AYAT BENTENG PERTAHANAN DIRI,
KELUARGA DAN HARTA BENDA
Tidak syak Al-Quran
memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran
Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka
kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Dan jika
syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada
Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat
41:36)
Ada lima jenis benteng
pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
1.
Al-Muawwizat
2.
Ayatul Kursi
3.
Ayat 1 hingga 9 Surah
Yaasin
4.
Ayat Berkubu
5.
Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT
(PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
1.
Surah Al-Ikhlas
2.
Surah Al-Falaq
3.
Surah An-Naas
Cara:
1.
Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.
Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.
Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4.
Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.
Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.
Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus
mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang
di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa
izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa
berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah
Al-Baqarah ayat 255)
CARA
1.
Baca Ayatul Kursi dengan
9 wakaf
2.
Untuk melindungi diri
sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf
kaabah, dengan niat melindung diri.
3.
Untuk melindungi rumah:
baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan
seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM
SURAH YAASIN
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al
Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
(4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan
oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan
kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu
mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah)
terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami
telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu,
maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka
dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka
sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
1.
Untuk memegar diri,
keluarga dan harta benda
2.
Berdiri disatu penjuru
rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah
satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat
1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah
Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu
penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini
sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
4.0 AYAT BERKUBU
Aku berlindung dengan
Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
1.
Berdiri menghadap kiblat
(ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan
sambil menoleh kanan ke kiri.
2.
Pusing ke arah kiri (sekarang
berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke
hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3.
Lakukan perkara yang sama
untuk arah timur dan utara
4.
Berpaling semula ke arah
kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi
kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.
Akhir sekali (bacaan yang
ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang
boleh kemudian hembus.
5.0 AYAT PENGERAK
Dengan nama Allah, yang
tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar
lagi maha mengetahui.
CARA
1.
Bila hendak pergi
kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik
kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang
kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini
tujuh kali.
2.
Jika bacaan
tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu.
Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan
perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Sumber: Darussyifa
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....