Salam sahabat sekalian....setelah sekian lama menyepikan diri, kali ini saya akan membawakan sedutan sebuah ceramah video dari You Tube oleh Ustaz Sharhan Shafie. Saya merasakan bahawa kita semua perlu tahu dan ambil berat tentang perkara dibincangkan ini agar ianya dapat dimanafaatkan dlm kehidupan kita sehari-hari kelak.
Sebagaimana yang diperkatakan oleh Ustaz Sharhan bahawa, nama memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang/kita. Jadi sebaik-baiknya kita namakanlah anak-anak kita dengan nama-nama yang baik dari makna atau maksudnya. Nama-nama seperti Balqis, Kistina/Qistina Najwa, Batrisya, Erisya, Zaquan dan banyak lagi nama-nama lain (terdapat lebih kurang 77 nama dari kalangan JIN - ketua atau anak jin) yang perlu kita elakkan. Tetapi sekiranya nama-nama tersebut telah kita berikan kepada anak-anak kita, tak perlu diubah nama tersebut, tetapi cukuplah sekadar diubah nama panggilan sahaja. Wallahu'alam!
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....