Hadapi masalah. Jangan lari
Justeru pujuklah diri. Kuatkan hati, teguhkan jiwa, tenangkan kalbu.
Jangan lari dari masalah.
Hadapinya. Langkahinya.
Lari tidak menyelesaikan apa-apa.
Dan kemungkinan besar selepas kita bersemuka dengan ujian itu, penyelesaiannya adalah apa yang selama ini kita hajat-hajatkan.
Mungkin selepas kita tabah menghadapinya, kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita harapkan.
Siapa tahu.
Tetapi yang saya tahu, Allah tidak akan menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.
Termasuklah ujian.
Mesti ada sesuatu yang Allah hendak berikan, Allah hendak ajarkan, Allah hendak beritahu kepada kita dengan hadirnya ujian itu.
Tinggal kita sahaja tidak memerhatikan.
Maka hadapilah ujian.
Pujuklah diri.
Tenanglah jiwa, damailah hati!

No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....