Wednesday, 23 May 2012

MY NEW LITTLE SUNSHINE! part 2



beberapa jam selepas dilahirkan
    Akhirnya tepat jam 11.30 malam aku bersama suami bersiap segera untuk ke hospital Oparina 4 (Federal State Budget Institution "Research Center for Obstetrics, Gynecology and Perinatology" Ministry of Healthcare and Social Development of the Russian Federation.).  Aku menghubungi Winda untuk mohon pertolongan beliau agar menemankan kami ke hospital.  Almaklum la kan...dah hampir tengah malam, tambahan pula mereka memang fully Russian, so incase any problem, Winda boleh bantu kami untuk berkomunikasi.  Aku juga menghubungi Enal/Mete untuk meminta mereka menemankan anak-anakdi rumah.  Kami singah dulu di hostel Winda yang terletak lebih kurang 5 km dari rumah kami.  Sampai di M2, Winda dan Akmal telah sedia menunggu kami di tepi jalan.  Alhamdulillah!
Semasa dalam perjalanan menuju ke hospital, aku meminta Winda agar menghubungi Dr Baev untuk memaklumkan keadaanku.  Beliau mengarahkan agar kami masuk mengikut pintu yang telah dicatat dalam 'Propus' @ surat/pas kebenaran masuk ke kawasan larangan bagi orang biasa(kecuali untuk bersalin). Sampai di pintu 15, kami telah diarahkan pula untuk ke pintu 17 dan kemudian ke pintu 18 dan akhirnya sekali Dr Baev di telefon untuk memaklumkan keadaan yang berlaku.  Beliau mengarahkan agar kami pergi ke pintu 15semula dan beritahu para petugas di situ bahawa 'personal doctor'ku adalah Dr Baev...Head of Maternity Department (Head of the Department  Oleg R. Baev  MD, Professor,Akhirnya kami dibenarkan masuk setelah lebih kurang 25 minit ditendang ke sana ke mari macam bola.  Syukur Alhamdulillah.

Setelah disoal oleh doktor dan nurse yang bertugas pada masa itu, salah seorang nurse membersihkanku dan mengarahkan aku untuk bersalin pakaian(baju dan segala pakaian asalku dibuka dan ditukar dengan pakaian yang disediakan) dan aku pun diperiksa (dibuat VE) oleh salah doktor wanita yang bertugas.  Beliau mengatakan bahawa telah bukak 5cm.  Sungguh terkejut aku mendengarnya kerana tidak menyangka sama sekali bahawa sakit dada(jantung berdegup kencang) dan sakit kepala yang amat sangat serta terasa macam nak demam itu adalah salah tanda 'contraction'.  Sungguh pelik rasanya kerana telah banyak kali aku sakit hendak bersalin tetapi tidak pernah yang berlaku seperti ini. Namun sebagai manusia, kita harus akur bahawa Allah itu berbuat sekehendakNya....Kun Fayakun!

Kemudian, aku ditukarkan ke stretcher yang lain untuk dibawa ke tingkat 6 - Dewan Bersalin.  Dari tingkat 1 itu, kami (aku, dua orang nurse dan Winda) menaiki lif yang dijaga rapi (berkunci) oleh seorang petugas.  Aku telah ditempatkan di bilik No. 2 dengan dilengkapi sebuah katil dan peralatan bersalin dihadapan kaunter.  Setelah itu aku dipindahkan ke katil tersebut.  Bersebelahan bilik itu adalah dewan bedah.  Nurse yang bertugas di situ mula membuat pemeriksaan dan memakaikan sarung kaki panjang (sehingga paras peha).  Sambil menunggu doktor personal (Dr Baev) aku datang, aku dan Winda mula bersembang-sembang tentang hal-hal semasa dan hal-hal berkaitan dengan bersalin.  setelah lebih kurang 40 minit berlalu, Dr Baev pun muncul dan bertanyakan khabarku.  Beliau nampak agak terkejut tetapi tenang.

Beliau memulakan tugas dengan membuat VE terhadapku tetapi aku agak kehairanan kerana beliau melakukannya agak lama...lebih kurang 40 minit.  Setelah selesai, beliau mengarahkan aku supaya tidak mengubah posisiku ( berbaring sambil mengangkang).  Menurut beliau, sebenarnya kedudukan bayiku sebelum ini 'melintang' - kepala di bahagian kiri abdomenku.  Sebab itu beliau menyeluk vaginiku agak lama sambil membetulkan kedudukan bayi dari dalam.  Tergamam aku mendengarnya namun aku bersyukur pada Allah swt kerana Dr Baev telah berjaya membetulkannya ke posisi/kedudukan yang betul. ...Alhamdulillah!
Aku sentiasa dan tidak putus-putus berdoa dan berzikir kepadaNya agar diberi kelapangan dan kemudahan untukku melahirkan bayiku ini.  Dr Baev mengatakan bahawa beliau akan memeriksaku setiap 15 minit sekali.
Selepas pemeriksaan VE kali kedua, beliau mengatakan bahawa 'contraction' ku agak lemah.  Dia akan memasukkan ubat melalui 'drip' ditangan kananku untuk mempercepatkan rasa contractionku. Aku bersetuju dan nurse pun memulakan tugas beliau.  Alhamdulillah, rasa contraction semakin kuat dan kerap.  Setelah bertarung agak lama (lebih kurang 3 jam) akhirnya selepas pemeriksaan Dr Baev kali ke-5, aku sudah tidak tahan lagi dan rasa mahu meneran. Aku  menjerit memanggil doktor dan akhirnya tepat jam 4.25 pagi, aku telah meneran buat kali pertama dan diikuti kali kedua 2 minit kemudian.  Alhamdulillah, sejurus membuka mata, aku telah merasai babyku telah berada diatas perutku yang telah kempis. Sejuta rahmat dan kesyukuran kupanjatkan kepadaNya kerana telah menolongku mengeluarkan baby ini dengan selamat dan sempurna tanpa ada 'torehan' dan jahitan 'epiosotomy'....Pertama kali dalam hidupku dan sungguh Maha Besarnya Kuasa Allah, dalam usiaku yang hampir menjangkau 44 tahun, aku melahirkan anak yang paling besar dalam sejarahku sendiri, 3.605kg tanpa torehan dan jahitan doktor dan nurse. Satu kekuatan yang kupinta tetapi 1001 rahmat dan hidayahNya telah kuterima. TQVM ALLAH!.

Sesungguhnya aku bangga dengan diriku kerana dikurniakan Allah kekuatan sebegini dan aku berterima kasih juga kepada Dr Baev kerana membantuku sepanjang proses kelahiran ini.  Berbaloi rasanya membayar beliau secara personel sebanyak RB 50,000 @ +- RM5,000.  Aku semakin takjub dan kagum dengan kebesaran Allah dan ini menjadikan diriku semakin ingin mendekati Allah dengan sedekat-dekatnya.  Semoga hari-hari yang mendatang, bakal menjanjikan buatku, baby Aleesya dan anak-anak, suami serta semua ahli keluargaku seribu kebahagiaan dan ketenangan dalam melayari hidup seterusnya. Doaku agar Aleesya dapat membesar dengan baik dan sempurna di tanganku sendiri dan semoga Aleesya dan semua anak-anakku bakal  menjadi anak yang soleh dan solehah, InsyaAllah.  Betapa besar dan mahalnya nilai harga seorang anak di Rusia ini telah dibuktikan dengan kelahiran Aleesya.  Pesanan ringkas dariku buatmu Aleesya (bila besar kelak) dan semua anak-anakku khasnya puteri-puteriku, jadikanlah diri kalian sebutir permata yang bernilai yang xmampu dibeli dengan wang ringgit oleh sesiapapun jua. Taatilah Allah dan Rasul  serta ibubapa kalian demi kesejahteraan hidup kalian dunia dan akhirat nanti.  Janganlah sia-siakan harapan kami untuk melihat kalian menjadi orang yang berguna dan hamba Allah yang mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.  Semoga kebahagiaan menanti kita sekeluarga di JANNAHNYA.... insyaAllah!  Serba sedikit coretanku buat pembaca dan anak-anakku serta keluargaku sekalian.  Semoga dapat menjadi panduan dan tambahan ilmu serta pengalaman yang tidak mudah diperolehi jika tidak dicoretkan di sini.




No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...