Monday, 20 February 2012

PETUA KECANTIKAN...18SX

Petua Kecantikan Luar Dan Dalam Untuk Wanita (18sx)

Salam sahabat semua....Marilah kita sama-sama berkongsi petua-petua berikut untuk kebaikan diri dan pasangan kita. Semoga bermanfaat sepenuhnya....InsyaAllah!

Payudara kekal cantik
 
Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara
yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba
petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal
dengan  memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan
minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan
menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin
mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.
 
Menghilangkan Keputihan
 
Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua
ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian
direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan
biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci
kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu.
Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam
 
Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada
tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya
coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa.
Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk
mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya
untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana
ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka
tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai
coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko
kanser payu dara.
 
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
 
Salah satu cara untuk mengurangkan kanser payudara adalah dengan meminum
air kacang soya. Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon
dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga
melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti kanser paayudara.
Meningkatkan Kesuburan
 
Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari.
Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini
disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada
wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang
mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!
 
Penawar Sakit Haid
 
Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara
menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu
lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum
sarapan. Minum selama tiga kali, insya-Allah sakit akan hilang. Ibu yang
baru bersalin juga boleh minum selama tiga kali untuk mengembalikan tenaga
yang hilang.
Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan
 
Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan
(anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan
dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh
diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa
menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan
kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari
kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini
berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar, tidak mudah jatuh.
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan
sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan
badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun
yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang
air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur
seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika
boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.
SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara,
jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan
adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit
kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik
untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah
berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau
malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.
 
Petua Kembali Gadis
 
Petua 1 : Ambil secukupnya daun inai, daun pegaga, daun limau purut dan
pinang muda. Tumbuk pinang muda dan perahkan airnya bagi mendapatkan airnya
yang pekat. Daun pegaga, daun limau dan daun inai juga ditumbuk dan diperah
bagi mendapatkan air yg pekat. Jika perlu, campurkan sedikit air. Gunakan
kapas yang digulung atau cotton bud untuk mencelup pekatan air ini dan
masukkan ke dalam lubang faraj. Rawatan pemulihan ini boleh dilakukan
selepas mandi petang setiap hari hingga faraj kembali ketat.
 
Merapatkan Peranakan
 
Untuk wanita yang ingin merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas
bersalin amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam
setiap hidangan makanan. InsyaAllah.
 
Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
 
Petua 1 : Bagi kaum hawa yang mengalami masalah rembesan cecair kemaluan
yang menyebabkan kegatalan yang tidak serius, ambil beberapa keping daun
sirih, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan
bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia
dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk
membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut
nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.
 
Petua 2 : Rebus beberapa helai daun sireh dan daun inai. Biarkan sehingga
mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam.
Gunakan air ini untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau
berasa tidak selesa.
 
credit to sahabatinteraktif
 
All Christians to ..We (a Muslim Follower of Muhammed pbuh) Want to apologize for Not Wishing u Happy XmaS. There Are Reasons . few 
(1) We do not Believe That Jesus WAS God or Son of God He WAS a Messenger from Allah .. 

(2) God's birthday is a Myth Itself Because Creatures Are Born Not the Creator 

(3) Jesus PBUH has no relation with Santa clause .. I do not and Keep My Faith on fairy Tales .. 

(4) I Love Jesus as a Prophet from Allah .. and in all end We Pray That Muslims May Allah Give you and help you to Understand That Islam al-Haq Deel and "La Ilaha Ila Allah, Muhammed" pbuh "WAS the last Prophet sent as a Which Mercy to the universe" Not Only Muslims " Alhamdulilah for Islam, am very very Proud of My Deen .. - (SS) -




No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...