*Sesuatu Yg Tidak Kena Dlm Arena Politik Skrg.*
*Yang mana satu DIRI ANDA?*
*1.* Perasuah dibebaskan, dipuja dan disanjung. Malah mereka diberikan jawatan2 penting dlm kerajaan. Pemimpin2 yg diangkat menjadi pemimpin adalah mereka2 yg dicemari dgn gejala Jenayah, Rasuah, Perompak, Penyangak, Penyalahguna Kuasa, Penyebar Fitnah, Pemutar Belit Kenyataan, Penipu dan Pembohong. Mereka itu ibarat Musang Berbulu Ayam.
*2.* Golongan2 cendiakawan dan agamawan diam membisu melihat segala kemungkaran yg berlaku. Mereka disogokkan dgn habuan dan jawatan2 utama dlm GLC. Mereka hanya menurut apa yg diperintahkan. Yg terlihat dipejamkan mata, yg terdengar dipekakkan telinga dan yg perlu dicakapkan dibisukan mulut dan lidah mereka.
*3.* Perpecahan Org2 Melayu pula semakin kritikal menerusi kewujudan berbagai2 parti dan persatuan2 NGO yg ditubuhkan di mana masing2 mendakwa merekalah yg betul dan terbaik. Masing2 bercakaran dan bertelagah sesama sendiri tanpa memikirkan akibat buruk pada generasi2 yg bakal menerajui negara pada masa akan datang.
*4.* Amalan Pengkhianatan semakin berleluasa dgn mengkhianati mandat rakyat yg memilih mereka secara adil melalui pilihanraya apabila disogokkan dgn berbagai2 habuan dan jawatan. Malah mereka juga tanpa ada rasa malu dan bersalah mengkhianati pemimpin2 mereka sendiri.
*5.* Sistem Penghakiman dan Penguatkuasa Undang2 dicengkam oleh tangan2 ghaib utk menghalalkan segala tindakan yg dilakukan. Undang2 yg dibuat hanya terpakai kepada rakyat semata2. Manakala para pemimpin pula bebas mencabuli undang2 tanpa halangan.
*6.* Bidang Kewartawanan Media Sosial dicemari dgn cerita2 fitnah dan juga berita2 palsu yg dikarang oleh penulis2 upahan yg tidak bermaruah.
*7.* Adab Etika dan Kesopanan dlm penulisan di media sosial semakin teruk dicemari dgn Kata2 Nista, Maki Hamun, Caci Mencaci, Cerca Mencerca, dan Sindir Menyindir yg keterlaluan.
*8.* Amalan Kleptokrasi membiak dgn subur di kalangan pemimpin2 yg merampas kuasa secara tidak bermoral. Mereka tanpa rasa takut dan segan mengaut sebanyak2nya kekayaan hasil negara ke dalam kantung peribadi mereka.
*9.* Amalan Kronisme dan Assobiyah diamalkan secara berleluasa tanpa rasa bersalah terhadap agama. Sikap Perkauman dan Rasis disemai ke dlm jiwa rakyat demi utk memenangkan mereka agar mereka terus kekal di atas singgahsana kepimpinan.
*10.* Yg miskin dibiarkan berterusan dlm kemiskinan supaya mereka akan sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan. Para pemimpin parti2 tersebut pula melakonkan aksi memberi bantuan supaya di minda masyarakat tersebut akan terpahat bahawa hanya pemimpin2 parti tersebut sahajalah yg berupaya memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka.
*11.* Rakyat ditindas, diperas, diugut, dikenakan tindakan dan hukuman supaya mereka merasa takut dan gentar terhadap pemimpin2 parti tersebut. Sesiapa saja yg engkar dan berhasrat menentangnya pasti akan menerima musibahnya.
*12.* KEKAYAAN dan KEKUASAAN adalah matlamat utama pemimpin2 skrg. Rakyat adalah HAMBA yg akan diperhambakan. Tergolek luka.., digolek pun terluka. Mereka2 yg berasa bangga dan gembira Mengampu dan Membodek cuma mendapat sisa2 hampas buangan yg tidak diperlukan lagi oleh pemimpin2 idola mereka.
# *Hidup Biarlah Bermaruah dan ada Jati Diri*
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....