Saturday, 1 September 2012

SALAM MERDEKA MALAYSIA KE-55...MERDEKA!!!

Salam sahabat semua.  Kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan negara kita yang tercinta MALAYSIA yang ke-55.  Pejam celik pejam celik, dah 55 tahun negara merdeka atau bebas dari penjajah.  Namun begitu, betulkah kita telah bebas sebebasnya dari penjajah?  Persoalan ini sering bermain di minda saya dan mungkin juga di minda saudara-saudari pembaca sekalian.  Walau apapun persepsi dan tanggapan orang ramai dalam memahami erti kemerdekaan ini, biarlah kita sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sememangnya mencintai tanahiar kita ini tetap dan terus berbangga dan mempertahankan kemerdekaan ini.  Kita patut bersyukur dan berterima kasih kepada para pejuang kemerdekaan tanah air kita ini terutama sekali buat almarhum TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ  dan rakan-rakan seperjuangan beliau.   Tanpa mereka kita tidak mungkin akan merasai erti dan nikmat merdeka seperti sekarang.



No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...