Tuesday 24 March 2020

KRONOLOGI COVID-19 DI MALAYSIA

KRONOLOGI COVID-19 DI MALAYSIA

3 PELANCONG CHINA PEMBAWA VIRUS COVID19 PERTAMA KE MALAYSIA! SEBAHAGIAN KES DI MALAYSIA SEMUANYA BERPUNCA DARIPADA PELANCONG CHINA YANG DIBENARKAN MELAWAT MALAYSIA!

Ketika kecoh isu virus covid19 atau sebelumnya dikenali sebagai koronavirus, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu mengambil sikap mudah dan tidak serius.

Malah suara dan pandangan rakyat agar kerajaan menyekat kedatangan pelancong China di Malaysia dipandang enteng oleh kerajaan. Malah kerajaan memarahi rakyat agar tidak mendiskriminasi pelancong China yang datang ke Malaysia. Semuanya dikatakan adalah faktor penyumbang ekonomi kepada Negara.

Hasilnya, ribuan pelancong dan rakyat China yang lari dari virus tersebut di Negara mereka sendiri, sebenarnya telah membawa malapetaka kepada seluruh dunia.

Malah sebahagian kes covid19 yang berlaku di Malaysia semuanya adalah berpunca dari pelancong China ke Malaysia. Mereka telah menyebarkan virus ini secara mendadak dan hasilnya ada rakyat Malaysia sendiri yang menjadi korban virus tersebut.

Berikut merupakan antara kronologi covid19 yang melibatkan pelancong China yang datang ke Malaysia;

25 Januari -Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

27 Januari- Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta. Tetapi warga Negara China dari daerah lain masih dibenarkan melancong ke Malaysia walaupun ketika itu kes di China telah meningkat mendadak.

29 Januari-Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China. Ini merupakan antara tindakan kurang bijak sebenarnya.

4 Februari- Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Januari. Mereka ini menjalani ‘self-quarantine’ di rumah masing-masing. Dikatakan ada diantara mereka yang ingkar dengan keluar berjumpa saudara mara dan rakan-rakan serta bergerak aktif.

4 Februari- Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari.

6 Februari- Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Februari- Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari.

8 Februari- Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes.

14 Februari- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 22. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

Dan akhirnya pada 16 Mac 2020 setelah menyedari wabak ini semakin menular dengan serius di seluruh pelusuk Negara dan boleh menjadikan Malaysia ‘Negara Zombie’ jika tidak dikawal, maka Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Ternyata kebodohan kerajaan PH selama ini yang kurang cekap dan bertindak tidak rasional telah mengakibatkan malapetaka kepada Negara. Dahulunya kemasukan pelancong China dikatakan demi merancakkan ekonomi Negara tapi tanpa sedar kini ekonomi negara lumpuh akibat penularan wabak ini.

Dan paling menyedihkan, akibat tindakan bodoh pimpinan kita, nyawa rakyat telah melayang. Adakah bernilai semua ini?

Dan menjadi tanda tanya, adakah semua bekas pimpinan PH yang pernah menerajui kerajaan sebelum ini kesal dan sedih dengan tindakan bodoh mereka selama ini yang telah mengakibatkan bencana ini menjadi semakin serius dan membimbangkan? Atau mereka langsung tidak berasa bersalah dan terus bermain politik?

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...