Tuesday, 3 June 2014

~ Asuhan Anak Untuk Berdoa~

Kata Dr Hj Tg Asmadi :

Setiap kali anak buat perkara yg kita suka, terus puji anak..pastu cakap :
"inilah yang Allah suka..yang nabi sayang".

Selalu lah ucap macam tu kat anak supaya dlm hati mereka sentiasa ada Allah n rasul.

Sebab tu anak-anak saya dari kecil hingga yang besar, semuanya saya masukkan ke sek agama. Hal ini kerana kita sbg ibubapa harus bimbang tika usia anak mula meningkat dewasa iaitu tika umurnya 13tahun ke atas. Saya nak bilamana dia meniti usia kedewasaan yg penuh pancaroba itu, dia dilingkungi dlm persekitaran agama supaya dia sentiasa di landasan yang betul.

CARA SUPAYA KITA DIDOAKAN ANAK.

Ajar anak supaya mereka sentiasa doakan ibubapa dlm setiap doa.

Sentiasa bagitahu mereka, jgn biarkn ayah n ibu miskin di alam sana. Jika time kita hidup...kita masih dpn mata, mereka xdoakan kita..adakah mereka akan doa kita bila kita dah 7kaki dlm tanah? Tidak.

Bagitau anak, jika tiada doa dari anak, uak n ayah akan miskin di alam sana. Ternanti-nanti doa anak "mana doa anak aku???"

Sebelum anak tidur, ingatkan dia : "dah doa untuk ayah..utk umi.."...klu belum..doa skrg"

Jelasnya, kita sebagai ibubapa, jangan ambik kerja Tuhan! Tugas kita adalah didik anak supaya jadi yang terbaik tp takdir anak jd apa adalah kerja Tuhan.

Anak yg dpt STRAIGHT A di dunia belum tentu dapat STRAIGHT A di mata Allah jika kita hy menyediakan mereka untuk DUNIA.

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...