Bebelan di petang hari.
Berkerja di Klinik Kesihatan ni mcm2 kes kite kena tgk..ada yg buat kita sakit hati, geli hati, panas hati, dan mcm2 lagi perasaan lain ๐
Setiap pesakit yg dtg lain2 komplen nye. Ada yg gatal kepala, gatal kaki, gatal tempat 'tu' (penile or vaginal discharge ๐คญ), ada yg dtg sebab bengkak gusi, bengkak bibir, bengkak mata, bengkak perut, bengkak kaki. Ada dtg sbb mata merah,mata kuning, mata ketumbit, mata rabun etc. Tu belum lagi pakcik makcik yg baru muncul selepas 3 bulan berkurung di rumah patuh arahan PM masa MCO dtg dgn pakej gula berpuluh2 and BP beratus2 sbb x dtg ambil ubat..๐ช
Ada hari pesakit dtg duduk dan terus pegang tgn kita menangis, ada hari pesakit dtg bawak anak checkup je tp end up menangis jugak meluahkan rasa suami curang atau suami pukul, atau tak puas hati dgn mertua masa berpantang. Ada pakcik makcik yg dtg checkup diabetes atau darah tinggi pon menangis jugak bila kita tersilap tanya pasal anak2 ๐
Mcm2 kes kite kena handle. Semua benda kena diteliti. Pesakit harus dilihat secara holistik. Merawat sakit physical, emosi dan mental mereka. Pada siapa lagi diorang rakyat marhaen ni nak minta rawatan kalau bukan di KK. Ye golongan2 ni bukan yg berduit utk ke klinik atau hospital swasta.
Saja nak bebel ptg hari ni. Jika tenaga kerja tak cukup atau dibahagi 2 di KK (nak start system 2 shift), mungkin kita Touch n Go saje lah tgk pesakit. Sbb bebanan kerja tak tertanggung. Mungkin lah. Harap ada lah pembambahan staff kalau betul nak buat system shift.
Nota kaki
Tak boleh lupa cerita pakcik yg dtg klinik bagitau, dia rasa air kencing dia utk tahu gula dia tinggi ke tak sepanjang MCO ๐๐๐
#bebelansaja
#ilovemyjob
#MOkk
#primarycaredoctor
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....