Thursday, 21 June 2012

Koleksi Petua Orang Tua-Tua Lama

Koleksi Petua Orang Tua-Tua Lama

Petua Untuk Cepat Di Pinang Orang- Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

Menyerikan Wajah - Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Akan berserilah wajah anda.

Awet Muda - Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Kulit Cerah dan Licin - Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengekalkan Kecantikan - Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan kulit cantik. Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

Menegangkan Kulit Muka dan Menghilang Jerawat - Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. Kulit tegang, jerawat tiada.

Menghilangkan Parut di Kulit - Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Awet Muda - Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.



SUMBER : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...