Tuesday 28 December 2021

Sebuah Pengajaran

 Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.

Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. 

Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.

Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.

Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. 

"1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu."

Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. 

Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. 

"2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh."

Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. 

Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. 

Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. 

"3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat."

Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu mengkhianati aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya mengkhianati kamu? Saya tidak pernah mengkhianati. Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. 

Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. 

Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.

Kawan-kawan, begitulah umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:

» yg boleh kita makan, makanlah;

» yg boleh kita pakai, pakailah;

» yg Ingin kita beli, belilah;

» kalau masih mampu memberi, berilah;

» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.

Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.

Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.

Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...

dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.

Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.

Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.

Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;

tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...

Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!

Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ :

Muliakanlah yang membaca pesan ini;

Lapangkanlah hatinya;

Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;

Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;

Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;

Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan

Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu

Tuesday 21 December 2021

 🕌 *DOA PAGI* 🕋



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ*



‏  *_" Yaa ALLAH,,_*


‏_• " Sesungguhnya kami *'Memohon* kepada-Mu *ilmu* yang bermanfaat,,"_


‏• " *Rizqi* yang Halal,,"


‏• " *Amal* yang Diterima.,,"

----------------

‏  *_"Yaa Allah ..._*

‏_"Kami *Bersyukur* kepadaMu karena telah *Menjaga* tidur kami,,"_

 

‏_,,dan *Membangunkan* kami kembali di pagi ini._


‏ _" Engkau telah *ijinkan* kami *kembali* memulai hari yang indah ini._


‏  _*" Kami mohon Pagi ini* untuk *'Berbagi* dengan orang-orang di sekeliling kami."_


‏  _"Jadikanlah mereka *Nyaman* berada didekat kami."_


‏  _*"Jadikanlah* hari ini penuh *Keindahan,,* Keindahan dengan *rahmatMu* yang *Berlimpah."*_


‏  _" *Berikanlah* Hati kami *Kedamaian,,, Ketenangan dan.. Keikhlasan."*_


‏  _"Berikanlah kami *Kejernihan pikiran,,* sehingga dapat dengan *bijak dan sabar* menyikapi segala *UjianMu.,"*_


‏  *_" Yaa Rabbana ..._*

‏_" *Jadikanlah* apa yang kami lakukan hari ini sebagai *amalan untuk bekal* kami *menghadapMu kelak.,"*_


‏  *_"Yaa Rabbana ..._*

‏_" *Tegarkanlah Hati dan badan* ini untuk tetap berjalan dalam naungan *CahayaMu*.,"_


‏  _" Hilangkan *Kelelahan Kejenuhan* dalam diri kami sehingga kami bisa memberi yang terindah bagi *Keluarga,dan Saudara kami semua.  ,"*_


‏  *_" Yaa Allah ..._*

‏_'Berikanlah,,_

‏*'KasihMu,,* 

‏*'Rahmat* Mu,, *'PerlindunganMu*,, *'CahayaMu* untuk ,, *'Saudara-saudara* kami Tersayang.....


‏  _" *Berkahilah* umurnya ..._

‏_'Berilah *kesehatan* padanya,.._

‏_" Angkatlah *Penyakitnya*.,,_

‏_'Murahkanlah *Rizqi* padanya,,._"



‏            *_"Selamat Beraktivitas"_*


‏_*"Semoga*_ _apa yang kita kerjakan hari Ini mendapat *Ridha* dan *Berkah* dari *Allah SWT..."*_


*آمين يَآرَبْ العالمين*

Sejarah Banjir Negara


 










Saturday 11 December 2021

 https://youtu.be/WgxV-oT2Vag


Let’s watch this👆

CERITA SYAHDU PENGALAMAN…

 Cerita Syahdu Pengalaman 

Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam


Nama saya  Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu. Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya.


Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu. 


Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam.


Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya.


Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…


Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya…


Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan.


Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”


Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya  baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya.


Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala. Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya. 


Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita jahil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT. 


Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan. 


Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya garang.


Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya. 


Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis. Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya. 


Saya dipukul dengan sangat teruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya.


Saya kata, “Tak boleh bang.”


Dia kata, “Kenapa tak boleh?”


“Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. Mati hidup saya dengan Islam.”


“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!”


“Kenapa marah saya masuk Islam.”


“Kerana Islam tak betul.”


Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.”


“Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”


“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”


“Oh kau menjawab ye….”  Dia terus pukul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang tajam.


Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang. Kepala saya terkoyak. Darah laju mengalir. Saya kena 6-7 jahitan.


Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody…. 


Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita. Betul dak?


Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak minta 

maaf.”


Mak kata, “Kenapa?” 


“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”


Mak kata, takpe, takpe. 


Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”


Mak kata,  “Kenapa?”


Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita  semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.” 


Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya. 


“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.” 


Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.” 


Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”


Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.” 


“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”


Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”


Mak kata, “Jangan la hari ini.”


Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”


Hari yang sama saya Islamkan mak saya. 


Mak masuk Islam bulan tiga (Mac).  Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meninggal. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah uzur masa tu. 


Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah. 


Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan.


Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”


“Abang?”


“Ya, ini Devadas la…”


Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya. 


“Ye bang ada apa bang.


“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”


“Jalan lurus?”


Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang. 

“Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”


“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.”


Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga.


Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la.


Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.”


Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat. 


“Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa.  Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”


Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin. 


Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”


Saya kata, “Apa dia?”


Dia kata, “Abang Ustaz dah meninggal!”


Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah.


Allah….


C&P. Dari Encik Anas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...