Sunday 26 July 2020

SEBUAH PERKONGSIAN : 25 JULAI 2020

KAMALUDDIN AZLJ 10537:
BERITA EDISI AWAL - 25.07.20.

1.Gereja Orthodox Greece kesal dengan penukaran status Hagia Sophia dari sebuah gereja kepada masjid oleh kerajaan Turki.

.

2.Sebuah pesawat pejuang US terbang berhampiran dengan kapal terbang penumpang Iran dan menimbulkan rasa panik.

.

3.Wanita German yang juga seorang aktivitis Hella Mewis di bebaskan oleh kerajaan Iraq selepas menahan nya di Baghdad.

.

4.Sejumlah 650 keluarga dari etnik Rohingya mendapat penempatan baru di COx Bazar.

.

5.Atlit skateboard kelahiran China tetapi mewakili Singapura  Jessica Shuran Yu mendakwa di dera dengan turut di pukul hingga berdarah olej jurulatih China semasa berlatih di negara tersebut.

.

6.Kelasi kapal yang tidak di kuarantin mungkin menjadi penyebab utama kepada sebaran pandemik Covid di Hong Kong.

.

7.PM Britain Boris Johnson berkata wabak Covid-19 di negara itu mungkin pulih pada pertengahan tahun 2021 namun kebimbangan terhadap gelombang kedua tetap ada.

.

8.Jumlah jangkitan kes Covid-19 di Afrika Selatan mungkin lebih tinggi berbanding data rasmi menurut laporan dari Majlis Penyelidikan Perubatan Afrika Selatan (SAMRC)

.

BERITA DALAM NEGARA:

9.Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menyambut baik pengumuman penyelesaian berjumlah RM16.6 bilion yang dicapai antara kerajaan Malaysia dengan bank antarabangsa Goldman Sachs (GS) bagi tuntutan berhubung salah laku dan penyelewengan membabitkan 1MDB.

.

10.Harga petrol RON95 dan 97 turun 4 sen manakala disel turun 5 sen.

.

11.Mulai hari ini (jumaat) kerajaan tidak lagi berkompromi dalam soal kuarantin wajib bagi rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air dari luar negara.

.

12.Sebanyak 21 kes baru Covid di catat hari ini yang merupakan peningkatan selepas cuma 9 kes baru semalam.Angka kes pulih adalah 3.Ini menjadikan jumlah mereka yang di rawat di wad adalah 161 orang.

.

13.Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye mendesak kerajaan supaya tidak menetapkan standard dalam penggunaan pelitup muka seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

.

14.Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 3 kluster baru Covid-19 terdiri daripada kluster Elsa, PUI Ramnad dan PUI Al Khobar yang berpunca dari kes import.

.

15.Susulan peningkatan kes Covid-19 kepada 2 digit, PDRM akan lebih tegas dalam menguatkuasakan SOP .

.

16.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, akan mempertingkatkan lagi ujian secara rawak bagi kluster Sentosa yang merekodkan 8 kes baru positif Covid-19 hari ini, kata pengerusinya Douglas Uggah Embas.

.

17.Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mempertimbangkan untuk mengecilkan skop gelembung perjalanan (travel bubble) bukan hanya antara negara yang berstatus zon hijau Covid-19, tetapi kepada wilayah tertentu atau destinasi khusus yang bebas daripada wabak tersebut.

.

18.Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata mereka sentiasa memantau bekalan barangan di seluruh negara dari semasa ke semasa sepanjang PKPP.

.

19.Seramai 215 orang pelajar dari Sepang yang akan menduduki SPM akan menerima bantuan makanan percuma menerusi “Program Bantu” Pasca Covid-19.

.

20.Anak syarikat penerbangan Singapore Airlines, Scoot dijadualkan menyambung semula penerbangan ke Kuala Lumpur bermula Ogos ini berikutan pembukaan semula laluan ke Kuching, Ipoh dan Pulau Pinang pada Jun lalu.

.

POLITIK DAN ISU SEMASA:

21.Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu sedia menerima semula Muhyiddin Yassin sekiranya perdana menteri itu berminat untuk berbuat demikian dan Umno juga boleh mengubah keputusan pemecatan terhadap Muhyiddin yang dibuat pada 2016.

.

22.Perikatan Nasional akan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon mewakili mereka dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim, bulan depan kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

.

23.Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal menafikan dakwaan kononnya mereka cuba menyembunyikan ADUN Warisan agar tidak meninggalkan parti.

.

PENGUATKUASAAN DAN UNDANG - UNDANG:

24.Goldman Sachs mencapai persetujuan dengan kerajaan Malaysia untuk memulangkan wang sebanyak USD 3.9 bilion yang merupakan wang 1MDB.

.

25.Kumpulan pelaksana dikenal pasti antara yang paling banyak terlibat dalam kes rasuah, membabitkan sektor perkhidmatan awam pada 2019, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

.

26.Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di Kampung Jering, Ayer Tawar di Lumut.

.

27.Lapan suspek terbabit dalam kes kanak-kanak bawah umur dirogol dan dilacurkan bapa kandung akan ditahan dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007 dan Kanun Keseksaan, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat.

Copy and paste*

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...