Saturday 19 September 2020

KAZIM ELIAS : KEBERANIAN MALCOLM X

KAZIM ELIAS : KEBERANIAN MALCOLM X

karya Sabri A. Hamid, September 11, 2020

"Sekiranya norma baharu ini dilanjutkan

selamanya, maka ianya tidak lagi normal .." - Ustaz Kazim Elias


Penampilan terbaru Kazim Elias adalah usaha yang patut dipuji dalam menegakkan kebenaran, berdasarkan apa yang  telah beliau nyatakan. Dengan keberanian beliau untuk membela kebenaran, beliau dengan tepat menunjukkan kerisauan tentang norma baharu ini ie.(jarak 1 meter ketika menunaikan solat) oleh kerana ancaman “Pandemik” ini; dimana penjarakan satu meter sewaktu solat itu tidak boleh kekal dalam menerapkannya di dalam agama Islam.


Beliau mengatakan bahawa “ya” kita boleh mengatakan yang kita boleh menerima norma yang baharu ini, "tetapi sampai bila?" ujar Beliau.  Beliau lebih jauh mengatakan, "akan tetapi jika hal baharu ini bertentangan sama sekali dengan sunnah yang berasal dari baginda Rasulullah (ﷺ), maka masalah ini harus dibahas dan dikaji semula dengan lebih teliti di dalam pelaksanaannya”.


Beliau juga mengatakan bahawa tidak ada yang lebih baik daripada ajaran yang dibawa oleh islam. Beliau mengatakan lagi bahawa, “kita tidak boleh mengatakan bahawa ada cara lain yang lebih baik daripada apa yang diberikan oleh Islam kepada kita dalam menangani masalah ini". Sekiranya norma baharu ini dipraktikkan di dalam sunnah islam "selama-lamanya", maka itu tidak lagi normal. Dia kemudian mengatakan bahawa dia takut ada perkara lain di sebalik Pandemik ini dan kajian harus dilakukan secara menyeluruh dan lebih dalam lagi. Sepertinya ada agenda lain disebalik situasi Pandemik ini.


Kemudian Beliau mengatakan, dimana pada awal Pandemik ini terdapat begitu banyak ketakutan, banyak video yang muncul di merata tempat mengenai betapa bahayanya keadaan di Wuhan di mana seorang individu itu tiba-tiba jatuh, tiba-tiba mati, panik di hospital kerana terlalu penuh dan sukar untuk memasukinya kecuali jika didapati positif atau menunjukkan ada tanda-tanda; akan tetapi setelah virus ini sudah tersebar di seluruh dunia dengan ratusan ribu kes kematian, tiba-tiba rasa panik dan kematian mengejut seperti video rakaman orang yang mati akibat COVID-19 seperti sebelumnya tidak ada lagi kelihatan  malahan terus hilang dan senyap begitu sahaja. Yang ada hanyalah berita akan pertambahan kes-kes baharu sahaja.


Islam adalah kebenaran, ajaran yang telah dibawa oleh nabi Muhammad (ﷺ) daripada tuhan semesta alam. Seharusnya tidak ada kompromi di dalam agama Islam, dengan mengubah cara solat solat berjemaah dari cari asal kepada cara yang baru. Tidak wajar kiranya dengan hanya menerima bulat-bulat cara solat berjemaah  norma baru; Yang lebih menyedihkan lagi adalah kita mengikut  dan melakukan saja sunnah dari W.H.O. tanpa memepersoalkan impaknya terhadap ibadah kita.


Beliau menegaskan bahawa para Ulama (secara tidak langsung) harus memikirkan kembali sama ada wajar atau tidak cara perlaksanaan Solat berjemaah akibat dari masalah Pandemik ini, dengan mengubah cara-cara solat berjemaah dan menyebabkan sunnah asal diabaikan dan sunnah baharu pula diterima. Beliau berpendapat bahawa keadaan ini tidak boleh kekal dalam perlaksanaannya. Beliau mengatakan bahawa agama mesti didahulukan, bukannya norma baharu. Ustaz Kazim Elias juga mengatakan norma baharu ini, seolah-olah seperti mencipta versi baru agama "Islam", akibat daripada mengubah cara sunnah supaya sesuai dilaksanakan dalam keadaan Pandemik ini.


Beliau mengingatkan kembali kepada kita bahawa nabi kita (ﷺ) ada memberitahu kita untuk rapatkan bahu ketika berdiri  menunaikan solat berjemaah.  Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda;


Diriwayatkan oleh al-Bukhaari, 686;  Muslim, 425.

 Diriwayatkan dari ‘Abd -ullah ibn‘ Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“ Jadikanlah barisanmu lurus, berdiri bahu ke bahu dan tutup celah, dan jangan menolak tangan saudara-saudaramu.  Jangan tinggalkan jurang untuk Shaytaan.  Barangsiapa merapatkan saf, Allah akan membalasnya, dan barangsiapa memutuskan saf, maka Allah akan meninggalkannya.


Nabi Muhammad (ﷺ) juga bersabda;


Diriwayatkan oleh Abu Dawood, 666;  al-Nasaa'i, 819, 620.

Diriwayatkan bahawa al-Nu'maan ibn Basheer berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpaling menghadap orang-orang dan berkata,' Luruskan barisanmu, 'tiga kali,' Demi Allah, adalah lebih baik kamu meluruskan barisanmu atau Allah akan menciptakan perpecahan di antara hatimu. 'Dan aku melihat orang-orang berdiri, bahu  ke bahu, lutut ke lutut, pergelangan kaki ke pergelangan kaki. "


Tindakan keberaniannya mengingatkan kami akan Allahyarham Malcolm X (El-Hajj Malik El-Shabazz), di mana beliau (Malcolm) menegakkan kebenaran dan menentang ketidakadilan serta penindasan yang dihadapi olehnya pada zaman beliau. Antara perkara yang dilakukan oleh Malcolm, beliau hendak menghadapkan negaranya ie. (Amerika Syarikat), ke muka pengadilan dunia. 


Pada Awalnya, beliau berjuang untuk hak sivil bagi kaumnya sahaja sewaktu bersama gerakan yang bergelar “Nation of Islam”. Kumpulan ini telah banyak mengubah banduan dari tabiat buruk seperti meminum arak, berjudi, bermain wanita dan banyak lagi dan hasilnya apabila mereka keluar penjara, mereka menjadi orang yang sangat berguna serta berilmu. Malcolm adalah salah seorang contoh perubahan berikut. Akan tetapi Islam yang dibawakan oleh gerakan itu adalah bertentangan daripada ajaran Islam yang sebenar. Dahulunya, Beliau banyak dipengaruhi oleh ajaran ketua gerakan itu, di mana orang yang berkulit putih itu, sudah diciptakan jahat sejak azali, maka jika bertaubat seperti apa pun, akan tetap ke neraka.


Apabila Malcolm mengetahui akan kebenaran sebenar akan korupsi ajaran “Nation of Islam”, beliau berpisah dengan secara paksaan daripada pihak “Nation of Islam” itu sendiri. Setelah itu Malcolm pergi menunaikan ibadah Haji, serta pergi untuk belajar Islam yang sebenar. Ketika menunaikan Haji, Malcolm sangat terkejut apabila disana, orang yang berkulit putih, hitam, kuning serta kemerah-merahan; semuanya makan memakai pinggan yang sama, tidur ditempat yang sama, berkata-kata tanpa nada yang angkuh, seolah-olah tiada perbezaan langsung, sementara apa yang berlaku di negaranya sendiri adalah sebaliknya. Malcolm berpendapat, agama Islam ini dapat menyelesaikan masalah perkauman yang sangat kuat di Amerika Syarikat. Bagi beliau, kebencian dalam hatinya terhadap orang berkulit putih terubat dengan ajaran Islam yang sebenar, baginya masalahnya sudah selasai, akan tetapi selagi masalah kaumnya yang ditindas di Amerika belum selesai, Beliau tetap akan terus memperjuangkan kebenaran.


Setelah selesai ibadah Haji dan merantau ke negara2 luar serta berjumpa dengan ketua negara mereka, beliau sedar akan hakikat, masaalah yang di hadapinya di Amerika Syarikat, bukan lagi perjuangan hak sivil perkauman yang harus diketengahkan. Malcolm mengubah fokusnya kepada hak asasi manusia, supaya dapat menarik perhatian Dunia luar agar dapat dikemukakan permasalahan ini ke PBB. Walaupun tidak sempat untuk perkara ini dibawa ke muka pengadilan akibat Beliau ditembak sehingga mati, benih yang ditanam oleh beliau, sekarang mekar dan harum  diseluruh dunia.


Keberanian yang tiada tandingan, dari zamannya hingga kini. Tulang-tulangnya seakan diperbuat daripada besi! Bayangkan, Malcolm mahu menghukum negara Amerika Syarikat itu sendiri dengan membawa mereka ke muka pengadilan untuk diadili? Menakjubkan!

Berbalik kepada topik Pandemic ini, kami ingin mempersoalkan tentang pemakaian topeng muka ketika menunaikan solat. Dimana, semasa melakukan "Sujud" ketika bersolat, 7 anggota badan mestilah menyentuh bumi, bahagiannya adalah;


- 2 hujung telapak kaki

- 2 lutut

- 2 telapak tangan

- Serta 1 bahagian muka, (bermaksud dahi serta hidung).


Kira, berapa jumlahnya? Jumlahnya adalah 7 bahagian, bukannya 6 setengah.  Dahi dan hidung dikira sebagai satu bahagian.  Dengan memakai topeng, bagaimana hidung boleh menyentuh tempat sujud?  Bukankah degan memakai topeng muka apabila bersolat, menyebabkan hanya 6 setengah daripada 7 bahagian yang sepatutnya bersentuhan dengan tempat sujud.


Salah satu hadis yang menyebutkan tetang perkara di atas mengenai 7 bahagian anggota badan yang mesti menyentuh bumi semasa bersujud adalah;


Sahih al-Bukhari 809

Diriwayatkan oleh Ibn `Abbas:

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam diperintahkan (oleh Allah) untuk sujud pada tujuh bahagian dan tidak menyelipkan pakaian atau rambut (ketika bersolat).  Bahagian tersebut adalah: dahi (bersama dengan hujung hidung), kedua tangan, kedua lutut, dan (jari kaki) kedua kaki.


Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya, tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Kalau tidak, sudah lama seekor lembu sudah melompat dengan sendirinya ke bulan. Dengan izin-Nya, Allah telah memilih Ustaz Kazim Elias, untuk mengingatkan kita akan kebenaran.  Kebenaran yang sudah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam. Beliau mempunyai pengaruh serta platform untuk di dengari orang ramai, terdapat banyak di negara kita orang yang menonton ceramahnya, dari golongan muda dan hingga golongan yang sudah berumur.  Sekarang, adalah bagi kita untuk menyahut cabaran ini, serta bertindak untuk menegakkan sunnah nabi kita nabi Muhammad (ﷺ) dan menyatakan perkara yang benar itu sebagai benar, yang salah sebagai salah.


Kami berdoa kepada Allah SWT untuk kesembuhan buat Uztaz Kazim Elias, kerana beliau sekarang sakit dan berada di hospital.  Semoga Allah memberinya Syifa’ dan mengurniakan Beliau Syurga di atas keberanian yang ditunjukkannya dalam menegakkan kebenaran. 


Kami berani mengatakan, bahawa beliau memiliki “tulang besi”, para "Ulama" di rantau ini harus lah mencontohi keberaniannya untuk menegakkan kebenaran. Jangan menjadi seperti pasir, yang hanya mengikut arah angin kemana sahaja ia bertiup. Semoga para Ulama Islam berhenti bersembunyi di  sebalik bayang-bayang dan seharusnya melangkah ke cahaya, kerana bayang itu tidak dapat wujud jika tiada cahaya.


SABRI A. HAMID

A man who doesn’t own a car, doesn’t own a house, have a lovely family, lovely wife and a lovely daughter.

Tuesday 1 September 2020

POLIGAMI ANTARA SUNNAH DAN SUNAT

  POLIGAMI ANTARA SUNNAH DAN SUNAT


Baru-baru ini terjadi satu perbincangan hangat antara saya dan hamba ALLAH yang saya hormati tentang poligami.


Di akhir perbincangan, saya mendapat teguran tentang kesalahan yang mana saya hormati teguran beliau, walaupun tanpa menyebut di mana silapnya dan mendakwa saya hanya mengikut hawa nafsu semata-mata.


Saya biarkan sahaja tanpa membalasnya, kerana mengira mungkin kesilapan tidak mendatangkan dalil-dalil yang kukuh tentang poligami.


Dengan sebab itu saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan lebih lanjut tentang poligami mengikut syarak, walaupun saya tahu kebanyakan kaum hawa menggigil bila menyentuh isu ini termasuklah saya.


Namun apakan daya, benda yang termaktub di dalam kitab suci al-quran, menghalalkan 4 perempuan bagi seorang lelaki dengan ikatan perkahwinan, terpaksalah akur dengan aturan ALLAH S.W.T. Semoga ganjaran syurga kepada kaum hawa yang bersabar dengan titian poligami.


Sebagaimana sedia maklum poligami lawannya monogami iaitu perkahwinan lebih dari satu dengan mana2 wanita yang halal baginya dikahwini.


HUKUMNYA???


Ramai menganggap poligami adalah sunat kerana RASULULLAH mengamalkan poligami. Perlu diingat berbeza sunnah dan sunat. 


Sunnah adalah semua yang berkaitan dengan Rasulullah yang merupakan sumber rujukan kedua kepada agama bagi umat islam selepas al-quran. Peranannya juga bagi merungkaikan kekusutan ayat alquran yang sukar difahami skaligus menjadi role model kepada manusia. 


Adapun sunat adalah hukum dalam ibaadah. Amalan sunat akan mendapat ganjaran bagi si pelaku, dan tidak berdosa bagi yang meninggalkannya. Ada perkara yang Rasulullah lakukan jatuh kepada wajib, ada perkara menjadi sunat, dan ada perkara menjadi harus kepada kita mengikut keadaan. (Perkara ini berat untuk dibincangkan secara mendalam. Semoga semua diberi kefahaman tentang ini)


Sekiranya hukumnya sunat kenapa hanya empat? tidak sembilan sebagaimana bilangan isteri2 RASULULLAH. (Nampak kan?)

 

Sebenarnya #hukum asal kepada #poligami adalah #HARUS. 


Dalilnya : "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan2 yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan hati daripada kalangan perempuan-perempuan (lain yang bukan anak yatim), dua, tiga atau empat, 

(Annisa' : 3)


Walau bagaimanapun, #hukum poligami boleh menjadi #SUNAT, #MAKRUH, dan #HARAM mengikut keadaan kaum Adam yang ingin berpoligami. Berikut adalah Keadaan-keadaannya :


1. SUNAT - suami memerlukan isteri yang lain; contoh, tidak cukup satu isteri atau isterinya sakit yang tidak mampu memberikan anak dan  mampu berlaku adil.


2. MAKRUH - bukan keperluan tapi hanya keseronokan semata-mata dan meragui kemampuan berlaku adil. Boleh Berlaku kemudharatan kepada isteri disebabkan tidak mampu berlaku adil. Dalil hadis "tinggalkan perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu"


3. HARAM - yakin tidak mampu berlaku adil dari segi nafkah zahir dan batin. Ini kerana boleh memberikan kemudharatan kepada isteri. 


Dalilnya : "kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri2 kamu), maka (berkahwinlah) dengan seorang perempuan sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kau miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk mencegah kamu tidak melakukan kezaliman.

(Annisa' : 3)


Dalil daripada hadis " tidak harus melakukan kemudharatan dan tidak harus saling memudharatkan"


Sekiranya berlaku keadaan 2 dan 3, maka perkahwinan tetap sah dan halal. Namun tetap menjadi kewajipan ke atas si suami memberikan mas kahwin, nafkah sekalipun hukumnya makruh dan haram.


Apakah keadilan yang boleh isteri-isteri tuntut?

 

Tuntutan nafkah si isteri adalah tempat tinggal, tempat tidur dan pergaulan yang baik, serta kewajipan si suami terhadap isteri-isterinya.


Adapun dari segi perasaan kasih sayang bukanlah keadilan yang mesti diperolehi oleh isteri-isteri selagi tidak membawa kepada kezaliman. Ini kerana manusia tidak akan mampu menimbang perasaan kasih sayang dengan sama rata.


Apakah hikmah dibenarkan poligami?


1. Menjaga kesucian mereka yang tidak cukup seorang isteri. Ini adalah fitrah semulajadi manusia. Berpoligami yang diiringi dengan penjagaan pensyariatan lebih baik daripada terjerumus dengan kegiatan zina.


2. Mengelakkan kaum hawa diburu oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab tanpa akad yang boleh menjamin masa depan anaknya. Ini lebih baik dari menjadi perempuan simpanan yang akhirnya membawa kekecewaan dan kemusnahan.


Keadaan yang membenarkan poligami :


1. Isteri tiada kenginan terhadap suami kerana sebab-sebab semulajadi atau sakit, sedangkan suami berkeinginan tinggi terhadap isteri.


2. Berlaku peperangan yang mengorbankan ramai lelaki. Ini menyebabkan bilangan wanita melebihi lelaki. Rasulullah sendiri mengahwini wanita yang berhijrah meninggalkan kaum keluarganya bersendirian, dan juga menjadi pelindung dengan mengahwini wanita yang kematian suami di medan perang.


3. Isteri tidak mampu memberikan anak sedangkan si suami amat menginginkannya. Ye, keadaan ini juga memberi kesan kepada emosi saya kerana masih belum dikurniakan anak, namun apakan daya sekiranya itu yang terbaik dan mampu memberikan kebahagiaan buat suami, saya akur akan ketentuanNya.

 

Pencerahan ini bukanlah bermaksud saya tidak bersetuju poligami bahkan wajib saya beriman dengan ayat2 suci alquran secara menyeluruh, bukan mengikut selera nafsu semata2. 


Saya juga tidak berniat menghentam kaum lelaki yang ingin berpoligami dan bukan juga membela kaum isteri, bahkan hanyalah untuk membuka mata masyarakat apakah poligami mengikut kaca mata islam, supaya sistem kekeluargaan lebih harmoni dan tenteram.


Pesanan buat kaum Muslimin dan Muslimat


Secalit Pesanan kepada sang suami yang mahu membuka cawangan, ukurlah dengan sebaiknya panduan-panduan yang telah digariskan oleh syarak dengan kemampuan kalian, bukan hanya mengambil yang seronok dan melepaskan yang berat iaitu tanggungjawab sebagai ketua dalam rumahtangga. 


Ikutlah betul-betul sunnah Rasulullah yang mana sangat menitik beratkan urusan rumahtangga sebagaimana hadis yang berbunyi "sebaik-baik dikalangan kalian, yang mana kamu berbuat baik kepada keluarganya, dan Akulah yang paling baik kepada ahli keluargaku"


Rasulullah sentiasa membantu isteri hatta di dapur, Rasulullah juga sentiasa melayan isteri-isterinya dengan penuh romantik, membawa isteri-isteri ikut bermusafir mengikut undian. Membawa hadiah setelah pulang dari jauh, mengajar ilmu dan bermain tanpa jemu melayan kerenah ummul mukminin. Perlu diingat Saidatina Aisyah satu-satunya isteri baginda yang perawan. Tepuk kepala tanya akal betul-betul mengikut sunnahkah aku?? 


Penyalahgunaan sesetengah orang jahil terhadap hak-hak berpoligami tidak menafikan hikmat islam mengharuskan poligami. Islam tidak bertanggungjawab terhadap tindakan buruk serta kebodohan golongan tersebut.


Islam tidak mengharuskan poligami untuk dijadikan senjata yang boleh menzalimi isteri. Sebaliknya Islam mensyariatkannya untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menghapuskan perkara yang menjerumus ke lembah kehinaan.


Dengan sebab-sebab yang disebut serta syarat-syarat yang digariskan syarak, Islam mengharuskan poligami dan tidak mewajibkannya. Dalam masa yang sama Islam melingkunginya dengan jaminan-jaminan akhlak dan hak-hak tertentu.


Juga pesanan kepada sang isteri termasuk saya, jangan terlalu anti poligami sehingga mudah jari dan tangan kita kongsi maklumat yang tidak tepat kerana nafsu. Perlu diingat Slogan 'Anti Poligami' adalah suntikan halus musuh islam supaya tampak islam menzalimi kaum wanita serta memburukkan imej Rasulullah s.w.t. kerana membenarkan dan mengamalkan poligami.


Jangan kita mengharamkan yang halal disisi ALLAH sebagaimana teguran ALLAH kepada nabi yang berbunyi "wahai nabi! Mengapa engkau mengharamkan apa yang dihalalkan oleh ALLAH bagimu?". Jangan jadi seperti ahli kitab yang terdahulu menidakkan yang halal dan membenarkan yang haram mengikut selera hawa nafsu mereka yang akhirnya ke lembah kehinaan.


Berkongsi kasih dengan yang lain sememangnya pahit untuk ditelan, namun perlu akur dengan aturan tuhan yang menyediakan ganjaran tidak terhingga bagi isteri-isteri yang redha dengan ketentuan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua pihak, juga menambahkan ilmu feqah yang perlu dipelajari setiap individu yang bergelar muslim. Masyarakat yang harmoni bermula dari rumahtangga yang bahagia. Rumahtangga yang bahagia bermula dari individu yang berilmu, beramal dan beriman.


Sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini, saya berbesar hati menerima teguran berilmiah dan menambah fakta yang bermanfaat untuk semua.


Sumber rujukan : FIQH MANHAJI


Hasil nukilan

Amnah Mohamed

01/09/2020

1.00pagi.


*copy paste ilmu*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...