy katakan saya mengubah 100% gaya hidup sy didalam berbelanja tidak sama seperti sebelum2 ini.

Sy yang berkerjaya ni pun tidak yakin akan selamat dari hilang pekerjaan.Bagaimana pula dengan yang berkerja seorang(isteri tidak berkerja) dan berniaga sendiri??

Saya tidak kisah memandu kereta myvi lama, sy tidak kisah tahun ini tiada baju melayu untuk beraya,sy tidak kisah jika tidak memberi duit raya tahun ini,sy tidak kisah tak tukar langsir,rumah perabut buruk..sy tidak kisah langsung apa orang nak kata asalkan sy ada simpanan utk digunakan ketika kegawatan ekonomi nanti.

Dikala ramai orang bersiap sedia menghadapi gelombang wabak penyakit tetapi ramai orang lupa untuk bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kegawatan ekonomi.

Rata2 pakar ekonomi dan negara2 besar dunia sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kegawatan ekonomi dunia yang dijangka paling buruk didalam sejarah dunia(tak percaya boleh Google)

Jadi apa kata di musim perintah berkurung ini, panggillah semua ahli keluarga anda duduk berbincang langkah2 yang akan diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan keluarga anda.Anda kena lakukan perancangan dan WAJIB ada perancangan kewangan.

Biasakan anak2 anda makan nasi dengan kicap shj,biasakan anak2 anda pakai pakaian lama,biasakan anak2 anda berjimat cermat..

Bersederhana sahaja mulai sekarang.

Sediakan payung sebelum hujan.Dah hujan baru nak cari payung, baju pun dah basah, badan pun dah basah.Dah banyak keje pulak nak kena jemur baju, lps tu demam,batuk, selsema.Dah susah...kan bagus siap payung awal2 kalau tahu akan hujan.

Begitulah perumpamaannya..nampak simple tapi dalam maksudnya!!

Posting saya ini bukanlah bertujuan utk menakut2kan anda semua.Hanya sekadar peringatan bersama termasuk diri sy sendiri.

Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi hanya berkongsi pendapat shj.Kalau baik ikutlah..kalau tidak jadikanlah bacaan santai2.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA POSTING SAYA INI..Sekian...

Dr.Arman Shah...

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...