Thursday, 16 February 2012

JANTUNG -Punca serangan dan teknik legakan kesakitan

Antara Punca Serangan Jantung

Serangan Jantung dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ..... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.



Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat


Teknik Legakan Sakit Jantung

Andaikan pada 6:15 petang, anda memandu pulang (seorang diri) selepas berpenat lelah bekerja seharian di pejabat. Anda merasa benar2 letih dan agak tertekan. Tambahan pula jalan jem teruk hari itu. Anda benar2 merasa tertekan dan tension…. 

Tiba2 anda mengalami kesakitan teruk di dada dan kesakitan itu mula merebak hingga lengan dan tulang rahang anda. Anda merasa begitu sukar sekali untuk bernafas. Kesakitan didada begitu memeritkan anda. Kesukaran bernafas begitu melemaskan anda. Pemanduan anda terganggu. Kini anda benar2 rasa tak larat dan rasa seperti nak mati. Anda telah terkena serangan jantung yang boleh membawa maut. 

Haaa dalam keadaan begitu, apakah tindakan anda? Apakah yang perlu anda lakukan ??? Bagaimana mungkin anda dapat selamatkan diri anda daripada serangan jantung sebegini ketika anda berseorangan?? 

Anda mungkin telah diajar dan dilatih melakukan CPR. Tetapi anda tidak pula diajar untuk melakukan CPR pada diri sendiri kan? Mampukah anda melakukan CPR atas tubuh badan sendiri? 

Ketahuilah, kebanyakan kes serangan jantung berlaku pada ketika kita berseorangan. Tiada siapa pun disisi kita. 

Tanpa bantuan, seseorang yang degupan jantungnya tidak stabil, akan menjadi pitam. Seseorang yang terkena serangan jantung, hanya ada cuma 10 saat sahaja sebelum dia pengsan, tidak sedarkan diri. Jadi, apa yang boleh dibuat? 

Apa yang boleh anda buat ialah ; 
Jangan panik, sebaliknya BATUK lah berulangkali dengan kuat dan bersungguh2.
Tarik nafas dalam2, kemudian cuba batuk semula. Batuk sedalam2 dan sepanjang2nya seperti hendak mengeluarkan kahak dari dalam dada anda.
Tarikan nafas dan batuk itu perlu di ulang setiap 2 saat tanpa henti hinggalah bantuan tiba, atau sehingga degupan jantung anda kembali normal. 



Tarikan nafas yang dalam memberikan oksigen kepada paru2. Manakala pergerakan yang terhasil daripada perbuatan batuk itu, akan memberikan tekanan pada jantung sehingga pengaliran darah (oksigen ada dalam darah) pada jantung berjalan lancar seperti biasa. Himpitan dan tekanan pada jantung yang terjadi akibat batuk, membantu mengembalikan degupan yang normal. Dengan cara ini mangsa serangan jantung akan sempat sampai ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Saya harap anda semua dapat menyebarkan dan mewar-warkan teknik ini kepada seberapa ramai orang yang boleh. Ia mungkin membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan sangka anda bebas dari serangan jantung hanya kerana umur anda kurang dari 25 atau 30 tahun. Hari ini, disebabkan perubahan gaya hidup, serangan jantung tidak mengira umur. 

Selamat mengamalkan gaya hidup sihat!



sumber : http://budaktechnician.blogspot.com/2010/10/artikel-teknik-

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...