Monday, 27 August 2012

RAYA TERAKHIR DI PERANTAUAN

keluarga besar kami
Siti Nadya Aleesya

kami sekeluarga bersama Dato TYT Duta dan keluarga








Salam Syawal buat semua pembaca yang disayangi.  Walaupun hari ini adalah hari ke-9 kita berada dalam bulan Syawal, namun kemeriahan dan keindahan perayaan Aidilfitri masih dirasakan terutama bagi kaum keluarga dan kawan-kawan yang beraya di kampung halaman masing-masing.  Kami berasa amat bertuah kerana masih ramai lagi sahabat handai bersama kami di Kedutaaan Besar Malaysia, Moscow ini.  Walaupun cuma sebahagian sahaja daripada jumlah staf dan keluarga serta para pelajar perubatan dan kejuruteraan yang menyambut Aidilfitri kali ini di Moscow ini, namun kemeriahan tetap dirasakan dengan adanya program Solat Sunat Aidilfitri, Takbir dan Jamuan Aidilfitri. Kehadiran sekumpulan 25 orang pelajar Universiti Malaya dalam kemeriahan Aidilfitri kali ini juga amat menggembirakan kami.

para pelajar UM di Moscow
semasa jamuan makan
permata hati kami sekeluarga

  Rakyat Msia yang  beraya di Moscow pd tahun ini

Berbeza keadaannya dengan kami yang beraya di perantauan ini, terutama di kota kosmopolitan Moscow bumi Soviet ini.  Walaupun tiada suasana seperti di kampung halaman sendiri, namun kami tetap bersyukur kepadaNya kerana masih diberi peluang menghirup udara Syawal kali ini. Kehadiran orang baru dalam keluarga kami - SITI NADYA ALEESYA- amat menceriakan Aidilfitri kami sekeluarga.  Semoga kami masih diberi peluang dan kesempatan olehNya untuk menikmati Ramadhan dan Syawal akan datang.  InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...