Salam sahabat semua. Kali ini saya ingin berkongsi info tentang beberapa hikmat-hikmat Ayatul Kursi mengikut hadis. Diantaranya adalah :
1. Barangsipa membaca ayat al-Kursi sambil berbaring ditempat tidurnya, Allah S.W.T mewakilkan dua orang malaikat untuk memeliharanya hingga Subuh.
2. Barangsiapa membaca ayat al-Kursi diakhir setiap solat fardhu,dia akan berada dalam lindungan Allah S.W.T sehingga solat yang lain. Allah S.W.T akan menganugerahkan dia setiap hari orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan kepadanya rahmat.
3. Barangsiapa membaca ayat al-Kursi di akhir tiap solat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah S.W.T memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4. Barangsiapa membaca ayat al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah S.W.T mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya : mereka semua memoon keampunan dan mendoakan baginya.
5. Barangsiapa membaca ayat al-kursi di akhir solat, Allah S.W.T akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama-sama Nabi Allah sehingga mati syahid.
6. Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitan nescaya Allah S.W.T berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....