Wednesday, 9 March 2011

Hari Wanita dan Bacaan Yassin dan Doa Selamat

Salam sahabat semua. Bersempena dengan HARI WANITA ANTARABANGSA semalam, kami sekeluarga telah mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat bersama beberapa orang anak angkat kami student medic M2. Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah dari my hubby dan penerangan ringkas tentang tujuan dan maksud majlis ini diadakan.

Bersempena dengan keberangkatan kami sekeluarga ke Tanah Suci untuk menunaikan Umrah tidak berapa lama lagi, maka hajat untuk mengadakan majlis bacaan yassin dan doa selamat yang telah lama dirancang akhirnya tertunai juga walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan. Syukur alhamdulillah dengan kehadiran 8 orang mereka serta kami 8 beranak telah melengkap dan menyempurnakan majlis ini.

Tidak banyak jenis juadah yang dihidangkan. Hanya ala kadar sahaja alhmadulillah cukup menyelerakan dan mengenyangkan kami semua. Diantara hidangan yang sempat dan mampu kumasak adalah nasi putih, ayam kari, ikan mackerel masak taucu, sambal belacan berulam timun,salad dan lobak merah, keropok ikan, ikan masin goreng dan cekodok pisang, agar-agar serta buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Alhamdulillah majlis tamat jam 10 malam. Anak-anak angkat kami bersurai dan pulang ke asrama masing-masing jam 12 malam setelah menonton perlawanan bola dan bersembang-sembang tentang hal-hal semasa dan pelajaran masing-masing. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka semua iaitu cip, paan, akmal, azri, ipe, areeve, cepoo, shahril kerana sudi meluangkan masa bersama kami. Terimakasih juga atas pemberian jambangan bunga ros merah yang cukup cantik dan menawan buatku. Jazakumullah khairan kathiraa...

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...