Thursday, 3 May 2012

PETUA DAN DOA LEMBUTKAN HATI ANAK

Salam sahabat semua...sudah lama saya tidak menulis entry sendiri sejak kebelakangan ini.  Maklumlah kan, sejak melahirkan si kecil Aleesya ini(insyaAllah - bongsu), masa untuk menulis agak terbatas sedikit. Rutin harian semakin bertambah dan kesibukan dengan aktiviti harian, aktiviti embassy dan program persekolahan anak-anak juga semakin banyak.  Namun begitu, banyak juga info dan nota serta artikel yang saya petik dan copy dari sumber-sumber lain telah dimuatkan dalam blog saya ini.  Alhamdulillah.....ada jugalah ilmu yang sedikit sebanyak diperolehi.... insyaAllah.  Berikut ini adalah sedikit maklumat, petua dan doa untuk melembutkan hati anak-anak kita sama ada berkaitan dengan tanggungjawab terhadap ibubapa. sekolah/pelajaran dan tuntutan agama.  Semoga ianya memberi manfaat buat kita seterusnya dapat kita amalkan untuk kebaikan bersama.  
     
     Di antara petua untuk lembutkan hati anak-anak. Sebaiknya amalan ini dibuat oleh ibu untuk anaknya. (Petua ini dari Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi –Mantan Dekan Kuliah Syariah, Kolej Universiti Insaniah KUIN). Semoga usaha ini dapat membantu merungkai kekusutan yang sedang kita alami.

1. Ambil air kosong, dan gunakan jari manis ambil air lelangit (ibu), dan kacau ke dalam air.

2. Baca surah al-Fatihah. Apabila tiba pada ayat:

إيَّاكَ نَعْبُدُ وَ إيَّاكَ نَسْتَعِينَ
niatkan hajat anda. Kemudian sempurnakan bacaan al-Fatihah hingga selesai.

3. Setelah selesai bacaan al-Fatihah tadi, teruskan membaca ayat 82 dari surah al-Isra` (الإسـراء).


4. Kemudian baca surah Tho Haa (طــه) dari ayat 1 hingga 5.



5. Kemudian berdoa pada-Nya,dengan cara memulakan selawat keatas baginda Rasulullah SAW. Kemudian baca doa berikut:

الـلهمَّ لَـيِّنْ قَـلْبَ إبْنِي (sebut nama anak) لِوالِدَيْهِ وَلِإخـْوَتِهِ كَـمَا لَـيَّنْتَ لِداوُودَ الْحَـدِيدَ وصَلّى اللهُ عَلى سَيِّدِنا مُحمَّدٍ وَعَلى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَـلَّم. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَـالـَمِينَ.

Maksudnya:
“Ya Allah Ya Tuhanku..! Lembutkanlah hati anak ku (sebut namanya) terhadap ibubapanya, dan juga terhadap saudara-saudaranya, seperti mana Engkau (anugerahkan) pada Daud (Alaihissalam) kebolehan melembutkan besi...”

6. Tiupkan ke dalam air. Air tersebut diberikan pada anak untuk minum.

Pesanan:
Banyakkan berdoa pada-NYA, merintih pada-NYA pasti rintihan hamba yang ikhlas akan didengari oleh Allah yang Maha menunaikan hajat hamba-NYA.



SELAMAT BERAMAL DAN SEMOGA BERJAYA...INSYAALLAH!

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...