Sunday 22 June 2014

PARU-PARU BERAIR DAN PUNCANYA

Penyakit Paru-Paru Berair Dan Puncanya...

                                   Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,



sumber rakan blogger

Penyakit paru-paru berair di kenali juga dalam bahasa saintifik nya sebagai ' Pneumonia'. Paru-paru

berair sejenis penyakit radang paru-paru. Penyakit paru-paru berair bolih berpunca dari pelbagai
punca, termasuk jangkitan bakteria, virus, fungi atau parasit.

Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia di sebut 'Palmonary edema'. 

Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlakunya takungan itu dan jumlah darah yang 
bertakung.

Symtom-symtom yang biasa di kaitkan dengan paru-paru berair termasuk, batuk, sakit dada, demam

 dan nafas berbunyi seperti mereka di serang lelah.
sumber rakan blogger
Jika takungan berlaku  dalam jangkawaktu panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif. 
Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak bolih berbaring mendatar.  
Juga sering terbangun waktu malam kerana terbatuk dan tersedak.

Selain dari itu bolih juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan

bengkak hati.

Paru-paru berair juga biasanya berpunca daripada masaalah jantung/kegagalan jantung , antaranya:

@ Penyakit jantung koronari.
@ Penyakit injap jantung mitral yang sempit.
@ Penyakit injap aorta yang bocor.
@ Masaalah jantung berlubang yang berpanjangan.
@ Penyakit radang dinding jantung (kardiomyopati).
@ Kekurangan darah merah yang teruk.

Sebab-sebab lain:

@ Kegagalan buah pinggang.
@ Kerosakkan hati yang kronik.
@ Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara introvena.
@ Penyakit tiroid yang terlalu aktif.

p/s: Dari itu marilah sama-sama kita menjaga kesihatan, gaya hidup dan cara pemakanan kita. 

Penyakit ini jugalah punca kematian ibu bunda yang dideritainya bertahun-tahun selepas
pembedahan Pintasan Jantung Koronari 10 tahun lepas juga masaalah paru-paru dan hati.

Wallahu'alam..

sumber :http://norazis2908.blogspot.com/2013/02/penyakit-paru-paru-berair-dan-puncanya.html

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...