Sunday, 18 October 2020

BERHATI-HATILAH!

 Macam ramai dah tak ambil peduli dengan BAHAYA COVID-19 ni. Semakin ramai tak patuh dengan SOP dan saranan KKM.

Bahaya Covid-19

Bila diperkatakan berkenaan bantuan pernafasan atau artificial ventilation, terlalu ramai yang tidak mengetahui apa ia sebenarnya.

Ia bukan topeng oksigen yang ditekup dimulut sambil kita berbaring bersahaja memikirkan kehidupan ini.

Bantuan pernafasan bagi Covid-19 ini sangat invasive, melalui intubasi yang dilakukan dibawah general anesthesia (ditidurkan) dan mungkin dijalankan sepanjang 2-3 minggu, tidak boleh bergerak, selalunya bertiarap (ventral decubitus) dengan tiub dimasukkan dimulut ke trakea dan membolehkan pernafasan pada ritma mengikut mesin yang disambungkan padanya.

Kamu takkan boleh bercakap atau makan atau buat apapun secara biasa.

Keradangan dan kesakitan yang dirasai memerlukan kepada sedatif dan ubat tahan sakit untuk memastikan badan pesakit terus menerima tiub-tiub yang terpasang selagi mana ia memerlukan mesin tersebut untuk bernafas, segalanya dilakukan didalam tidur koma buatan.

Dalam 20 hari kaedah rawatan ini berjalan pada seorang pesakit muda, berlaku penyusutan 40% tisu dan otot badan yang memerlukan rehabilitasi 6 ke 12 bulan, juga kesan trauma mulut juga peti suara yang amat menyakitkan.

Itupun sekiranya perawatan tidak terlalu lama dan tiub perlu dibuangkan untuk dilakukan tebukan leher untuk pernafasan.

Sebab ini jugalah mengapa pesakit berumur dan sudah lemah tidak mampu bertahan lama.

Jadilah seorang yang bertanggungjawab...

















Sumber : PQ Community 

#Kitajagakita

#PerangiCOVID19

#patuhisop

No comments:

Post a Comment

Any comment? Please....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...