Kini telah lebih dua minggu kami tiada bekalan mesin air mineral kerana kontrak telah dibatalkan dan semua mesin serta botol-botol air Nestle kami telah dipulangkan kepada syarikat pembekal. Hampir lima tahun kami telah menggunakan khidmat syarikat tersebut. Namun kami tetap bersyukur kerana masih boleh mendapatkan bekalan air tersebut di pasaraya. Alhamdulillah.
Begitu dengan bekalan internet kami, telah lebih dua minggu juga dipotong kerana kami tidak mahu menimbulkan masalah pada diri sendiri kemudian hari nanti. Sebenarnya kedua-dua kontrak dengan kedua-dua syarikat pembekal Air Nestle dan Internet MTS ini telah 3 kali dimohon diberhentikan tetapi disambung semula kerana tarikh kepulangan sebenar kami ke tanah air masih tidak pasti dan berubah-ubah. Namun akhirnya tarikh pembatalan perkhidmatan terakhir yang dimohon iaitu pada akhir bulan Ogos 2012 terpaksa diteruskan.
Aku merasa agak kasihan dengan anak-anak yang jutga telah berhenti sekolah. Sudahlah begitu, bekalan internet juga telah tiada. Betapa bosannya mereka dengan keadaan sekarang,namun kami suami isteri terpaksa memberi motivasi dan kata-kata berupa nasihat dan tunjuk ajar tentang segala yang patut dan perlu dalam menangani masalah ini. Alhamdulillah aku amat bersyukur, anak-anak jenis yang mengikut cakap orang tua dan akur dengan keadaan yang berlaku sekarang. Aku selalu mengingatkan mereka bahawa segala nikmat duniawi ini hanya sementara sahaja. Kami sentiasa berdoa agar kami akan segera keluar dari kekalutan ini dan Allah permudahkan perjalanan kami seterusnya. InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....