Friday, 23 September 2022

Dahsyatnya Surah Al-Mulk

 Dahsyatnya Surah Al-Mulk

Nak tahu dahsyat ke tak dahsyat surah ni, selepas semua orang pakat balik belaka, selepas kita dikuburkan, anak-anak, isteri atau suami, mak atau ayah, kawan-kawan tempat kerja kita, jiran-jiran kita, tok imam semua beredar. 

Maka tinggal kita seorang diri dalam tanah. Nak harapkan siapa lagi pada waktu tu ? 

Tapi tidak bagi orang yang setiap malam sebelum tidur dia baca surah al-Mulk ni.

Al-Mulk itu Dia datang menjelmakan diri sebagai “Peguambela" yang paling fasih dan handal, hingga kita berjaya terlepas dari siksa kubur.

Walaupun kita bukan ustaz atau ustazah, bukan tok guru, bukan orang alim, malah masa hidup di dunia dulu pun orang bukannya pandang kita sangat, kerja pun biasa-biasa saja, kadang tak mampu nak bangun solat malam macam orang lain.

Tapi dia, sebelum tidur setiap malam dia “berkawan" dengan al-Mulk, dia tak tinggal. Al-Mulk jadi kasih dan cinta pada dia. Al-Mulk ni tak peduli.

Umpama al-Mulk ni nak bagi tahu pada dia “Masa kamu hidup dulu, kamu susah payah baca aku dan ingat pada aku, sekarang tiba masa aku akan membalas jasa kamu".

Lekas ambil peluang dan kesempatan sementara Allah belum cabut nyawa ini, untuk kita membaca surah al-Mulk setiap malam.

Mudah-mudahan al-Mulk kenal dan sanggup membela kita nanti .Insya Allah 

Kerana hidup kita pun tak lama, dan masing-masing tahu belaka dimana destinasi akhir lepas nyawa diambil.

Bersedia sebelum menyesal. Nabi nak sangat ummat dia baca surah ini setiap malam.

Semuga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...