Friday 1 May 2020

Dilema di sebalik Moratorium

Masa dpt Motarium News semua senyap seribu bahasa.
Mn x nya. Semua buat kluar calculator..
Duit kereta RM 1000 x 6 bulan
Duit loan personal RM 1500 x 6 bulan
Duit Bla bla bla RM 500 x 6 bulan
Total RM 3000 x 6 bulan = RM 18,000..
Itu belum duit rumah klau yg ambil loan bank.

Wow Lebihan simpanan duit RM 18,000.
Tp bila tang byr interest kereta..
RM 50,000 x 4% ÷ 12 bulan = RM 166/month
Dia pnya sembang, habes kluar, cik kiah, abah, walid, amma, appa.. Atuk.. Nenek.. Moyang...

Ko jimat RM 18k selama 6 bulan, nk keluar RM 160
Mak ai.. Hbes salah kerjaan.. Ke salah calculation aku. Klau salah mohon betulkan..
Bantuan bukan je B40(RM1600), M40(RM1000) pon dpt. Yg keje
kerajaan n pesara pon lg dpt RM 500..

Yg bisnes. RM 3000 one off. Pkerja kurang dr 75 org RM 1200/pekerja dpt,. RM 1billion di laburkan utk tabung makanan utk psediaan.. Yg mn pniaga 0% loan selama 6 bulan x pyh byar dan max RM75k..

Yg bujang, goyang telur pon dpt RM 800 ke x silap aku.. aku main tlis yg mn ingt je ni. Maafkan aku klau tlupa/silap.. Yg bwa grab/teksi dll pon dpt bantuan.. eh byk plak bntuan ni.. tp sbb 3-5% interest kereta, maka ramailah yg mula "memuji" kerjaan dgn memaki hamun..

Diskaun bil elektrik, PTPTN, Tekun, Mara, Sewaan Premis Kerajaan, Bantuan NADMA pon dpt.. RM 100/Day kot yg mn tjejas dgn C-19. Utk stdent lak dpt bekalan makanan harian.. Bermasak.. Tinggal makan je.. N then ada lg bantuan kerjaan bg RM200 utk stdent..

Come on guys.. agak2 klau dk d bawah pmerintahan yg lain dpt ke motarium 6 bulan? Dpt ke benefit2 yg skrg rkyat sdang nikmati.. Aku x cakap krjaan mana, korang pikir sendiri, Mybe kerjaan Zimbabwe, Indonesia dan lain-lain.. Nk salahkn kerjaan kerana sbb xleh kluar krja.. itu g salahkan kerjaan China tu, knp dia sebarkan Covid19.

Dan bukan shj Malaysia tp Seluruh Dunia tengah mghadapi krisis penyakit n ekonomi.. tp kita d Malaysia, our PM msukkn lg dana kpd KKM utk bntu frontliner, bekalkn alatan dll smpai kita bjaya kekang pnyebaran C-19 scra bkesan.. And The Best part kita bjaya mncuri tumpuan dunia sbb kejayaan pengawalan ini.. Top 3 kot. Korang x bangga ke??

Kpd frontliner plak, dpt plak claim RM600/sebulan. Walau ada isu sikit psl ketidakadilan, tp kerajaan dah mnagae balik.. Wow, "Zalimnya" kerjaan skrg nie.. Asyik keluar duit je.. n apa yg krjaan mnta dr kita.. cuma 1 je guys..
#StayAtHome..

Aku malas cakap byk.. Cuma 1 jela.. X reti bersyukur ke? Allah beri rezeki RM 10-30k EXTRA INCOME.. Tp, Allah just tarik interest kereta mybe dlm RM 300-1000 tgk pd kereta mana korang pakai...

Soal bisnes teruk, soal ekonomi korang x pyh smbang la. Amerika yg Kuasa Ekonomi Dunia pon terciduk, kes Covid 19 mereka tertinggi.. Italy smpai doktor n paramedik sana dah x bdaya, tp kita ada PM, Barisan Kepimpinan Malaysia, frontliner yg btugas siang malam utk Malaysia.. Korang lak jadi Jabatan Netizen Negara Gred Jusa C..

Kadang kita nak nmpak apa yg kita nak shj, tp kita lupa atau buat2 x nampak dgn apa yg kita dah terima.. Bersyukur itu lebih baik..

Syabas.. Malaysian... Minta Netizen Kecam sikit.

Sekian, Mak Long Man.. (Makluman)

-Deen-
#KebunCetak
#PembekalBaju
#KilangCetakBaju
Your Design We Finalise

Sumber: FB Deen is at Kebun Cetak

         ----------------/////---------------------
Hire purchase ada interest

Kalau interest kereta kau sebulan RM200, tak bayar 6 bulan, jadi ada RM1,200.

RM1,200 tu akan dibayar dalam ansuran bulanan bermula Oktober selepas moratorium 6 bulan tamat

Loan kau ada lagi 7 tahun, RM1,200 bahagi 84 bulan, bermula Oktober extra RM14.30 sebulan

Jika sebelum ni installment kau RM1,350 sebulan, bermula Oktober kau kena start bayar RM1,364.30

Faham ke tak? Kenapa nak pening? Loan is loan lah, bank is bank, no free meal in this world. Mereka pun perlu ada margin (untung). Ni semua perangai geng geng pinjam duit kawan buat buat lupa atau bila kawan suruh bayar bagi alasan takda business, takda sales lah kan 😑🙄

Ehhh dulu time beli kereta, siap cakap masa bank interview "takpa cik, interest ikut market janji loan lulus jer nak pakai kereta raya ni" Lupa ke 😝😁

Sumber:FB Mohd Khairul Mk

-----------//---------------///--------------////----------

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.

Siraj Fahmi

#FinancialBoutiqueSpecialist
#TSIGroup

Sumber

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...