Tuesday, 28 December 2021

Sebuah Pengajaran

 Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda.

Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya.

“Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. 

Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.

Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga akhirnya dia bertemu dengan seorang peladang yang memerlukan pekerja. Pemuda itu menawarkan khidmatnya. Dia diterima. Oleh itu dia membincangkan syarat-syarat dengan majikannya.

“Saya akan bekerja selama mana yang saya mau dan apabila saya ingin pulang, tolong lepaskan saya daripada pekerjaan saya. Saya tidak mau menerima gaji saya. saya mau kamu simpankan itu untuk saya, sehingga pada hari saya akan pergi. Pada hari saya memutuskan untuk pulang, tolong berikan wang saya.”

Mereka sama-sama bersetuju. Jadi, pemuda itu bekerja selama dua puluh tahun tanpa cuti dan tanpa rehat. Selepas dua puluh tahun, dia mendatangi majikannya dan berkata, “Tuan, saya mahukan wang saya, kerana saya ingin pulang.”

Majikan itu menjawab, “Baiklah, lagipun saya telah membuat perjanjian dengan kamu dan saya mematuhinya. Bagaimanapun, sebelum kamu pergi saya ingin menawarkan kepadamu sesuatu yang baru. Saya akan berikan semua wang kamu dan benarkan kamu pergi; atau saya berikan kamu tiga nasihat, tetapi kau tidak akan dapat wang itu. Sekarang, pergilah ke bilikmu dan fikirkan keputusanmu.”

Dia berfikir selama dua hari. Kemudian dia pergi berjumpa dengan majikannya dan berkata, “Saya mahukan tiga nasihat itu.”

Majikan itu menekankan semula, “Jika saya berikan kepadamu tiga nasihat, kamu kehilangan wangmu itu.”

Pemuda itu menjawab, “Saya mahu tiga nasihat itu.”

Kemudian majikan itu memberikan tiga nasihat:

1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu.

2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh.

3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat.

Selepas memberikan tiga nasihat ini, majikan itu berkata kepadanya, “Di sini ada tiga buku roti untukmu, dua untuk kau makan semasa dalam perjalanan dan yang terakhir adalah untuk kau makan bersama isterimu setelah kau sampai di rumah nanti.”

Jadi, pemuda itupun pergi, selepas dua puluh tahun jauh dari rumah dan isterinya yang dia sangat cintai.

Selepas lima hari perjalanan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang menyapa dia dan bertanya, “Ke mana kau pergi?”

Pemuda itu menjawab, “Ke suatu tempat kira-kira 20 hari perjalanan jika saya terus berjalan.

Orang itu berkata kepadanya, “Wahai pemuda, jalan itu sangat panjang! Saya tahu jalan pintas yang sangat selamat dan kau akan sampai dalam masa 5 hari sahaja.”

Pemuda itu mula ikut jalan yang dicadangkan, tetapi kemudian dia teringat nasihat yang pertama. 

"1. Jangan mengambil jalan pintas dalam kehidupanmu, jalan pintas dan tidak diketahui boleh membahayakan nyawamu."

Lalu dia kembali mengikut jalan yang panjang. Beberapa hari kemudian dia ketahui bahawa jalan pintas itu membawa kepada serangan hendap.

Selepas beberapa hari perjalanan lagi, dia dapati rumah tumpangan di tepi jalan, di mana dia boleh berehat. Dia membayar sewa bilik dan setelah mandi dia baring untuk tidur. 

Pada malam itu dia terbangun kerana dia mendengar jeritan yang menakutkan. Dia bangun dan pergi ke pintu untuk melihat apa yang berlaku. Ketika dia hendak membuka pintu, dia ingat nasihat yang kedua. 

"2. Jangan sekali-kali terlalu ingin tahu, kerana keingintahuan terhadap kejahatan boleh membunuh."

Oleh itu dia kembali, baring dan tidur semula.

Esoknya, selepas sarapan, pemilik rumah tumpangan itu bertanya kepadanya sama ada dia tidak mendengar jeritan malam itu. Pemuda itu mengesahkan bahawa dia telah mendengar.

Kemudian tuan rumah itu berkata, “Kamu tidak ingin tahukah apa yang berlaku?”Pemuda itu menjawab, “Tidak.”

Tuan rumah itu berkata, “Kamulah tetamu pertama yang meninggalkan rumah ini hidup-hidup. Jiran saya benar-benar gila. Dia biasanya menjerit pada waktu malam untuk menarik perhatian orang. Apabila tetamu keluar, dia membunuh mereka dan menguburkan mayat mereka di belakang rumah.”

Pemuda itu meneruskan perjalanannya, tak sabar-sabar sampai lebih awal.

Selepas beberapa hari dan malam berjalan, pemuda itu sangat penat, tetapi akhirnya dia nampak rumahnya dari jauh. Waktu itu sudah malam. Ada cahaya dari tingkap dan dia nampak bayang-bayang isterinya. Tetapi dia lihat isterinya tidak bersendirian. Pemuda itu datang lebih dekat dan melihat ada seorang lelaki bersama isterinya. 

Dia memutuskan untuk menyerbu dan membunuh mereka berdua tanpa belas kasihan. 

Bagaimanapun, dia menarik nafas panjang dan mengingati nasihat yang ketiga. 

"3. Jangan membuat keputusan ketika dalam kemarahan atau kesakitan, kerana apabila kamu menyesal, itu sudah telambat."

Lalu dia berhenti, dia memutuskan untuk tidur di luar pada malam itu. Dia tidur di semak, memutuskan untuk membuat keputusan esoknya.

Setelah pagi, dia lebih tenang dan dia berkata dalam hati, “Saya tidak akan bunuh isteri saya dan kekasihnya. Saya akan kembali kepada majikan saya untuk meminta dia terima saya semula. Tetapi sebelum saya pergi, saya mau katakan kepada isteri saya bahawa selama ini saya tetap setia kepadanya.”

Dia ke pintu dan mengetuk. Apabila isterinya membuka pintu dan mengenali dia, si isteri menangis dan memeluknya dengan perasaan yang gembira sekali. Suami itu cuba menolak isterinya tetapi tidak berdaya. Kemudian, dengan linangan air mata dia berkata kepada isterinya, “Saya tetap setia padamu tetapi kamu mengkhianati aku.

Isterinya terkejut, lalu dia menjawab, “Bagaiama saya mengkhianati kamu? Saya tidak pernah mengkhianati. Saya dengan sabar menanti kamu selama dua puluh tahun.”

Kemudian si suami bertanya, “Bagaimana dengan lelaki yang kau usap-usapi semalam?”

Isterinya menjawab, “Lelaki itu adalah anakmu. Ketika kamu pergi, saya dapati saya sudah mengandung. Hari ini genaplah umurnya yang kedua puluh tahun.”

Setelah mendengarnya, si suami memohon ampun dari isterinya. Dia berjumpa dan memeluk anaknya. Kemudian dia menceritakan semua yang dia alami selama pemergiannya. 

Sementara itu, isterinya menyediakan minuman untuk mereka makan besama roti terakhir yang diberikan oleh majikan si suami. 

Selepas doa kesyukuran, dia mematahkan roti itu. Di dalam roti itu dia melihat wangnya, semuanya. Bahkan, wang itu lebih daripada gaji yang sepatutnya dia terima bagi kerjanya yang dedikasi selama dua puluh tahun.

Kawan-kawan, begitulah umpama Allah mengajar kita. Apabila dia meminta kita buat pengorbanan, dia ingin memberikan kita lebih banyak daripada apa yang kita berikan kepadaNya. Dia mau kita memiliki hikmatNya yang unik dan juga berkat kebendaan.

"RENUNGAN BUAT KITA YG SEMAKIN TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:

» yg boleh kita makan, makanlah;

» yg boleh kita pakai, pakailah;

» yg Ingin kita beli, belilah;

» kalau masih mampu memberi, berilah;

» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.

Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.

Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.

Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal diri.

Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...

dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.

Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.

Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.

Sedarlah! tatkala anak sakit, hati ibubapa terhiris;

tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...

Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!

Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas... tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 😊

Aku berdoa.. Ya اَللّهُ :

Muliakanlah yang membaca pesan ini;

Lapangkanlah hatinya;

Bahagiakanlah keluarganya, dan luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan;

Mudahkan segala urusannya; Kabulkan cita-citanya;

Jauhkan dirinya dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, dan mungkar;

Jauhkan dari segala musibah serta terimalah semua amal ibadahnya; dan

Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-Mu

Tuesday, 21 December 2021

 🕌 *DOA PAGI* 🕋



*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ*



‏  *_" Yaa ALLAH,,_*


‏_• " Sesungguhnya kami *'Memohon* kepada-Mu *ilmu* yang bermanfaat,,"_


‏• " *Rizqi* yang Halal,,"


‏• " *Amal* yang Diterima.,,"

----------------

‏  *_"Yaa Allah ..._*

‏_"Kami *Bersyukur* kepadaMu karena telah *Menjaga* tidur kami,,"_

 

‏_,,dan *Membangunkan* kami kembali di pagi ini._


‏ _" Engkau telah *ijinkan* kami *kembali* memulai hari yang indah ini._


‏  _*" Kami mohon Pagi ini* untuk *'Berbagi* dengan orang-orang di sekeliling kami."_


‏  _"Jadikanlah mereka *Nyaman* berada didekat kami."_


‏  _*"Jadikanlah* hari ini penuh *Keindahan,,* Keindahan dengan *rahmatMu* yang *Berlimpah."*_


‏  _" *Berikanlah* Hati kami *Kedamaian,,, Ketenangan dan.. Keikhlasan."*_


‏  _"Berikanlah kami *Kejernihan pikiran,,* sehingga dapat dengan *bijak dan sabar* menyikapi segala *UjianMu.,"*_


‏  *_" Yaa Rabbana ..._*

‏_" *Jadikanlah* apa yang kami lakukan hari ini sebagai *amalan untuk bekal* kami *menghadapMu kelak.,"*_


‏  *_"Yaa Rabbana ..._*

‏_" *Tegarkanlah Hati dan badan* ini untuk tetap berjalan dalam naungan *CahayaMu*.,"_


‏  _" Hilangkan *Kelelahan Kejenuhan* dalam diri kami sehingga kami bisa memberi yang terindah bagi *Keluarga,dan Saudara kami semua.  ,"*_


‏  *_" Yaa Allah ..._*

‏_'Berikanlah,,_

‏*'KasihMu,,* 

‏*'Rahmat* Mu,, *'PerlindunganMu*,, *'CahayaMu* untuk ,, *'Saudara-saudara* kami Tersayang.....


‏  _" *Berkahilah* umurnya ..._

‏_'Berilah *kesehatan* padanya,.._

‏_" Angkatlah *Penyakitnya*.,,_

‏_'Murahkanlah *Rizqi* padanya,,._"



‏            *_"Selamat Beraktivitas"_*


‏_*"Semoga*_ _apa yang kita kerjakan hari Ini mendapat *Ridha* dan *Berkah* dari *Allah SWT..."*_


*آمين يَآرَبْ العالمين*

Sejarah Banjir Negara


 










Saturday, 11 December 2021

 https://youtu.be/WgxV-oT2Vag


Let’s watch this👆

CERITA SYAHDU PENGALAMAN…

 Cerita Syahdu Pengalaman 

Ustaz Farid Ravi Memeluk Islam


Nama saya  Jesiah Ravi a/l Jacob. Nama tu menunjukkan Kristian. Memang kami asalnya Kristian. Tetapi Kristian yang tidak praktis. Ayah saya meninggal ketika saya dalam perut ibu. Saya anak yatim. Ibu membesarkan saya.


Sejak kecil saya terdedah kepada suasana dan budaya Melayu Islam. Lahir dan membesar di Kg Sg Choh. Majoriti penduduk adalah Melayu. Hanya ada dua keluarga sahaja Hindu. 


Saya bertuah kerana rumah sewa kami bersebelahan dengan surau. Saya sentiasa melihat apa yang berlaku di surau. Bahkan saya dan kawan-kawan masuk dan bermain dalam surau. Saya mesra dengan suasana surau dan budaya masyarakat Islam.


Di sekolah kawan-kawan ajak saya masuk kelas Pendidikan Islam. Biasanya waktu PI saya akan keluar. Bila kawan ajak supaya jangan keluar waktu Ustazah masuk, saya pun cuba duduk. Ustazah tak marah rupanya. Bahkan Ustazah senyum kepada saya. Dia restu saya dalam kelasnya.


Makin lama makin seronok saya belajar pendidikan Islam. Saya tidak disuruh baca dan hafal. Tapi oleh kerana setiap hari berada dalam kelas Pendidikan Islam itu maka banyak benda saya hafal. Saya hafal Al Fatihah. Saya hafal ayat Kursi. Saya boleh azan dan jawab azan. Boleh takbir raya dan macam2 lagi…


Masa darjah 4 darjah 5 saya sudah hafal berbagai-bagai doa. Balik rumah saya cuba baca doa makan. Mak saya sangat marah, Kau baca apa ni. Tak boleh baca. Itu Melayu punya…


Saya tanya kenapa tak boleh. Ini hanya tanda kita terima kasih kepada Tuhan.


Akhirnya mak kata, “Ikut engkau lah. Tapi jangan baca kuat-kuat.”


Maka sejak itu setiap hari saya baca macam-macam doa. Bayangkan tiap hari mak saya dengar saya  baca doa makan, doa tidur. Barangkali itu memberi kesan juga kepada mak saya.


Antara yang saya tertarik dengan Pendidikan Islam ialah kisah nabi Ibrahim. Ayahnya buat berhala. Namrud sendiri tahu berhala itu tidak mampu bercakap. Tak boleh melihat. Tak boleh mudharat dan tak boleh bagi manfaat. Kisah Nabi Ibrahim ini begitu menyentap fitrah saya. 


Saya kata, Ya Allah, sampai begitu sekali kita jahil kita tak fikir apa yang kita sembah selama ini. Akhirnya saya buat keputusan saya tidak akan sembah selain daripada Allah SWT. 


Bila umur saya cukup 18 tahun, saya pergi Perkim bawa IC. Saya terus melafazkan dua kalimah syahadah pada hari berkenaan. 


Setelah masuk Islam saya tinggal di rumah mak angkat saya. Saya cuba amalkan Islam setakat yang termampu. Namun saya tidak berani pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Kalau saya pergi solat jumaat, nanti keluarga saya akan tahu. Abang saya garang.


Minggu kedua, mak angkat saya suruh saya pergi menunaikan solat Jumaat. Bila saya pergi solat Jumaat, maka kecoh lah satu kampung. Sampai ke pengetahuan keluarga saya. 


Lalu saya dipanggil menghadap satu majlis. Semua adik beradik berkumpul. Saya ditanya kenapa masuk Islam, saya jawab sebab saya minat dengan Islam. Sambil tanya sambil dipukulnya saya. 


Saya dipukul dengan sangat teruk oleh abang saya. “Aku nak kamu tinggalkan Islam,” kata abang saya.


Saya kata, “Tak boleh bang.”


Dia kata, “Kenapa tak boleh?”


“Tak boleh bang. Saya dah pilih Islam. Mati hidup saya dengan Islam.”


“Oh Islam ajar kau kurang ajar ye!”


“Kenapa marah saya masuk Islam.”


“Kerana Islam tak betul.”


Saya tanya, “Kat mana Islam tak betul. Beritahu saya.”


“Aku tak perlu beritahu engkau mana yang tak betul.Tapi aku tahu Islam tu tak betul.”


“Beritahulah saya. Saya nak tahu. Kalau tak betul, sayapun tak nak ikut agama yang tak betul. Setahu saya semuanya betul.”


“Oh kau menjawab ye….”  Dia terus pukul saya. Saya undur sampai ke bucu hujung rumah dan di sana ada tiang yang tajam.


Dia tarik kepala saya dan tolak ke tiang. Kepala saya terkoyak. Darah laju mengalir. Saya kena 6-7 jahitan.


Setiap kali saya pergi Makkah, saya berdoa di multazam. Saya tak doa mintak pangkat, mintak jadi kaya, saya tak doa mintak saya jadi somebody…. 


Saya doa supaya Allah beri hidayah kepada mak saya. Itu saja pemberian Tuhan yang paling besar. Tidak ada lah nikmat yang lebih besar jika Allah beri hidayah kepada ibu kita. Betul dak?


Suatu hari saya jumpa mak saya. Saya anak bongsu. Macam mana sekalipun mak tak akan buang saya. Saya jumpa dia. Saya salam. Saya cium. Saya kata, “Mak saya nak minta 

maaf.”


Mak kata, “Kenapa?” 


“Saya banyak abai tanggung jawab saya terhadap mak.”


Mak kata, takpe, takpe. 


Saya kata, “Tapi mak saya terkilan sangat.”


Mak kata,  “Kenapa?”


Saya kata, “Saya akan mati. Mak juga akan mati. Penghujung hayat kita  semua kita akan mati. Saya takut lepas itu mak ke tempat lain, saya ke tempat lain. Saya tak berpeluang lagi jumpa mak. Dan saya tak sanggup mak dibawa ke tempat yang saya tak suka.” 


Mak saya menangis. Dia boleh faham apa maksud saya. 


“Disebabkan saya Islam, mak tak Islam, nanti tempat kita tak sama mak. Kalau boleh saya nak di akhirat nanti saya dengan mak di tempat yang sama.” 


Mak terus menangis. Saya kata, “Mak masuklah Islam mak.” 


Mak kata, “Mak bukan tak mahu masuk Islam. Tapi kalau mak masuk Islam, nanti apa akan berlaku.”


Saya kata, “Mak jangan takut mak. Allah ada. Allah ada mak.” 


“Ya mak tahu Islam agama yang baik.”


Saya ambik mak hari itu juga, “Mak jom ikut saya masuk Islam.”


Mak kata, “Jangan la hari ini.”


Saya kata, “Takpe mak. Mak Islam je lepas tu mak senyap saja. Takpe mak.”


Hari yang sama saya Islamkan mak saya. 


Mak masuk Islam bulan tiga (Mac).  Tarikh saya tak ingat. Yang pasti mak masuk Islam bulan tiga, bulan lima mak meninggal. Sempat la saya bawak mak belajar. Tapi makpun dah uzur masa tu. 


Bagi saya kejayaan ialah bila Allah beri hidayah kepada mak saya. Satu kejayaan besar bagi saya. Sebab bukan senang nak ajak ibu masuk Islam. Saya rasa doa saya depan multazam dimakbulkan Allah. 


Abang saya pula yang pukul dan halau saya. Kesabaran saya masa dipukul itu rupanya memberi kesan.


Suatu hari saya terima panggilan, “Ravi!” Saya Tanya siapa ni, lama dah orang tak panggil aku Ravi. Dia kata, “Aku abang kau.”


“Abang?”


“Ya, ini Devadas la…”


Oh ya. Devadas. Itu memang abang saya. 


“Ye bang ada apa bang.


“Ravi, aku nak engkau bawa aku ke jalan lurus.”


“Jalan lurus?”


Saya tahu dia nak masuk Islam. Tapi saya tak mahu dia cakap kiasan-kiasan macam tu. Saya nak dia berterus terang. 

“Abang nak masuk Islam ni. Boleh tak kau bawak aku masuk Islam.”


“Ok bang, abang kat mana. Sekarang juga saya pergi ambik abang.”


Saya masa tu kat Bangi. Dia kat Rawang. Saya bawak kereta ke sana. Sambil tu saya telefon Pejabat Agama Kuala Kubu saya kata saya nak bawa abang saya masuk Islam. Hari ni juga.


Dalam perjalanan saya tanya dia, “Dulu saya masuk Islam abang pukul saya. Teruk abang pukul. Macam mana pulak hari ni abang terbuka hati nak masuk Islam.” Sembang adik beradik la.


Dia jawab, “Engkau ingat tak masa aku pukul kau dulu engkau Tanya satu soalan.”


Memang saya dah tak ingat, dia pukul saya saya ingat la. Tapi soalan tu saya tak ingat. 


“Masa aku pukul engkau, engkau tanya apa yang tak betulnya Islam ni. Aku tak dapat jawab. Sejak hari tu aku mencari-cari apa yang tak betulnya Islam ni. Lama aku cari. Tak jumpa. Tiap kali aku cari, aku tak jumpa.  Maka aku tak ada pilihan lain, melainkan aku kena masuk Islam.”


Alhamdulillah, dia masuk Islam hari Isnin. 


Hari Jumaat petang (selepas 5 hari), saya dapat panggilan dari rumah tumpangan saudara baru. Pukul 5 petang. Ustaz yang jaga rumah tu beritahu, “Minta maaf Ustaz. Nak beritahu satu perkara yang mengejutkan.”


Saya kata, “Apa dia?”


Dia kata, “Abang Ustaz dah meninggal!”


Saya kata dua tiga hari lepas saya jumpa dia. Dia sihat walafiat. Dia masuk Islam. Dan hari ini dia dipanggil Allah.


Allah….


C&P. Dari Encik Anas

Wednesday, 3 November 2021

CASH is the KING

 CnP

Suatu hari, Uncle Bob (bukan nama sebenar) dijemput menghadiri ke satu majlis perkahwinan di sebuah hotel. 

Ketika sampai di lobi hotel tersebut, ia melihat ada 2 pintu. 

Pintu pertama tertulis "Untuk keluarga pengantin lelaki".

Pintu kedua tertulis "Untuk keluarga pengantin perempuan". 

Uncle Bob masuk melalui pintu keluarga pengantin lelaki.

Ia berjalan dalam 10 meter dan melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu pertama tertulis "Untuk tetamu lelaki".

Pintu kedua tertulis "Untuk tetamu perempuan". 

Kemudian Uncle Bob masuk melalui pintu untuk tetamu lelaki.

Ia berjalan dalam 10 meter lagi, lalu melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu pertama tertulis "Untuk yg membawa hadiah pengantin".

Pintu kedua tertulis "Untuk yg tidak membawa hadiah untuk pengantin".

Uncle Bob masuk melalui pintu yg tidak membawa hadiah untuk pengantin.

Uncle Bob berjalan lagi dan melihat ada 2 pintu lagi. 

Pintu pertama tertulis "Untuk yg membawa wang dalam sampul".

Pintu kedua tertulis "Untuk yang tidak membawa wang dalam sampul". 

Uncle Bob berkata dlm hati: "Syukurlah, ternyata ada ruang juga untuk yang datang dengan TANGAN KOSONG".

Lalu Uncle Bob memilih untuk melalui Pintu ke 2. 

Kemudian Uncle Bob berjalan beberapa langkah dan ternyata yg dia sudah berada di luar hotel tersebut.

Kesian Uncle Bob tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan tersebut kerana telah salah memilih pintu dan tidak membawa hadiah ataupun wang dalam sampul.

Hikmah di sebalik cerita di atas ni bukanlah tentang membawa hadiah atau wang dalam sampul bila pergi ke majlis perkahwinan.

Hikmah di sebalik cerita ini ialah tentang kita yg dalam perjalanan ke alam  akhirat, apakah jalan ke akhirat yang kita pilih dan apakan bekalan yg kita bawa? 

Janganlah kita ke akhirat dengan memilih jalan yg salah dan tiada membawa apa-apa bekalan dan menyesal akhirnya....

Berhati2 di dlm membuat keputusan.

Renung2kanlah dan selamat beramal soleh. Waallahua’lam ❤

@Dakwah Iman.

[03/11, 09:12] +60 13-397 6836: CASH is the King...bukan Beras & Maggi

Ujian Semakin Perit...

Tertiba teringat suatu kisah disebuah surau di USJ Subang Jaya, beberapa waktu yang lepas..

Terdengar perbualan seorang pemandu teksi dan AJK Surau selepas selesai solat Subuh..

"Saya nak minta bantuan pihak Surau bantu saya bayarkan bil api saya dah tertunggak..

"TNB dah bagi warning akan potong letrik kalau tak bayar dalam masa 3 hari, saya mohon bantuan RM75 tuan"..pohon seorang pakcik dalam pakaian seragam putihnya...

"Ohh SOP Surau ni tak boleh bagi cash sebab dah banyak kes penipuan" jawap AJK dalam keadaan acuh tak acuh..

"Cuba Pakcik ke Masjid kat sana tu, mungkin mereka boleh bagi cash sebab kutipan mereka banyak"...sambung AJK 

"Saya dah pergi Tuan, tapi mereka kata kena isi borang & tunggu kelulusan AJK katanya"

"Itu pun kena bagi banyak maklumat & kena tunggu seminggu baru dapat jawapan.Dan bukan semua diluluskan sebab mereka akan buat pemeriksaan dulu" keluh pakcik tu...

"Saya terpaksa datang kesini sebab dah putus usaha & bekalan tunai.

Minyak teksi saya pun dah kuning" rayu pakcik tu ..

"Maaf Pakcik memang SOP kita tak boleh bagi tunai...Tapi kalau nak bantu makanan saya boleh bagi..

"Pakcik boleh pergi ambik kat Kaunter Asnaf kat depan sana tu.Ambik yang dalam beg plastik oren Jakel tu tau"

Tapi syarat Pakcik memang tak mampu & ambik satu kampit aje tau...takut nanti terambik hak orang lain pula" syarah AJK dengan nada seorang penceramah...

"Takpa la Tuan, terima kasih, bekalan beras kat rumah saya masih ada lagi . Biar golongan Asnaf saja yang ambik hak mereka tu" jawap pakcik dengan perasaan kecewa sambil menuju kearah teksinya Proton Saga yang sudah uzur..

Sebelum sempat beliau berlalu, bangkit seorang jemaah bekas pegawai Tentera terus bersuara lantang menegur AJK Surau..

Tak habis-habis dengan SOP SOP...

SOP kau ...Suruh Orang Pergi" syarahnya sambil menjeling kearah AJK tadi..

Kemudian beliau membentangkan sejadahnya serta membuat suatu pengumuman yang cukup berkesan ...

Sebijik aku pernah dengar dari Guru ku Shaykh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki ketika membicarakan Kitab Sairus Salikin.

"Kalau telinga Tuan-Tuan dengar orang yang meminta sedekah secara terang-terangan "wajib" kita menghulurkan bantuan walaupun sepuluh sen sebab dia dah jual maruah diri nya"

"Kita kena bantu saudara kita ini supaya maruahnya dapat dikembalikan dengan cara terhormat bukan menolaknya dengan alasan yang remeh...

Selang beberapa saat kemudian menderu jemaah lain termasuk AJK yang masih tersentak dengan teguran Kolonel bersara tu meletakkan beberapa helai wang kertas termasuk beberapa keping wang RM50 keatas sejadah...

Aku hanya memandang dengan seribu penyesalan....

Tanpa mengira jumlah dikutip Kolonel & beberpa jemaah menyerahkan wang tersebut sambil memeluk erat pakcik yang tampak sangat terharu dengan rezeki yang tidak terduga...

Banyak pengajaran yang ku dapati dari insiden ini..

Lebih berkesan dari ceramah-ceramah Subuh sebelum era PKP...

- Bawa lah dompet duit bila ke Surau....

- Hanya suatu usaha yang kecil dapat memberikan kebaikan pada mereka yg memerlukannya.

- CASH is the King...bukan beras & maggi

- Bersangka baik pada yang meminta terutama pada mereka yang baru cuba untuk meminta kerana bukan mudah nak jual maruah diri untuk menagih simpati orang..

#Semoga bermanfaat

-COVID-19 ‘THE UNDETECTED VIRUS’

 Just heard Dr Leong Hoe Nam, a public health expert in Singapore who gave an interview in mandarin today !!!

Below are the excerpts of the interview translated into English :-

Dr Leong explains why fully vaccinated people are still getting Covid19. He said those infected by Covid19 although fully vaccinated, are the older people  (aged above 60 plus). This is because these peoples' antibodies are very Low after a lapse of time as most of them are taking medications (e.g. for diabetes, high cholesterol, hypertension, heart cindition etc). These medications tend to neutralise the vaccine efficacy. So he said, it is important for these senior citizens to take the booster jab. The previous jabs have now become weaker with time and the medications they took.

USE  YOUR MASKS  BECAUSE NEW  COVID-DELTA

IS  DIFFERENT,  DEADLY  &  UNDETECTABLE:

With the new COVID19 DELTA variant there is:

NO COUGH

NO FEVER

Just a lot of:

JOINT-PAIN

HEADACHE

NECK PAIN

UPPER BACK PAIN

PNEUMONIA

GENERAL WEAKNESS

NO APPETITE

COVID-DELTA is of course, more Virulent with a higher Death rate. 

It takes less time to go to the extremes, Sometimes without symptoms.

Let's be more careful !!!

This strain does not live in the nasopharyngeal region but it directly affects the Lungs, which means the "Windows". And the periods of times are shorter.

He has seen several patients without FEVER, without PAIN, but who were diagnosed with  mild CHEST PNEUMONIA on their X-RAYS.

NASAL SWAB TESTS are very often NEGATIVE for COVID-DELTA, and there are more and more false negatives of NASOPHARYNGEAL TESTS. 

This means that the VIRUS spreads and spreads directly to the LUNGS, causing acute respiratory stress caused by VIRAL PNEUMONIA.

This explains why it has become sharp, more virulent and deadly.

Please be more careful, avoid crowded places, keep a distance of 1.5m even in open places, use double masks, face shields and wash your hands often.

This *"WAVE"* is much more deadly than the first. So we have to be VERY2 careful and take *all kinds of precautions*

Also be an alert communicator to your friends and family.

*Don't keep this information to yourself, share it as much as you can, especially with your family and friends !!!*

-JAGA KAKI ANDA-

 *Penuaan dimulai dari kaki, kemudian ke atas!*

*JAGA KAKI ANDA!!*

 ©️  Ketika kita tua, kaki kita harus dijaga agar selalu kuat dan tegap. 

 ©️  Ketika kita bertambah umur (menua), kita tidak perlu takut rambut kita beruban, kulit kendur atau keriput, tapi kakilah yang penting.

 ©️  Di antara tanda-tanda *umur panjang*, sebagaimana dirangkum oleh "Prevention" Majalah AS, ternyata otot kaki yang kuat merupakan sebagai faktor yang paling penting dan esensial.

 ©️  Jika Anda tidak menggerakkan kaki selama dua minggu saja, kekuatan otot kaki Anda akan berkurangan 10 tahun.

 ©️  Sebuah penelitian dari University of Copenhagen di Denmark menemukan bahwa baik tua maupun muda, selama dua minggu kaki *tidak aktif*, kekuatan otot kaki akan melemah sepertiganya yang setara dengan penuaan 20-30 tahun.

 ©️  Saat otot kaki kita melemah, perlu waktu lama untuk dipulihkan, itupun jika kita lakukan rehabilitasi dan latihan nanti.

 ©️  Olih itu, *olahraga teratur seperti jalan kaki dan berbasikal sangatlah penting*.

 ©️  Seluruh berat badan/beban tetap dan bertumpu pada kaki.

 ©️  Kaki adalah sejenis *tiang*, menampung beban tubuh manusia.

 ©️ Yang menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot dari totalnya…ternyata ada di kedua dua kaki.

 ©️ Sendi dan tulang terbesar dan terkuat tubuh manusia juga ada di kaki.

 ©️  *"Tulang yang kuat, otot yang kuat, dan sendi yang fleksibel membentuk "Segitiga Besi” ….yang membawa beban dan terpenting pada tubuh manusia."*

 ©️ 70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga  dalam hidup seseorang, dilakukan oleh aktiviti  dua kaki ini.

 ©️ Apakah kamu tahu ? Seseorang ketika masih muda, *pahanya memiliki kekuatan yang cukup untuk mengangkat sebuah kereta kecil!*

 ©️  *Kaki adalah pusat penggerak tubuh*.

 ©️ Kedua kaki memiliki 50% saraf tubuh manusia, 50% pembuluh darah dan 50% darah mengalir melaluinya.

 ©️ Ini adalah jaringan peredaran darah besar untuk seluruh tubuh.

 ©️ Hanya *bila kaki sehat maka konvensi arus darah mengalir dengan lancar, sehinggakan orang yang memiliki otot tungkai yang kuat pasti akan memiliki  jantung yang kuat.*

 ©️ *Penuaan ternyata dimulai dari kaki, kemudian ke atas*.

 ©️ Seiring bertambahnya usia, ketepatan dan kecepatan transmisi arahan dari otak ke kaki menurun, tidak seperti saat seseorang masih muda.

 ©️ Selain itu, apa yang disebut Kalsium Pupuk Tulang, cepat atau lambat akan hilang seiring berjalannya waktu, yang membuat wargatua lebih berisiko patah tulang.

 ©️ Fracture patah tulang pada wargatua ini mudah menyebabkan rangkaian komplikasi lain, terutamanya penyakit yang membawa maut seperti trombosis otak.

 ©️ Tahukah Anda ternyata 15% pesakit wargatua  meninggal dalam waktu satu tahun, karena patah tulang paha.

 ©️ Melatih kaki, tidak ada kata terlambat, walaupun setelah usia di atas 60 tahun.

 ©️ Meskipun kaki kita secara bertahap tahap akan menua seiring waktu, melatih kaki kita adalah tugas seumur hidup.

 ©️ Hanya dengan memperkuatkan kaki, seseorang dapat mencegah penuaan yang lebih lanjut.

 ©️ *Harap berjalan kaki setidaknya 30-40 minit setiap hari* , untuk memastikan bahwa kaki Anda mendapatkan latihan yang cukup dan untuk memastikan otot-otot kaki Anda terjaga tetap sehat.

 *Anda mungkin ingin membagikannya serta berkongsi dengan teman2, kawan2 serta anggota keluarga yang lain*.

*JAGA KAKI ANDA*

*Semoga bermanfaat*

🙏🙏🙏

Wednesday, 8 September 2021

TIPS TO ACHIEVE OUR GOALS💝

 TIPS oleh PRINCE AZAHAR


JANGAN biarkan ANDAIAN mendahului TINDAKAN!


RAMAI antara kita mula kalah pada ANDAIAN NEGATIF sebelum MEMULAKAN TINDAKAN dalam melakukan PROSPECTING😎


🤔”Kalau dia TAK BERMINAT camner ek..risau plak nak warm up!”


🤔”Dia mungkin NEGATIF kot dengan Biz camni..takut plak nak call..nanti laa!”


🤔”Dia rasanya tak suka kot Biz cari2 orang ni..nanti hilang kawan plak!”


🤔”Dia kutuk aku kot nanti kalau tau aku buat Biz camni..kecoh satu ofis nanti..hmm..nanti la dulu!”


INI MUNGKIN antara ANDAIAN kita yg SERING MEMBANTUTKAN KEBERANIAN kita utk memulakan proses WARM UP!


Apa salahnya kita CUBA?

Selagi kita tak CUBA mana kita tau ANDAIAN kita tu BETUL?


BAGAIMANA kalau sebaliknya?


BAGAIMANA bila tiba2 kita dapat tau dia JOIN orang lain dalam Biz yang SAMA?

PASTI kita rasa terkilan sbb kita langsung tak mencuba dan sekadar BUAT ANDAIAN NEGATIF jer sebelum MENCUBA?


BAGAIMANA pula kalau BETUL ANDAIAN saya tu PRINCE?😭😭😭


😎KENAPA PERLU SEDIH?

_*KITA dah KENALPASTI…dia PERLUKAN PELUANG KE-2..DIA memang jenis yg MINAT BERNIAGA…memang dia ada MODAL..kawan pun RAMAI…TAPI mungkin dia TAK MINAT BIZ sebegini!*_


IT’s OK…KITA BERKONGSI yang BAIK..BIZ yang BAIK..ada MENTOR yang HEBAT MEMBIMBING..ada TEAM yg POWER MEMBANTU..PRODUK yg sangat bagussss… CUMA 🅿️ yang TIDAK BERMINAT…maka dimana RUGINYA kita…kita masih ada segalanya dlm Biz ni CUMA 🅿️ jer yg mungkin TAKDER REZEKI nak jadi RAKAN NIAGA kita …TAK PERLU la kita bersedih k..RAMAI lagi diluar sana PERLUKAN ENJIN ke-2 ..kita KONGSI ngan mereka yg MAMPU kita BANTU pada yang PERLU!”😎


BIZ tetap jalan terussss…kita terus BELAJAR PERBAIKI KELEMAHAN KITA dan jadikan ia ILMU dan PENGALAMAN yang akan lebih MEMATANGKAN KITA dlm Biz yg hebat ini.


Kita TIDAK PERNAH GAGAL selagi kita masih MENCUBA tanpa putus asa.


REZEKI dari ALLAH yg Maha Kuasa BUKAN dari mereka yang hanya merupakan insan biasa..KITA terus berikan USAHA!



ikhlas dari

<Prince Azahar>

Wednesday, 1 September 2021

Malaysia Merdeka

 *🇲🇾BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA*

Semangat Patriotik

Perkasa Jatidiri

446 Tahun Tanahair Dijajah

(Portugis, Belanda, British, Jepun)


*🇲🇾Empayar Kerajaan Melayu Islam Melaka*

https://youtu.be/fb0kRvMwlLs

https://youtu.be/vuqz1kiWsl0

https://youtu.be/towNoDUxpUs


*🇲🇾Leftenan Adnan*

https://youtu.be/E1f1xWAp7Ho


*🇲🇾Sarjan Hassan*

https://youtu.be/aUTjv8n2mF4


*🇲🇾Darah Satria*

https://youtu.be/J91mEm4VQF8


*🇲🇾Bukit Kepong*

https://youtu.be/5t_yil3kw5k


*🇲🇾Prebet Lapok*

https://youtu.be/8UdTe4JmrxI


*🇲🇾The Iban Warrior : Kanang Anak Langkau*

https://youtu.be/3cWVglI3Hw0


*🇲🇾Tanda Putera - Merdeka*

https://youtu.be/Rc_zL556sDs


*🇲🇾Komando - Bravo 5*

https://youtu.be/_YSmAEuLM_4


*🇲🇾PASKAL The Movie*

https://youtu.be/O3bOP8QCEXI


*🇲🇾Air Force The Movie*

https://youtu.be/L3Ysk4YTWkQ


*🇲🇾Syahadan - Silat Action Film*

https://youtu.be/sagaZ1DvaYk


---------------------------------------------------


*🇲🇾Lagu Patriotik*


*🇲🇾Perwira*

https://youtu.be/FPpcaf-xzE0


*🇲🇾Pahlawanku*

https://youtu.be/SQgD7geu23s


*🇲🇾Inilah Barisan Kita*

https://youtu.be/Cy2K5a1H7fY


*🇲🇾Tanggal 31 Ogos*

https://youtu.be/XqlTlmlVmVI


*🇲🇾Bahtera Merdeka*

https://youtu.be/oCd5t9k_ZYU


*🇲🇾Sejahtera Malaysia*

https://youtu.be/Plk-XVvlvRE


*🇲🇾Jalur Gemilang*

https://youtu.be/5Z2dmgxsOJY


*🇲🇾Malaysia Inovatif*

https://youtu.be/Ze7FPHvI2w0


*🇲🇾Keranamu Malaysia*

https://youtu.be/vybbvNHmPiI


*🇲🇾Negaraku*

https://youtu.be/gdjKa6nhQIE


*🇲🇾Malaysia*

https://youtu.be/oIDeGj83us8


*🇲🇾PAHLAWAN NEGARA*

Berkorban Demi Agama, Bangsa dan Tanahair


#MalaysiaTanahAirku

#MalaysiaPrihatin

#KeluargaMalaysia


CARA-CARA JON MASUK KE DALAM RUMAH

 *Cara2 Jin masuk ke dalam rumah kita*

1) kita yg bawa sendiri

2) kelakuan kita yg boleh menjemput mereka


1) kita bawa sendiri

- antaranya dengan membawa masuk barang2 dari bomoh seperti tangkal2, wafak, senjata lama, barang2 yg telah dipuja...

- belajar ilmu kebatinan

- tidak merawat sihir lebih Dari 40 Hari....

- tidak meruqyah diri apabila tahu susur galur keluarga moyang mereka Ada menggunakan khidmat jin.


2) perbuatan kita yg boleh menjemput mereka datang 

- sisa tulang pada dapur dan sinki tidak dibuang sebelum malam menjelma.... Automatik Jin kelas pertama iaitu Jin yg bersayap yang duduk di tempat tinggi yang selalu duduk pada bumbung rumah kita akan terhidu dan akan turun masuk kedalam rumah kita utk makan....apabila ia berlaku setiap hari ia akan mencari tempat terdekat di dalam rumah itu sebagai tempat tinggal contohnya seperti tinggal di fridge magnet di peti ais yg berbentuk makhluk hidup.... Lalu barang2 dapur yg tidak di tutup akan cepat membusuk....

- tidak menutup pintu tandas di dalam rumah selepas menggunakan nya....lalu mereka bebas bermain di dalam rumah  dan bersembunyi pada hiasan rumah yg kita sayang atau pada hiasan berbentuk makhluk hidup, atau pun perhiasan rumah yg pernah menjadikan kita syirik kepada ALLAH...

- bunyi-bunyian Dari alat muzik

- baju kotor yg digantung didalam rumah selepas keluar rumah tanpa terus membasuh nya.

- rumah yg kotor

- bilik tidur yg tidak pernah dialihkan perabotnya

- rumah yg tidak dibacakan al Quran

- rumah yg dijadikan sarang maksiat

- rumah yg Ada emas yg tidak digunakan.

- rumah yg ada benda2 dari hutan yg tidak digunakan seperti buluh

- rumah yg malaikat tidak masuk kerana ada pelihara anjing atau bunyi nyanyian yg terlalu lama

Jika Ada perkara2 seperti diatas, jangan ditanya mengapa bayi menangis berpanjangan, jangan ditanya mengapa ummu sibyan boleh masuk ke dlm rumah, dan jangan ditanya mengapa kita mencari pakar perubatan tradisional atau bomoh utk berubat.... Lalu masalah ini akan berterusan.....


Inilah liciknya permainan Jin, iblis dan syaitan...

#RUNGKAI bahayanya tipudaya iblis,Jin dan syaitan melalui perkara2 Kecil....

# setiap hari.. tauhid dan akidah diserang tanpa kita sedar..... Kesannya tempias pada akhlak kita...

#Walaupun Korang nak muntah membacanya, aku tetap akan teruskan merungkainya sebab nmpk lebih 80% org sekeliling kita Tanpa mereka sedar atau tidak telah terjebak dengan syirik setiap Hari termasuk dari kalangan yg bijak pandai.... Di sebabkan syirik itu Ramai yg sukar menghadapi kematian, mereka mati dalam keadaan yg sangat2 Terseksa....

#Manusia biasa tiada kelebihan... kelebihan hanya Ada pada para nabi2 sebagai kayu ukur... Lebih pada itu adalah menggunakan  khidmat Jin.

GOOD INFO AS A REMINDER TO US

Copy n paste

Bacalah dan ingat sampai bila-bila.

Pergerakan komunis merupakan satu masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia atau lebih dikenali  sebagai Tanah Melayu sejak awal tahun 1920-an lagi. Pada ketika itu, komunis telah bergerak dalam menyebarkan  kegiatan dan fahaman mereka kepada golongan belia, pekerja dan pelajar. 

Pergerakan komunis menjadi lebih giat dan  tersusun dengan pembentukan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 yang bermatlamatkan penubuhan  sebuah kerajaan komunis, iaitu Republik Rakyat Malaya. 

Gerakan komunis mencapai kemuncak pada Jun 1948  berikutan PKM memulakan kegiatan keganasan dan kekerasan di negeri-negeri Melayu bagi merealisasikan  perjuangan mereka. Kekacauan yang ditimbulkan oleh PKM itu menyebabkan Tanah Melayu memasuki zaman  darurat di bawah Undang-undang Darurat yang diisytiharkan pada 16 Jun 1948. 

Bagaimanapun, dengan adanya pelbagai  usaha kerajaan dan kerjasama daripada orang ramai, gerakan komunis dapat dilemahkan sehingga akhirnya mereka  tidak mampu melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap orang awam, pasukan keselamatan dan pihak pentadbiran. 

Berikutnya, zaman darurat di Tanah Melayu diisytiharkan berakhir oleh pihak kerajaan Perikatan pada  31 Julai 1960. Selaras itu juga berakhirlah. tahap pertama pergerakan bersenjata PKM di Tanah Melayu. 

Setelah itu, saki-baki anggota PKM mengundurkan diri ke Selatan Thailand buat sementara waktu. Disitulah  mereka menyusun dan mengukuhkan semula kekuatan pasukan tentera, memulihkan semangat juang anggota  serta membuat perancangan pergerakan dengan lebih teliti, sambil menunggu masa yang sesuai untuk kembali  semula ke Malaysia dengan perjuangan yang sama, iaitu menubuhkan sebuah negara komunis. 

Akhirnya, pada Jun  1968, PKM memulakan semula pergerakan bersenjatanya di Semenanjung Malaysia buat kali kedua. Peristiwa ini  dikenali oleh para sejarawan sebagai kebangkitan atau kemunculan semula PKM setelah mereka gagal dalam gerakan  bersenjata pertama (1948-1960). Pergerakan bersenjata PKM ini berakhir pada 2 Disember 1989 apabila komunis bersetuju  berdamai dengan pihak kerajaan. 

Sepanjang pergerakan PKM di Malaysia (1920-1989) ini, pelbagai strategi telah  dirancang dan dijalankan oleh mereka untuk mempengaruhi dan memenangi rakyat serta menumpaskan pentadbiran  British supaya tercapai matlamat perjuangan mereka.

Apakah Misi Perjuangan Komunis ini telah berakhir?

Mari kita lihat Bagaimana Komunis menghidupkan Ideologi mereka. 

Usaha komunis untuk menyebarkan ideologi mereka dalam kalangan penduduk di Tanah Melayu telah bermula  pada awal tahun 1920-an. Pada ketika itu, pergerakan komunis dipengaruhi oleh komunis dari China dan Indonesia.  Strategi Barisan Bersatu sebagaimana yang digunakan oleh Parti Komunis China (PKC) dengan Kuomintang di  China telah digunakan oleh komunis dalam menyebarkan ideologi mereka kepada penduduk. 

Dalam hal ini,  komunis telah menggunakan cawangan-cawangan Kuomintang (KMT) di negeri-negeri Melayu yang beribu pejabat  di China. Menjelang tahun 1924, cawangan dan ranting KMT telah ditubuhkan di kebanyakan negeri-negeri Melayu  dan digunakan oleh komunis sebagai pelapis bagi menyebarkan pengaruh mereka. 

Antaranya, cawangan KMT telah  dibentuk di Seremban, Melaka, Muar, Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur, Klang, Sungai Petani, Singapura, Ipoh,  Menglembu, Lahat, Pusing, Tronoh, Port Swettenham (Pelabuhan Klang), Sitiawan, Kampung Koh dan Pudu. 

Manakala ranting-ranting KMT pula terdapat di Rantau, Kuala Pilah, Asahan, Jasin, Bemban, Panchor, Serom, Kwan  Loan, Tangkak, Ulu Tiram, Selama, Kroh, Klian Intan, Tongkah, Pulau Langkawi, Ranting 1-5 di Kuala Lumpur,  Ranting 1-12 di Klang, Bedong, Baling, Sungai Lalang dan Ranting 1-5 di Singapura

Selain itu, komunis turut menggunakan kesatuan-kesatuan sekerja, akhbar dan sekolah-sekolah dalam  pergerakannya. Antara pertubuhan buruh berunsur komunis di Negeri Sembilan pada tahun 1926 termasuklah  Persatuan Pekerja Aik Min Port Dickson, Persatuan Pekerja Aik Khwan Kuala Pilah, Persatuan Pekerja Getah Negeri  Sembilan, Persatuan Pekerja Kedai Negeri Sembilan, Persatuan Pekerja Aik Chi Sepang, Persatuan Orang Gaji Negeri  Sembilan, Persatuan Pekerja Getah Tanah Merah, Persatuan Pekerja Getah Pengkalan Kempas, Persatuan Pekerja Yan  Khwan Seremban dan Persatuan Pekerja Aik Shin Rantau.

Persatuan-persatuan tersebut telah digabungkan  menjadi Persatuan Am Nanyang (Nanyang General Labour Association) atau juga dikenali sebagai Persatuan Perwakilan  yang merupakan cawangan kepada General Labour Association of China. Manakala, pada 30 Mei 1927, tiga orang  Cina telah ditahan di Melaka atas tuduhan mengendalikan pertubuhan yang diharamkan, iaitu The New Students’  Society.

Salah seorang daripadanya didapati berhubung rapat dengan pertubuhan buruh di Melaka, Muar dan Batu  Pahat.4 Selain itu, terbitan seperti akhbar juga digunakan sebagai media oleh komunis untuk menyebarkan ideologi,  propaganda dan kegiatan kepada orang awam. Antara contoh akhbar yang berunsur komunis termasuklah akhbar Red Star Weekly, Red Star Supplement, Charcoal, Struggle, Youths’ War Front Weekly, Red Flag dan The Economic Policy of  New China5 serta akhbar yang menjadi organ KMT, iaitu Yik Khwan Yat Po (Kuala Lumpur) dan Thin Sing Yat Po (Klang).

Manakala, terbitan berkala yang berunsurkan komunis seperti The Guide Weekly, Chinese Youth dan Chinese  Seamen’s Union yang kemudian telah dirampas oleh kerajaan pada Disember 1926.

Sementara itu, sekolah Cina juga menjadi pusat gerakan penting komunis dalam menyebarkan  pengaruhnya. Ini kerana kebanyakan guru sekolah dibawa dari China dan terpengaruh dengan perkembangan politik kiri di China.

Pihak Komunis mendapati bahawa pelajar dan guru sekolah Cina selalunya adalah simpatisan  komunis, maka mereka dapat dipengaruhi dengan ideologi dan perjuangan komunis dengan mudah. Dari sinilah pelajar-pelajar ditanam dengan semangat dan diberi gambaran perjuangan untuk membela nasib rakyat yang tertindas dan miskin. Sekolah malam yang dipengaruhi oleh unsur komunis telah wujud di Kuala Lumpur sejak  tahun 1920- an, dimana dilaporkan terdapat 16 sekolah yang menjadi markas ejen komunis.

Pada Oktober 1926,  pihak berkuasa telah menjumpai surat yang dialamatkan kepada seorang guru bangsa Cina Hailam yang meminta  pandangan dan simpati beliau terhadap komunis dan aktivitinya di Tanah Melayu. Bersama-sama surat itu turut  disertakan borang soal selidik bertajuk “Overseas Investigation Form” yang meminta maklumat tentang kawasan  tumpuan petempatan orang Cina, bilangan peniaga dan pekerja Cina, pandangan politik berkaitan komunis,  maklumat tentang akhbar Cina serta keadaan hidup orang Cina di seberang laut.

Manakala, pada tahun 1927, pihak  berkuasa telah berjaya merampas kertas, buku harian dan surat-surat daripada seorang guru di Sekolah Malam Phing  Man, Kuala Lumpur yang menunjukkan beliau mempunyai rancangan untuk mempengaruhi pelajarnya dengan  ideologi komunis.

Perkembangan komunis di Tanah Melayu amat dipengaruhi oleh perkembangan di China berbanding dengan  pengaruh dari Indonesia. Disebabkan itu, tidak dapat dinafikan dalam pergerakan komunis, lebih 80 peratus  daripada anggota, penyokong dan orang yang bersimpati dengan perjuangannya adalah orang Cina. 

Perkembangan di China turut mempengaruhi perkembangan komunis di Tanah Melayu. Apabila KMT mencapai  kerjasama dengan PKC di China pada tahun 1924 dan membentuk Barisan Bersatu KMT-PKC, komunis di Tanah  Melayu juga bekerjasama dengan KMT. 

Namun demikian, setelah Dr Sun Yat-Sen meninggal dunia pada Mac  1925, keretakan berlaku dalam Barisan Bersatu KMT-PKC sehingga pakatan itu berpecah pada tahun 1927.  Dengan itu, pihak komunis di Tanah Melayu tidak dapat lagi menggunakan cawangan-cawangan KMT dalam  penyebaran fahaman mereka.

Oleh yang demikian, Comintern telah mengatur langkah lain untuk pergerakan komunis  di negeri-negeri Melayu. Perkembangan ini telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Nanyang (PKN)  pada Januari 1928. 

Namun begitu, PKN tidak berjaya dalam menyusun dan melebarkan kegiatan komunis, maka  pihak Comintern akhirnya mengarahkan penubuhan sebuah pertubuhan komunis yang baru. 

Pada 30 April 1930, Parti  Komunis Malaya (PKM) telah ditubuhkan dengan matlamat untuk mendirikan sebuah negara komunis (Republik  Komunis Malaya) selaras dengan objektif komunis sedunia.

Pada 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur.

Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan Cina. Bukan saja dibunuh dengan kejam, anak-anak perempuan Sultan Diperkosa didepan Sultan dan ahli keluarga mereka sendiri.

Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.

Jika diceritakan siri kekejaman Komunis terhadap Orang Melayu memang terlalu banyak dan sangat memedihkan. Namun tidak kurang banyaknya juga Orang Cina yang menjadi mangsa kekejaman Komunis.

Pada 12 Julai 1973 kira-kira jam 9 malam, enam pengganas komunis telah merempuh masuk ke dalam rumah seorang pegawai polis bernama ASP Chin Chin Kooi di Serdang, Kedah.

Kesemua mereka melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah Chin Kooi hingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di depan keluarganya sendiri.

Chin Kooi bersalah di mata komunis kerana pegawai polis itu amat aktif menyiasat dan membongkar kegiatan Parti Komunis Malaya (PKM) khususnya dalam ‘Gerakan Sedar’ di negeri itu.

Kegigihan dan kesungguhan Chin Kooi yang berjaya memusnahkan beberapa tempat persembunyian anggota PKM di kawasan Serdang dan Hutan Relau telah menyebabkan kumpulan itu nekad untuk mengakhiri riwayatnya.

Tiga bulan selepas itu, Detektif Sarjan Chong Kek Oh pula ditembak oleh anggota-anggota PKM di Sungai, Siput, Perak. Tahun yang sama juga menyaksikan mereka menembak mati Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon di Kuala Lumpur.

Pada 3 Januari 1974, PKM bertindak membunuh Detektif Konstabel Lee See Kaw di Malim Nawar, Perak diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. Empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua mati ditembak di Chemor, Perak.

Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong pula telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

Ini hanyalah secebis kisah bagaimana pegawai dan anggota polis berketurunan Cina yang mati dibunuh oleh PKM, itu belum dicampur daripada pasukan tentera.

Ternyata Komunis Bukan sahaja Musuh Kaum Melayu, malah ia juga adalah Musuh bagi mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak Komunis.

Kaum Cina diseksa akibat enggan bekerjasama malah penyeksaan lebih teruk dibuat kepada mereka yang secara terang-terangan menentang perjuangan PKM seperti guru, profesional dan ahli perniagaan.

Kita jangan terleka kerana senjata utama komunis ketika ini bukan terletak pada senjata, tetapi pada pemikiran dan dakyah-dakyah yang disampaikan secara ‘halus’ apatah lagi dalam era segalanya di hujung jari ini.

Dalam usaha untuk mengembangkan pengaruh komunis, memecahbelahkan perpaduan yang kita ada juga merupakan ramuan dan resipi mereka. Tiada yang lebih menggembirakan PKM selain melihat kita sesama kaum dinegara ini mencurigai antara satu sama lain.

PKM hanya letak senjata – tetapi tidak pada cita-cita mereka.

Warisan Johor


*******************************************************************************************************

Bagaimana untuk anda menyokong Warisan Johor? 

Tak perlu bersengkang mata, 

Tak perlu berhabis duit, 

Tak perlu mengasingkan diri,

Tak perlu membanting tulang,


Terus Follow, 

Terus like, 

Terus komen, 

Terus share, 


mudahkan? 

Terima Kasih😍


Warisan Perlu Dikekalkan, Budaya Perlu Disuburkan

Johor Kaya Dengan Nilai Sejarah Bangsa Johor

#BangsaJohor #Johor #JDT #WarisanJohor


Rujukan

Prof Datuk Dr Ramlah Adam

Pakar sejarah

Malaysia Today

Nov 2019

Berita Harian 

Ogos 2019

Dr Ho Hui Ling

Pembanterasan Komunis  di Tanah Melayu.  Kuala Lumpur: 

Penerbit Universiti Malaya. hlm. 2-3

Monthly Review of Chinese Affairs, 

August 1934, CO 273/597/33046. 

The Malayan Bulletin of Political Intelligence, 

September 1926, CO 273/534/C.22086; 

The Malayan Bulletin of Political  Intelligence, December 1926,  CO 273/535/28030.

Ruth T. McVey, 1965. The Rise of Indonesian Communism. Ithaca: 

Cornell University Press. hlm. 129

Mahmud Embong, 1992.

Komunisme dan Orang Melayu, 1924-1949. Dalam: Kobkua Suwannathat-Pian, Rohany Nasir, Mohammad Agus  Yusoff (ed). Dua Dekad Penyelidikan: Sejarah-Bahasa dan Kebudayaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.  22; 

Ho Hui Ling, 2004. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. hlm.  4.








Thursday, 19 August 2021

Menyesal Dahulu Pendapatan..

 Copy n paste

Diriwayatkan sebuah kisah pada Hari 'Asyura tentang seorang faqir yang mempunyai keluarga dan mereka semua berpuasa pada hari itu dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa pun.


Si faqir itu keluar ke sana sini untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai hidangan berbuka untuk mereka sekeluarga tetapi tidak menjumpai apa-apa.


Kemudian dia masuk ke kawasan pedagang emas dan perak dan telah melihat seorang saudagar beragama Islam yang terdapat di kedainya timbunan emas dan perak.


Si faqir itu menuju kepada saudagar tersebut, memberi salam dan berkata kepadanya:


“Wahai tuan! Aku seorang faqir, aku berharap dapat berhutang dengan tuan sebanyak satu dirham sahaja untuk membeli sedikit hidangan berbuka untuk keluargaku. Aku akan berdoa untuk kebaikan tuan pada hari (yang mulia) ini”.


Saudagar itu terus memalingkan mukanya dan tidak memberikan apa-apa pun kepada si faqir tersebut. Lalu dia pun berpaling keluar dari kedai itu dalam keadaan hati yang remuk dan bercucuran air mata.


Pemilik kedai sebelah yang beragama yahudi telah melihat si faqir tersebut lalu menegurnya dengan berkata:


“Aku melihat kau bercakap dengan jiranku tadi, (apa yang terjadi)?”.


Si faqir menjawab:


“Aku pergi kepadanya dengan harapan dapat berhutang sebanyak satu dirham supaya aku boleh menyediakan makanan berbuka untuk keluargaku tetapi dia telah menolak permintaanku. Aku berkata kepadanya bahawa aku akan mendoakan kebaikan untuknya pada hari (yang mulia) ini (sebagai balasan jika dia sudi memberi hutang kepadaku)”.


Saudagar yahudi bertanya:


“Apa istimewanya hari ini?”.


Si faqir menjawab:


“Hari ini adalah Hari 'Asyura yang terdapat padanya sekian-sekian kelebihan”. (Menceritakan kelebihan yang ada padanya).


Lalu saudagar yahudi itu memberikan kepada si faqir sebanyak 10 dirham dan berkata kepadanya:


“Ambillah duit ini dan belanjakanlah ia kepada ahli keluargamu untuk memuliakan hari ini”.


Si faqir pun berlalu dari situ dalam keadaan gembira dan membelikan makanan yang istimewa untuk ahli keluarganya berbuka.


Tibanya malam hari, saudagar pertama yang beragama Islam tadi bermimpi seolah-olah Hari Kiamat telah terjadi dan dia dalam keadaan yang sangat haus dan terdesak.


Lalu dia melihat ada sebuah mahligai yang diperbuat dari batu permata yang berwarna putih manakala pintunya dari yaqut berwarna merah. Dia mendongakkan kepalanya sambil melaung:


“Wahai pemilik mahligai! Berilah kepadaku minum seteguk air”.


Kemudian dia mendengar satu suara berkata:


“Mahligai ini adalah milikmu semalam. Tetapi apabila engkau menolak permintaan si faqir tadi sehingga menyebabkan dia meninggalkanmu dalam keadaan kecewa, namamu ke atas mahligai ini telah dipadam dan digantikan dengan nama jiranmu si yahudi yang telah menghilangkan kekecewaan si faqir dan memberikan sebanyak 10 dirham kepadanya”.


Saudagar tersebut terjaga dari tidur dalam keadaan panik dan ketakutan. Dia mula menyesal dan mencela dirinya sendiri.


Pada keesokan harinya, dia pergi menemui saudagar yahudi dan berkata kepadanya:


“Engkau jiranku, aku ada hak ke atasmu sebagai jiran dan sekarang aku ada hajat terhadapmu”.


Yahudi bertanya:


“Apa dia?”.


Dia berkata:


“Engkau juallah kepadaku pahala untuk 10 dirham yang telah kau beri kepada si faqir semalam dengan bayaran 100 dirham”.


Lalu si yahudi menjawab:


“Demi Allah, aku tidak akan menjualnya walaupun dengan bayaran 100 ribu dinar! Kalaulah engkau minta untuk masuk ke dalam pintu mahligai yang kau mimpikan malam tadi, aku tidak akan sesekali memberimu keizinan!”.


Saudagar muslim itu terkejut dan bertanya:


“Siapakah yang memberi tahu kepadamu perkara itu?


Saudagar yahudi menjawab:


“Zat yang berfirman: Kun fa yakun. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa lagi tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah hambaNya dan utusanNya”.


Tammat.


Saudaraku! Lihatlah bagaimana yahudi ini, bersangka baik pada Hari 'Asyura sedangkan dia tidak tahu pun kelebihannya. Lalu Allah سبحانه وتعالى  mengurniakan balasan tersebut dan menganugerahkan kepadanya agama Islam.


Bagaimana pula dengan orang yang mengetahui fadhilat dan ganjaran yang disediakan pada hari ini tetapi bersikap sambil lewa sahaja untuk beramal padanya?! Alangkah ruginya orang itu!


~ Dinukil dari Hasyiah I’anah at-Tholibin karangan al-'Allamah Sayyid Abu Bakar Syatho al-Bakri رحمه الله تعالى.

Saturday, 14 August 2021

SEBUAH PERKONGSIAN (SHARING IS CARING)

 Di sini aku nak share pandangan dan pengalaman tentang perbezaan budaya/culture di antara Jerman dan Malaysia, ditegaskan bukan tujuan atau niat aku nak bandingkan mana negara baik, mana yang tak baik. Ini berdasarkan pemerhatian aku selama beberapa tahun tinggal di Jerman. .

Sejak kami mula merantau ke luar negara atau oversea sejak 10 tahun lepas, memang pandangan orang di Malaysia terhadap kami lain sungguh. Tinggi semacam seperti kita ni tinggal di atas indera kayangan. 

Mereka mengibaratkan kami ni seperti di dalam kehidupan yang serba serbi mewah, wang yang berkepok-kepok, berenang di dalam lautan emas, hisap rokok curut, petik jari berebut orang nak nyalakan curut atau naik kapal layar mewah dan sebagainya.

Tidak seperti yang korang imiginasikan pun. Aku share pengamatan lihat orang yang merantau ke luar negara. Mudah-mudahan membuka mata dan minda korang seluas-luasnya.

1. Orang ‘ada-ada’ di Jerman ni, memang tidak ada sikap riak, hidung tinggi, sombong, berlagak atau besar kepala yang tipikal. Biarpun dia mempunyai rangkaian bisnes yang berjaya di dalam dan di luar negara.

Tak macam cerita drama swasta di TV kita tengok jam 7 malam. Bisnes kononnya mesti operate kat Suria KLCC, naik kereta mesti BMW 5 series, pakaian mesti jenama Louis Vuitton, naik flight business class, rumah seperti istana, ‘palace’ atau mahligai. Stereotype!

2. Kebanyakan orang Jerman yang aku jumpa di Jerman ni, memang nampak biasa sahaja. Baik kaya atau miskin. Mereka duduk di apartment atau rumah sederhana, pakai kereta sama sahaja buatan Jerman.

Mereka berbangga dengan hasil buatan anak tempatan seperti Mercedes, BMW, Volkswagen, Audi, Opel dan Porsche. Kereta-kereta ini yang di istilahkan kereta mewah oleh orang Malaysia cuma di jadikan teksi sahaja di Jerman. 

Kalau korang teringin sangat nak merasa naik latest Mercedes E Class, BMW 5 Series, Audi Q8, Volkswagen Touareg ke, datanglah naik teksi di Jerman. Siap ada driver lagi! Kalau di Malaysia korang nak merasa, sampai ‘kucing bertanduk’lah alamatnya korang melopong.

Malahan orang ‘ada-ada’ di Jerman ni takat dengan kereta second hand sahaja, walau harga kereta di sini cukup murah. Kereta import dari Jepun dan Amerika ada tetapi boleh dikira atas jalan. 

3. Rumah orang Jerman tidak pun renovate 10 kaki ke depan, belakang mahupun sisi. Tiada pagar automatik picit butang. Ramai juga yang selesa menyewa rumah dari membeli. Anak-anak yang mencecah masuk umur dewasa di perhambat dari rumah agar berdiri atas kaki sendiri. Merasakan kepayahan mencari wang dengan titik peluh sendiri. 

4. Di Jerman, tiada sebarang tekanan sosial, materialistik mahupun kebendaan duniawi seperti di Malaysia. Tiada orang mahu tengok besar mana rumah korang, kereta apa kau pandu, handphone jenama apa kau pakai.

Tiada siapa peduli siapa kau. Tiada siapa mahu jadi ‘bawang rangers’ macam kat Malaysia. Tiada siapa mahu busybody jaga tepi kain orang. Apa yang korang buat semuanya hal peribadi korang. Privasi adalah hak korang. Privasinya sehinggakan no handphone peribadi tak semudah beri kat orang. Mudah aku cerita ‘Ada aku kisah hal ko?’

4. Bagi yang gaji besar, tetapi belanja setakat perlu ikut keperluan. Diorang masih lagi shopping di Aldi dan Lidl (discount supermarket yang popular di Jerman), di Primark (butik pakaian yang murah di Jerman) serta masih mencari good deal barang terbaik di eBay, Amazon, Paypal dan sebagainya.

5. Bagi kami sekeluarga pulak, setiap tahun bila tiba dua hari raya, tak ada siapa kisah pakai baju Melayu atau baju kurung 5 tahun sudah, mesti/wajib menukar langsir baru, mesti tukar/show off kereta model terkini sebab nak tayang pada sedara-mara dan sahabat handai.  

Janganlah anggap mereka yang di luar negara seronok atau serba-serbi mewah. Mereka struggling juga nak mencari sesuap nasi. Ini termasuklah kami sekeluarga. Rezeki yang Allah Ta’ala kurniakan lain juga bentuk ukurannya.

Tapi kami suka cara hidup begini. Hidup yang amat bahagia. Tidak serabut dengan apa orang ngumpat sana-sini. Bila orang mengata, kadang hidup kita pula jadi serba-serbi tidak kena. Kiri tak boleh, kanan pun tak boleh. 

Lebih baik dok luar negara. Aman dan bahagia dalam segala-galanya. Hati puas, tenang dan menyenangkan. 

#MelayuJerman #BudayaJerman #StayHomeSavesLives

Copy n paste

Kredit to: penulis

https://anyflip.com/snbt/rcka/

https://anyflip.com/snbt/rcka/

Saturday, 22 May 2021

PERJALANAN MENUJU AKHIRAT

 ```Setiap 1000 orang  makhluk yg melewati jembatan siratal mustaqim,hanya 1  orang  saja  yg  berhasil lolos  sampai ke surga??    

😭😭😭   

👇👇...```

_*BAGI YG ISLAM.TAK DIBACA SAYANG.👇*_

```✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga,seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain.Selepas itu,Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati,Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab.Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup,tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun,Malaikat Israfil alaihis salam dihidupkan,seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2,lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih,berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka.Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu karena pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia,jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal) berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu,ibu akan lupakan anak,suami akan lupakan isteri,setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan,matahari dan bulan dihapuskan cahayanya,lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat,lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Subhanahu Wa Taala.Seluruh makhluk terkejut melihat ukuran malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka.Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar,bukit-bukit hancur dan sungai menjadi kering.Lalu mereka merasakan kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan.Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing.Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bernama Al-Kautsar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja.Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya.Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan.Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi,warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun.Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan,dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina,tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar,semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman,kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi".Maka mereka pun pergi mencari para Nabi

Hadnan Yasim:

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal karena Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s.,Nabi Isa a.s.(semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW.Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu,terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk karena mereka sangka azab akan turun.Lalu terbelah langit,turunlah arasy Allah yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang senantiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah.Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi yaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar.Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang.Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala karena takut.Lalu dimulailah timbangan amal.Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah/Raqib & 'Atid/Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim.Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat.Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya,malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan,lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan.Saiznya amat besar,mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun.Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam.Jika dia bukan Islam,maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab,mulut manusia akan dipateri,tangan akan berkata- kata,kaki akan menjadi saksi.Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang,mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehingga seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada izinan Allah Subhanahu Wa Taala).

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Allah untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka.Mereka ini berjumlah 70 000.Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berhasil dihisab,manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat.Siratal Mustaqim ialah jembatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka.Lebar jembatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.5000 tahun menaik,5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat,seperti angin,menunggang binatang korban dan berjalan kaki.Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka senantiasa menarik kaki mereka,lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri siratal mustaqim mengawasi setiap makhluk yang lalu.Setiap 1000 orang yang meniti siratal mustaqim,hanya seorang saja yang brrhasil melaluinya.999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-

Fathani.Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat,sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain.Sebagaimana mana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :-

❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu,hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. 

La illaha illa Allah,

Muhammadu Rasulullah

kepada 3 group saja.  

Lihat apakah anda 

mempunyai waktu untuk 

ALLAH atau tidak.

Kiamat menurut Agama islam di tandai dgn beberapa petanda.Kita boleh baca novel sampai beribu² muka surat x kan x boleh baca 5 minit punya masa untuk ini...

          - Kemunculan Imam Mahdi

          - Kemunculan Dajjal

          - Turunnya Nabi Isa (AS) 

          - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

          - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

          - Pintu pengampunan akan ditutup

          - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar²nya

          - Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda² kiamat lainnya

          - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan

          - Pemusnahan/runtuhnya Kabaah

          - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

          - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

          - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

          Nabi MUHAMMAD Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:

          "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain,akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

          Kita boleh kirim ribuan bbm mesra,promote,fb/wasap yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

          Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan,tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

     Kerugian meninggalkn solat:

Subuh:

Cahaya wajah akan pudar.

Zuhur:

Berkat pendapatan akan hilang.

Asar:

Kesehatan mulai terganggu.

Maghrib:

Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.

Isya': 

Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

          Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama

          Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat

          Nasihat Kubur:           

          1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap,maka terangilah..aku dengan TAHAJUD

          2). Aku adalah tempat yang paling sempit,maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .

          3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca..AL-QUR'AN.

          4). Aku adalah tempatnya binatang²   yang menjijikan maka racunila ia dengan Amal SEDEKAH,

          5). Aku yg menjepitmu hingga hancur  bilamana tidak Solat,bebaskan jepitan itu dengan SHOLAT 

          6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

          7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya,maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

          Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim,sampaikanlah walau hanya pada 1 org..

          Semoga bermanfaat

Wasalamualaikum wr wb```

Friday, 21 May 2021

BANI JAWI

 Sejarah mencatatkan, terdapat 3 bani keturunan Nabi Ibrahim AS iaitu Bani Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Bani Israel tahu bahawa riwayat Bani mereka akan ditamatkan oleh Bani Jawi. Pemimpin Bani Jawi adalah gabungan benih Bani Arab dan Bani Jawi iaitu al Mahdi. Justeru Bani Israel berusaha bermati-matian mencari al Mahdi.


Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Di bumi Jawi ini al Mahdi dilahirkan ke dunia dan membesar menanti hari untuk pulang ke tanah asal nenek moyangnya .


Peta dunia Ptolemy yang dicetak di Ulm, Jerman, 1482.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang. Kini Yahudi telah mengetahui di manakah “promised land” iaitu Bumi Malaysia@Tanah Melayu@Tanah Jawi@Tanah Jantung hati@Tanah dihujung dunia.


Yahudi sedang berusaha menjejaki lokasi Al Mahdi.

Yahudi tahu Al Mahdi ada di bumi Jawi ini.

Tetapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.


Sebagaimana Allah selamatkan Nabi Musa AS di dalam istana Firaun, 

sebagaimana Allah selamatkan Nabi Ibrahim di dalam api, 

sebagaimana Allah selamatkan Nabi Isa Al Masih dari kepungan Yahudi ,

sebagaimana Allah selamatkan Nabi Muhammad SAW dari kepungan kafirin 

begitulah Allah akan selamatkan al Mahdi dari konspirasi Yahudi dan kuncu-kuncunya.


Bacalah catatan pengembaraan bani misteri ini mencari “promised land”untuk menunaikan misi suci wasiat Nabi Ibrahim AS.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang Melayu @ jawi zaman berzaman.

Terdapat satu kajian bahawa bangsa Mala@ Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiganya yang bernama Siti Qaturah@Keturah.


Adakah Bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang dicari-cari oleh Yahudi selama ini??


Kerana menurut kitab Yahudi…di akhir zaman nanti bangsa Yahudi akan disembelih oleh saudara mereka yang lain… iaitu Bangsa Jawi !!!


Bumi Jawi@Tanah Melayu


Siapakah Melayu ?


Dari manakah asal usulnya bangsa Melayu itu ?


Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog ,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut sejak beribu-ribu tahun.


Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat…tidur dengan lenanya…senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri ini, tetapi dia juga kehilangan jejak mereka.


Di manakah bangsa misteri ini mengakhiri perjalanan mereka ?

Masih adakah lagi masa untuk menjejaki mereka ?

Rupa-rupanya ‘Di hujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak bertapa !


Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.


Ketahuilah bahawa kehadiran kita di bumi Jawi ini adalah ketentuan Ilahi yang diwahyukan kepada Nabi Ibrahim AS.


Sebelum wafat, Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan zahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi.


Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.


Sejarah berlalu zaman berzaman.

Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 orang para sahabat telah mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.


Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.


Manakala kaum Yahudi sejak sekian lama, mencari merata-rata lokasi kaum yang hilang ini. Bani Jawi mesti dicari dan dihapuskan. Imam Mahadi adalah sasaran utama yang mesti dimusnahkan. Samalah seperti Firaun mencari Nabi Musa a.s.


Mereka meracuni keturunan Rasulullah SAW supaya tiada zuriat akan diperturunkan pada generasi suci dan dengan itu Al Mahdi tidak dilahirkan. Ketentuan Ilahi tiada siapa boleh menghalang. Al Mahdi tetap dizahirkan oleh Allah SWT. Nun dinegara yang terletak antara tiga lautan. Air buminya tidak panas dan tidak sejuk. Terletak cantik di hujung dunia. Semenanjung berbentuk jantung. Bumi bertuah. Bumi Jawi,Tanah Melayu.


Yahudi laknatullah tahu al Mahdi telah wujud dan zahir di tanah jawi ini tetapi di negeri mana, di daerah mana, di kampung mana dan di rumah mana ?


Untuk mencari al Mahdi, Yahudi telah membuat pengkalan di Singapura. Telah berapa puluh tahun Yahudi bertapak di Singapura. Dari situ berbagai rancangan dan teknik pencarian dijalankan.


Rancangan jangka panjang telah dan sedang dilaksanakan.


Manakala di Israel, Yahudi telah mula membina kuil suci di Baitul Maqdis untuk meyambut kedatangan dajjal.


Yahudi juga sibuk menanam pokok Gharqad untuk tempat bersembunyi andai bala tentera al Mahdi menyerang. Yahudi sangat yakin dengan keperluan pokok Gharqad ini. Mereka telah menjalankan kempen menanam pokok tersebut.


Yahudi diberitakan juga telah menempah pedang-pedang titanium dari United Kingdom untuk peperangan menentang tentera al Mahdi.


Masa sudah amat singkat pada perkiraan Yahudi.

Di mana al Mahdi ?


Al Mahdi mesti di jejaki walaupun ke lubang cacing. Terhapusnya Al Mahdi maka akan selamatlah seluruh bangsa Yahudi di bumi Israel. Jika tidak penyembelihan Yahudi secara total tidak dapat dielak lagi.


Para pemikir Yahudi membuat perancangan yang amat licik untuk melaksanakan misi mencari dan membunuh Imam Mahadi . Tanpa kita sedrai bahawasanya Yahudi sudahpun menerobos jauh ke dalam negara kita.


Pelbagai teknologi dan perisian dibangunkan untuk memudahkan Yahudi menjejaki seorang bernama Muhammad bin Abdullah melalui sistem komputer bersepadu.

Setiap yang bernama Muhammad bin Abdullah pasti akan dijejaki satu persatu dan diselidiki latar belakangnya. Seorang Muhammad bin Abdullah mesti ditemui dan dihapuskan dengan apa cara jua pun.


Ini adalah kemuncak pencarian Yahudi di bumi Jawi ini. Mereka teramat kesuntukan masa. Imam Mahadi masih gagal dijejaki. Cemas puak Yahudi bukan kepalang.


Wahai bani Jawi, dibumi yang kita pijak ini TELAH zahir pemimpin Agung Akhir Zaman. Kita akan mendengar seruan dari langit untuk kita pulang ke tanah asal kita.

Kita ada tugas besar menghapuskan bangsa penderkaha iaitu Yahudi Laknatullah. 

Mereka pembunuh para Nabi. 

Kita, Bani Jawi akan menuntut bela.

Kita akan pulang membawa panji-panji hitam mengiringi al Mahdi al Muntazar. 

Jangan dirisaukan keselamatan al Mahdi. Baginda tetap dalam peliharaan Allah.


Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah memperkukuhkan iman dan meneguhkan amalan. Tingkatkan keyakinan kita kepada Allah dan sempurnakan sunnah Rasululah SAW dalam kehidupan seteliti mungkin.

Jadilah ahli sembahyang dan jangan ditinggal sembahyang malam dan pelajarilah ilmu fadhail dan masail sebaik-baiknya.

Jangan pisahkan lagi nama Allah dari lidah-lidah dan hati kamu.

Jangan lalai berselawat ke atas Rasulullah SAW dan beristighfarlah belasan ribu kali setiap hari.


Murnikanlah lagi akhlak-akhlak kamu dan berakhlaklah dengan akhlak Allah.

Perbaikilah niat kamu sehari-hari semata-mata hidup ini mencari redha Ilahi semata-mata. Kita bukan berjuang untuk pangkat, nama atau pun harta.

Bersiap sedialah untuk satu perjalanan yang jauh.


Kita akan pulang ke tanah asal kita mengiringi pemimpin akhir zaman.

Kita akan melindungi al Mahdi dengan nyawa kita.

Dunia akan melihat kebangkitan semula kaum yang hilang ini.

Seruan dari langit pasti akan kedengaran.

Masanya sudah tersangat hampir untuk kita meninggalkan “ promised land” ini. 

Bersiaplah untuk pulang ke tanah asalmu wahai Bani Jawi. 

Bersiaplah untuk pulang wahai bangsa mulia mengiringi al Mahdi pemimpin Agung akhir zaman. 


Bersiaplah untuk pulang ke tanah asal kita iaitu bumi suci nabi-nabi. 

Pertempuran Bani Jawi dengan Yahudi tidak dapat dielakkan lagi. Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi. Cnp ...

Palestina

*════ ◎•❀•◎﷽◎•❀•◎ ════*

Apabila anak kita bertanya, _"Mengapa kita memberikan perhatian kepada *PALESTIN* dan selalu mengikuti isu semasa di Baitul Maqdis?"_

Apa jawapan kita? 

Ceritakan kepada anak kita:

_"Wahai anakku, sesungguhnya PALESTIN adalah tempat tinggal para Nabi._

_Nabi kita Ibrahim عليه السلام hijrah ke PALESTIN._ 

_Nabi Lut عليه السلام diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkati, iaitu bumi PALESTIN._

_Nabi Daud عليه السلام tinggal di PALESTIN dan membangun mihrabnya._

_Dan Nabi Sulaiman عليه السلام memerintah seluruh dunia dari PALESTIN, kisahnya yang popular berkaitan semut yangg berkata, “Hai semut, masuklah ke tempat tinggal kalian.” Tempat yang disebut dengan wadi an-Naml (lembah semut) itu terletak di PALESTIN dekat (‘Athqalan)._

_Di PALESTIN juga, terdapat mihrab Zakaria عليه السلام, sebagaimana Musa عليه السلام meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, beliau menamakan dengan al-Muqaddasah, iaitu (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi._

_Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya, di antaranya kelahiran Nabi 'Isa عليه السلام dari ibunya Maryam, seorang gadis tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya._

_Di PALESTIN, Maryam  menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita._


_Termasuk tanda-tanda akhir zaman di PALESTIN, Nabi 'Isa عليه السلام akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod PALESTIN, serta banyak cerita lain yang pernah terjadi di PALESTIN, di antaranya kisah Talut dan Jalut._


1. Anak kita bertanya: _“Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan PALESTIN?”_


Jawab: _“Dulu kiblat pada awal diperintahkannya solat adalah menghadap ke PALESTIN, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah, Malaikat Jibril turun dan beliau sedang solat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah al-Mukarramah lalu masjid tempat beliau solat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat)._


_Demikian juga ketika Rasulullah ﷺ melakukan Isra’, beliau pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama beliau berhenti setelah berangkat dari Mekah sebelum menuju ke langit, dan beliau menjadi imam solat para Nabi."_


_Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah: “Masjid mana yang pertama kali diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Beliau menjawab, “Masjidil Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda, “Di manapun solat menjumpaimu, maka solatlah dan bumi bagi kalian adalah masjid.”_


_"Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahawa Abu Bakar as-Siddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali kepada Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah._


_Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar al-Faruq radhiyallahu ‘anhu, beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali PALESTIN, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, solat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Rom saat itu._


_Kemudian dibuka lagi oleh Salahuddin al-Ayyubi di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumaat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam Mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan fakta yang ajaib yang mana Allah memudahkan pengembalian al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj."_


2. Anak kita bertanya lagi: _“Kenapa dinamakan dengan Baitul Maqdis?”_


Jawab: _“Nama ini telah ada sebelum turunnya al-Quran, ketika al-Quran diturunkan, ia disebut Masjid al-Aqsa, dan dinamakan Baitul Maqdis kerana kesuciannya yang istimewa. Oleh kerana itu, tanah PALESTIN dan Syam adalah tanah Ribat, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya daripada penindasan Rom. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribat.”_


3. Anak kita berkata: _"Jadi, pentingnya Masjid al-Aqsa dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekah dan Madinah?”_


Jawab: _“Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, *“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman*.”_ (At-Tin: 1-3)


_Ibnu Abbas berkata: "At-Tin adalah negeri Syam, az-Zaitun negeri PALESTIN, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa عليه السلام di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah al-Mukarramah."_


_Allah ﷻ berfirman: “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah dicatat di Lauh Mahfuzh bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.”_ (Al-Anbiya’: 105)


4. Anak kita berkata: _“Sekarang saya faham pentingnya PALESTIN dan Masjid al-Aqsa, sebagaimana saya faham bahawa solat di dalamnya dilipatgandakan menjadi 500 kali ganda, apakah ini benar?”_


Jawab: _“Ya nak, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak PALESTIN dan penduduknya dari doamu. Semoga Allah memberkatimu nak.”_


Semoga Allah sentiasa memberkati, merahmati dan melindungi saudara-saudara kita di PALESTIN.🤲🤲🤲

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...