Wednesday, 15 July 2020

πŸ’ž MUHASABAH DIRI - AKU DAN KAMU (YANG BERKENASN)πŸ’ž

πŸ”΄ Cerita pasal pergi Mekah ni
(tak kisah la umrah atau haji) sebenarnya pada pendapat peribadi aku
- ianya bukan sekadar pergi dan balik tapi lebih dari itu ialah
- apa yang kita cari?
- apa yang kita jumpa?
- apa yang kita bawa balik?

- ada ke kita jumpa Pemilik Kaabah atau kita cuma jumpa Kaabah Nya saja?

- ada ke kita bawa balik Islam atau kita cuma bawa balik ajwa dan zam-zam saja?

- dan bila kita balik kita katakan rindu
- ada ke kita rindukan Allah,
benar² rindukan Allah atau kita cuma rindukan suasana di sana?

- ada ke kita pergi untuk beribadah? (niat awalnya) atau akhirnya kita hanya mendapat pahala ziarah semata²?

- ada ke kita orang yang sama semasa di sana bila balik ke tanahair atau kita berubah² mengikut keadaan sekeliling?

Ada orang yang pergi lebih dari sekali tapi tetap tak jumpa apa yang dicari atau lebih tepat langsung tak tahu apa yang nak dicari atau patut dicari.

- jika nak berdakwah mengajak orang pergi menunaikan umrah/haji buatlah sungguh².
Orang akan lebih terkesan untuk ke sana apabila melihat perubahan positif kita yang balik dari Mekah membawa Islam dalam diri kita dan itu lebih bermakna dari 1000 selfie di Mekah.

Atau nak dakwah yang lagi hebat..cari orang susah yang tak mampu untuk ke sana dan sponsor dia ke sana. Ganjarannya? Tak perlu cakap la kann..

Di akhir zaman ini untuk menjadi TETAMU ALLAH lebih mudah berbanding menjadi HAMBA ALLAH.

Ada je mereka yang balik tapi masih dok membawang kat masjid.
Di Mekah boleh pulak tak merokok , kalau gian pun hisap kat bilik hotel.
Tapi bila balik? Kat area masjid, kedai makan selamba je hisap.

Ada je mereka yang balik masih mengenakan pakaian yang menampakkan susuk tubuh.
Tudung tak melepasi dada dan masih berbelit2 dengan fesyen.
Post gambar di socmed tapi aurat masih tak sempurna tutupnya.
Di Mekah boleh je muka tanpa makeup tapi di tempat sendiri habis tepung gomak berbagai warna ditempel pada muka. Perfume pulak heavy dan jenis yang menaikkan syahwat. Sebatu jauh boleh cium lagi.

Kenapa? Ada ke sebab Allah hanya berada di Mekah dan Madinah?

Persoalan ini bukan aku bikin untuk aku tanya kepada korang (so tak perlu jawab kat ruang komen) tapi untuk KITA RENUNGKAN DAN TANYA KEPADA DIRI KITA SENDIRI terutamanya yang dah pernah ke sana.

Istiqomah beb,

Istiqomah tu memang berat , kalau yang ringan tu namanya istirehat.

Penafian -

Aku menulis ni tidak mewakili mana2 ustaz atau da'i dan tidak juga untuk mengecam sesiapa.
Aku cuma menulis sebagai salah seorang yang pernah ke sana dan gagal bawak balik Islam dalam diri aku masa tu. (sekarang pun dok merangkak lagi)

#semogabermanfaat.
#haji2019
#copypaste
#muhasabahdiri

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...