Wednesday, 6 May 2020

My Learning Journey - A Sharing

Semasa kecil, umur sekolah rendah, saya pernah minum air paip dalam bilik air semasa bulan puasa. Ibadah puasa lebih dirasai sebagai adat. Memori kurang mengingatinya sebagai pendidikan agama.

Emak ayah ajak bersahur bersama, berbuka bersama. Memori bangun sahur kebingungan, terdengar bacaan Quran nostalgia Imam Huzaifi. Lepas sahur kadang-kadang tidur balik. Ada masa emak marah. Pernah juga percik-percik air ke muka buat gaya macam berwudhu’ tapi tak solat pun. Namanya pun budak-budak.

Semasa berbuka, emak ayah tidak tanya puasa ke tidak hari itu. Makan, makan sama-sama. Lepas berbuka, main dengan kawan-kawan. Punyalah brutal main aci nyorok malam-malam sampai ke tanah kubur. Bukan sebab dah belajar hadith kata syaitan kena ikat. Tak pernah tahu pun. Tapi sebab seronok sangat bermain. Bila dengar nama Saidina Ali dilaung pak bilal, tahu dah tarawih sudah nak habis. Bersedia untuk ke masjid, moreh berjemaah.

Orang tua-tua jerkah, kome sembahyang ke idak? Kami sengih. Sambung makan.

Ia bukanlah semestinya cara terbaik. Bukan petua. Bukan ajak buat macam itu. Semoga Allah mengurniakan sebanyak-banyak ganjaran buat emak dan abah pada didikan dan kasih sayang mereka.

Cuma hari ini giliran kita jadi ibu bapa. Ibu bapa yang hilang seni dalam mendidik, hingga beralih kepada keibubapaan yang tegang.

Panik anak tidak komited puasa dan solat. Sedangkan akil baligh pun belum.

Kita baca cerita orang masuk Islam umur 30 tahun, artis bertaubat umur 50, orang baik bertukar jadi penjenayah dan macam-macam lagi dinamika kehidupan.

Apa yang kita ingat mungkin kisah al-Fatih tidak pernah tinggal solat semenjak akil baligh, dan jadi sebaik-baik amir. Kita mahu anak kita jadi al-Fatih yang seorang itu. Rakyat zaman itu yang kita tidak tahu nama mereka pun, saya yakin ramai yang Allah redha dan masuk Syurga.

Salah bukan salah selamanya. Baik juga tiada jaminan baik selamanya. Silap bukan silap selamanya. Betul pun, ada masanya tersilap juga.

Yang pasti, sekali gagal, cuba lagi. Sekali silap, betulkan lagi. Itulah pendidikan. Iman naik turun, realiti manusia.

Kita bukan malaikat.

Dan Allah tak pilih malaikat jadi khalifah walaupun yang baik itu malaikat.

Bertenang.

Sumber: FB My Learning Journey

Friday, 1 May 2020

Pengalaman Sebenar

Salam maghrib ... Bacalah sikit nukilan sahabt facebook saya yg terkena covid 19...

[4/6, 8:24 AM] Syafizee Sabri: MY C19 JOURNAL - Part 2
**Warning** read at your own risk

Ambulance bergerak laju menuju ke Hospital Sg Buloh. Melambung-lambung aku kat belakang tu sampai terpaksa pasang kuda2 utk stabilkan diri. Dlm hati berkata ni la antara punca mangsa mati dlm perjalanan ke hospital. Sepanjang perjalanan satu persatu wajah orang yg aku sayang bermain di mata. Mcm mana aku boleh kena? Kalaulah aku boleh jawab. Sepanjang perjalanan balik dari oversea aku pakai mask, frequently sanitized my hands. What went wrong? Buka mask time mkn dlm flight je. Was it the food tray? LCD panel? Airport? Coffee cup from the vending machine? Allah saja yg tau.

Di saat van membelok ke dalam kawasan hospital, jantung aku laju. Nervous? Yes I am. Aku turun dari ambulance, sempat berlawak dgn petugas ambulance KKM tu. 'Ni ke hotelnya? Nak balik la, tak jadi holiday'. Diorang gelak je, kata aku lawak. Aku jawab balik, abis tu kalau akak nangis bkn korang kesian pun. Gelak lagi.

Ada laluan khas menuju ke wad kuarantin, mmg takkan bertembung dgn org awam @ yg tak berkenaan. Sebelum masuk wad, ada la procedure2 yg kena patuh. Katil dah tersedia, baju utk tukar pun siap semua. So bermulalah sessi soal siasat apa symptom, kenapa aku buat test, mana aku pegi, siapa close contact, siapa kat rumah, sejarah whereabouts, sejarah tamadun mesopotamia, jiran sebelah mohon BSH tak... eh memandai tambah.

THE ONIONATION
Doktor amik sample darah dan xray. Semua tu buat dlm wad kuarantin, tak keluar langsung. Wad ni ada 6 katil. Baru je nak landing, mcm2 message masuk. Salah satunya dari anak aku. Dia kata kat group persatuan penduduk dah kecoh. Siap ada yg sempat snap gambar ambulance depan rumah. Haishhh.... dasar onionation, onion ring, cheesy onion.
Kat sini aku rasa penting untuk aku sedarkan masyarakat kita. Covid19 adalah wabak. Siapa saja boleh terkena. Dengar je ada org positive C19 dia punya kecoh mcm org tu kena HIV, mcm pesakit tu baru lepas bunuh orang. Come on masyarakat. Yg kau kepoh sgt nak sebar gambar, buat theory spekulasi ikut ghairah jari tu apa hal? Hebat ke kalau jadi org pertama yg sebar info @ sebar fitnah @ sebar dosa? Causing unnecessary panic to other people. Lagi teruk dari wabak covid 19 sebenarnya ni. Anak sulung aku dah start naik angin (padahal orangnya sgt penyabar). Dgn kuasa 'anak AJK Penduduk adalah kawan baik dia' maka hal ni dapat diselesaikan dgn berhemah. Pengerusi taman bertindak bijak dgn menasihatkan penduduk supaya menghentikan perbuatan yg melukakan hati banyak pihak ni. Korang baca la sendiri Whatsapp SC tu nanti. Jadikan teladan kalau ada kes2 mcm ni kat tempat korang tau.

Ok berbalik pada cerita hospital. Wad kuarantin ni selesa. Petugas pun baik2 semua. Ye... hospital kerajaan. Tak percaya? Tunggu aku abis kongsi cerita dulu.

TEST RESULT
Dlm pukul 10 mlm doktor call phone aku utk bagitau result blood test dgn xray. Bercakap kat phone tapi boleh nampak muka doktor tu duduk kat kaunter. This is how we communicate, through phone. Nasib baik bkn mcm kat jail tu... ckp sambil lekap tangan kat cermin acah2 sentuh tapi terpisah oleh dinding lutsinar ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Ko ingat sweet eh? Banyak sgt tengok drama.

Result darah, excellent. Result xray lungs, heart, liver dan ginjal (sinetron sikit) semua normal, perfect shape. Blood pressure pun stabil. Doktor pening nak buat apa dgn aku ni. Dia kata nanti dia discuss dgn doktor lain. The next morning doktor lain round dlm wad. Lagi sekali aku kena siasat. So aku ulang balik la cerita yg sama. Senang cerita aku ni sihat tapi positive. 'Doc, I think I am a mutant'. Doktor tengok je muka aku. 'Ok ok I'm joking'. Doktor tu senyum, nasib baik. Seram weii buatnya doktor tu pindahkan aku ke ward gila... aje niaya ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Doktor decide utk tak bagi apa2 ubat pada aku. Tunggu self healing and RIB. Bukan RIP oii. RIB - Rest In Bed. Patut la aku tengok org lain dlm ward ni nurse bagi ubat. Tiba kat aku, takde. Ingatkan diorang pilih kasih... eh bingai ni emo tak memasal ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

WAD KUARANTIN
Sepanjang dlm wad ni banyak sessi soal siasat yg aku lalui. Sekejap jabatan tu call, sekejap jabatan ni call. Tunggu gak kot jabatan perhilitan pun nak call. Tanya benda yg sama.. bayangkan la camne stressnya aku kena ulang2 banyak kali. So, keep your data in hands. Biar jawapan tu konsisten. Dari duduk baring saja, catat benda2 penting. Patutnya aku up semua info tu kat IG. So kalau diorang tanya, aku jawab 'pls visit my IG ginafinanza'. Secara automatic follower aku pun meningkat. Ok tak idea merapu aku ni? Boleh jadi artis dah ni ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Bila dgr kes positive C19, tolong faham. Org tu dah tentu down. Jgn ditambah dgn unsur2 negative, tak perlu nak pulaukan mangsa C19. Fahamilah yg kami C19 +ve, bukan HIV+ve. Persepsi jgn melampaui batas. Mmg ada yg kronik, ada juga yg mild. Jgn bayangkan patient berselirat dgn wayar, drips, intubation tube semua tu. No.... itu yg kritikal, dlm ICU. Kami dalam wad kuarantin. Bebas bergerak dlm ni, takde wayar, takde pikul tong oxygen utk ke tandas. Apa yg kami perlu adalah doa dan kata2 semangat. Dakwah pun jgn extreme sgt. Tak perlu la ko bagi hadis siap dalil dgn nas sekali. Bagi text doa2 utk diamalkan pun cukup, kami hargai. Kami yakin Allah ada, kami tak lupa. Mmg akan muhasabah bila ditimpa musibah. Lepas solat pun dah pandai wirid lama sikit๐Ÿคฒ๐Ÿป

Btw, nurse kat sini mmg terbaik. Depan katil aku ni ada seorang Chinese aunty. Umur dlm late 60's. Dia ni nyanyuk sikit. Badan tak kuat tapi sibuk nak bangun berjalan. Smlm dia buat perangai gi tanggal seluar, tanggalkan diapers. Kencing bersepah atas lantai. Hadoiii... kelam kabut nurse dibuatnya. Aku kagum sebab nurse sikit pun tak marah. Cakap dgn aunty tu lembut, mcm pujuk budak2. Dia tukarkan diapers, bersihkan aunty tu. Suapkan makan. Aku tengok meleleh airmata. Rasa mcm nak peluk je nurse tu. Anak pun belum tentu boleh jaga mak selembut tu. Insaf meresapi sanubari ๐Ÿ˜ญ

NAK CONTRIBUTE JUGAK
So ptg semalam bermulalah episod aku jadi volunteer tak bertauliah. Aku tlg jaga aunty tu, suapkan mkn, layan dia, urut2 badan dia. Asal dia bangun je aku kelam kabut tahan tak kasi dia turun dari katil, takut jatuh. Alasan dia nak kencing, padahal dah pasang urine bag. Yg buat aku terhibur, tiap kali bangun nak kencing dia tuju ke tong sampah, bkn ke toilet ๐Ÿ˜†

Kenapa aku jaga aunty tu? Aku pun tak tau. Aku terbayang dia rindu kat anak. Aku terbayang mak aku. Ketepikan soal bangsa, kami dlm ni kena support each other. Niat aku nak bantu nurse. Each time diorang nak masuk wad ni, diorang kena pakai full PPE. It will take time. Pastu nak buka, sanitize, dispose, sanitize lagi. Aku tengok pun penat, membazir pun ye. Aku tak mampu utk contribute, so aku tolong dlm bentuk elak pembaziran PPE. Each time aunty tu bangun, petugas kat kaunter dah standby on their feet. Alert betul. Lepas ni diorang boleh relax sikit. Aku jadi first responder. Sampai aku tunjuk isyarat ๐Ÿ‘๐Ÿป baru diorang sambung buat kerja lain. Bab tukar diapers tu nurse la yg buat. Aku belum sanggup ๐Ÿ˜… Anyway lepas buat handling tu semua aku cuci tangan bersih2 la. Ibarat nak elak C19 padahal mmg positive. Good news, patient lain pun dah start sama2 jaga aunty tu, sukanya aku tengok. Guys, aunty tu walaupun nyanyuk still pandai ckp TQ bila kita tlg dia. Aunty very cute tau, everytime nurse nak check BP atau doktor nak amik darah, dia akan buat2 tidur ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Ada yg curious pasal rasa makanan kat hospital. Kalau kau boleh makan makanan yg beli kat bazaar Ramadhan atau nasi campur kat pasar malam bermakna kau takde masaalah utk mkn makanan hospital. Ok je, sedap gak. Eh... sedap? Deria bau aku dah beransur kembali. Alhamdulillah. Apa khabar la family aku kat rumah. Semalam semua pergi hospital buat test. Semoga mereka semua negative. Tolong doakan family aku sekali ye. Colleague yg travel dgn aku tu pun buat test, tgh tunggu result. Aku harap sgt dia negative supaya senang aku nak hantar report pada PIC kat South Sudan. Ko ingat aku duk spital ni saja2? WFH tau... Work From Hospital ๐Ÿ™„

BERSAMBUNG...

MY C19 JOURNAL - Part 1
**Warning** read at your own risk

Ramai yg tau aku start buat self quarantine sejurus balik dari South Sudan on 21.03.2020. MCO SQ double lockdown, terpisah dari dunia luar dan 'terpisah' dari keluarga.

BAU MANA BAU?
26.03.2020 iaitu hari ke5 SQ aku detect yg deria bau aku hilang. Apa pun tak boleh bau. Senang cerita kalau aku spray perfume dlm lubang hidung sekalipun takde bau apa. Aku google pasal ni, yg local, yg oversea... uiii ada yg kata its a sign. Aku panik la... gila tak panik. Aku call bff aku, dia category frontliner tapi bkn medical side. Bertekak gak la sbb dia kata link yg aku baca tu fake, in fact dia dah call KKM. Ditambah lagi dgn takde vital sign yg menunjukkan aku positive. No demam, no flu, no cough.. semuanya no. Ok, maybe aku overthinking, aku emo, aku paranoid. Dia convince aku utk contact CPRC. Tapi instinct aku tetap mengatakan something isn't right. Being denial is the last thing I wanna do. The funny part was... org lain yg lebih denial dari aku.

THINK POSITIVE
So, 27.03.2020 iaitu hari ke2 hilang deria bau tu aku kuatkan semangat utk whatsapp CPRC. Jawapan yg aku terima, 'Mungkin tersumbat saluran hidung namun baru balik dari luar negara mohon buat kuarantin di rumah'. Ahhh... ada sikit kelegaan kat situ tapi aku tak selesema, celah mana pulak la tersumbat. Kerisauan aku kembali berbunga mekar. Org suruh aku think positive, think positive. Kepala otak aku yg serabut ni start melantun. Aku nak think NEGATIVE, bkn positive. Aku taknak positive C19. Nampak tak betapa celarunya jiwa aku? Time tu mmg BFF aku la jadi mangsa. Semua serba tak kena, jadi bergaduh. Dia anggap aku paranoid. Aku pulak anggap dia tak concern pasal aku. Ye arrr.... aku need someone to share the 'gabraness'. Apa2 aku akan 'meroyan' kat dia dulu. Aje teruk betul perangai aku๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️ Aku tak sanggup nak share dgn mak dan anak2, taknak diorang risau. Allah je yg tau mcm mana aku lalui hari2 dgn penuh debaran di hati. Ehh... mcm lirik lagu pulak.

YEAYYY SQ NAK HABIS
01.04.2020. Aku menghitung hari, lagi 2 hari SQ aku complete. Dah boleh peluk anak2. Wait.... deria bau aku masih belum pulih. Kalau nak gi hospital kerajaan buat screening berbekalkan simpom 'hilang deria bau' semata-mata korang ingat diorang ada masa utk sakit kepala? Ramai lagi yg perlukan perhatian. On 02.04.2020 aku buat keputusan utk pegi KPJ Selangor. Biar la aku keluar duit sendiri, asalkan dapat jawapan cepat. Aku gi KPJ dgn tekak dan lubang hidung yg virgin. Maksud aku, pagi tu aku tak mkn atau minum apa2. Aku taknak hasil swab tu bercampur dgn 'DNA' nescafe caramel dan toast bread. Lagi sekali BFF aku yakin mesti negative. Sgt yakin. Doa yg baik kita aamiinkan je la. Mlm tu aku tak boleh tido.... berdebar tunggu keputusan. Aku siap buat mental preparation utk terima apa saja jawapan. Harap2 negative sebab esok birthday anak aku. Aku nak peluk dia.

SAAT KEBENARAN TELAH TIBA
03.04.2020, 09:48am. Call masuk.... tertera nombor KPJ Selangor. Fuhh.... debarannya MasyaAllah... aura C19. Doktor tu tanya nama penuh. Pastu minta nombor IC. Ahhh... dari nada suara minta number IC tu pun aku mcm dah boleh agak. Takyah nak suspen sgt la... POSITIVE. Time tu luruhnya jiwa, terbayang muka mak dgn anak2. Tak dapat nak peluk anak aku.

5 minit lepas tu 1 lagi call masuk dari doktor KKM. Dia bagi briefing on what to do next, what to bring, what to expect. Tunggu sampai ambulance dtg katanya. Alahaii.... ingat best ke tunggu ambulance, mcm tunggu rombongan meminang? Aku text CPRC lagi sekali tanya soalan yg sama. Jawapannya masih 'TIDAK'. Lepas tu aku punya reply mmg WIN la.

HOW TO BREAK THE HEARTBREAKING NEWS

Aku masih tak bagitau org2 kat rumah, taktau camne nak mula. Aku pun siapkan beg dan barang2 dgn tenang. Tenang pebende kalau airmata berlinang? At last terpaksa gak break the heartbreaking news tu pada anak sulung @ birthday girl. Pastu baru BFF aku. Siapa suruh bangun lambat, kan dah jadi second person to know. Reaction BFF aku? Masih sukar utk mempercayai. I proved him wrong. 1-0!! Eh kuang ajo, time ni pun nak menang gak๐Ÿ˜…. Its not a nice thing even if I am correct... Well, itulah gunanya BFF, kena redha dgn kerenah aku. Kesian awak.... sorry ye awak ๐Ÿฅบ

Siap je kemas, aku turun bawah. Mami siap greet aku 'welcome home!!' Dia sangka aku dah abis self quarantine. Aku pun jawab 'no mom, I am leaving home. Positive C19'. Allah Ya Allah.... berderai airmata mak aku. Tang tu aku tak sanggup dah.

Ambulance KKM pun sampai.... muka mak dgn anak2 toksah ckp la. Sedih tengok, aku risaukan diorang. Aku pesan jgn keluar, kena kuarantin sbb semua dah jadi suspect. Tunggu arahan utk buat screening. Ewah... aku pulak yg bagi arahan mcm pegawai kesihatan. Kena acah2 tabah, my family got to see me strong. Aku tahan airmata... kaki tegap melangkah menuju ke ambulance, padahal seluruh sendi aku longlai. I have to be strong, pretend if I must. Tiba masa utk aku dibawa pergi. Takleh tunggu lama sbb paparazzi al kepochi dah start muncul. Drama nangis lambai melambai ambulance tu korang boleh agak la kan camne?

So, dlm perjalanan ke hospital tu baru la aku fikir tentang kematian yg makin hampir. Mati itu pasti, penyebabnya je kita tak tau. Masa tu aku tak fikir yg aku akan mati sebab Covid 19, tapi mati accident sebab ambulance tu punya la laju. Cilok sana sini, langgar lampu merah. Ya Rabbi... unsafe act sungguh!! Dalam masa yg sama aku terbayangkan maggi ayam, Iyzna janji nak masakkan tapi tak kesampaian. Jgn la aku mati kempunan nak mkn maggi ayam.... ๐Ÿ˜ญ

BERSAMBUNG....

 MY C19 JOURNAL - Part 3
**Warning** read at your own risk

Ada yg ternanti-nanti journal part 3 ni ke? Ahaha... perasan je. Tq pada yg semua yg beri comment, doa dan kata2 semangat kat Journal Part 1 & 2. Apa pun awal2 aku nak bagitau, Journal Part 3 ni takde 'roller coaster' effect sgt.

Semalam petang aku dipindahkan ke hostel utk kuarantin. Tak duduk dalam wad lagi. Baru je nak rasa 'attached' dgn kawan2 kat wad 4D tu. Sebelum keluar, aku sempat suapkan bubur kat aunty. Rasa sedih pulak nak tinggalkan dia. Makcik Sabariah pun sedih. Dia kata sunyi la dah takde penghibur. Alahai... potong bawang sgt. Sambil keluar heret beg baju ala2 tersingkir dari AF, aku sempat toleh kat Dr Ong. Aku ckp kat dia tolong jagakan aunty. Doktor angguk dan senyum (walau pakai mask, tapi kita tau la org tu senyum dari gerak matanya). Terhenti sudah kebajikan aku pada aunty. Harap dia tak rindu aku. Tak kot... ntah2 dia tak ingat langsung ๐Ÿ˜…

BELAJAR BERSYUKUR
Ada 5 org dari Wad 4D yg dipindahkan ke hostel. Kami nak bas, siap ada 2 outriders yg escort sampai ke pintu masuk hostel. Mula2 rasa mcm VIP, bila sedar diri rasa mcm banduan ๐Ÿคฃ

Sini lebih selesa, bilik sorang satu. Fefeeling mcm student gitu. Aku dapat ground floor. Bilik dekat dgn tandas dan dekat juga dgn kaunter petugas. Takde apa yg aku nak rungutkan. Bersyukur sangat kalau nak banding dgn tempat kuarantin di India. Tak terbanding walau seinci. Kenapa mcm lirik lagu eh? ๐Ÿค”

KAWAN BAIK PUN REZEKI
Mak aku ada call. Dia kata penduduk taman perumahan ramai yg dtg hulur bantuan. Sekejap dtg hantar beras, sekejap dtg hantar minyak masak, hantar tu, hantar ni. Katanya mengalahkan program Bersamamu TV3.  Barang banyak, boleh buka kedai runcit. Alahai mak aku ni pun... buat lawak. Itu belum lagi campur barang2 dapur yg aku kirim kat sahabat utk belikan masa aku kat hospital. Aku pesan kat mak kalau banyak sgt hulur2 la kat jiran. Maybe they need it more than us.

Walau kat hospital, kita can still remotely minta tolong kawan2 kat luar tu. Transfer je duit, tau la diorang nak adjust camne. Jgn minta tlg saja2, org yg keluar tu pun tanggung risiko juga. Masa aku disahkan positive aritu kan kebetulan birthday anak aku. Terkilan tak dapat celebrate. Bertuah ada BFF yg sanggup belikan cake, hantar ke rumah. Siap VC lagi... kasi aku tengok muka happy anak2. Syukur sgt dikurniakan BFF yg berhati mulia. 2 kali birthday anak2 aku tak dapat bersama dgn diorang. 2 kali juga BFF aku jadi 'wakil' utk sampaikan kegembiraan pada anak2. Aku doakan semoga Allah pelihara dia dan seluruh keluarganya. Semoga rezekinya tak putus.

Mmg betul kata orang, waktu susah adalah waktu yg terbaik untuk mengenal kawan. Sering org rasa kecewa bila budi dibalas dgn tahi. Tapi harus ingat, Allah dah aturkan bila waktu yg tepat untuk turunkan pertolongan, waktu yg kita tak sangka. Yg tolong kita tidak semestinya org yg pernah kita tolong. Allah hantar org lain. Yakinlah.... Allah mmg Maha Penyayang, Maha Pentadbir.

BE POSITVE EVEN YOU ARE POSITIVE
Kata2 semangat dari keluarga dan kawan2 adalah sumber kekuatan aku. Mereka sangat percaya aku kuat untuk hadap segala dugaan ni. Aku kena think positive walaupun positive. Segalanya adalah tentang kekuatan dari segi mental, fizikal, pedal mahupun throttle. Mula la tu... ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Be strong, look strong or pretend to be strong doesn't matter anymore. I'll show you what you prefer to see in me i. e STRONG WOMAN. Am I really that strong? What if its just a mask? Musim C19 ni topeng muka mmg laku keras. Adakah aku nampak kuat sebab aku masih boleh buat lawak time2 camni? Aku tau kawan2 fb ramai yg terhibur dgn lawak2 dlm journal aku. Aku cuma catat dan kongsi apa yg aku rasa. Effortless....

WHO AM I?
Tapi hari ni bila duduk sorang2 aku cari identiti diri. 'The other side of me'. Aku ni ibarat pelawak atau badut? Rasanya both character ada pada aku cuma bezanya aku tak cari mkn dgn cara tu la. Pelawak dan badut kerjanya menghiburkan orang. Di sebalik wajah penghibur tu, ada siapa yg pernah tau perasaan sebenar dia?

Org yg terlantar dgn rasa sakit lebih mudah utk terima kenyataan yg dia sakit. Aku dipaksa terlantar tanpa rasa sakit... sebenarnya amat2 sukar. Mcm orang takde kaki tapi kau paksa dia pakai kasut. Tipu la kalau aku tak ada rasa takut. Virus ni unpredictable. Mcm yg kawan aku ckp. One day you wake up fine, another day maybe not. Ok ok..  kuncinya adalah think positive. But what if...?

Hari ni tak idea tak berapa lawas... otak tgh kusut. Remember yesterday aku bagitau yg family aku pegi buat test. Nak tau result kan? Elleh... sibuk je.. nak tau ler tuuee ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Esok (7.4.2020) aku akan buat 2nd swab test. Rasa mcm taknak buat test. Kalau buat test pun, result aku biarlah POSITIVE. Yes, aku nak result positive. Kenapa Gina? Sebab anak bongsu aku baru saja disahkan positive. Dia cuma hantar makanan utk aku, tu je. I felt like a loser. Biarlah aku kekal positive supaya aku boleh temankan anak aku kat sini. Maafkan Umi sayang, kita dah cuba elak. Ya Allah, sesungguhnya Kau mmg sayang sgt pada hambaMu ni kan? Aku terima... seberat mana pun aku terima.

Ok... nak sambung nangis ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

BERSAMBUNG? ... InSyaAllah

Kredit Gina Finanza

Perkara Terbaik Dilaksanakan Sebelum Berbuka Puasa

*Pesan Dato Seri Dr Mufti Wilayah Persekutuan*

Sebaiknya 30 min sebelum berbuka puasa:

Pesan seluruh ahli keluarga kita untuk sudah bersiap sedia  membersihkan diri, berwuduk dan berpakaian kemas, berkumpul bersama kita:
1. 10 min pertama,
     Baca kitab 40 hadith atau selainnya
2. 10 min ke2, Zikrullah
3. 10 min ke3, Doa
(Apa saja / Utk setiap ahli keluarga / sesiapa)
Sehingga tiba waktu berbuka.

Berbuka sekadarnya saja dahulu, terus tunaikan solat maghrib berjemaah

Ibu2 hebat tercinta; siapkanlah JUADAH berbuka lebih awal dan tinggalkanlah dapur menjelang waktu berbuka.
Pilihlah yang jauh lebih bermanfaat (Ilmu, Zikrullah, Doa yang tidak ditolak)
Doa untuk seluruh ahli keluarga tercinta / yang tersayang pada Ramadhan tahun ini In sha Allah.

Boleh juga jika kita lakukan semua ini sewaktu mengadap hidangan utk berbuka.

Berhenti menyibukkan diri dg urusan di dapur, sebaliknya peruntukkan masa utk merebut peluang berdoa di waktu mustajab doa ini.

Nampak sukar tapi tidak mustahil. Lama kelamaan, ia akan menjadi satu kebiasaan yg janggal utk kita tinggalkan.

Sama2 mohon kekuatan dari Allah untuk berusaha semampunya dan istiqomah demi mendapatkan Ramadhan Terbaik tahun ini.
In sha Allah

Bersama kita cuba sedaya upaya utk berubah ke arah yg lebih baik... Kalau tak mampu setengah jam...mungkin boleh bermula dgn 10  atau hatta 5 minit dulu sebelum berbuka. Betapa waktu sebelum berbuka ini amat mustajab doanya. Justeru, jom kita berusaha seupaya mungkin utk merebut tawaran dr Allah; rugilah jika sebaliknya.

۞ ุงَู„ู„ู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ุณَูŠِّุฏِู†َุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ ۞
*Ingat mengingati sesama kita*๐Ÿ˜Œ


*WARGA asing penyumbang terbesar kes positif Covid-19 di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).*

https://zei6iaqu-fey3ybur3q-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRmRzZDBjMy5jbiUyRjY2RUNiMW1HSmU5Rw%3D%3D


*DOA YANG PALING AFDHAL DI BULAN RAMADHAN*

Doa yang sering kita baca di bulan Ramadhan dan semakin diperbanyakkan di sepuluh Ramadhan yang terakhir adalah doa :

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu 'anni

''Ya Allah sesungguhnya engkau maha pengampun dan suka memberi keampunan maka ampunilah aku.''

Doa ini merupakan wasiat daripada Nabi Muhammad (selawat) kepada isteri baginda Sayyidatina Aisyah jikalau beliau bertemu Lailatul Qadar.

Antara faedah dan hikmah yang dapat kita fahami daripada doa ini ialah:-

1. Penyebutan secara khusus nama Allah swt ุงู„ุนููˆ (Yang Maha Pengampun) dalam doa ini merupakan isyarat bahawa malam lailatul qadar ialah malam yang akan diampunkan segala dosa dosa.

2. Juga pada doa ini terkandung pengiktirafan diri hamba yang lemah yang telah melakukan dosa kepada Tuhan yang maha agung. Dengan mengakui kesilapan dan kekurangan ini menjadikan hamba itu merendah diri memohon keampunan dari Allah SWT.

3. Seterusnya pada lafaz ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ (engkau suka memberi keampunan) merupakan sebuah husnuzzan (sangka baik) kepada Allah. Maka baginda menyuruh agar hati orang orang beriman ini bersangka baik dan berharap kepada pengampunNya walaupun sebesar mana dosa yang dilakukan.

4. Penekanan kepada doa ini oleh Nabi (selawat) merupakan penzahiran kefakiran dan kerendahan diri seorang hamba kepada TuhanNya dan kebergantungan yang sentiasa kepada rahmatNya.

5. Seterusnya kita perhatikan kepada lafaz ุงู„ุนููˆ bermaksud keampunan. Di sana terdapat satu lagi perkataan yang juga membawa maksud keampunan iaitu ุงู„ู…َุบูِุฑู‡. Tetapi dalam doa ini kenapa digunakan perkataan ุงู„ุนููˆ tidak ุงู„ู…َุบูِุฑู‡?

6. Kalimah ุงู„ู…َุบูِุฑู‡ bermakna pengampunan tetapi dosa tersebut masih lagi tertulis di buku catatan amal.

7. Manakala ุงู„ุนููˆ bermakna pengampunan yang disertai penghapusan dari buku catatan amal dan menjadikan seolah olah dosa tersebut seperti tidak pernah wujud!

ูˆู‚ุงู„ ู…ุญู…ุฏ ู…ู†ูŠุฑ ุงู„ุฏู…ุดู‚ูŠ ููŠ ุงู„ุฅุชุญุงูุงุช ุงู„ุณู†ูŠุฉ : ุงู„ุนููˆ ููŠ ุญู‚ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุนุจุงุฑุฉ ุนู† ุฅุฒุงู„ุฉ ุขุซุงุฑ ุงู„ุฐู†ูˆุจ ุจุงู„ูƒู„ูŠุฉ ููŠู…ุญูˆู‡ุง ู…ู† ุฏูŠูˆุงู† ุงู„ูƒุฑุงู… ุงู„ูƒุงุชุจูŠู†، ูˆู„ุง ูŠุทุงู„ุจู‡ ุจู‡ุง ูŠูˆู… ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ، ูˆูŠู†ุณูŠู‡ุง ู…ู† ู‚ู„ูˆุจู‡ู…، ู„ุฆู„ุง ูŠุฎุฌู„ูˆุง ุนู†ุฏ ุชุฐูƒูŠุฑู‡ุง، ูˆูŠุซุจุช ู…ูƒุงู† ูƒู„ ุณูŠุฆุฉ ุญุณู†ุฉ، ูˆุงู„ุนููˆ ุฃุจู„ุบ ู…ู† ุงู„ู…ุบูุฑุฉ، ู„ุฃู† ุงู„ุบูุฑุงู† ูŠุดุนุฑ ุจุงู„ุณุชุฑ، ูˆุงู„ุนููˆ ูŠุดุนุฑ ุจุงู„ู…ุญูˆ، ูˆุงู„ู…ุญูˆ ุฃุจู„ุบ ู…ู† ุงู„ุณุชุฑ.

Berkata Sheikh Muhammad Munir Ad-Dimasyqi dalam kitab Al-Ithafat Al-Saniah :

'' Al-Af'wu ุงู„ุนููˆ di sisi Allah SWT adalah menghilangkan kesan dosa secara keseluruhan dan menghapuskannya dari catatan para malaikat pencatat dan tidak bertanyakannya di hari akhirat dan melupakannya dari hati hati mereka agar mereka tidak merasa malu ketika peringatannya di hari akhirat dan agar digantikan setiap kesalahan dengan kebaikan.

Seterusnya Al-af'wu ุงู„ุนููˆ lebih mendalam maknanya daripada al-maghfirah ุงู„ู…ุบูุฑุฉ kerana al-maghfirah difahami dengan makna penutupan manakala al-af'wu difahami dengan makna penghapusan.

Sesungguhnya penghapusan dosa itu adalah lebih besar daripada penutupannya.''

Allahuakbar.

8. Apakah lagi perkara yang lebih baik daripada diampunkan dosa serta dipadamkan rekod dari buku catatan amal. Sehingga apabila menghadap Allah di hari akhirat kelak tidak disebut dosa dosa tersebut dihadapanNya dan dihadapan makhluk makhluknya yang lain?

9. Maka ini adalah antara hikmah kenapa Nabi Muhammad SAW, mewasiatkan kepada kita agar memperbanyakkan menyebut doa ini sepanjang bulan Ramadan khususnya di 10 hari yang terakhir.

Wallahua'alam.

ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّูŠ

HIKMAH DISEBALIK COVID-19

*JANGAN CUMA SIBUK Menyebarkan cerita BURUK COVID -19 SAHAJA*
*Tetapi CUBALAH LIHAT DARI SISI POSITIF VIRUS CORONA INI*

Tidak ada di dunia ini yang terjadi secara kebetulan. Semua ada tujuan dan hikmahnya. Inilah hikmah di sebalik Pandemik Corona.

*1. Corona menutup bar, kelub malam, rumah bogel, kasino dan tempat orang berbuat maksiat.*

*2. Corona menurunkan suku bunga bank yang mencekik leher kita.*

*3. Corona membawa keluarga kembali ke dalam rumah dan melakukan aktiviti rumah bersama.*

*4. Corona memindahkan alokasi anggaran militer menjadi anggaran perawatan kesihatan*

*5. Corona melemahkan para  diktator dunia yang selama ini sombong luar biasa.*

*6. Corona membungkam kesombongan negara yang mengangap dirinya paling hebat dan tak terkalahkan.*

*7. Corona membuat manusia banyak berdoa dan berharap pada-Nya dan tidak semata-mata mengandalkan sains dan teknologi.*

*8. Corona memaksa negara memperhatikan rakyatnya.*

*9. Corona mengajarkan cara kita bersin, menguap, dan batuk yang baik dan benar.*

*10. Corona membuat kita tinggal di rumah dan hidup sederhana.*

*11. Corona mengajarkan bagaimana virus kecil yang berukuran 150 nano boleh mengalahkan tujuh million manusia yang hidup di bumi yang luasnya ratusan juta hektar.*

*12. Corona memberi kesempatan kepada kita untuk menyadari bahwa kematian itu nyata dan dekat dengan kita.*

*13. Corona mengajari kita agar tidak jalan dan makan sembarangan di luar.*

*14. Corona membangunkan kita pada kenyataan dan memberi kita kesempatan untuk meminta pengampunan dan pertolongan-Nya.*

*15. Corona menyedarkan kita bahawa apa yang kita miliki adalah milik Tuhan* yang boleh diambil olehnya balik dari kita bila-bila masa.

*PERCAYALAH* Tuhan izinkan dan turunkan sesuatu  dengan hikmahnya ; ada pelajaran besar dalam hal ini bagi mereka yang arif dan bijaksana untuk melihat dan menyedarinya
Semoga bermanfaat ๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰

Dilema di sebalik Moratorium

Masa dpt Motarium News semua senyap seribu bahasa.
Mn x nya. Semua buat kluar calculator..
Duit kereta RM 1000 x 6 bulan
Duit loan personal RM 1500 x 6 bulan
Duit Bla bla bla RM 500 x 6 bulan
Total RM 3000 x 6 bulan = RM 18,000..
Itu belum duit rumah klau yg ambil loan bank.

Wow Lebihan simpanan duit RM 18,000.
Tp bila tang byr interest kereta..
RM 50,000 x 4% ÷ 12 bulan = RM 166/month
Dia pnya sembang, habes kluar, cik kiah, abah, walid, amma, appa.. Atuk.. Nenek.. Moyang...

Ko jimat RM 18k selama 6 bulan, nk keluar RM 160
Mak ai.. Hbes salah kerjaan.. Ke salah calculation aku. Klau salah mohon betulkan..
Bantuan bukan je B40(RM1600), M40(RM1000) pon dpt. Yg keje
kerajaan n pesara pon lg dpt RM 500..

Yg bisnes. RM 3000 one off. Pkerja kurang dr 75 org RM 1200/pekerja dpt,. RM 1billion di laburkan utk tabung makanan utk psediaan.. Yg mn pniaga 0% loan selama 6 bulan x pyh byar dan max RM75k..

Yg bujang, goyang telur pon dpt RM 800 ke x silap aku.. aku main tlis yg mn ingt je ni. Maafkan aku klau tlupa/silap.. Yg bwa grab/teksi dll pon dpt bantuan.. eh byk plak bntuan ni.. tp sbb 3-5% interest kereta, maka ramailah yg mula "memuji" kerjaan dgn memaki hamun..

Diskaun bil elektrik, PTPTN, Tekun, Mara, Sewaan Premis Kerajaan, Bantuan NADMA pon dpt.. RM 100/Day kot yg mn tjejas dgn C-19. Utk stdent lak dpt bekalan makanan harian.. Bermasak.. Tinggal makan je.. N then ada lg bantuan kerjaan bg RM200 utk stdent..

Come on guys.. agak2 klau dk d bawah pmerintahan yg lain dpt ke motarium 6 bulan? Dpt ke benefit2 yg skrg rkyat sdang nikmati.. Aku x cakap krjaan mana, korang pikir sendiri, Mybe kerjaan Zimbabwe, Indonesia dan lain-lain.. Nk salahkn kerjaan kerana sbb xleh kluar krja.. itu g salahkan kerjaan China tu, knp dia sebarkan Covid19.

Dan bukan shj Malaysia tp Seluruh Dunia tengah mghadapi krisis penyakit n ekonomi.. tp kita d Malaysia, our PM msukkn lg dana kpd KKM utk bntu frontliner, bekalkn alatan dll smpai kita bjaya kekang pnyebaran C-19 scra bkesan.. And The Best part kita bjaya mncuri tumpuan dunia sbb kejayaan pengawalan ini.. Top 3 kot. Korang x bangga ke??

Kpd frontliner plak, dpt plak claim RM600/sebulan. Walau ada isu sikit psl ketidakadilan, tp kerajaan dah mnagae balik.. Wow, "Zalimnya" kerjaan skrg nie.. Asyik keluar duit je.. n apa yg krjaan mnta dr kita.. cuma 1 je guys..
#StayAtHome..

Aku malas cakap byk.. Cuma 1 jela.. X reti bersyukur ke? Allah beri rezeki RM 10-30k EXTRA INCOME.. Tp, Allah just tarik interest kereta mybe dlm RM 300-1000 tgk pd kereta mana korang pakai...

Soal bisnes teruk, soal ekonomi korang x pyh smbang la. Amerika yg Kuasa Ekonomi Dunia pon terciduk, kes Covid 19 mereka tertinggi.. Italy smpai doktor n paramedik sana dah x bdaya, tp kita ada PM, Barisan Kepimpinan Malaysia, frontliner yg btugas siang malam utk Malaysia.. Korang lak jadi Jabatan Netizen Negara Gred Jusa C..

Kadang kita nak nmpak apa yg kita nak shj, tp kita lupa atau buat2 x nampak dgn apa yg kita dah terima.. Bersyukur itu lebih baik..

Syabas.. Malaysian... Minta Netizen Kecam sikit.

Sekian, Mak Long Man.. (Makluman)

-Deen-
#KebunCetak
#PembekalBaju
#KilangCetakBaju
Your Design We Finalise

Sumber: FB Deen is at Kebun Cetak

         ----------------/////---------------------
Hire purchase ada interest

Kalau interest kereta kau sebulan RM200, tak bayar 6 bulan, jadi ada RM1,200.

RM1,200 tu akan dibayar dalam ansuran bulanan bermula Oktober selepas moratorium 6 bulan tamat

Loan kau ada lagi 7 tahun, RM1,200 bahagi 84 bulan, bermula Oktober extra RM14.30 sebulan

Jika sebelum ni installment kau RM1,350 sebulan, bermula Oktober kau kena start bayar RM1,364.30

Faham ke tak? Kenapa nak pening? Loan is loan lah, bank is bank, no free meal in this world. Mereka pun perlu ada margin (untung). Ni semua perangai geng geng pinjam duit kawan buat buat lupa atau bila kawan suruh bayar bagi alasan takda business, takda sales lah kan ๐Ÿ˜‘๐Ÿ™„

Ehhh dulu time beli kereta, siap cakap masa bank interview "takpa cik, interest ikut market janji loan lulus jer nak pakai kereta raya ni" Lupa ke ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sumber:FB Mohd Khairul Mk

-----------//---------------///--------------////----------

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.

Siraj Fahmi

#FinancialBoutiqueSpecialist
#TSIGroup

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...