EGO LELAKI YG WANITA PERLU KETAHUI
Lelaki adalah pelengkap hidup wanita, saling memerlukan namun hubungan yg terjalin mesra kadangkala berantakan gara2 sikap egois lelaki yg tidak difahami oleh wanita. Antara fakta2 yg perlu wanita ketahui tentang ego lelaki adalah:
1. Setiap lelaki percaya bulat2 pujian yg dilontarkan olh wanita kpd mereka, kebanyakan lelaki tidak dapat membezakan antara fakta atau pujian itu sekadar manis mulut namun jangan terkejut kalau ramai pula wanita terperangkap dalam perangkap pujian palsu lelaki kasanova yg menjadikan pujian sebagai kelebihan dlm memikat.
2. Lelaki seakan telah 'diprogram' untuk sentiasa berreaksi positif terhadap bahagian2 tubuh wanita. Maka tidak hairanlah jika berhadapan dengan wanita yg memiliki tubuh menarik, rata2 lelaki mengagumi dalam hati. Hampir kesemua lelaki tertarik utk melihat dan memuji dlm hati tatkala memandang wanita seksi walaupun ada diantara mereka curi2 pandang kerana isteri/teman wanita berada disamping.
3. Secara jujurnya kesemua lelaki memiliki sifat cemburu dan ada setengahnya lebih parah dari wanita.Namun sedaya upaya lelaki menyembunyikannya dan bermati2an tidak mengakuinya.
4. Kekuatan lelaki dlm posisi 'yang' (kuat, aktif, logik) manakala kelebihan wanita dlm posisi 'ying' (lembut dan beremosi). Rata2 lelaki senang melihat kejayaan wanita terutama jika yg berjaya itu adalah dari yg disayanginya namun sering memendam rasa tatkala melihat kejayaan mereka terutama jika berkait rapat dgn peningkatan kewangan wanita. Lelaki mahu wanita sukses tapi tetap sedar akan tahap mereka.
5. Semakin kita memaksa lelaki melakukan sesuatu, semakin lama mereka menolak mengerjakannya. Tapi jika cara permintaan pertolongan itu kena tempatnya dan ditawarkan sedikit 'hadiah' maka mereka akan melakukannya dengan cepat.
6. Lelaki jarang melihat diri mereka sebagaimana adanya dan menjadi kesalahan pada mereka bila wanita cuba 'mengajar'. Bagi lelaki, wanita jgn sesekali mencuba memperbaiki 'visi' mereka itu kecuali diminta berbuat demikian.
7. Lelaki juga tidak melihat wanita sebagaimana adanya. lelaki lebih menyukai wanita sesuai dengan fantasi mereka tentang wanita. Terdapat suami menyesal selepas berkahwin.
8. Walaupun lelaki sering mahu mendominasi dan menguasai hubungan, namun lama kelamaan mereka bosan. Lelaki mahu sekali sekala wanita mengambil inisiatif dlm hubungan dan mengambil alih tugas2 ringan dari lelaki dan biarkan lelaki bersendirian dan melakukan apa yg disukainya sebentar. Setelah bosannya hilang ia akan pulang kesarang semula.
9. Kesemua lelaki tidak suka diperintah dan diarah utk menyiapkan sesuatu kerja terutama oleh isterinya. Namun lelaki akan senang dikuasai dengan kata2 yg lembut dan pujuk rayu. Sekali disuruh menyiapkan kerja itu, lelaki akan mahu buat utk kali kedua asal saja bijak berkomunikasi dgnnya.
10. Lelaki tak pernah merasa terlalu berlebihan dlm mencuba membuat wanita 'kagum' dgn keberanian,kekuatan dan kepandaian mereka. Walaupun ternyata usaha mereka gagal tapi mereka tetap 'cool' dan tak pernah putus asa utk mencuba lagi.
11. Dengan sifat kompetitif yg menebal dlm diri, lelaki sangat benci kala melakukan kesilapan. Kewangan yg stabil, karier yg sukses dan teman hidup yg dibanggakannya (kerana memiliki pakej bijak dan cantik), hobi dan kebebasan masih menjadi agenda penting dalam hidup lelaki dan sekiranya salah satu goyang kerana kesilapannya sendiri payah utknya membina semula.
12. Kesemua lelaki mengagumi 'inner beuty' yg terdapat dlm diri seorg wanita. Lelaki lazimnya menyukai wanita kerana kepandaiannya w/p ramai lelaki tak mahu mengakui secara terang. Lelaki senang bila wanita disampingnya bijak dalam pergaulan termasuk dgn teman2 lelaki sekerja/sahabatnya. Lelaki tidak memilih wanita sebagai teman hidupnya semata2 kerana tarikan fizikal namun wanita yg mempunyai tarikan fizikal sering menjadi rebutan sebagai pasangan dlm sesuatu majlis utk dipamerkan pada teman2nya.
13. Hampir kesemua lelaki gemar melirik pada wanita lain andainya dia telah berkeluarga namun bukan beerti cintanya berkurang ianya memang bawaan lelaki maka wanita jangan mudah cemburu dan membebel dgn perangai yg satu ini.
14. Kesemua lelaki memiliki fantasi unik bersama wanita termasuk isteri dan wanita yg tidak dapat dimilikinya tapi dikaguminya/ disukainya. Lelaki mempunyai hasrat seks terhadap wanita lain namun perkara ini tiada hubungannya dgn apa yg diucapkannya pada wanita yg dimilikinya dan wanita yg menjadi fantasinya.
15. Lelaki akan melakukan apa sahaja utk menjadikan wanita yg diminatinya sebagai kekasihnya termasuk bersaing dgn teman sendiri. tiada istilah 'kalah' sebelum bertanding dalam kamus hidup lelaki namun itu bukan penentu kekasihnya itu bakal menjadi isterinya dan tak mustahil pula lelaki akan 'mengalah' sblm bertanding jika berhadapan dgn risiko yg merugikannya.
16. Lelaki ingin selalu bersama wanita yg dapat membuatkannya tampak seksi dan menarik, inilah salah satu ciri yg wanita tak patut abaikan jika ingin mempertahankan hubungan.
17. Lelaki pantang dikritik kesalahannya oleh wanita terutama dihadapan umum atau secara peribadi namun boleh bertolak ansur dgn kritikan sesama lelaki.
18. Lelaki sering merasa diri mereka mampu melakukan hal apapun, dikagumi, berhasil mencapai sesuatu hal yg sulit, boleh mengatakan sesuatu yg hebat, melakukan segala yg benar, selalu pula merasa diri benar dan menjadi pemenang dalam hal apapun
Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....