Dalam pergaulan sesama rakan seagama,Islam telah menggariskan beberapa etika atau adab yang perlu dipatuhi.
1. Mengucapkan salam ketika bertemu lalu jabat tangannya. Jika dia terlebih dahulu memberi salam, maka wajiblah kita menjawab salamnya.
2. Apabila mendengar rakan bersin,hendaklah mendoakannya dengan mengucapkan "Yarhakumullah" apabila mendengar dia berkata "Alhamdulillah".
3. Menziarahi rakan yang sakit dan mendoakannya agar segera sembuh.
4. Menziarahi apabila ada rakan yang meninggal dunia.
5. Memberi nasihat dan pandangan yang berguna apabila diminta berbuat demikian.
6. Orang Islam dilarang menyusahkan rakan seIslam yang lain dengan sesuatu yang buruk atau menyakitkan.
7. Jangan memutuskan silaturahim sesama Islam lebih daripada tiga hari.
8. Tidak mengejek, menghina dan memanggil orang Islam dengan nama yang hina.
9. Dilarang memaki hamun tanpa hak, sama ada ketika orang itu masih hidup atau mati.
10. Jangan irihati, dengki khianat dan bersangka buruk terhadap rakan Islam yang lain.
11. Wajib bergaul dengan semua rakan Muslim dan tidak memilih kawan tanpa sebab.
12. Menghormatimyang tua, menyayangi yang muda.
13. Berlaku adil kepada orang Islam dalam segenapmaspek hidup.
14. Memiliki sikap cepat memaafkan, menutup aibnya dan jangan mendengar rahsia yang berkaitan rakan Islam yang lain.
15. Membantu saudara seagama yang memerlukan pertolongan.
16. Jangan menipu rakan seIslam yang lain.
Semoga paparan ini dapat dijadikan panduan buat diri kita semua. Semoga Allah sentiasa memandu kita ke jalan kebenaran....insyaAllah!
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....