Secebis ingatan dan sedikit ucapan dariku yang kau panggil 'isteri'... sempena "Our 18th Anniversary.....06.06.1993 -- 06.06.2011 !!!!!!!! Abang.... Detik yang berlalumengingatkan diri ini kepada kenangan silam diwaktu pertemuan pertama kita pada tanggal 16 Jun 1991.. Abang... Kenangan masa lalu kerap mengimbau ingatan ini untuk mengenang segala kenangan manis di awal waktu kita bersama sebelum masa sah kita disatukan dalam sebuah ikatan yang suci dan abadi..PERKAHWINAN Abang... 4 Jun 93 tarikh keramat yang tak mungkin kulupakan tarikh yang mengesahkan bahawa diri dan hati ini telah menjadi milikmu sepenuhnya... Abang... 5 tahun pertama usia perkahwinan kita telahpun kita lalui dengan sejuta dugaan ujian dan rintangan yang terlalu banyak onak dan duri... namun berkat kesabaran ketabahan dan semangat serta sokongan orang tua dan ahli keluarga kita... akhirnya ia telah membuahkan hasil yang diluar jangkaan kita... syukur ALHAMDULILLAH dipanjatkan kepadaNya atas segala limpah dan kurniaNya kepada kita selama ini Abang..... kehadiran 6 orang permata hati kita telah melengkapi dan menyempurnakan hidup kita dalam melayari bahtera kehidupan kita seterusnya Jazakallahhu khairan kathiraa... Abang... Marilah sama-sama kita bangunkan istana kita ini dengan segala-gala yang terbaik buat diri kita dan putera-puteri kesayangan kita kita kukuhkan dinding dan tembok rohani dan jasmani kita semua dengan cahaya dan redha Ilahi semoga kelak kita bakal menempati 'JANNAH'NYA... Abang.... sebelum tirai keyboard ini berlabuh izinkan diri ini mohon jutaan kemaafan dan keampunan atas segala kekhilafan kelemahan kekurangan serta kedhaifanku selama hidup bersamamu Sesungguhnya aku amat bangga dan bertuah dengan kebahagiaan dan nikmat atas usia perkahwinan kita yang menjangkau 18 tahun pada hari ini semoga kita akan terus kekal bahagia dan bersama selamanya hingga ke syurgaNya...insyaAllah! Last buat not least.... Tonight is ours But if tomorrow never comes So let it be Cos the world can only turn around If you're with me! Still remember this love quotes that I'd sent to you 18 years ago? Kasih Sayangku untukmu selamanya... ♥ 4 ever...DZULAILY N KIDS... p/s: nota utk foto 1. keluarga besar Kedutaan Besar Malaysia Moscow (Dec 2011). 2. 4 ever luv U! 3. Kau dan aku selamanya! 4. ayahbondaku tercinta 5. Our beloved family with 6 kids! *** Sebuah imbasan kembali catatan memori ulangtahun perkahwinan kami yang ke-18 pada 06 Jun 2011 yang lalu.... yang telah saya tulis dan tujukan buat suami tersayang dalam 'message FB'. Sengaja di letak dalam blog ini bagi mengenang kembali kenangan manis itu dan juga bersempena dengan kehadiran bakal cahayamata kami yang ke-7 pada pertengahan Mac 2012 nanti....Semoga semakin meriah dan ceria lagi mahligai rumahtangga kami nanti...insyaAllah!*** |
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
Tuesday, 17 January 2012
SEBUAH MEMORI INDAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....