Thursday, 29 November 2012

Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba


Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba!



Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan di Constanta, Romania tiba-tiba membeku dan mengeras. Kejadian ini sangat luar biasa kerana seolah-olah lautan tersebut berada di kawasan Kutub Utara

Pelik! Air Laut Membeku Tiba-Tiba Di Pakistan | Pernahkah anda terfikir di tepi pantai laut, tiba-tiba lautan menjadi beku? Dengan kekuasaan Allah, sebuah lautan yang penuh air boleh menjadi beku. Wah! teruja tapi menakutkan pula difikirkan tentang kejadian pelik ini. Hakikatnya apa saja boleh terjadi.Gambar pelik dibawah merupakan gambar dari sebuah laut yang menjadi beku. Lokasi lautan beku ini terletak di negara Pakistan. Betul ke Pakistan?? Walaubagaimanapun terdapat sumber mengatakan ini ialah lautan di Constanta, Romania di mana airnya adalah campuran air masin dan air tawar. Suhu disana sangat rendah sehingga sebahagian dari lautan tersebut membeku. Jom kita tengok kejadian pelik laut misteri yang membuka secara tiba-tiba ini.
Melayukini.net - Subhanallah! Allah telah menjadikan laut itu beku seperti seolah-olah ia berada di Kutub Utara. Mengikut kajian, kejadian pelik itu berpunca daripada campuran air laut dan air tawar yang kemudian air laut itu bertindak balas menjadi keras. Semuanya adalah atas keizinan Allah SWT.
Sumber: Bard Bahtiar | Koleksi Luar Biasa Dan Pelik Melayukini.net

Wednesday, 31 October 2012

~ restless Wednesday ~

Salam n hi everybody .....today I'm a bit lazy n just cook the simplest for my family.  Grilled salmon fish with sweet our sauce n sweet sour ketchup together with sambal sardines.  My hubby will coming home late n my kids going for tricker tricks with their friends while me my three small kids just sitting n using internet at the lobby. ....huhuhuhu






Monday, 15 October 2012

Percutian Keluarga ke Berlin dan Prague (bhgn 1)

Salam sahabat semua.  TelaH telah terlalu lama rasanya saya tidak menulis dalam blog ini.  Terlalu banyak kekangannya menyebabkan hasrat ini dikuburkan buat sementara waktu.  Ketiadaan talian internet rumah, ketiadaan pc dan ruang waktu yang agak terbatas adalah penyebab utama keadaan ini berlaku.  Namun diri ini redha dan pasrah dengan semua keadaan dan ketentuan ini.  Telah lebih tiga bulan kami berkeadaan begini.
Walaupun begitu, kesyukuran tetap dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang untuk kami meneruskan kehidupan yang serba kekuarangan di bumi Soviet ini.  Tidak lama lagi iaitu lebih kurang 11 hari dari sekarang, kita akan menyAmbut kedatangan Aidul Adha 1433H.  Hari perjuangan dan  bagi seluruh umat Islam yang menunaikan fardhu HAji di Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-MunawArrah.  Kami tetap mengharap agar masa untuk kami pulang ke tanah air akan segera menjelang. InsyaAllah....




Berbalik kepada tujuan asal entry ini ditulis, pada minggu lepas iaitu pada 10.10.2012 kami sekeluarga telah berangkat ke Berlin untuk bercuti pendek dengan menaiki pesawat Transaero (Milik syarikat Russia).  Seawal jam 7.00 pagi kami menaiki teksi menuju ke Airport Domodevo.  Setelah selesai semua urusan check inn barang, pemeriksaan diri dan barang di bahagian Passport Control dan bahagian Kastam, kami menaiki bas yang disediakan untuk menuju ke pesawat Transaero. Tepat jam 10.20 pagi, pesawat pun berlepas menuju destinasi iaitu Berlin, Germany.  Kami tiba di Airport Berlin Tegel pada jam 10.25 pagi waktu tempatan (bersamaan jam 12.25tgh waktu Moscow).  Alhamdulillah perjalanan kami selamat dan tiba di Hotel Apartment yang telah siap ditempah melalui internet tepat jam 11.20 pagi. Setelah selesai pendaftaran dan pembayaran, kami diberi dua set kunci untuk 2 buah bilik apartmen yang lengkap dengan dapur dan kemudahan asas.  Kami sekeluarga menjamu selera bersama sambil memasak apa yang patut buat alas perut untuk ketika itu.
Setelah itu kami memulakan lawatan ke sekitar bandar Berlin di kawasan berhampiran hotel kediaman kami.  Tepat jam 7.00 petang, kami kembali semula ke bilik apartmen yang disewa.  Alhamdulillah selesai sesi lawatan pada hari pertama kami.  Bersambung kembali di esok hari....



Monday, 1 October 2012

Birthday celebration...

bean sprout wet fry

chicken paprick
Pandan layer cup cake
fillet fish with kentucky flour
May Allah bleesed us 4 ever....n live happily ever till Jannah
toffu sambal

chicken rendang
Today my family and Miss Raihana Kamarudin has made a surprise birthday celebration for me.  Really surprise but thankful to all of them.  I was cook some food such chicken rendang, toffu sambal, beans sprout wet fry, fillet fish with kentucky flour n also paprick chicken n pandan layer cup cake by Miss Rai. Alhamdulillah yummy, delicious n really satisfied with the food cooked n served. TQ Allah for the RIZQI today. I was really happy n appreciated everybody for the birthday celebration today. Tqvm my beloved husband n kids n Miss RAI TOO. 

Saturday, 15 September 2012

Gotong Royong Hari Malaysia

Pada hari ini Jumaat, 14 September 2012, kami beberapa orang ahli PERWAKILAN Moscow telah mengadakan gotong-royong menyiang bahan danmembuat karipap dan popia. Sambutan Hari Malaysia ini akan berlangsung pada 18 September 2012  Hotel Radisson Slavayanskaya SAS, Moscow.  Bermula seawal pukul 10.30 pagi, kerja-kerja menyiang bahan-bahan inti dilakukan oleh beberapa orang ahli sementara beberapa orang lagi membuat dan menguli doh karipap.  Setelah bahan-bahan siap disiang,kami meyambung tugas dengan membuat dan mengelim karipap dan sebahagian pula menggoreng separuh masak karipap yang telah siap.  Jumlah karipap dan popia yang perlu disediakan adalah lebih kurang 1500 biji setiap jenis.  Jadi popia dan sebahagian lagi karipap akan dibuat di rumah beberapa orang ahli yang diberi amanah oleh jawatankuasa.
x

Seperti kebiasaan, waktu makan tengahari, kami makan secara bergilir bekalan yang kami bawa secara 'potluck'.  Alhamdulillah rezeki pada hari Jumaat.  Para jemaah Solat Jumaat juga mendapat banyak rezeki pelbagai jenis makanan pada hari ini.  Kami telah berjaya menyiapkan tugasan pada hari ini pada jam 3.30 petang.  Lebih kurang jam 4 petang kami pun bersurai.

Takde Bekalan Air Mineral

Kini telah lebih dua minggu kami tiada bekalan mesin air mineral kerana kontrak telah dibatalkan dan semua mesin serta botol-botol air Nestle kami telah dipulangkan kepada syarikat pembekal.  Hampir lima tahun kami telah menggunakan khidmat syarikat tersebut.  Namun kami tetap  bersyukur kerana masih boleh mendapatkan bekalan air  tersebut di pasaraya.  Alhamdulillah.
Begitu dengan bekalan internet kami, telah lebih dua minggu juga dipotong kerana kami tidak mahu menimbulkan masalah pada diri sendiri kemudian hari nanti.  Sebenarnya kedua-dua kontrak dengan kedua-dua syarikat pembekal Air Nestle dan Internet MTS ini telah 3 kali dimohon diberhentikan tetapi disambung semula kerana tarikh kepulangan sebenar kami ke tanah air masih tidak pasti dan berubah-ubah. Namun akhirnya tarikh pembatalan perkhidmatan terakhir yang dimohon iaitu pada akhir bulan  Ogos 2012 terpaksa diteruskan.
Aku merasa agak kasihan dengan anak-anak yang jutga telah berhenti sekolah.  Sudahlah begitu, bekalan internet juga telah tiada.  Betapa bosannya mereka dengan keadaan sekarang,namun kami suami isteri terpaksa memberi motivasi dan kata-kata berupa nasihat dan tunjuk ajar tentang segala yang patut dan perlu dalam menangani masalah ini.  Alhamdulillah aku amat bersyukur, anak-anak jenis yang mengikut cakap orang tua dan akur dengan keadaan yang berlaku sekarang.  Aku selalu mengingatkan mereka bahawa segala nikmat duniawi ini hanya sementara sahaja.  Kami sentiasa berdoa agar kami akan segera keluar dari kekalutan ini dan  Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya. InsyaAllah.

Saturday, 1 September 2012

5 Spectacular Train Stations

5 Spectacular Train Stations – Using the train is one of the greatest ways to travel the world. This enchanting mode of transport was predicted to be replaced by what was supposed to be more efficient alternative which is air travel. The airport experience today is a far cry from the much more civilized approach to globe-trotting represented by the drop dead gorgeous constructions but, so are the train stations. Here, I’ve picked 5 favorites from the train stations that is most beautiful in the world.
          1. Milano Centrale — Milan, Italy

Credit: Google images

2. Kuala Lumpur Railway Station — 

Kuala Lumpur, Malaysia


Credit: Google images

3. Gare de Liège-Guillemins — Liège, Belgium


Credit: Google images

4. Antwerp Central Station — Antwerp, Belgium


Credit: Google images

5. 30th Street Station — Philadelphia, Pennsylvania


Credit: Google images
Source: Flavorwire

SALAM MERDEKA MALAYSIA KE-55...MERDEKA!!!

Salam sahabat semua.  Kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan negara kita yang tercinta MALAYSIA yang ke-55.  Pejam celik pejam celik, dah 55 tahun negara merdeka atau bebas dari penjajah.  Namun begitu, betulkah kita telah bebas sebebasnya dari penjajah?  Persoalan ini sering bermain di minda saya dan mungkin juga di minda saudara-saudari pembaca sekalian.  Walau apapun persepsi dan tanggapan orang ramai dalam memahami erti kemerdekaan ini, biarlah kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sememangnya mencintai tanahiar kita ini tetap dan terus berbangga dan mempertahankan kemerdekaan ini.  Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada para pejuang kemerdekaan tanah air kita ini terutama sekali buat almarhum TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ  dan rakan-rakan seperjuangan beliau.   Tanpa mereka kita tidak mungkin akan merasai erti dan nikmat merdeka seperti sekarang.



Monday, 27 August 2012

** LUQMAN**


Luqman

Usrah No 3 : To All Parents Especially Fathers.

Lesson to children? Where? Its there in the Quran. Not just about solat, not just about history of Islam, not just about war....The Quran has parts about bringing up children..its all there...
Lesson No. 1
"Wahai anak kesayanganku" - notice how a parent should address their children.. 1. Wahai 2. anak 3. KESAYANGAN.
I pun setakat sayang je. "My dear MOST beloved"... is what we should say, let us pay particular attention when addressing our children.
Back to lesson no. 1 - my dearest son - Its the AQIDAH - Jangan syirik kan Allah! This Aqidah is the foundation..yes no doubt it starts way early when we teach them the syahadah without them knowing its meaning, when we say Allahuakbar... when we say Allah created the starts, the moon the trees and babies... starts from the parents semua tangkal, tali tu buanglah dari anak. Jangan bawa jumpa bomoh.
PERSOALANNYA - But when the child is around 8 - 9 years- do we sit with them seriously, (panggil anak and tell them, ada sesuatu yang sangat penting abah nak bagitau -ONE ON ONE) and say "Wahai anak kesayangku" "Jangan sekali-kali syirikkan Allah" Allah is the Only God jangan sekutukan Allah dengan yang lain, tiada yang lebih berkuasa dari Allah, tiada orang, tiada benda, tiada wang."
Allah itu satu, tanamkan dalam hati tanamkan dalam diri - "ingat pesan abah NI sampai mati dan kalau abah tiada lagi"... (maunya budak tu tak ingat, katalah dia buat jahat, satu hari akan terdetik dalam hati dia, memori dengan abah duduk berpesan akan dikenang kembali).
"Yes Surah Luqman sebenarnya khas untuk bapa-bapa, kerana bapa mungkin kurang 'naluri' dan "instinct" mereka - This is the surah for you, read it, use it, because its ultimately your responsibility and you will be questioned Dearest Beloved Fathers..."
Lesson No. 2
Berbuat baik kepada kedua orang tua. Apa lagi nak dikata..terang, bersuluh dan nyata...
Lesson No. 3
Ayat 16 - a reminder to them and to us - setiap apa yang dibuat anak kesayanganku "walau sebesar biji sawi akan Allah nilai - kita tak boleh bersembunyi" Allah sees us, everything and anything we do...
(the problem now, zina, buang anak - semua kerana tiada konsep Allah melihat). Salah siapa? kalau ibu bapa tak pernah ingatkan, bukan???
Lesson No. 4
Dirikanlah solat, larang perbuatan mungkar (kalau kawan kita buat benda jahat, kata "jangan" BUKAN IKUT!) Sabar sayang, bila tibanya bencana! Sabar sayang, semua orang akan tempuh masalah dan dugaan... but do we get them ready to face challenges in life?
I'm crying while typing...
Lesson No. 5
Ayat 18 - JANGAN SOMBONG sayang! Jangan mendongakkan muka mu degan sombong di muka bumi ini walaupun ada ferari :). ramainya orang kaya sombong... JANGAN sayang..kerana harta, rupa atau ilmu.... Jangan sayang! Hormatlah orang lain... walau siapa pun kita...
saya kenal orang yang sangat terasa bila dia datang ke rumah seseorang, "tuannya" tak pernah senyum, buat tak tahu... kenapa? sombongnya terdetik dalam hati saya.. kenapa? adakah kerana kamu rasa lebih hebat atau istimewa? tak perlukan orang lain? tak perlukan keluarga?
Lesson No. 6
Bila berkata sederhanakanlah suara..jangan kita bercakap dengan suara yang besar, kerana mahu tarik perhatian...jangan sayang, jangan!
Sambungan ayat mengenai melihat keajaiban alam, "lihat di luar sayang" - malam dan siang, alam yang luas terbentang..siapa yang menciptanya sayang... tenung alam sambil diam...tak mungkin ada yang lain menciptakannya selain Allah... ingatkan mereka "kalau sudah lupa, pandang saja ke langit, ingat pesan abah dan pasti kehebatan Allah akan kita ingat kembali".
What a lovely surah...
To me it means this (one day set a date and time with your child - tell them before hand like 2-3 days earlier - I have something special and important to let you know dear. Something big that you have to remember, I'm only telling you because you're already BIG, this is not for little children, and you have to remember this forever and ever and ever.... Tanya anak tu... nak tau tak? Mesti dia kata nak kan.. penyibuk dan curious most of them. Ok, kata tunggu dulu. Bagi dia excited nak tau apa benda la abah nak pesan ni. Take them somewhere (tapi berdua saja) sampaikan pesanan itu.. and then after all the pesanan..bring them out... look at nature..(the following part about alam - encourages critical thinking, asking the child to THINK - LOOK at this world...)
Now I have an idea of doing this - go camping the two of you...and use this, say it... a special moment for FATHER and CHILD...that INSYAALLAH WILL BE ENGRAVED IN THEIR MEMORIES FOREVER...
and NO this is not a matter you can ignore. IT HAS TO BE DONE and IT IS SERIOUS... Demi Aqidah anak-anak Muslim yang sudah parah kebanyakannya... if only all fathers menyampaikan pesanan Surah Luqman ini buat anak mereka...
Ameen
Wallahu'alam.

DISCLAIMER: Tulisan diambil dari nota FB Wardina, tidak ditulis dengan bahasa yang lengkap dan sempurna. Harap maklum

Why Malaysia is Truly Asia

Why Malaysia is Truly Asia

Which are the places you had visited in Asia? Now, don’t say that you had visited each and every country in Asia. Asia is a large continent, and in fact, it is the largest continent in the whole Universe. You may not find it easy to visit each and every nation of Asia, but still, you have your options to visit the more popular places in Asia. What you need to do is to a little research and Internet browsing.
If you ask someone who had visited many places in Asia, to name a country, which falls in the top of the list, then it has to be Malaysia. The country provides you many reasons to visit Malaysia. You would be mesmerized by the beauty of Malaysia.

Majority of Malaysian are Muslim (Photo: Souvik)
Don’t forget that Malaysia is a food haven; you would find signature dish of many Asian countries in food restaurants. There are all kinds of food right from the best of Korean cuisine, to even Japanese cuisine. There are sushi joints all over; you would come across specialty dishes from India, and many other specialty cuisines from various countries. Entrepreneurs have opened food restaurant to woo the locals and the tourists alike.
But why would you like to think Malaysia is truly Asia? Is it just the Asian food, which is found in the country, or there is something more to it.

Weather in Malaysia

Asian weather is more or less the same in most parts of the south East Asia, and also in many other parts of Asia. You would notice that the normal temperature of Malaysia hover round 20-32 degrees Celsius during the day, which is what you would come across in many Asian countries. Though, at times Malaysia is hot, yet, the rains in the country reduce heat to a large extent.

Multicultural Society


Malaysian consists of many different of ethnics who live harmonically together (Photo: Rosemariejohn)
However, one reason why Malaysia is hailed as the true Asian country is the presence of various Asian cultures in the country. Different ethnic group stayed together in harmony for many years. It’s a joy to see the ethnic society mingle with each other and share their culture, and it is probably one reason, why Tourism in Malaysia has shot up. People who come to visit the country find the different Asian groups and also many ethnic groups live in complete coordination and harmony.
The three many cultural groups in Malaysia, namely the Malays, the Chinese and the Indians bring about a rare fusion of various cultures and bring to the fore of what Asia is. Asians have always stood for multi cultures and tribes in a society and the presence of various groups and cultures make the society and the culture more interesting.
Multicultural society had also added a rare dimension to the cultural beauty of the country. Each of the ethnic group present tin Malaysia has their own festivals. If you go to Malaysia, you would come across many kinds of festivals being celebrated in every society. Malaysians enjoy their festivals, and they make the visitors understand the significance of their festivals, which tourists love to celebrate.

Tourist Destinations in Malaysia


The tallest twin building in the world up until now (Photo: Ragstatic)
Malaysia is throbbing city, with its night life and international flavour. If you happen to go to Kuala Lumpur, you would be fascinated by the top of the line modern infrastructure of the city.
Kuala Lumpur with a populations of more than 1 million people is quite an attractive place to be in. one of the remarkable feature of the city is the PETRONAS tower. PETRONAS tower is the twin tower, with striking architectural finish. It is also considered the pride of Kuala Lumpur skyline.
Kuala Lumpur also has a throbbing Chinatown in the middle of the city. For a shopper, there’s nothing like to visit the beautiful night market, and shop to your limit.
Finally, the Indian establishment also add to the essence of Kuala Lumpur beauty.

Malacca is the most popular history town not only in Malaysia but also in Asia (Photo: Christopher Chan)
Malacca is the historical city of Malaysia. If you intend to visit historical ruins of Malaysia, and love to buy antique stuff from the Malaysian past, you should visit Malacca, the city in the south of Malaysia.
Malacca has a rich heritage from the multicultural past. You would come across relics and shredded cultures from the Dutch, Portuguese, Chinese and British. There are lots of shops located in the city, which sell antique stuff. That’s the beauty of Malacca.
You would also come across the oldest Dutch building found in Asia, which is presently an ethnographic museum. For those with religious mindset, you could go to Cheng hoon Teng temple, which is an exemplary depiction of fascinating religious architecture.
If you love beaches you should head to Georgetown, as the place has a smell of British past. You would find lots of resort scattered along the town. You would never miss the Chinese heritage associated with Georgetown. The place has lot of frill and activities, such as Mah-jong games, which is the epitome of finest entertainment spree you would never forget.

Cameron Highlands is popular with its beautiful tea plantation (Photo: Mixalis)
There is no end to what you would get in Malaysia. The hilly region of Cameron Highlands is worth mentioning. The sprawling hill station you get at Cameron Highlands would make you fall for Malaysia. Not only because of its unique and varsity of tea plantations, but also due to its true spectacular panoramic views, which would make you nostalgic, even years after your visit to the highlands.

Malaysia Truly Asia Facebook Page

What if you are still not satisfied with the information you got about Malaysia? Remember, there are lots of new happening around Malaysia, for instance, there could be a launch of the most happening night life in Kuala Lumpur, or a new Disco, which you don’t know of. Malaysia truly Asia facebook page would be a perfect place to interact with minded individuals, who share what they know about Malaysia.

Upload your Malaysia-experience photo at the Truly Asia page and you could win prize
Join the Malaysia truly Asia facebook page at http://www.facebook.com/friendofmalaysia, and make new friends who would be eager to throw plenty of new information about the country. Malaysia truly Asia facebook page also guide you to book hotels and accommodations centres in Malaysian cites. Make sure you make the most of your trip by knowing more about Malaysia.
Love to have fun? Join the contest at Malaysia truly Asia facebook page. Just upload your Photo and have loads of fun
sumber : Melayukini.net 

RAYA TERAKHIR DI PERANTAUAN

keluarga besar kami
Siti Nadya Aleesya

kami sekeluarga bersama Dato TYT Duta dan keluarga








Salam Syawal buat semua pembaca yang disayangi.  Walaupun hari ini adalah hari ke-9 kita berada dalam bulan Syawal, namun kemeriahan dan keindahan perayaan Aidilfitri masih dirasakan terutama bagi kaum keluarga dan kawan-kawan yang beraya di kampung halaman masing-masing.  Kami berasa amat bertuah kerana masih ramai lagi sahabat handai bersama kami di Kedutaaan Besar Malaysia, Moscow ini.  Walaupun cuma sebahagian sahaja daripada jumlah staf dan keluarga serta para pelajar perubatan dan kejuruteraan yang menyambut Aidilfitri kali ini di Moscow ini, namun kemeriahan tetap dirasakan dengan adanya program Solat Sunat Aidilfitri, Takbir dan Jamuan Aidilfitri. Kehadiran sekumpulan 25 orang pelajar Universiti Malaya dalam kemeriahan Aidilfitri kali ini juga amat menggembirakan kami.

para pelajar UM di Moscow
semasa jamuan makan
permata hati kami sekeluarga

  Rakyat Msia yang  beraya di Moscow pd tahun ini

Berbeza keadaannya dengan kami yang beraya di perantauan ini, terutama di kota kosmopolitan Moscow bumi Soviet ini.  Walaupun tiada suasana seperti di kampung halaman sendiri, namun kami tetap bersyukur kepadaNya kerana masih diberi peluang menghirup udara Syawal kali ini. Kehadiran orang baru dalam keluarga kami - SITI NADYA ALEESYA- amat menceriakan Aidilfitri kami sekeluarga.  Semoga kami masih diberi peluang dan kesempatan olehNya untuk menikmati Ramadhan dan Syawal akan datang.  InsyaAllah.

Wednesday, 15 August 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H

 Salam sahabat semua. Alhamdulillah kerana hari ini kita telah memasuki hari yang ke-27/26  kita berpuasa di bulan Ramadhan 1433H yang mulia ini. InsyaAllah dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri dalam bulan Syawal yang penuh dengan kemenangan. Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala amalan kita selama ini diterima oleh Allah SWT hendaknya.  Juga dengan itu marilah juga kita sama-sama saling bermaafan atas segala salah dan silap kita antara satu sama lain.  Semoga kita suci dan bersih kembali dari segala dosa dan noda sama ada terhadap Pencipta kita mahupun sesama insan.  



Tahun ini adalah tahun ke-5 kami sekeluarga beraya di perantauan.  Walaupun pada awal jangkaan kami akan kembali ke tanah air sebelum syawal tiba, namun TAKDIR Allah mengatasi segala-galanya.  kami redha dan akur dengan segala ketentuan ini.  Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Walaupun berpuasa dalam keadaan yang serba sederhana kerana barang-barang rumah dan kereta telah berlayar namun kami bersyukur kerana kami sekeluarga dapat menerima hakikat ini dengan seikhlasnya,,InsyaAllah.  Aku amat berterima kasih kepada suami dan anak-anak yang amat memahami situasi ini kerana aku juga memasak ala kadar sahaja.  Maklum la semua peralatan yang besar-besar dan mewah selama ini telah tiada.  Inilah dia gambaran rumah kami yang telah kosong. Hanya tinggal barangan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak Pengurusan apartment sahaaja lagi.  Namun begitu kesyukuran tetap dipanjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang kepada kami untuk merasakan nikmat Ramadhan dan kemenangan Syawal di bumi Soviet ini yang telah menjadi suatu tempat TARBIYAH bagi kami sekeluarga khasnya diriku sendiri. SYUKUR ALHAMDULILLAH Ya Allah atas segala nikmatMu ini.
Berbuka dirumah bersama keluarga dan student

InsyaAllah jika tiada aral melintang dan dengan izinNya jua, kami akan meninggalkan bumi Moscow RF ini buat selama-lamanya pada minggu kedua bulan September nanti.  Semoga dengan kepulangan kami ini akan menjadi titik tolak untuk sebuah keakraban hubungan kekeluarga sesama kami anak-beranak dan ayahbonda serta adik-
beradik yang dirindui selama ini.  InsyaAllah!




Di rumah en Salman dan Pn Anipah bersama keluargaku


Akhirnya sebelum ku akhiri tulisan ini, dengan rasa rendah diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki aku mewakili diri dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sanak saudara, sahabat handai dan taulan serta pembaca setia blog ini.  Semoga segala apa yang kita lakukan dalam hidup ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan dariNya, InsyaAllah.  Buat semua kenalan jauh dan dekat, terima kasih atas segalanya.

Lagu RAYA dengan makna perkataan raya yang pelbagai....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...