Salam dan selamat berkenalan dariku yang serba baru di alam Blogger ini...sebenarnya hasrat untuk mencipta blog sendiri telah lama diimpikan tetapi oleh kerana bbrp halangan tertentu, maka hasrat itu tergendala sehinggalah kini saya telah temui masa dan keadaan yang sesuai...alhamdulillah. Semoga apa yang dibaca dan perolehi dari blog saya ini dapat dimanfaatkan bersama dan menjadi panduan dan tauladan untuk kehidupan kita seterusnya. Sekian dan salam kenalan dari saya....LaiLy WaHab!
Friday, 10 February 2012
TAHUKAH ANDA?
HIDUP DENGAN PISAU TERPACAK DI KEPALA!
Seorang lelaki di China ternyata hidup dengan pisau terpacak di kepalanya selama empat tahun. Mir Li yang mengalami sakit kepala terus-menerus terpaksa dirawat di hospital. Ketika doktor melakukan scanning, dijumpai pisau tertancap di tempurung kepalanya. Akhirnya, gambar X-ray kepala Mir Li menjelaskan semuanya, gagang pisau dibiarkan tertanam dan tersembunyi di antara tengkorak dan telinga. Kontan, hal ini membuat seluruh juru perubatan di Hospital Yuxi, China, merasa hairan dan takjub.
"Mir Li datang ke rumah sakit dalam keadaan parah. Mulut dan hidungnya terus mengeluarkan darah tanpa alasan yang jelas. Ia juga memberitahu bahawa sedang menderita sakit kepala berpanjangan," ungkap Luo Zhiwei, kepala jabatan bedah di rumah sakit. Beliau menambah, "Sangat mengejutkan benda itu boleh terbenam lamanya di kepala selama bertahun-tahun dan ia boleh bertahan hidup. Selama ini, kami melihat benda-benda kecil seperti jarum tertanam di kepala. Tapi tidak ada yang sebesar itu."
Mir Li masih boleh hidup normal dengan pisau yang tertanam di kepalanya. Ianya merupakan suatu keajaiban. Kemudian, pisau itu dikeluarkan dari tempurung kepala Mir Li dengan pembedahan yang cukup lama dan memenatkan.
Saat di selidiki, pisau yang tertancap di kepala lelaki berusia 37 tahun itu akibat perompak yang pernah ingin merompaknya. Mir Li waktu itu bekerja sebagai pemandu teksi dan merupakan mangsa rompakan. Perompak menikam pisau ke kepala lelaki berusia 37 tahun itu. Namun, tanpa sedar Mir Li tidak pernah tahu ada pisau terbenam di kepalanya.
p/s: agak2 korg lah kan? Apa perasaan perompak tu bila dapat tahu yg Mir Li ni masih hidup dengan tikamannya? Ada sesiapa di sini bernama Mir Li?
~Apiz~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Any comment? Please....